Sambungan dari --> Mendaki Gunung Prau via Patak Banteng (Part 1)
Dari jauh sudah boleh nampak puncak gunung Prau, tapi dari situ jugaklah nampak orang terlalu ramai kat atas sana tu. So kami stop rehat sekejap dan ambil gambar kat rumput lalang je.
Nak sangat baring-baring kat rumput kann? Inilah masanya gaiz!
 |
| Hamparan rumput dan langit yang terbentang luas |
 |
| Geng kakak-kakak with Akmal si ketua kiterr |
 |
| Adikku sempat pulak tidur nyenyak dalam 15 minit |
Gunung Prau mempunyai ketinggian 2590 meter dari paras laut. Sebenarnya nama Prau ni disebut sebagai 'Prahu' oleh kerana bentuknya memanjang yang menyerupai perahu terbalik. Kita dengar ketinggian dia 2500 meter tu macam tinggi kan? Tapi kat Indonesia, bukit atau gunung yang tak lebih dari 3000 meter ni macam level-level ayam jelah.
Lepas tu mas guide ajak untuk naik atas kami pun follow jelah. Tapi dia punya Q nak ambil gambar dengan papan tanda kemainlahh panjang. Maklumla, almost 3000 orang yang naik haritu kan~
Kami pun takdelah sanggup sangat beratur semata-mata nak bergambar dengan papan tanda. InsyaAllah next time pulaklah kita datang lagi.
Wah wahh dia punya next time tu macam gunung Prau duduk belakang rumah pulak ek!
 |
| Dapat gambar dari tepi je sebagai bukti dah sampai! |
 |
| Gunung Sumbing dan Sindoro yang masih dapat dilihat dari kejauhan |
 |
| Keindahan Dieng Plateu.. |
Dah habis tu kita pun terus bergerak untuk turun. Time turun pun banyaklah pulak iklannya sebab stop lagi ambil gambar hahaha. Kalau boleh memang taknak balik. Rasa nak camping kat sini je. Tapi apakan daya, masa mencemburui kita.
Sempatlah jugak kami bergambar sekali lagi dengan rumput-rumput ni, cantik sebab ada bunga-bunga kecik! Buat gambar ala-ala pinterest gitew.
 |
| Sian rumput tu dipenyekken oleh manusia demi gambar aesthetic |
 |
| Ini Mazni; |
 |
| Ini bunga; |
 |
| Ini Mazni dan bunga! |
 |
| Cantik sangat cuaca kan? Saujana mata memandang, secerah alam! |
 |
| Tapi bila dah turun semakin bawah, kita masuk ke dunia kabus |
 |
| Tanah tinggi yang subur untuk pelbagai tanaman |
Aku sampai bawah sekitar pukul 10.30 am, tapi ramai lagi ahli group yang belum turun. Mas guide suruh tunggu kat warung ni dulu kalau-kalau nak makan atau pergi toilet. Pastu kat sini lah aku berkenalan dengan carica, manisan khas dari Dieng. Mas cakap kat Dieng je dapat jumpa manisan ni.
Ok masa balik nanti dah nak beli satu pek lah kalau ada singgah kat kedai souvenir.
 |
| Ada pondok makan selepas turun Prau |
Untuk balik, kami masih lagi menggunakan ojek. Tiketnya waktu turun ni berharga IDR20k sahaja. Kalini aku dengan Ilya naik ojek asing-asing sebab trauma dengan ojek waktu pagi tadi. Kami rasa lebih selamat naik sorang berbanding berhimpit 3 orang sekaligus atas motor hahaha.
Waktu menurun ni masih rasa seram, tapi better sikitlah berbanding ojek pagi-pagi buta. Mungkin sebab turun banyak kena brake. Eh kalau tak brake boleh terslide sampai alam di balik mata yekk.
Sampai je basecamp kami take turn mandi dan terus kemas-kemas barang untuk checkout. Masa keluar dari basecamp tu barulah terserlah keindahan tanaman sayur yang terletak di sekeliling kami dimana semuanya nampak fresh sekalii!
Kalau dia tanam strawberi depan basecamp ni, lagilah rasa nak petik :p
 |
| Taktau sayur apa ni.. Bayam? Sawi? |
 |
| Van parking sejauh 300 meter.. Gigihlah angkut semua beg melintasi main road ni |
Sedihla jugak nak tinggalkan Dieng sebab dia punya cantik tu nggak ada obatnya. Semoga next time direzekikan untuk wisata di area sini puas-puas pulak. Cukup-cukuplah tu buat trip menyakitkan kaki... Pergilah berjalan macam orang normal pulak huhu. Semoga kita ketemu lagi!
