Cuti Malaysia baru ni, orang ramai berjalan sana sini. Maklumla cuti bersambung 4 hari. Aku pulak memenuhi undangan perkahwinan kawan dari zaman diploma, merangkap degree. Ni antara kawan rapat yang wajib akan jumpa tiap tahun walaupun dah habis belajar. Kami sama-sama duduk Selangor dan senang nak roger kalau pegi mana-mana :p
![]() |
waww dah jadi puan lah! |
Bulan 8 haritu, aku ada cerita pergi camping kat Hulu Langat sebab nak buat surprise untuk kawan yang nak kahwin kan? Ha inilah budaknya. Siapa yang tak baca lagi cerita camping yang tak berapa nak camping tu, boleh klik link ni --> Camping Moonkissed by The River
Tahun 2015, umur 18 kami masuk UiTM Shah Alam sebagai pelajar diploma Art & Design. Geng kami ni 8 orang totalnya terdiri dari Jiji, Liya, Nina, Adriana, Ainul, Arissa, Amni dan juga aku.
Kawan yang kahwin ni namanya Amni.
![]() |
muka 18 tahun (2015) masa join pertandingan melukis sempena merdeka. Dapat tempat pertama dari belakang haha! |
dinner as budak final diploma |
![]() |
And 10 years later, dapat berkumpul balik dengan kawan-kawan. Cuma Arissa je takde :( |
Dipendekkan cerita, masa nak sambung degree tu cuma aku, Arissa, Amni dan Ainul je yang sambung course sama. Adriana pulak masih di dalam universiti yang sama, tapi ambil course lain. Manakala lagi 3 orang tu tak sambung degree.
Aku sayang je semua kawan-kawan yang 7 orang ni. Tapi sebab Amni kahwin pada tahun ke-10 perkenalan kitorang (2015-2025), so kita buat entry khas untuk dia la sebab rasa special pulak menjelang 10 tahun perkenalan. Bukan kita pilih kasih ye gaizz.
![]() |
konvo diploma. lagi 2 orang ahli hilang |
![]() |
konvo degree. Tinggal 4 ketul ni je |
Masa mula-mula kenal Amni, dia ni bertongkat tau. Bila tanya sakit apa, dia kata masa sekolah rendah dulu pernah lumpuh separuh badan. Sampai koma berbulan jugaklah. Lepas sedar dari koma tu, dia duduk atas kerusi roda je. Sejak dari sakit tulah Amni jadi pemegang kad OKU..
Lama-lama sikit tu, barulah dia mula pakai tongkat sebab dah boleh berjalan. Tapi kaki masih tak kuat sangatlah. Bila masuk degree, Amni masih lagi pakai tongkat. Tapi kadang-kadang dia buang je tongkat tu sebab member flex dah ada kaki baru a.k.a leg support lahh! Happy tengok progress budak ni!
![]() |
muka bangga setelah berjaya panjat tangga ikonik UiTM Puncak Alam |
Ingat lagi bulan September tahun lepas, Amni ajak aku teman dia balik kampung dekat Alor Setar. Nak pergi kenduri kahwin kawan dari sekolah rendah katanya. Aku pun ikutkan jelah walaupun duit nan hadoo, haha.
Amni baru lepas broken dan nak move on waktu tu. At the same time, dia tengah di fasa talking stage dengan husband dia. Diorang kenal ni pun sebab minat hobi mancing. Before nak jumpa for the first time tu Amni mintak pendapat aku. Dia macam tak yakin laki tu boleh terima atau tak, sebab Amni cakap dia ni kan tak sempurna, ada sakit.
Aku cakap jumpa jelah dulu. Kau cantik kot, ada minat yang sama dengan laki tu. Orang taknak kau, dialah yang rugi! Berapa bulan lepastu tengok story dia macam selalu je pergi berfishing sama-sama, kira onz letteww.
![]() |
gambar was taken september last year kat menara Loqstaq. September tahun ni terus berstatus bini orang gitew! |
Tuptup masa kitorang camping bulan 12 tahun lepas, Amni bagitau dia nak tunang bulan Februari. Dan 6 bulan selepas tu, beliau selamat bergelar isteri orang.
Kami happy gila bila Amni dah kahwin! She's the only anak tunggal umi dan ayah. Walaupun anak tunggal, tapi aku rasa hidup dia tak sunyi pun sebab silaturahim dengan pakcik, makcik, dan sepupu dia sangat kuat ye. Dapat pulak laki dia yang adik beradiknya sampai 7 orang total, meriah teruklah.
![]() |
my UiTM gurls |
Kenduri kahwin dia jangan cakaplah gilang gemilang macam mana. Semua ahli keluarga bertungkus lumus nak jayakan majlis kahwin ni. Siap ada tentatif detail lagi untuk makesure semua timing tepat pada masanya. Nak nak pula, she is cucu sulung bagi belah umi. Confirmlah persiapannya all out teruks.
Untungnya Amni ada keluarga besar yang happening. Dah setanding dengan majlis Fattah Amin & Amira Othman tak? xD
![]() |
sifat keguruan terserlah, the groom and bride baling coklat untuk budak2. Comel! |
Masa hari sanding tu, punyalah ramai yang datang. Pukul 11.30 am tu parking dah hampir penuh, walhal dewan tu besar tau. Lihatlah penangan anak tunggal sorang yang diraikan ni, haha.
Makanan pun ada banyak pilihan dan semua sedap-sedap! Ada nasi kenduri, laksa, colek buah, bubur pulut, dessert, aiskrim, apam balik crispy. Paling rare, ada mushroom soup!
Apapun, tahniah kepada Amni dan Zuqi. Semoga perkahwinan korang sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia sampai syurga. Kami percaya Zuqi boleh jaga Amni baik-baik!
Anyway, terimalah pantun 2 kerat yang buruk ni dari guwe,
Mula berkenalan dari kolam pancing,
Laaa tiba-tiba terpancing hati!
Selamat pengantin baru Amni & Zuqi!
No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~