Aku ni seorang pencinta mi tarik cina. Setiap kali kalau nampak restoran mi tarik cina baru bukak kat Bangi ni, mesti nak try. Setakat ni dah 6 kedai mi cina yang aku dah cuba kat Bangi ni. Tapi Mi Tarik Yahya is on my top tiers!
Dulu restorannya nama Xinjiang Mi Tarik. Sekitar 2023/2024 kot namanya start tukar jadi Yahya pulak.. Tapi rasa makanannya still sama je tak berubah walaupun nama kedai dah lain haha.
Apa yang aku suka kat sini, sebab makanannya sedap dan murah. Mengikut taste bud aku, rasa makanannya hampir authentic dengan mi tarik yang asli dari cina tanah besar sana. Tak sure owner restoran ni is Chinese muslim dari sana ataupun orang lokal kita.
When i said harga makanan dia murah, tidak ada satu menu pun disini yang melebihi RM15. Paling mahal pun RM12.80 je. Selain tu, kalau korang spent RM8.80 dalam satu resit, boleh dapat free flow drinks! Ada pilihan teh bunga, tamarind dan juga soft drinks.
![]() |
| Free flow drinks |
My comfort food is always diorang punya mi tarik daging. With RM9.80, dapat makan sampai kenyang pastu dapat pulak free flow air.
Soup dia kaler light dan berempah macam sup mi tarik yang lain je. Nak lagi sedap kena letak chili oil lah bagi ada rasa. Tapi chili oil dia pun tak pedas mana hahaha.
![]() |
| Mi sup daging - RM9.80 |
![]() |
| Mi kicap kambing - RM11.80 |
![]() |
| Nasi daging masak cendawan - RM10.80 |
Pastu tak lengkaplah kalau pergi kedai cina muslim tak makan dia punya dumpling dengan sate kambing. We always order 2 benda ni kalau tapau atau makan kat situ. Ada jugak chinese beef roti yang harganya cuma RM5 je. Cuma inti daging takdelah melimpah mana.. kenalah dengan harganya yang affordable.
![]() |
| Dumpling daging - RM10.80 |
![]() |
| Sate kambing - RM2.80/pcs |
Overall, makanan kat sini semua memuaskan dan mesra poket. Aku dah banyak kali repeat makan kat sini and this is one of my comfort food! Suasana restoran pun tak terlalu sempit, parking kereta banyak dan lokasi kedainya strategik di tengah-tengah Bandar Baru bangi.
31-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Berdekatan Masjid Hasanah)











Akak tak reti makan mi tarik ni sebab rasa rempah sup dia agak kuat. Tapi akak suka pulak perapan rempah sate kambing kat kedai mi tarik. Confuse betul lidah akak ni 😅
ReplyDeletekalau dah namanya sate, semuanya sedap. sama macam abang sayalah, dia pun tak suka makan mi tarik jugak. lidah saya pulak memang suka apa2 jenis mi sup
DeleteUncle kureng sikit mi tarik ni... Sebab sup sia tak sepower mi sup melayu. Tapi kalau mi kicap selalu nak cuba
ReplyDeletemi kicap pun sedap jugak!
DeleteLovely photos! Looks like a very nice place. The food looks very good!
ReplyDeletethe food is really delicious and affordable price!
DeleteMemang style diorang agaknya, chilli oil jenis tak pedas kan.
ReplyDeleteSuka sup kat resto gini, clear dan tidak terlalu berempah... memang comfort food lah.
haah betull. bubuh 2 sudu pun tak rasa pedas. cili oil diorang ni ada campur cuka sikit sebab rasa masam2. mi sup cina memang my comfort food hihi
Deletefav my zharfan ni! i pun suka jugak mee tarik! yums sgt!
ReplyDeleteyay jumpa geng!
DeleteMurah sangat ni, bolehlah try. Semua sedap nampaknya tu
ReplyDeletetakdela bocor poket, hehee
DeleteAkak pun suka mee tarik kedai chinese muslim. Sedapnya tengok mee kicap daging tu, macam wantan mee pun ada. 😋
ReplyDeletesedap kalau makan mi tarik ni time hujan!
Deletehaah mi kicap daging tu memang nampak mcm wantan mee kan
Ada lalu masa ke Bangi hari tu. Ada jugak baca review cakap kedai ni ok. Nanti boleh try bila ke bangi.
