Hello guys! Alhamdulillah, aku dah selamat tiba di salah satu province di Indonesia untuk misi mendaki gunung. Tahun lepas pergi berdua je dengan kawan, tahun ni ajak kakak dengan adik aku. Pastu ada lagi 3 orang kawan, so total kami 6 orang!
Hurmm untuk trip hiking kalini, sebenarnya kami kena scam dengan organizer. Dah bayar depo dan ada di antara kami yang dah buat full payment dah pun. Pastu organizer langsung tak respond mesej. Bukan trip kami je, orang yang pergi trip lain sebelum ni pun semua kena sidai!
Paling kesian peserta yang pergi trip Nepal lah sebab most of diorang dah buat full payment untuk trip tu dan harganya almost RM2000. Belum cerita lagi kalau peserta dah terbeli tiket flight dan persiapan lain lagi..
Kami pulak dah beli tiket flight sebelum tahu cerita viral tu. Nak taknak, kena proceed jugaklah trip ni daripada lebur duit flight. Ingatnya nak datang sana just jalan-jalan dan shopping je, tapi kawan aku nak jugak naik gunung tu. Maka kami pun follow group of Malaysian yang naik gunung ni pada tarikh yang sama. Alhamdulillah, nasib baik ada slot untuk kami serta mangsa lain yang join last minit ni.
![]() |
| Indomaret yang dirinduii |
Anyway, try guess gunung mana yang aku pergi kali ni? Nak pilih 6 orang terawal yang berjaya teka dengan betul, nanti kita bagi souvenir sikit hihi. Boleh teka 5 gunung di ruangan komen, dan valid untuk blogger Malaysia sahaja. Kalau google confirm jumpa jawapan punyalah :p
Clue: Antara gunung yang terkenal dengan edelweiss
Goodluck!


Adeh kena scammed pulak 😑
ReplyDeleteAkk teka²;
1. Gunung Rinjani
2. Gunung Papandayan
3. Gunung Bromo
4. Gunung Gede
4 je teka, tak tau sangat nama gunung² dekat sana 😅
Hehe tq teka PH!
Delete1) Gunung Papandayan, 2) Gunung Rinjani .. anyway, safe hiking tau! take care!
ReplyDeleteTq MZ!
DeleteKakcie try teka ye ☺️
ReplyDelete1. Gunung Semeru, Jawa Timur
2. Gunung Papandayan, Jawa Barat
3. Gunung Bromo, Jawa Timur
4. Gunung Rinjani, Lombok
5. Gunung Prau, Dieng
Btw Mazni boleh terjah post Kakcie dah ada pengumuman pemenang contest ☺️
Tq teka!
Delete1. Gunung Gede Pangrango
ReplyDelete2. Gunung Lawu & Merbabu
3. Gunung Semeru
4. Gunung Kerinci
5. Gunung Rinjani
Tq teka!
DeleteHati2 Mazni mendaki. Semoga selamat pergi dan balik.. Btw, Faa try tau gunung apa...
ReplyDelete1. Gunung Kerinchi
2. Gunung Merbabu
3. Gunung Lawu
4. Gunung Sindoro
5. Gunung Gede
Tq teka!
DeleteGunung Ceremai... OK hantar hadiah...
ReplyDeleteNi mcm gunung dkt kampung mas fajar je hahaha. Tq teka uncle!
DeleteGunugn Rinjani - Gunung Bromo - Gunung Prau - Gunung Papandayan - Gunung Batur - Gunung Ijen
ReplyDeleteTq teka!
DeleteSekali menang daaaa... hihihi thank youuuu :D
Delete1) Gunung Gede-Pangrango
ReplyDelete2)Gunung Merbabu
3)Gunung Lawu
4)Gunung Sindoro
5)Gunung Semeru
hati2 hiking...enjoy
Tq teka kak amy!
Deletesyu nak teka juga la.
