1 Sept 2024

Sambutan Hari Merdeka 2024

 

Assalamualaikum

Semalam buat pertama kalinya me and my siblings pergi join Sambutan Merdeka dekat dataran Putrajaya. Sebelum ni macam tak kuasa nak pergi tempat bersesak ramai orang macam ni, tapi tiba-tiba tahun ni nak merasa suasana jadi anak Malaysia yang patriotik. Dengar cerita, ramai orang dah start berkumpul since malam 31 Ogos lagi. Kitorang ni rilek je pukul 7 pagi baru keluar rumah. Maklumlah rumah dekat je dan pergi pun naik motor xD

Kalau naik kereta tu memang goodluck la nak cari parking sebab sumpah dahsyat gila yeee. Kitorang yang naik motor ni pun kena parking dekat depan SK Presint 8, pastu kena jalan kaki merentasi Jambatan Wawasan sampai ke Dataran Putra tu. Dalam 2km jugak jalan. Banyak jalan yang dah ditutup.


Ramai gila yang gigih berjalan kaki macam kitorang jugak. Semangat gila rakyat Malaysia! 

Sambutan Hari kemerdekaan ke-67 yang bertema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka ni dimeriahkan dengan hampir 100,000 orang yang termasuk dengan 17,000 peserta perbarisan, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam, 439 aset ketenteraan serta 112 haiwan. 

Boleh bayang tak ramai dia camne. Aku sebagai bangsa yang datang last minute ni, memang tak dapatlah duduk barisan depan, apatah lagi nak dapat tempat duduk yang berkerusi xD


So di bawah ni aku share lah sikit gambar yang aku snap walaupun kualiti zoom dia buruks. Maklumla, kitanya duduk bawah pokok, Jauh pulak tu. Dapat nampak sikit-sikit pun okaylah.

Bomba Malaysia buat gaya tugu negara

Setiap tahun perbarisan merdeka, ramai orang always looking forward nak tengok unit VAT69 Komando. Smart bergaya gila! Semua orang sedia maklum nak masuk jadi komando ni bukan calang-calang orang ya. Hanya yang mampu tahan latihan brutal je yang layak. Respect gila.

Cuma tahun ni takde acara payung terjun macam tahun lepas. Tapi ada persembahan tempur tanpa senjata daripada Angkatan Tentera Malaysia. Aku pulak risau tengok kepala diorang ada pendarahan dalaman sebab hantuk kepala dekat kayu & atap rumah. Power-power abang askar kita ni.

Untuk tahun-tahun sebelum ni aku tak terlalu take noted sangat pasal 'Human Graphic' ni sebab kat TV pun tunjuk sekejap-sekejap je. 'Human Graphic' ni diwakili oleh 2,000 pelajar sekolah menengah di sekitar Selangor, tugas diorang ni membentuk text ataupun corak-corak sebagai penyeri untuk hari kebangsaan ni. Walaupun aku duduk jauh, still boleh nampak sipi-sipi diorang buat corak bendera Malaysia, tulisan Daulat Tuanku. Goodjob!

kredit image : Sinar harian

Di hujung acara ni, ahli dari JKKN mempersembahkan tarian 'Cuci Rasuah' sebagai usaha untuk menyokong perjuangan PMX dalam membanteras rasuah di negara ni. Diorang menari dengan penyapu dan tong sampah dengan rentak yang sangat energetik. Aku harap orang-orang yang kuat makan rasuah tak sedar diri dalam jabatan kerajaan mahupun pak-pak menteri tu terasa dan bertaubatlah ye. Bukitkan yang negara Malaysia ni berintegriti dan tunjuk contoh negara Islam yang baik dengan jauhi rasuah.

Bagi aku yang pertama kali join sambutan merdeka ni, Memang best sangat. Ingatnya nak first and last, tapi rasa macam tahun depan nak join lagi kalau dia buat kat Putrajaya lah :p Semoga Malaysia negaraku terus aman damai, hidup harmoni dalam bangsa berbilang kaum serta stop drama dan kontroversi terutama dari ahli politik, haha.

Salam Kemerdekaan ke-67!


10 comments:

  1. sy datang juga tp mmg x expect laa dpt tmpt duduk ke apa. janji dpt tgk dan enjoy. tu je...

    igt nak g kat belah2 situ juga tp malas nak jln..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau datang lambat macam saya ni mmng duduk belakang lah citer dia 🤣 janji dapat rasa vibes tu

      Delete
  2. yg peesembahan udara tu x enjoy ke? yg tu plg sy tunggu
    hehehe... terasa mcm pergi LIMA sekejap😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persembahan tu udara tu ada tpi mcm biasa2 je. Tahun lepas mcm lebih menarik kot sebab VAT69 buat skydiving sambil bawa bendera malaysia

      Delete
  3. btw komen2 yg ditinggalkan kt blog sy tu ada je..cuma cara sy... sy akn publish slps selesai BW. so dgn cara tu sy x miss laa mana2 blog... sy nk scroll reading list mmg x laa...😁😁 lately mmg pyh dah nk BW mcm dulu...
    btw terima kasih krn tinggalkan jejak👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh yekee 🤣🤣 saya ni kadang2 kalau komen, pernah berlaku kejadian page ter-refresh. Tu ingat komen tak masuk 🤣

      Delete
  4. yg psl kimono lelaki tu.. apa yg sy faham ia bergantung pd saiz bahu seseorg. kimono perempuan x de saiz. yg bezakannya adalah ikatan obi. obi tu yg akan ejas labuh dan lebar kimono perempuan.. kalau silap 🙏🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh faham. So sewa baju tu mahal ikut size jugalah kan 😁

      Delete
  5. Last turun tgk perbarisan merdeka ni 12 tahun lepas masa baru2 kawen dulu huhuu.. Merdeka baru ni tak sempat sbb anak masuk hospital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kalau sambutan dulu2 mesti vibes dia lain dgn skrg ni

      Delete

Nak komen apa? silakan~