13 Mar 2026

Pusat Kitar Semula Komuniti MPKJ (Bandar Baru Bangi)

Rumah aku ni dah lama membudayakan amalan kitar semula. Daripada buang plastik, kertas dalam tong sampah campur, eloklah kita asingkan supaya memudahkan kerja tukang sorting sampah. Lagipula, sampah recycle ni boleh buat duit!

Pusat Kitar Semula Komuniti MPKJ di Taman Tasik Cempaka

Selama ni selalu recycle sampah kat Presint 9 Putrajaya. Aku ada tulis dalam entry INI. Lepas tahu ada tempat kitar semula yang lebih dekat dengan rumah, kita try sini pulak lah. Saja nak compare harga mana yang lagi better.

Pusat kitar semula ni terletak dalam kawasan Taman Tasik Cempaka. Pintu paling terdekat nak ke tempat ni adalah dekat area Eco Shop, Pusat Pakaian Hari-Hari tu.

Berat akan ditimbang di kaunter

My first impression datang sini, okay tempatnya bersih walaupun parking kereta taklah luas sangat. Setiap jenis barang yang nak di-recycle tu telah diasingkan mengikut jenis kategori dalam tong yang disediakan. 

Ada kertas, minyak, aluminium, fabrik, besi.. Yang paling aku suka, kat sini diorang ambil sampah kaca jugak! Sebab kat Presint 9 Putrajaya tu, diorang tak terima kaca tau. Pasni takdelah aku buang kaca kat tong sampah biasa dah. 


Sistem recycle kat sini adalah layan diri. Means korang perlu masukkan sampah tu dalam tong sendiri. Makin banyak sampah, banyak kali lah kena berulang alik buang kat tong tu. Penatlah jugak sebab sampah kita ni dahla berat, pastu 3-4 kali kena ulang alik lontar satu-satu masuk tong yang agak tinggi tu. Gaya aku serupa macam tengah melontar peluru je.

Kalau dekat Putrajaya tu, staff sana yang akan uruskan sampah-sampah masuk tong. Tapi fahamlah, sebab tempat ni pun staffnya ada 2 orang je, huhu..

Hasil recycle yang terkumpul

Untuk pembayaran pulak, kena download apps RE Connect. Nanti dekat kaunter tu ada QR untuk scan. Semua berat-berat sampah yang terkumpul tadi ada ditulis dalam apps dan berapa points yang kita dapat melalui berat tu.

Ha cakap pasal points, ni paling aku tak puas hati sekali.

Jumlah point yang terkumpul boleh di redeem di TnG eWallet

Minimum dapat RM10 dengan 1000 points. Total kitorang recycle, 34 kg bersamaan dengan 2757 points. So cuma dapat tolak 2000 point jela, bersamaan dengan RM20. Lagi 757 tu, tak dapat guna pun weihhhh. Aku rasa balance tu bersamaan denga RM7..

Banyak tau RM7 tu! Boleh beli menu rahmah kat Mydin, pastu tambah lagi seketul air kotak.


Tak cukup dengan tolak point, bila dah reload pin tu dia tolak pulak convenience fee (1%) So dapat RM19.80 je!

Tah pape kan, dahlah sampah kita yang kena campak satu-satu sendiri, pastu gedik tak boleh redeem kesemua duit kita, duit dapat tak banyak, kena tolak fees pulak. Oh not to forget, harga minyak kat sini dia ambil sangat murah yee!

Aku cam peliklah, biasanya sampah banyak camni akan dapat around RM30 lebih kat Putrajaya. Sebab haritu aku bawak 3 botol minyak masak (saiz 5kg dan 2 botol saiz 2kg), tapi dapat 18000 point bersamaan dengan RM18. Kalau dibahagi, 1 kg minyak RM2. Sumpahlah minyak rate zaman bila ni dapat RM2?! Tempat yang aku biasa hantar tu RM3.10 okayy.

Sorry, bab-bab duit ni aku memang kesumat sikit. Rugi banyak tau, manalah tak geram.


Lepas dah reload TnG, dia akan tunjuk balance baki yang tinggal. Kena datang next timelah pulak untuk cukupkan atleast 1000 points. 

Di bawah ni aku listkan pros and cons dia,

Kesimpulannya, aku rela pergi sampai Putrajaya sana untuk recycle sampah. Yang kat Bangi ni, unless nak recycle kaca atau kertas/plastik dalam kuantiti yang sikit sahaja. Tengokla nanti kita nak uninstall ke tak apps tu..

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~