Kemudian pergi lunch jap dan selepas tu terus menuju ke basecamp Merbabu pula yang memakan masa 4 jam perjalanan dari sini cokk.
Next entry --> Tiba di basecamp Merbabu
lawa sgt gmbr u posing2 tu!! bestnyaaa berbaloi2 dgn kegigihan!
ReplyDeleteKena bergambar puas2 sebab tempatnya cantik sangat!
DeleteNap 15 minit atas rumput power ni. Kitonyo nak atas tilam empuk baru boleh lelap 😆
ReplyDeleteLepastu rumput melekat-lekat kat baju 🤣
DeleteMazni & bunga dua² cantik ahak!
ReplyDeleteCarica tu sedap, Akk suka 👍🏻
Hihi malu itteww 🙈
DeleteSedap kann
Paling win gambar Mazni dan bunga-bunga itu. Nampak macam kuch kuch hota hai je kejadiannya😍First time dengo makanan nama carica itu
ReplyDeleteMacam gadis ayu tak? :p
DeleteCarica tu memang sedap. Datang dieng kena rasa
Mazniiiiiii cantiiiiik sangat foto2 ya 😍😍😍. Macam saya ikut mendaki bersama hahahhahaha.
ReplyDeleteYa Allah dia sebut level ayam yg di bawah 3000m???? Bagi expert lah, bagi saya, nak sampai setengah pun mungkin dah sesak napas 😂😂.
Aiiih sayangnya tak sempat foto dengan papa tanda yaaa. Tp kalau beratur panjang sangat, memang tak sanggub juga saya.
Membayangkan tidur di atas rumput tuh, pasti Lena lah, apalagi kalau dah letih sangat 😄
Prau memang cantikkkk 😭♥️♥️♥️
DeleteSebab kat indonesia ni terlalu banyak gunung ganang, so yg level bawah 3000 tu terus jatuh dalam kategori mudah.
Takpe la tak dot ngan papan tanda pun, yg penting dah dapat banyak gambar2 lawa ala pinterest hehehehe
Lihat foto tanaman, saya rasa itu kentang (potato). Sebab Dieng itu terkenal karena kentang mereka berkualitas tinggi 👍👍👍. Saya sukaaa sangat dengan kentang Dieng.
ReplyDeleteCarica juga suka. Walaupun makan sikit aja, sebab manis 😂
I see. Saya ingat sayur sawi 🤣🤣 mesti sedap kentang2 kat sini
DeletePandai ye, ambil gambar dengan bunga. 👍 Ramai bebenor orang naik gunung, sampai 3 ribu lebih manusia.
ReplyDeleteKita tiru gaya orang lain hahaha
DeleteGambar kat rumput lalang pun lawa Mazni. Uishh menyempat pulak tidur ye.Tengah panas pulak tu. Kalau dah penat tak fikir apa dah kan. Umangaiii ramai betul. Nak beratur ambil gambar tu entah bilalah sampai gilirannya. Kena cepat-cepat bergambar lah masing-masing kan. Wah gigih tu nak repeat. Saya sanggup tunggu beratur dari kena datang lagi. hihi...Tapi ada alasan lah kan nak datang lagi. Cantik contour dari permandangan aras atas tu. Terbaik pemilih baju warna lilac. Menyerlah di tengah-tengah tumbuhan tu.
ReplyDeleteIyee..silalah jadi orang normal, jangan nak hiking je. hiks~
Rumput lalang dia mmng cantik, ramai irg bergambar baring2 kat situ!
DeletePemilihan warna baju kena cerah2, baru lawa bila bergambar. Haha next time datang sini, kita try jadi orang normal :p
Cantik gmbr Mazni di celah bunga... Ramai ye beratur nk bergmbr kt papan tanda tu..
ReplyDeleteMemang ramai.. maklumla hari weekend kan
DeleteKalau uncle baring atas rumput cam tu komfom tergaru2 la lepas tu....
ReplyDeleteBetulll. Gatal jugak sebenarnya
DeleteBeautiful photos. Thank you for sharing this lovely tour.
ReplyDeleteThank you for reading 🥰
DeleteSweetnya foto Mazni dan bunga. Thanks for sharing semuanya, best sangat tengok view nun di atas sana.
ReplyDeleteView memamg awesome sangat
DeleteHahaha nikmat betul itu sampai tertidur 15 menit di rumput :D
ReplyDeleteWahh ramainya bukan main ya kalau sekarang ni. banyak betul anak-anak muda yang semangat ingin naik gunung.
