15 Jan 2021

2020, tahun yang tidaklah begitu teruk tetapi tidaklah begitu indah

 Assalamualaikum

Salam minggu kedua 2021, entry ni aku taip dari tahun lepas tapi cam biasalah, suka bertangguh kan haha.

Tahun 2020, bukanlah tahun yang terlalu teruk bagi aku, tapi nak kata dia terlalu indah pun tidak juga. Rasanya sedang-sedang sahaja. Tapi tetap bersyukur sebab kita telah berjaya menjalani hidup dalam tempoh setahun yang penuh dengan macam-macam ni. Terutamanya hidup dengan norma baru akibat daripada pandemik Covid-19.

Tahun 2020 sejujurnya bukanlah tahun yang baik untuk ekonomi negara. Ramai yang terjejas pendapatan, dibuang kerja, struggle dengan hidup. Ye, tahun yang teruk bagi kita semua, tenggelam dah wawasan 2020 tu.

Tapi pada aku, tahun 2020 ni banyak benda baru yang aku dah lalui! Tahun nilah aku dah menginjak ke alam kerjaya. Dah lama sangat jadi student sampai rasa kekok masuk environment baru.

Aku malas nak taip panjang2, so kita bubuh gambar berserta caption pendek sebagai 2020 recap.

Januari

Dah habis belajar. Ha dulu nak sangat kan habis belajar? Sekarang dah rindu nak jadi student, padan muka. Alhamdulillah, berjaya tamatkan degree dengan 1st class. Konvo sepatutnya tahun ni tapi kerana cik puan corona, tak tahu bila ya. Dah lama memegang hajat nak pakai selempang pink tu please :')

Boleh baca kat sini --> Degree is done! & Blessed


Februari

Dah menginjak ke alam perkahwinan. Eh pekerjaan.. So far okay walaupun stress. Cukuplah asal dapat environment kerja yang okay. I mean orang-orang kat situ semua baik belaka. Alhamdulillah.

(Gambar masa WFH)


Mac - May

Arahan perintah kawalan Pergerakan (Lockdown) di seluruh Malaysia. Semua berkurung di rumah. Mulalah aktiviti aku ulang alik ke dapur untuk makan dan masak benda-benda pelik.


Jumpa kucing comel yang kini aku namakannya Sumi. Ada entry pasal budak ni, tapi entry mencari kucing hilanglah sebab dia pernah hilang 3 hari haha --> Cari kucing hilang


Anak Fruits

Makcik yang sangat gembira tengok perkembangan anak buah yang membesar dengan semakin comelnya. Tak dapat jumpa sejak awal PKP sampaila keluar arahan boleh rentas negeri, terus pergi Langkawi untuk akikah anak Safiyyah <3


Art Gallery again

Seperti tahun-tahun berikutnya, tahun ni aku pergi juga art galerry dan hari kraf Kebangsaan sambil shopping. Untuk art gallery ni tengoklah kalau rajin atau sempat, kita update entry. Kalau tidak biarlah ia terkubur dalam kenangan sendiri haha


Aktif Hiking

Okay ni highlight of the year lah kot. Aku dah lama pasang niat nak hiking dari zaman belajar, tak dapat pergi masa zaman belajar dulu. Habis je belajar, bulan Januari aku dah start hiking dengan adik beradikku. Tempat 1st aku start hiking kat Bukit Kutu ya. Bukan calang-calang kan, baru newbie dah pegi trail gila. Boleh baca kat sini --> Bukit KutuGunung Datuk

Start dari Bukit Kutu, aku selalu join adik beradik aku hiking. Tapi ada yang tak tulis entry lagi. And then masa hiking kat Gunung Angsi jumpa geng baru. Abang aku kenal dengan dia masa ikut trip hiking. Sampai harini kalau nak hiking atau camping mana-mana mesti roger diorang ni.


Kesimpulannya, Alhamdulillah untuk tahun 2020. Keluarga aku masih bahagia, masih ada makanan terhidang atas meja, diberi kesihatan yang baik, dah ada duit sendiri, dapat kawan baru, slowly terima kenyataan dengan masa lalu, cuba untuk sayang diri sendiri. I feel a lot better compared to 2019 walaupun kurangnya pada siatuasi pandemik ni saja.

Kita selalu nampak apa yang kita takde, tapi kita lupa sebenarnya Allah bagi benda lain yang kita tak nampak. Itu apa yang aku rasa pada tahun 2020. Aku sedih pada benda yang tiada, tapi bila tengok balik recap ni, eh banyaknya nikmat yang Allah bagi kan?

Target aku untuk 2021 adalah untuk rasa lebih bersyukur dan buat yang terbaik untuk diri sendiri :) Semoga yang membaca ni juga dilimpahi perkara yang sama juga.

Thanks for reading! Salam 2021!

p/s: Later i update new entry. Banyak ada dalam list ni :p

9 comments:

  1. Duk rumah, makan2 aje. Harap2 badan boleh kurus tapi pkp berulang lagi. Tak tahu nak gelak ke nak nangis. Hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Happy New Year! Moga terus bertambah baik kehidupan kita semua. :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  3. Congrats for completing your degree and starting a job!
    Hopefully this year would be better. Amin.

    ReplyDelete
  4. Semoga tahun 2021 ini membawa kebahagiaan kepada kita semua. Selamat melangkah ke alam pekerjaan.

    ReplyDelete
  5. Bg sy, thn 2020 bnyk kenangan pahit. Sangattt pahittt

    ReplyDelete
  6. Oh ya, saya pun buat lasagna masa PKP FASA ke-2.
    Haah fikir apa yang kita ada tau.

    ReplyDelete
  7. This is good example of content writing, you have done good job, and I am expecting more Good content writing from you. I have also something to share here. satta king has turned into a real brand to win more cash in only a brief span. Subsequently, individuals are so inquisitive to think about the procedure of the game. Here we have brought a few procedures that will help you in understanding the best approach to gain cash by the sattaking. Also find the fastest satta king result & chart online at Online Sattaking

    ReplyDelete
  8. It's great to be here with everyone, I have a lot of knowledge from what you share, to say thanks, the information and knowledge here helps me a lot.

    Read More:-

    Satta king

    Sattaking

    Satta king

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~