24 May 2026

Mi Tarik Yahya, Bangi

Aku ni seorang pencinta mi tarik cina. Setiap kali kalau nampak restoran mi tarik cina baru bukak kat Bangi ni, mesti nak try. Setakat ni dah 6 kedai mi cina yang aku dah cuba kat Bangi ni. Tapi Mi Tarik Yahya is on my top tiers!


Dulu restorannya nama Xinjiang Mi Tarik. Sekitar 2023/2024 kot namanya start tukar jadi Yahya pulak.. Tapi rasa makanannya still sama je tak berubah walaupun nama kedai dah lain haha.

Apa yang aku suka kat sini, sebab makanannya sedap dan murah. Mengikut taste bud aku, rasa makanannya hampir authentic dengan mi tarik yang asli dari cina tanah besar sana. Tak sure owner restoran ni is Chinese muslim dari sana ataupun orang lokal kita. 


When i said harga makanan dia murah, tidak ada satu menu pun disini yang melebihi RM15. Paling mahal pun RM12.80 je. Selain tu, kalau korang spent RM8.80 dalam satu resit, boleh dapat free flow drinks! Ada pilihan teh bunga, tamarind dan juga soft drinks.

Free flow drinks

My comfort food is always diorang punya mi tarik daging. With RM9.80, dapat makan sampai kenyang pastu dapat pulak free flow air. 

Soup dia kaler light dan berempah macam sup mi tarik yang lain je. Nak lagi sedap kena letak chili oil lah bagi ada rasa. Tapi chili oil dia pun tak pedas mana hahaha.

Mi sup daging - RM9.80
Mi kicap kambing - RM11.80
Nasi daging masak cendawan - RM10.80

Pastu tak lengkaplah kalau pergi kedai cina muslim tak makan dia punya dumpling dengan sate kambing. We always order 2 benda ni kalau tapau atau makan kat situ. Ada jugak chinese beef roti yang harganya cuma RM5 je. Cuma inti daging takdelah melimpah mana.. kenalah dengan harganya yang affordable.

Dumpling daging - RM10.80
Beef roti -  RM5
Sate kambing - RM2.80/pcs

Overall, makanan kat sini semua memuaskan dan mesra poket. Aku dah banyak kali repeat makan kat sini and this is one of my comfort food! Suasana restoran pun tak terlalu sempit, parking kereta banyak dan lokasi kedainya strategik di tengah-tengah Bandar Baru bangi.

31-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Berdekatan Masjid Hasanah)

49 comments:

  1. Akak tak reti makan mi tarik ni sebab rasa rempah sup dia agak kuat. Tapi akak suka pulak perapan rempah sate kambing kat kedai mi tarik. Confuse betul lidah akak ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah namanya sate, semuanya sedap. sama macam abang sayalah, dia pun tak suka makan mi tarik jugak. lidah saya pulak memang suka apa2 jenis mi sup

      Delete
  2. Uncle kureng sikit mi tarik ni... Sebab sup sia tak sepower mi sup melayu. Tapi kalau mi kicap selalu nak cuba

    ReplyDelete
  3. Lovely photos! Looks like a very nice place. The food looks very good!

    ReplyDelete
    Replies
    1. the food is really delicious and affordable price!

      Delete
  4. Memang style diorang agaknya, chilli oil jenis tak pedas kan.
    Suka sup kat resto gini, clear dan tidak terlalu berempah... memang comfort food lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betull. bubuh 2 sudu pun tak rasa pedas. cili oil diorang ni ada campur cuka sikit sebab rasa masam2. mi sup cina memang my comfort food hihi

      Delete
  5. fav my zharfan ni! i pun suka jugak mee tarik! yums sgt!