Dulu tahun 2012, ke gunung tu sepi betul. Paling ketemu 1-2 orang je. Makin kesini, makin ramai dan komersil ya, hihihi
Tapi memang vew di atas perbukitan tu bessssttt lah mbak mazni.
Apalagi kalau nongkrong di warung. Makan bakwan dan teh manis, aihh... sedapnyeeee :D
Dia memang tidur betul2 pulak tu, saya ingatkan tidur2 ayam je 🤣
DeleteAnak2 muda sekarang sudah ramai mau naik gunung. Photo for the gram, sekaligus sihat tubuh badan juga kan
Seronoknya baca perkongsian mendaki ni! Gunung Prau memang antara destinasi bucket list ramai orang bila ke Dieng. Terima kasih kongsikan gambar-gambar yang indah dan info pendakian ni... terus rasa terinspirasi nak sarung kasut hiking jugak!
ReplyDeleteTahap kesukaran dikira mudah, tempat pun cantik!
DeleteDeus caritas est!
ReplyDelete♥️♥️
DeleteTidur nyenyak 15 minit kalau betul-betul tidur yang berkualiti memang dapat kembalikan banyak tenaga.
ReplyDeleteWah, semoat Mazni posing bersama bunga-bunga! Cantik kan alam semula jadi.
Terus terasa segar lepas bangun tidur tu.
DeleteTuhan ciptakan alam sebegini indah
Gambar last tu macam kat Cameron Highland.
ReplyDeleteAishhh... mana boleh pergi trip macam orang normal, tu biar kami yang pergi hehe..
Maz kena pergi tempat rare baru lah kami boleh nampak the other side of the world.. haaa gitu kekdahnya 😁
Kan nampak macam kat cameron highland. Dengan jalan busy nya. Arghh bestnya duduk kt kawasan tanah tinggi.
DeleteOkay saya kena tetap mendera kaki utk tatapan orang2 kat blog ni la kan :p
Manisan carica memang sedap, apalagi kalau dingin.
ReplyDeleteSaya pun masukkan ke dalam kulkas dulu sebelum makan
DeleteCantik semuanya Mazni. View sekitar puncak yang memukau, view petak tanaman pun memukau!
ReplyDeleteMujurlah Mazni rajin join trip gini dan share kat blog, bolehlah akak join baca. Nak join trip memang tidaklah 😅
Penuh kehijauan je view. Sejuk mata memandang.
DeleteSaya tulis ni pun utk kenangan di masa depan. Esok2 dah tua boleh baca balik, dulu time muda kita ni rajin hiking sana sini hahaha
OK akak is jealous! Hahaha! Sebab gambar atas Gunung Prau tu lawa2 semuanya. Berbaloi la penat2 kaki mendaki tu pastu berhimpit2 atas ojek nak sampai ke sini 😜
ReplyDeleteKena ingat ye, kita beratur nak naik ojek tu 2 jam! Berbaloi tunggu lama, pastu cuaca helok camni
DeleteYa Allah lepas itu pergi Merbabau. Weh ini rombongan untuk sakitkan kaki dan lutut je. Cantik gambar-gambar Maz ambil.
ReplyDeleteRisau gak nak naik merbabu sebab takut penat kan huhu
Deletebetul2 penat tu sampai boleh terlena yaa walaupun tgh panas...
ReplyDeleteDia terik, tapi rasa berangin je~
Deleteindonesia banyak kawasan berteres macam tu smpi kan boleh dijadikan lokasi wisata...
ReplyDeletecantikkkkk untuk bergambar atau jd lokasi shooting
Kawasan tanah tinggi mcm ni memang orang suka datang!
DeleteAaaaa awan kapassss. Manehhnyaaa Mazni dan bunga yituhhh. 🩷
ReplyDelete🤣 Time sakit kaki je rasa nak berjalan macam orang normal. Nanti hilang sakit dah, Maz pi panjat gunung lagi. Ish, kuat sungguh awek sorang nihh.
Rasa nak sentuh je awan tu!
DeleteBalik merbabu je terus plak gunung lain pulak 🤪
Gunung Sumbing dan Sindoro dengan awan karpet cantiknya Subhanallah. Foto semua cantik2 sangat Mazni.
ReplyDeleteJelas nampak dua2 gunung tu tanpa disorok awan
DeleteBeautiful views
ReplyDeleteReally beautiful!
DeleteCantik view di atas tu.. boleh tidur 15 minit mmg berbaloi boleh refresh diri.. fptkan kembali tenaga..
ReplyDeleteView is superb!
Delete