ReplyDeletedatanglah kak. makanan okay, harga pun murah je :D
DeleteHendak menghasut la orang-orang di rumah itu untuk datang ke Mi Tarik Yahya ni. Deme dekat rumah ni kalau boleh hendak duduk berhibernasi je dekat rumah. Geram tau heheheheh. Yang kitanya teringin hendak makan di sana sini lagi-lagi lepas membaca perkongsian daripada bloggers
ReplyDeleteheret jee. cakap kat dorang sape nak duduk rumah takde makanan :p
Deletedeakat southville sana banyak betul kedai chinese muslim sampai rambang mata nak pegi mana satu.
ReplyDeleteperasan jugak situ banyak makanan chinese muslim. next time kena try sana pulaklah
DeleteBaru saja Minggu lalu saya makan mi tarik Xinjiang halal di jakarta juga. Baru buka, dan owner memang Chinese muslim dari Xinjiang. Sukaaaaaaaa sangaaat. Saya memang gemar mie yg kuahnya light begini, tp banyak dagingnya, dan mie pun chewy sikit kan.
ReplyDeleteHarap2 bisa coba yg mie tarik Yahya ini saat di KL nanti
kalau tukang masak from xinjiang memang sedap!
Deletekat KL pun banyak choice of mee tarik jugak
Betuuuul. Chinese foods ini pada dasarnya saya memang sukaaaa sangat. Dah macam comfort food juga. Apalagi kalau menu Xinjiang agak2 mirip dengan menu Negara2 STAN . Lagi saya sukaaaa.
Deletekalau pergi xinjiang sana daging2 dalam makanan dia lagi meriah. meleleh air liur!
DeleteKalau dah memang kene dengan tekak memang kita kan datang lagi.
ReplyDeletesetujuu. faktor harga pun main peranan
Deleteboleh singgah ni jika tersesat sampai bangi.
ReplyDeletebestnya dumpling tuuu~
dumpling tu saya boleh habiskan sorang, kalau tak makan mi :p
DeleteMenarik ni utk dicuba. Tak jauh.
ReplyDeletesila sila hehe
Deletesuka juga mee tarik..dlu yg 1st mee tarik warisan asli namanya tp skarang mcm2 jenis nama dh mee tarik..suka juga dumpling and sate kambing tu
ReplyDeleteHaah betull. Dulu mi tarik warisan asli tu yg glemer. Sekarang dah banyak kedai mi tarik kat malaysia ni
DeleteYumss, suka la vibe2 kopitiam macam ni.
ReplyDeleteTapi ni vibe makanan cina hahaha
DeleteMenariknya..ada sijil halal jakim tak ye kedai ni?
ReplyDeleteTakde halal jakim. Tapi owner is 100% muslim dan diyakini
DeleteOh yang paling top yer.. okla boleh try untuk diterjah ni.. bangi jer insyallah hihihii
ReplyDeleteSilalah datang!
DeleteAkak ada makan beef roti kat sini dan deret ni Ayu Borneo akak pernah mengurut kat sini.
ReplyDeleteBeef roti dia murah kann
Deletedumpling daging tu nampak sedap laaa
ReplyDeletelately ada jg terasa nak mkn dumpling tp tak tahu kat mana yg best
Sedap! Tu saya sorang boleh habiskan kalau tak makan mee
Deletemurah juga ya beef roti dia
ReplyDeletekat luar beef roti je dah RM7 sekeping
Ye betull. Sekarang mesti rm6 keatas.
DeleteBeef roti rm5 ni intinya tkdela banyak sangat, tapi okay je rasa dia
okey Kak SA masukkan dalam jajahan JJCM la..nak cuba....kalau Mazni yang review kakak percaya sedap...
ReplyDeleteKalau suka makan mi cina, insyaAllah akan suka!
DeleteBanyaknya ladu dia. Habis ke makan? Memang murahlah. Ini tapau boleh bagi 2 kali makan.
ReplyDeletehahaha tak habis! bungkus bawak balik :p
DeleteWow,, look delicious. Mie sup daging tampak sangat menggiurkan dan porsinya besar. Unik sekali, ini kedai mie tarik tapi menjual sate juga.
ReplyDelete