    ReplyDelete
  6. Murah sangat ni, bolehlah try. Semua sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
  7. Akak pun suka mee tarik kedai chinese muslim. Sedapnya tengok mee kicap daging tu, macam wantan mee pun ada. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau makan mi tarik ni time hujan!
      haah mi kicap daging tu memang nampak mcm wantan mee kan

      Delete
  8. Ada lalu masa ke Bangi hari tu. Ada jugak baca review cakap kedai ni ok. Nanti boleh try bila ke bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah kak. makanan okay, harga pun murah je :D

      Delete
  9. Hendak menghasut la orang-orang di rumah itu untuk datang ke Mi Tarik Yahya ni. Deme dekat rumah ni kalau boleh hendak duduk berhibernasi je dekat rumah. Geram tau heheheheh. Yang kitanya teringin hendak makan di sana sini lagi-lagi lepas membaca perkongsian daripada bloggers

    ReplyDelete
    Replies
    1. heret jee. cakap kat dorang sape nak duduk rumah takde makanan :p

      Delete
  10. deakat southville sana banyak betul kedai chinese muslim sampai rambang mata nak pegi mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan jugak situ banyak makanan chinese muslim. next time kena try sana pulaklah

      Delete
  11. Baru saja Minggu lalu saya makan mi tarik Xinjiang halal di jakarta juga. Baru buka, dan owner memang Chinese muslim dari Xinjiang. Sukaaaaaaaa sangaaat. Saya memang gemar mie yg kuahnya light begini, tp banyak dagingnya, dan mie pun chewy sikit kan.

    Harap2 bisa coba yg mie tarik Yahya ini saat di KL nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tukang masak from xinjiang memang sedap!
      kat KL pun banyak choice of mee tarik jugak

      Delete
    2. Betuuuul. Chinese foods ini pada dasarnya saya memang sukaaaa sangat. Dah macam comfort food juga. Apalagi kalau menu Xinjiang agak2 mirip dengan menu Negara2 STAN . Lagi saya sukaaaa.

      Delete
    3. kalau pergi xinjiang sana daging2 dalam makanan dia lagi meriah. meleleh air liur!

      Delete
  12. Kalau dah memang kene dengan tekak memang kita kan datang lagi.

    ReplyDelete
  13. boleh singgah ni jika tersesat sampai bangi.
    bestnya dumpling tuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dumpling tu saya boleh habiskan sorang, kalau tak makan mi :p

      Delete
  14. Menarik ni utk dicuba. Tak jauh.

    ReplyDelete
  15. suka juga mee tarik..dlu yg 1st mee tarik warisan asli namanya tp skarang mcm2 jenis nama dh mee tarik..suka juga dumpling and sate kambing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betull. Dulu mi tarik warisan asli tu yg glemer. Sekarang dah banyak kedai mi tarik kat malaysia ni

      Delete
  16. Yumss, suka la vibe2 kopitiam macam ni.

    ReplyDelete
  17. Menariknya..ada sijil halal jakim tak ye kedai ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde halal jakim. Tapi owner is 100% muslim dan diyakini

      Delete
  18. Oh yang paling top yer.. okla boleh try untuk diterjah ni.. bangi jer insyallah hihihii

    ReplyDelete
  19. Akak ada makan beef roti kat sini dan deret ni Ayu Borneo akak pernah mengurut kat sini.

    ReplyDelete
  20. dumpling daging tu nampak sedap laaa
    lately ada jg terasa nak mkn dumpling tp tak tahu kat mana yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Tu saya sorang boleh habiskan kalau tak makan mee

      Delete
  21. murah juga ya beef roti dia
    kat luar beef roti je dah RM7 sekeping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betull. Sekarang mesti rm6 keatas.
      Beef roti rm5 ni intinya tkdela banyak sangat, tapi okay je rasa dia

      Delete
  22. okey Kak SA masukkan dalam jajahan JJCM la..nak cuba....kalau Mazni yang review kakak percaya sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka makan mi cina, insyaAllah akan suka!

      Delete
  23. Banyaknya ladu dia. Habis ke makan? Memang murahlah. Ini tapau boleh bagi 2 kali makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak habis! bungkus bawak balik :p

      Delete
  24. Wow,, look delicious. Mie sup daging tampak sangat menggiurkan dan porsinya besar. Unik sekali, ini kedai mie tarik tapi menjual sate juga.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~