Sambungan dari --> Ziarah sekitar Masjid Nabawi
Raudhah - sering disebut antara taman-taman syurga kerana sabda Nabi SAW, “Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku merupakan salah satu taman dari taman-taman surga” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).
Setiap umat Islam yang dah datang ke Masjid Nabawi ni, mesti kena rebut peluang untuk masuk ke dalam Raudhah. That feeling bila dapat masuk dalam tu, aura ketenangan dia sangat lain daripada yang lain.. indescribable.
Jemaah lelaki dah masuk dulu pukul 4 am, kami yang perempuan ni masuk pukul 11 pm. Untuk kesini, kami dibimbing oleh ustazah dari Andalusia dan perlu berkumpul sejam awal di lobi hotel. Kemudian jalan kaki lebih kurang 15 minit nak ke pintu masuk bahagian wanita.
![]() |
| suasana que sebelum masuk |
Nak masuk ke dalam ni perlu download apps Nusuk terlebih dahulu. Mutawwif pesan untuk book slot seminggu sebelum berangkat. Sebab kita ni datang pada peak season, memang ramai orang.. Ada beberapa jemaah kami yang tak dapat slot Nusuk ni, diorang kena try instant track (book slot di sekitar masjid Nabawi setiap 20 minit) ataupun mutawwif akan cuba dapatkan permit muassasah.
Itu pun bergantung pada nasib lah.
Oh btw, kanak-kanak umur 7 tahun ke atas pun kena book slot di apps Nusuk jugak. My nephew umur 7 tahun pinjam phone maksu dia, yang si adiknya umur 6 tahun kalau ikutkan boleh masuk dengan ibu je atas budi bicara. Tapi sebab nak selamat, kakak aku buat akaun Nusuk untuk si adik jugak.
| Team bunga |
Muslimat cuma akan masuk melalui pintu 37. Nanti kat pintu masuk, askar akan scan QR. Warnanya akan bertukar biru 30 minit sebelum slot masuk. Makanya, jemaah kena standby awallah supaya dapat masuk on time. Lambat sikit je, melepas peluang korang ye.
![]() |
| Lepas dah scan, nanti warna dia akan berubah jadi kuning pulak |
Awal-awal tu jemaah dari negara lain elok tertib je beratur ikut barisan, dengar arahan. Once dah masuk, lahh ada yang berlari, rempuh orang, potong barisan. Dan paling geram, rempuh anak buah aku yang kecik kemetot tu. Sampai petugas tu pun "ibu, ibu, beratur ibu!".
Saya faham, orang berebut-rebut nak solat kat saf depan, solat kat tempat mustajab tertentu. Tapi macam tak sopanlah dah masuk dalam kawasan suci, adab pulak tak jaga.
![]() |
| Suasana di dalam Raudhah. Yang ada penghadang warna putih tu adalah makam Nabi |
Kawasan Raudhah yang sebenar adalah di antara mimbar (sebelah kanan) hingga ke makam Rasulullah SAW (kiri). Sebaik masuk tu, ustazah tarik kami masuk rapat ke belah kiri.
Dalam Raudhah ni, harum semerbak sangat. Rasa bersyukur dapat dikurniakan peluang untuk solat disini. Masa yang kami dapat tu agak lama jugaklah, sebab dapat buat 3 jenis solat sunat. Aku kira-kira dalam 5-7 minit gitu? Biasanya guard ni akan halau awal tau once dia nampak kita selesai solat.
So kalau nak doa, doa waktu sujud je. Kalau tadah tangan tu nanti yang boleh kena halau sebab dia ingatkan kita dah selesai.
![]() |
| Tiang bercorak bunga emas |
Nasib baiklah kami dipimpin oleh ustazah yang berpengalaman. Makumlah kitanya first time.. Kalau tak tahu ni, entah-entah kitorang pergi duduk dan solat belah belakang sana.. Nanti rugilah sebab tak dapat keistimewaan solat di dalam Raudhah.
![]() |
| Berjalan untuk keluar usai solat |
![]() |
| Makam Rasulullah SAW dan 2 orang sahabat (gambar dari abang) |
![]() |
| Dapat coklat kurma bersalut kacang sebelum keluar. Sedapp! |











Syukur Alhamdulillah
ReplyDeleteSeronok kan dapat masuk raudhah. Dulu akak penuh sendat sampaikan kumpulan kami buat pagar keliling sapa yang nak solat sebab jemaah asyik terjah je kita orang sampai nak solat pun tak boleh. Gilir-gilir lah sehingga semua dapat solat walaupun tak boleh lama sebab padat sangat. Tapi alhamdulillah dapat solat. Dulu carpet hijau jadi kita orang serbu carpet hijau je. Ni dah berubah kena alert lah. Mudahan dapat datang lagi bagi salam pada Rasulullah SAW. Aamiin
ReplyDeleteTq share gambar dalam raudhah
ReplyDeleteOh dah tukar karpet ye? Rindu sungguh dengan karpet hijau Raudhah tu, wangi 🥹
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Akk ke sana lagi 🤲🏻