Assalamualaikum
Salam 1 Muharram 1447, semoga tahun baru Islam ni kita jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Azam aku untuk tahun baru ni nak lebih aktif beriadah dan sihatkan badan. So pagi tadi kita mulakan hari dengan panjat bukit dan membakar lemak.
Lepas done bakar lemak, tengahari tadi aku pergi tambah lemak di restoran nasi padang pulak, hahaha.

Aku jarang makan nasi padang sebenarnya. Tapi since tahun lepas, ada kedai nasi padang sedap yang baru dibuka sekitar Bangi ni. Jadi teringin nak makan nasi padang sejak tengok filem Saiyo Sakato kat Netflix dulu-dulu..
Pastu nampak pulak influencer buat review pasal kedai Ampera Raya ni, kita pun ter-influence lah untuk cuba. Mudah terpengaruh sangatt!
 |
tunjuk je lauk apa yang kita nak makan |
Sebaik je masuk dan cari tempat duduk, kami terus ke kaunter untuk order lauk. Setakat 2 kali aku datang sini, kedai ni tak pernah sunyi. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Mungkin juga sebab konsep kedai ni perlu beratur dan pilih makanan di kaunter, bukannya waiter yang datang ke meja kita ambil order. Makanya terjadilah que yang panjang dan kelam kabut sikit.
Pilihan makanannya beraneka jenis jugalah. Macam lauk nasi campur je. Antara lauk nasi padang ni adalah gulai tunjang, gulai babat, dendeng kering/basah, sambal tempe, ayam pop, ayam berlado dan banyak lagi. Ada juga nasi kremes kalau nak ambil set yang jimat sekali dengan air.
Kat bawah ni senarai harga per piring. Ambillah berjenis lauk dan share 2-3 orang.
Lepas dah siap pilih makanan, staff yang ambil order kita tadi akan hantar makanan ke meja. Sumpah diorang ni multitasking gila dan servis pun agak lajulah. Cuma aku datang harini, air dapat lambat sikit. Tapi overall dari segi rasa makanan dan layanan staff okay je.
 |
meja yang penuh dengan lauk-lauk! |
Ini gambar order aku masa first time makan sini. Kami order keli balado, ayam pop, gulai babat, gulai tunjang, sambal tempe, sambal goreng jengkol(jering), sayur pucuk ubi dan sambal ijo.
 |
look the color, really vibrant! |
 |
harini punya order macam kurang sikit pinggannya |
Second time makan, order ayam balado, kerupuk jangek, gulai tunjang, daging dendeng, ikan tilapia bakar dan sayur pucuk ubi. Air pulak semestinya aku order jus alpukat la sebab tu paling favourite!
Bagi aku, makanan kat sini serious sedap dan secukup rasa. First time makan gulai tunjang tu tak sangka sedap sangat ada rasa lemak chewy gitu. Untuk ayam pop tu, rasanya agak biasa jelah. Dia cuma ayam yang direbus kemudiannya digoreng dan dimakan dengan sambal. Overall aku sangat berpuas hati dengan rasa makanan kat sini.
Katanya ini authentic rasa nasi padang sebab pekerja dia pun kebanyakkannya orang Indonesia aka orang Minang kot. Cuma harga dia agak mahal jugaklah bagi aku, satu piring kecil je ada yang cecah sampai RM10. Itu kalau ambil lauk yang gulai-gulailah.
I wouldn't mind to repeat again!
2, 2-G, TAMAN, putra kajang, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Buka setiap hari dari 10 am - 10 pm
Ada juga cawangan di Kota Warisan, Seksyen 13 Shah Alam, Kuala Lumpur. Boleh tengok IGdiorang --> Instagram Ampera Raya
No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~