Sambungan dari --> Masjid Quba & Jabal Uhud
Destinasi terakhir untuk ziarah Madinah, kami dibawa ke ladang kurma. Kat Madinah ni banyak je ladang kurma, yang kami pergi ni di Aryaf Taibah.
Rasanya tempat ni penuh dengan jemaah dari Nusantara je, yakni dari Malaysia dan Indonesia.. Kami pun jumpa dengan beberapa group jemaah Andalusia yang lain. Haa ustaz kitorang apalagi, seronoklah dapat jumpa geng-geng dia. Terus open table kat meja belakang, haha.
Terdapat bermacam jenis kurma yang dijual. Walaupun sini merupakan ladang kurma, tapi harga kurma nya takdelah murah sangat macam harga direct kilang pun. Maklomlah, tourist spot kann.
Kami tak shopping banyak kat sini, sebab dah aim nak membeli di sekitar Masjid Nabawi malam japlagi.
![]() |
| Dia punya vibes tu, macam kat Hj. Ismail Langkawi pulak |
Kurma boleh pilih ikut gram dan ada bermacam jenis gred. Nak beli yang dah bersealed dalam kotak pun ada juga. Kalau aku, buat-buat tanya harga dan jenis kurma. Pastu rasa tester yang dia bagi, pastu tak beli pun hihi. Kenyang makan tester je.
Kitonya bukanlah peminat tegar kurma :p
![]() |
| Staff sini ramai orang Indonesia |
Yang kuning ni adalah kurma muda. First time tengok dan makan kurma ni. Adik aku beli sikitlah sebab nak rasa, tapi kurmanya sejuk beku macam baru keluar dari peti ais. Rasa macam gigit ais.
Kurma ni sedikit keras berbanding yang lain. Daripada segi rasa pulak, sedikit kelat dan pahit. Tapi adik aku suka kurma ni, dia cakap sedap.
Takpelah, i makan kurma ajwa jelah.. Tak minat rasa kelat-kelat camni.
Selain kurma, kat sini pun ada jual coklat timbang arab. Macam biasa, aku tukang rasa tester je. Kat sini diorang jual '50 Real' untuk 1 kg. Coklat boleh dicedok dan dicampur mengikut jenis. Harganya extra sikit berbanding beli kat area Masjid Nabawi.
![]() |
| Ada gerai bakso onta. Harga 20 Riyal semangkuk |
![]() |
| Wow kucing baka mahal! Corak dia macam kurma tak? |
Kat luar ni pulak boleh duduk santai-santai sambil makan dan minum. Ada kafe ala-ala hipster yang jual coffee dan pastries juga. Sambil-sambil duduk di bawah pokok kurma, bolehlah hirup kopi atau ber-ootd berlatarkan pepokoks kurma.
![]() |
| Queue panjang gila weih. Dekat setengah jam tunggu air siap |
| Posing gambar sambil pegang matcha latte 20 riyal yang tak sedap, haha |
Sekali tengok pokok kurma ni, macam rupa pokok sawit pun iye jugak. Kat ladang kurma ni takdelah bau yang tidak menyenangkan pun. Macam sawit kan kadang-kadang ada bau busuk sikit, terutama selepas hujan.
Aku nak cerita banyak pasal kurma pun, tak tahu apa-apa sebab literally datang sini untuk lepak-lepak minum kopi dan shopping je. Mengikut kata pak google, proses tuaian kurma akan dilakukan 7-8 bulan selepas pendebungaan.
![]() |
| Ladang kurma yang dikomersialkan sebagai tempat pelancongan |
Maka tamat sudah kesemua aktiviti ziarah kami di Madinah. Balik ke hotel sebelum tengahari, petang tu boleh buat aktiviti bebas memandangkan ini adalah malam terakhir kami menginap di Madinah.











Kurma muda yang gelap sikit tu sedap. Yang muda tu kelat tapi yang dah masak sedap. Dia sedap sebab tak manis sangat macam kurma yang lain. Akak ingat dulu kurma ajwa kurma muda. Sekali bila tenguk jualan dia tu dia macam-macam jenis rupanya ye.
ReplyDeleteHaah dia tak manis. Tapi tetap takleh terima kekelatannya haha. Tetap kurma ajwa jelah dihati saya xD
DeleteKSarie berkenan sungguh kalau ada aktiviti boleh test makanan dan minuman ni😅Samalah kita Mazni, bukan peminat tegar kurma. Tahu segala khasiat kurma bagai tapi kurma ni untuk KSarie terlalu manis. Boleh je makan tapi tidak la rasa hendak makan selalu. Vibes Ismail Group Langkawi tuh buat KSarie tersenyum lalu terfikir eh udah berapa lama ye tidak pergi Langkawi😅Vibes macam Ismail Group bahaya sebab kadang-kadang kalau teralpa tetiba boleh terbeli banyak sebab pengaruh rakan sebaya dan tidak sebaya😅
ReplyDeleteHaa kan. Tak semestinya kena membeli, kita boleh merasa free 🤭 saya makan kurma time puasa je. Bulan2 lain tu harap maklumlah, kurang makan.
DeleteVibes dia mcm hj ismail sebab situ ada coklat bersusun-susun!
sy tak membeli kat sini tp lbh 10 kali kot ambil tester hahaha
ReplyDeleteBestnya dpt melawat ladang kurma dan dpt rasa kurma fresh....
ReplyDeletekucing-kucing kat sini laa yg sy jd takut nak bagi mkn.... diorg kelaparan agaknya smpi bergaduh2 berebut makanan...
ReplyDeleteBestnya! Moga saya turut direzekikan untuk menjejakkan kaki di sana lagi. Aamiin :)
ReplyDeleteTak menahan tu macam vibe dalam Hj Ismail Group 😁
ReplyDeleteOrang Malaysia kan suka santai makan minum bawah pokok cenggitu.
Corak kucing tu rare betul la. Kalau dua kali tengok macam corak anak babi yang baru lahir....silap2 kita ingat haiwan apa....
ReplyDeleteUishh…cantiknya corak dak bulu tu. Elok je dia hidup bebas tak ada yang kidnap 😄
ReplyDeleteAir 20 riyal tapi tak sedap pulak ya 😅. Takpelah, beli pengalaman namanya.
aru sahaja saya hendak bertanya, ada tak petugas orang Indonesia. Terus terjawab, rupanya memang betul ya di sana ramai orang Indonesia, hehe.
ReplyDeleteKalau kawasan pelancongan, pastilah harganya tidak murah ya kak. Tapi sisi baiknya, di sana banyak pilihan kurma. Malah ada pelbagai jenis kurma yang saya tak pernah nampak sebelum ini. Kurma muda tu saya memang ingin tahu, bagaimana agaknya rasanya?