8 Feb 2025

Joe's Kitchen, Nilai

Assalamualaikum

Sempena anniversary mak dan abah pada bulan 12 tahun lepas, kami adik beradik belanja makan. Joe's Kitchen yang terletak di Nilai (opposite AEON Nilai). Ini dah jadi our favourite restaurant sebab makanannya sedap di tekak aku dan portion besar! Ini kali ketiga kami repeat sini. 

Asalnya kedai ni adalah Joe's barber shop, tiba-tiba ada kedai makan pulak. Boleh la after potong rambut pergi makan pula, kedainya pun duduk bersebelahan je.


Kalau datang ramai, sangat disarankan untuk book dahulu sebab kedai ni sentiasa penuh. Kita ni datang 10 orang, so meja di bahagian belakang tu memang kami je yang conquer.


Since kitorang datang ramai dan dah order siap-siap dari whatsapp. Sampai sana waiter tinggal hantar makanan je. Tanpa membuang masa, marilah tatap gambar makanan ini.

range harga air dalam gambar ni adalah RM6 ke RM10. Aku pilih ice lemon tea je RM6, anak buah aku amik yang fancy2 blue lagoon RM10 lah.

Aku order yang ni, nasi goreng seafood, RM15. Masa first time makan sini dulu, mak aku yang order nasi ni. Aku try cuit-cuit sikit, eh sedap pulak! Mungkin orang nampak RM15 tu agak mahal untuk nasi goreng, but for me haiwan-haiwan di dalam ni meriah dan portion dia sangat banyak (at least for me). 


Premium Chicken Grill, RM20. Yang ni rasa dia macam typical chicken grill. Portion besar, premium dia tu sebab tambah mashed potato dengan jagung je, Kalau nak ambil chicken grill yang tak premium harga kurang RM5 ja, rasa sama. 


Lamb chop RM25. Yang ni pun macam typical lamb chop juga. Dalam gambar ni nampak je macam sikit, tapi daging dia besar sebenarnya.

Thin Crust Chicken Rendang Pizza, RM20
Thin Crust Chicken Rendang Pizza, RM20

Kitorang kalau makan sini, mesti akan order pizza! Kalau dari rasa, dia takdelah sedap tahap gila-gila, tapi aku suka je sebab crunchy. Yang pizza rendang tu perisa dia agak unik sikitlah. Beli ni pun sebab nak bagi family kaklong rasa je. Btw memang ada 2 flavour je untuk pizza ni.

Premium Crispy Chicken Chop, RM20. 

Nasi goreng Joe's Special, RM18. Abang ipar aku cakap sedap tapi banyak gila. Rasa nasi goreng dia sama je macam nasi goreng aku, cuma bertukar haiwan je. Next time kalau datang sini lagi aku nak rder yang ni pulak!


yang ni kids menu, French Toast Beef Bacon, RM10, Mini Burgers RM8. Sikit macam ni pun bebudak tak makan habis, last2 ibu bapak dia yang kena habiskan haha.

Overall, aku suka gila restoran ni. I wouldn't mind repeat banyak kali pun haha. If nak tengok full menu, boleh tengok di instagram diorang!

PT 12936, Jalan BBN 1/7B Putra Indah Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Joe's Kitchen Instagram

*PS: lama tak bukak blog dan blogwalking sebab aku tersangatlah busy sepanjang bulan 1. Nanti kita akan sambung blogwalking!

2 comments:

Nak komen apa? silakan~