26 Feb 2026

Johor - Setelah 18 tahun

Sempena cuti Chinese New Year, aku pun sajalah apply cuti extra sehari sebab kononnya nak bermalasan kat rumah je. Tiba-tiba adik aku kata boring tak pergi mana-mana, dia cadang nak pergi Cameron Highlands.

Tapi kalau cuti umum bersambung macam ni, Cameron tu confirm packed dengan manusia lah. Bincang punya bincang, akhirnya kami memutuskan untuk jalan-jalan kat Mersing, Johor. Pergi Ahad, balik hari Isnin.

Petanda anda dah sampai Johor, disambut oleh DAULAT TUANKU

Kali terakhir datang Johor adalah 18 tahun lepas, di mana waktu tu aku masih bersekolah rendah. Disebabkan kitorang takde ramai keluarga mahupun kenalan di belah-belah negeri paling Selatan kat Malaysia ni, jarang-jarang sekali lah nak pergi sana.

Weolls lebih suka pergi belah pantai timur atau belah utara je untuk berjalan-jalan. So, aku tak tau sangatlah tempat-tempat menarik kat Johor ni, hiks.

Sepanjang perjanan hujan je. Tapi sejuk hati tengok hutan berkabus

Gerak dari rumah around 11 pagi, sampai Mersing pukul 5 petang something. Ada kesesakan trafik jugak, tapi tak lama. Punca sampai lewat ni sebab banyak berhenti cari kudapan atau pergi toilet je haha. Sampai Mersing pun hujan masih tak stop lagi. So kami check-in hotel dan rehat-rehat jap, pukul 6 lebih tu keluar pergi makan.

Mersing ni area tepi laut, mestilah kita nak cari ikan bakar! 


Disebabkan esoknya Chinese New Year, risau banyak kedai tak bukak. Cina raya, melayu pun nak balik kampung gak.

Then tengok kat google restoran Brother Joe ni bukak, makan kat situ jelah sebab tak jauh sangat dari hotel. Restoran ni duduk kat tepi pantai. Hujan pun baru turun masa kitorang sampai, tu yang tak ramai pelanggan agaknya..


Seeafood boleh pilih mengikut saiz. Harga dikira per 100 gram.

Order ikan bakar, sotong bakar, tomyam dengan sayur kailan 2 set. Total makan berlima RM176. Rasa makanan okay-okay lah, yang penting makan licin dan tak membazir.

Pagi esoknya, pergi cari sarapan tepi pantai. Lepastu tengok air laut keruh you all sebab hujan non stop dari semalam. Penduduk kat situ pun cakap minggu sebelum tu cuaca elok je, dah 2-3 hari ni yang kerap hujan.

Berani betul bot nelayan tu redah ombak kuat..
Mendung dan kelam..

Nak cari vitamin-sea.. Tapi warna sea nya pulak keruh macam nescafe ais hahahah. Orang cakap pantai-pantai kat Mersing ni cantik, sebab sini menghubungkan jarak nak ke pulau-pulau famous macam Tioman atau pun Pulau Rawa.

Takde rezeki lah nak tengok pantai yang cantik ni. Sepanjang kitorang kat Mersing ni manjang je hujan. Ambil gambar pun rasa macam takde seri. Lolzz

Bosan tengok laut warna Nescafe, kita pergi tengok sawah pulak

Next stop nak pergi Jeti Teluk Buih. Sepanjang perjalanan, ada sawah pulak. Kat area kampung ni pun ada banyak homestay, sebab katanya kat sini port memancing. 

Sampai sini baru tahu KUNTUM Kafe betul-betul duduk bersebalahan dengan Jeti Teluk Buih. Ni pun sebab terperasan kat Tiktok la, masa tengah browse restoran di sekitar Mersing malam semalamnya. Lawa kafe nya dari luar, macam cottage mat salleh gitu.

Bot nelayan dan KUNTUM Kafe

Tak jauh dari Jeti Teluk Buih tu, kami singgah Pantai Air Papan. Angin kuat gila you all~ Sini ramai orang main layang-layang, syok sebab sejuk berangin je. Tapi warna air laut tu takyah cakaplah, masih warna Nescafe ais, haha.  

Pantai Air Papan

Tempat terakhir yang kitorang singgah, Pantai Pasir Lanun. Kat situ ada Jeti Penyabong. Rasanya jeti ni untuk orang-orang yang nak pergi memancing kot.. Sebab di sekitar Pantai Pasir Lanun ni ada beberapa pulau kecil.

Jeti ni nampak macam baru siap. Nampak cantik je
Bot-bot memancing

Tapi kami datang sini sebab nak pergi ke Hidden Viewpoint Penyabong je. Err.. Not so hidden sangatla sebab tempat ni viral ye untuk bergambar. Jalan pulak agak sempit, muat untuk 1 kereta je lalu. So kena bertimbang rasa lah untuk bagi laluan pada kenderaan lain.


Nasib baik tak ramai sangat orang. Syokla bergambar sebab serious tempat ni memang cantik sangat! Cuma kalau cuaca cerah, mesti lagi lawa lah dengan air laut warna biru kehijauan.

Gambar dari Google - (Daily Johor)
Weolls dapat camni je haha

So itu jelah kisah short trip pergi Mersing, setelah berkurun lamanya aku tak jejak kaki ke Johor. Next time kalau datang Mersing, nak pergi Pulau Rawa atau Pulau Tioman pulaklah!


2 comments:

  1. Akak pernahlah beberapa kali ke Mersing, yaaa…memang cantik pantai dan lautnya membiru. Takpe, lepas ni plan Pulau Rawa atau Tioman tu kasi jadik (tapi yang cakap ni pun belum pernah ke sana 🤭).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib tak menyebelahi kitorang pulak masa ni huhu.
      Kita masuk list dulu, sampainya entah bila kan 😛

      Delete

Nak komen apa? silakan~