Assalamualaikum
Haritu ada singgah blog encik Pha Is dan nampak beliau ada buat segmen lain daripada yang lain. Dalam segmen ni, kena tanya ChatGPT untuk buat rumusan apa yang dia tahu tentang blog kita. Alang-alang aku pun belum tulis apa-apa entry minggu ni, nak join juga lah!
klik banner untuk join |
Soalan:
tulis satu rumusan tentang blog Mazni Munawar dari url https://supersagaaaa.blogspot.com/ dan tentang penulisnya, dalam 1 rumusan pendek sebanyak 100 patah perkataan
Jawapan:
Berikut rumusan ringkas (100 patah) tentang blog Supersagaaaa oleh Mazni Munawar:
Blog Supersagaaaa menampilkan catatan harian Mazni Munawar sekitar kehidupan kolej, pengalaman melancong bajet sekitar KL, ulasan filem emosional dan aktiviti semasa seperti sambutan Hari Merdeka serta kuliner keluarga seperti di Joe’s Kitchen Nilai. Penulis memperlihatkan gaya santai, penuh jenaka dan jujur—contohnya ungkapan “aku tersangat amatlah busy… rasa nak botak kepala”
Dia juga menghargai momen kebersamaan keluarga, ekonomi sederhana dan berkongsi tips buat pembaca yang praktikal, ikhlas dan mesra alam sekitar kehidupannya. Mazni seorang pelajar ijazah dan warganegara Malaysia yang gemar eksplorasi budaya, makanan dan kehidupan seharian secara dekat dan relatable.
Yang part rasa nak botak kepala tu bahagian mana ye? Nampak macam ada masalah besar sangat bunyinya kan, LOL. Rumusan daripada ChatGPT ni ada yang betul jugalah, tapi terharu sebab ChatGPT masih anggap aku student lagi walaupun dah 5 tahun habis belajar. Maksudnya iolls still belia remaja lah kan? hihihi.
Mengikut apa yang dirumuskan ni, entry berkaitan yang disebutkan adalah;
- Melancong bajet sekitar KL - Jalan-jalan free di KL part 1 & Jalan-jalan free di KL part 2
- ulasan filem emosional - Review Movie : How to Make Millions Before Grandma Dies
- Makan di Joe's Kitchen, Nilai
Thanks for reading.
Korang dah try tanya ChatGPT ke belum tuww?
thanks join... mungkin sebab tak update kat mana2 entri kata dah habis belajar kot.. hehehe
ReplyDeleteyou're welcome!
Deletehm siap update entry convo dah, chatgpt yang tak up to date
alamak...busy takpe tpai jangan botak kepala ye....menarik kan segmen ni...dari xde idea dah boleh buat 1 entry dah kan...
ReplyDeletekalau stress rambut pun boleh gugur hehehe. tulah menarik segmen ni, lain dari yang lain! tu rasa nak join :D
DeleteYa betul tu, masih belia remaja. Part botak kepala tu lucu jugak lah chatgpt ni.
ReplyDeletepunyalah banyak ayat yang elok, botak kepala tu jugak yang dia nampak kan
DeleteTak up to date ChatGPT ni. hihi..Pandai-pandai je cerita yang tak ada kan. hihi..Tak fully 100% betul. Tapi terhibur juga baca rumusan beliau.
ReplyDeletechatgpt is still licing in era before covid kot, dia tak boleh move on :p
Deletecomel ja, masing-masing update entry dgn chatgpt ni. apakah perlu kita membuatnya juga?
ReplyDeletenampak gayanya ini seruan perlu join juga. hhihi
Deletehehehhe pandai ek chatgpt ni. Persona mazni masih awet muda ni. sabar satgi SS pun nak join sekali apa dikata. ^_^
ReplyDeleteOk memang lucu, pasal akak pun terus rasa nak ketawa baca ‘botak kepala’ tu 😄
ReplyDeleteAlaaa.. Muda remaja lagi lah tu...
ReplyDeleteBeberapa blogger Malaysia yang saya kunjungi menulis posting tentang ChatGPT ini, Mbak.
ReplyDeleteSesuai ya Mbak dengan apa yang dikatakan ChatGPT tentang blog Mbak ini?
Saya sampai tersenyum membaca "rasa nak botak kepala" itu...hehehe apa benar demikian Mbak?
Salam,
random gila ulasan chatgpt ni.. hahaha
ReplyDeleteMenarik juga description yg diberi tu...
ReplyDeleteRasanya tak pernah baca bab botak kepala tu
Wah, banyak dah rakan blogger sudah buat segment ni. Menarik juga ni.
ReplyDelete