15 Mar 2026

Urusan kucing & hadiah dari blogger Anies

 Salam seminggu sebelum beraya Aidilfitri. Tahun ni beraya kat mana tuww? Persiapan raya semua dah siap?

Weekend ni aku takde buat apa-apa sangat pun. Semalam dengan harini dok sibuk menguruskan kucing je. Maklumla minggu depan nak balik beraya, budak-budak ni kena hantar pergi asrama lah. Before hantar pergi asrama, aku akan bawak diorang pergi deflea dan deworm dulu. 

Nak patah pinggang angkut budak 3 ekor ni

Pergi klinik pagi tadi, setengah jam jugaklah settle urusan. Ramai pet parents hantar anak-anak untuk checkup sebelum balik beraya. Fulus pun mengalirlah macam air huhu. Asalkan kau sihat jelah anakku.

Sekor tu tenang je, sekor lagi macam jebon tak reti duduk diam!

Semalam dah berkecah mandi kan 2 ekor kucing ni. Lagi sekor tu hantar pergi spa kucing je untuk buat lion cut. Keguguran bulu dia dahsyat sangat, so alang-alang nak duduk asrama seminggu, kita botakkan teruslah. Harapnya lepasni bulu tumbuh dengan lebih sihat dan kuranglah gugur..

Anak sulungku Minisu, dah selamat ditogelkan. Tiba-tiba kurang dakwat pulak warnanya..

Anyway, hari Khamis baru ni, hadiah dari blogger Anies sampai di rumah. Asalnya hadiah ni untuk orang yang meneka lokasi travel yang tepat.. Sebenarnya macam kelakar tiba-tiba dapat hadiah ni, sebab tekaan saya jauh meleset sama sekali. Orangnya pergi Turkiye, kita teka Maldives atau Sri Lanka hahaha.

Dapat kad raya, fridge magnet dari Saudi & sambal ikan mayong masin

Paling suka sebab dapat kad raya tu!

Zaman sekarang kita lebih banyak wish melalui whatsapp, makanya budaya bagi kad raya ni tinggal nostalgia.. Suka bila dapat kad raya or any handwritten letters, sebab terasa ucapan tu ikhlas dari hati! The effort dari cari kad, lepastu tulis dan nak pos kat kita tu rasa special sangat!

Sambal ikan mayong tu dah selamat dimakan sahur tadi. Sedap rasanya, tak pedas sangat. Ada ketulan ikan kecik2 jugak dimana rasanya pun taklah masin mana. Well balanced sambalnya, i loike!

Unta di padang pasir telah selamat dilekatkan pada fridge bersama kawan-kawan yang lain

Terima kasih Blogger Anies! Semoga murah rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan :D

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~