Cuti Maulidur Rasul awal bulan haritu, kami pergi ke Ajil Terengganu bagi memenuhi undangan kahwin kawan masa ke Gunung Kinabalu. Sebenarnya, bride ni kawan kepada adik aku. Tapi kitorang jadi bestie pulak sebab famiy kami semua kenal dia. Dah supo anak ke-enam lah kiranya.
Aktiviti hari pertama tu cuma check in homestay, pergi kenduri je. So tak perlulah aku nak story mory kat sini kot. Kita skip ke second day, jalan-jalan di Kuala Terengganu!
Negeri yang paling aku suka di Semenanjung Malaysia ni, tak lain dan tak bukan adalah Terengganu.
![]() |
Pantai Teluk Ketapang |
Terengganu terkenal dengan pantainya yang cantik, spot sungai dan air terjun yang jernih, hasil kraftangan seperti songket dan ukiran kayu yang masih dilestarikan, serta makanannya yang sedap-sedap! (This is pantai timur bohh, memang makanan sedaplah). Kalau tiap-tiap tahun repeat Terengganu pun kita tak kisah sebab tempatnya best sangat.
Dari homestay Kuala Berang menuju ke Kuala Terengganu, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit. Alhamdulillah traffic clear je. Takleh bayangkan kalau kitorang datang masa cuti Malaysia baru ni, mesti jem terukk! (cuti umum bersambung + cuti sekolah)
![]() |
datang Terengganu patutnya makan nasi dagang, tapi tetaplah cinta mati dengan nasi kerabu :p |
Lepas sarapan, kita memulakan misi pengeluaran duit iaitu tak lain dan tak bukan SHOPPING! Just like typical tourist, mestilah kita pergi Pasar Payang untuk shopping sakan. Aku dah cakap kat diri sendiri, taknak beli apa-apa sangat pun. Tapi tengoklah japlagi apa yang kita bawak balik..... hahaha
![]() |
Perkara biasalah bila jem kat Pasar Payang ni |
![]() |
sayang betul Bazaar Warisan yang cantik ni tak dijaga. Seni ukiran yang ada pada bazaar ni susah nak dapat kat mana-mana tau |
Masuk je Pasar Payang 1. Aku terjumpa kedai nama Anggeris Cottage kat level bawah. Shop ni jual barang-barang handmade comel macam bookmark, fridge magnet. Aku tertarik dengan fridge magnet yang ada charm nasi dagang. Harga seketul pulak RM15.
Ada banyak lagi design comel-comel macam kuih tradisional, ketupat sotong. Tapi dah nama pun datang Terengganu, mestilah kita ambil design nasi dagang!
![]() |
hasil shopping pertama. Tapi magnet ni hilang taktau ada kat mana. Nak nangissssss sebab bukan senang nak jumpa magnet handmade macamni! |
Niat di hati nak beli fridge magnet handmade seketul je. Tiba-tiba dihasut oleh kakak dan adik aku untuk beli baju kelawar. Kisahnya, kalau beli sehelai harga dia RM55, tapi bila beli 3 boleh dapat RM120.
Disebabkan baju kelawar ni original batik lukis dan cantik, aku redha jelah beli sehelai buat kenangan. Tapi maaf, lupa ambil gambar kedai yang kitorang shopping ni.
Tapi pekedai tu happy betul bila kami shopping kat sini. Dia cakap orang luar yang banyak support kedai-kedai yang ada kat Pasar Payang ni.
![]() |
songket tenun asli yang starting price dari RM600 - RM2000 |
Lepas puas bershopping tak ingat status kewangan, kami pun macam tak tahu nak pergi mana dah sebab masa tu baru pukul 12 pm. Awal lagi. Nak pergi makan sotong celup tepung, tapi masih kenyang dengan nasi kerabu pagi tadi. Lagipun kedai celup tepung Pok Nong yang glemer tu buka pukul 3pm. Ajak naik Jambatan Angkatan Terengganu, diorang ni taknak pulakk.
![]() |
lalu bawah jambatan angkat |
Mak cakap nak singgah beli keropok lekor. So kita pun geraklah pergi kampung Losong yang jaraknya tak jauh mana pun dari bandar Kuala Terengganu. Hampir setiap tempat di Losong tu ada je orang yang jual keropok lekor.
Kat rumah dah banyak sangat stok keropok keping, so kita beli keropok lembut je. Kat Terengganu ni memang antara benda wajib dibawa balik adalah keropok lekor sebab isi ikannya banyak berbanding beli kat mana-mana entah, tepung lagi banyak dari rasa ikan.
Nanti sambung kat next entry. Babai!
Kalau ke KT tak singgah Pasar payang tu sama macam tak pegi KT lah kan? heheeheh
ReplyDeleteMagnet Fridge tu buat aku tertarik. Rasa-rasanya ada tak jual kat shopee?
ReplyDeleteWeekend baru ni sepupu suami cakap nak pi Pasar Payang jem takde parking. Tak jadi pi katanya.
ReplyDelete