ReplyDeleteGunung Agung
Gunung Rinjani
Gunung Merbabu
Gunung Semeru
Gunung Gede
Tq teka!
DeleteKena scam? Naya Pak Karim. Akak teka:
ReplyDelete1. Gunung Gede Pangrango
2. Gunung Papandayan
3. Gunung Lawu
4. Gunung Sindoro
5. Gunung Rinjani
Hati² Mazni, naik gunung tu.
Haah agent unresponsive n sidai kitorang semua huhu..
DeleteTq teka kak!
Tiap tahun Mazni mendaki gunung di Indonesia. Seronoknya!
ReplyDeleteMoga lancar dan selamat semuanya ya.
Baru masuk tahun kedua hehe. Alhamdulillah selamat balik ke malaysia dah
DeleteAdakah Gunung Bromo atau Gunung Agung? Kita sumpah organizer yang scam semua peserta itu ye. Kesian semua yang udah excited hendak hiking sekali di scam pula. Geramm je. Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya di dalam misi menakluk gunung yang ada vibes edelweiss
ReplyDeleteAgung tgh masuk dalam list. Bila tu, entah hahaha.
DeletePadahal tahun lepas saya join trip rinjani dgn organizer tu la.. masa tu semua okay. Tktau kenapa tahun ni jadi gini pulak
Update: dah jumpa 6 orang. Tekaan closed!
ReplyDeleteAdik akak dan suami ada ke Nepal....tapi mendaki yang bawah ajer.....
ReplyDeleteOoo ABC ke? Best tu!
DeleteAlaaa tak sempat nak buka Google maps. Agak2 kita berselisih di airport tak hehe.
ReplyDeletekalau pergi airport 30 mei, mungkin kita ada berselisih xD
Deleteeeeee benci betul laaa part2 kena scam niiii
ReplyDeletetak rasa berdosa ke mkn duit org mcm tu je?
tak takut Allah keeeee
adoiiiii
geram plak sy baca!
Entahlah apa masalah dia.. padahal 2 kali saya gi trip dgn organizer yg sama, masa tu okay je. Kesian jugak bila jadi camni..
DeleteTapi tula, at least explain la kat your client kalau trip cancel ke apa. Buat diam, takde kasi update memangla kitorang marah
sy nak teka boleh tak? boleh laaa boleh laaaa
ReplyDeletehehehe
Hahaha totop sudah, maap! Next time kita buat lagi :p
DeleteDari nak jalan-jalan dan shopping, terus naik gunung.... power tak power geng memanjat ni 😁
ReplyDeleteKita ikut majoriti. Depa nak naik gunung, kita follow je. Tambahlah sikit duit :p
DeleteAduhai...kena scam ye...sabar aje la..nasib baik boleh join hiking...
ReplyDeleteHm sabar je kena sidai. Tak bertanggungjawab betul!
DeleteNak hiking yang bukan biasa² ni, kena buat persediaan fizikal dulu ke Mazni? Hihi..maklumlah. Akak dulu hiking bukit kecik je, tu pun masa zaman sekolah men je..sebab masuk KRS..hahaha
ReplyDeleteHaah kena training. Lagi2 bukit yg ketinggian 3000m keatas ni.
DeleteSaya banyak kuatkan otot kaki :D
nih orang2 yg suka scam ini, memang tak akan berkah hidupnya... susah sampai ke kubur... urusan dengan manusia jangan dianggab remeh kan.. terbawa sampai akhirat nanti. memang jangan diikhlaskan lah mazni... untuk scam begini saya pernah kena juga... saya bisa terima uang itu hilang, tapi tak akan ikhlaskan orang2 yg berbuat. dia yg akan susah nanti
ReplyDeleteLagi2 benda yg melibatkan duit. Kita pilih dia sebab dah beri kepercayaan, tak sangka jadi camni pulak.. dgn takde kata maaf, hilang gitu je. Mana tak mengamuk semua clients
Delete