Sambungan daripada entry Nurul Resort & Homestay, esoknya kami pergi berjalan dan cari makan. Antara tempat makan best kat Merbok ni adalah minum ayaq Nira Nipah fresh! Ni merupakan kali kedua kami pergi Ladang Nira ni.
![]() |
suasana tempat makan yang dikelilingi pokok nipah |
Air nira nipah ni terhasil daripada tandan buah pokok nipah. Untuk orang yang buta agriculture macam aku, rupa pokok ni ada iras-iras sikit dengan pokok kelapa dan buahnya pulak dah macam buah sawit. Pokok ni hidup subur di kawasan paya bakau.
Ladang Nira Nipah Napiah ni duduknya di area bendang. Kat bendang kan kawasannya berair dan berlumpur, sebab tulah sesuai untuk diorang tanam pokok ni.
![]() |
buah nira nipah |
Dah sampai sini, memang tak sah kalau tak cuba air nira nipah yang fresh tu. Rasanya lebih kurang macam air kelapa, manis. Tapi ada rasa masam-masam sikit berbanding kelapa. Nak kata macam tapai pun ada jugak. Harga secawan kami minum ni tak sampai RM5.
Selain rasanya yang refreshing dan manis, banyak jugak benefit bila consume nira nipah ni, antaranya boleh melawaskan proses pencernaan, membantu mengurangkan demam dan boleh menambah tenaga pada badan.
Suasana makan kat sini pun memang cantik dn redup je sebab dikelilingi oleh pokok-pokok. Kat sini ada kolam yang disediakan sampan dan basikal air. Pengunjung boleh je naik sampan tu tak payah bayar pun. View untuk bergambar pun cantik juga boleh nampak sawah padi dan Gunung Jerai.
![]() |
Cik Piyah menangis bila pak dia ajak naik sampan |
Untuk makanan, ada pilihan mee udang, sate, char kueyteow, laksa, dan set nasi lauk ikan bakar atau ayam. Makanan disini dijual as ala carte je semuanya, dia takde set lauk-lauk yang macam kita selalu makan kat kedai tomyam tu.
Aku pulak memang teringin nak makan mee yang berlaukkan seafood sejak sekian lama. Nampak pulak ada mee udang besar-besar, kita ambillah jugak walaupun harganya sampai RM17. Tapi sedap dan alhamdulillah kenyang!
Kalau korang datang Merbok, jangan lupa masukkan Ladang Nira Nipah Napiah ni dalam list okeyy!
F104, Jalan Kampung Sungai Pial, Kampung Huma, 08400 Merbok, Kedah
Lain sangat tu buah sawit dengan buah nipah...
ReplyDeleteKalau daun je, orang boleh confius..Hihihi...
Kak Linda pernah pergi dekat Perlis, kedai makan dalam jenuh Nipah macam nie juga.
Eish. Dalam kebun nipah
ReplyDeletelaaa dengan kuali sekali naik atas meja. Tapi udang dia nampak yummy. Cantik lah tempatnya
ReplyDeleteKalau balik Kelantan, suami akak selalu beli nira kelapa. Air nira nipah tak pernah cuba.
ReplyDeleteCantik, pemandangan ada sawah padi dan latar belakang gunung. Aman damai rasanya.
Dua tahun lepas dalam perjalanan dari Baling ke Kora Bharu, singgah tepi jalan beli etok salai. Sempat beli air nira kelapa dan nipah. Ada beza dua jenis air tu. Nira kelapa habis saya minum. Nira nipah ada rasa masam sikit.
ReplyDeleteTempat ni antara tempat yang saya nak datang. Pernah viral dulu kan. Tapi belum kesampaian lagi nak sampai sini.
ReplyDeleteMenarik tempatnya banyak tempat cantik untuk bergambar. Suasananya sangat menarik. Makan with view. Dapat pulak tu guna sampan percuma. Berposing sakan lah kan kalau kita rajin. Tapi kolam tu dalam ke tidak agaknya ye, risauuu..sebab saya aquaphobia.
Banyak juga menu yang ada. Harga pun boleh tahan juga tu, tapi okaylah banyak juga udang. Porsi mi pun macam banyak. Mujur sedap dan kenyang. Alhamdulillah...
Tak pernah rasa air nira, kena datang juga ke sini kalau ke Kedah. Nak pergi Gunung Jerai jugak. Saya pun tak pakar bab agriculture ni, kalau tak nampak buah tu saya mesti fikir ni pokok sawit. kah!
Segar-bugar buahnya. Untung dapat tengok depan-depan dari pokoknya.
ReplyDeletetk pernh minum air nira....mee udang lama tk mkn ..mahal sedap tkpe..jgn mahal tk sedap kn
ReplyDelete