23 Dec 2025

Hilton Garden Inn, Daxing - Fly back to Malaysia

 

Sambungan dari --> Qianmen Street, Beijing

Hari terakhir di Beijing, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. Maka selamat tinggal Beijing Zhongan Hotel yang telah menjadi rumah kami selama 5 hari. Sebenarnya macam tersilap percaturan pulak, tak payah pindah pun takpe sebab jarak dari hotel nak ke airport cuma 40 minit je punn.

Di Daxing ni, kami stay di Hilton Garden Inn. Ini merupakan kali pertama aku menginap kat hotel Hilton tau, padahal kat Malaysia tak pernah merasa pun.

Sebaik sampai, kami disambut oleh jejaka handsome yang menghulurkan air teh berry mahal (ye kena mention mahal tu. Sebab aku beli teh yang sama, harganya almost RM200 untuk 200  gram!). Pastu kakak dengan abang aku pergi buat urusan check in. Kami book 3 bilik (2 person). Totalnya lebih kurang RM800 plus minus untuk ketiga-tiga bilik tu. 

Ingatkan harga satu malam kat Hilton ni cecah RM500 per room. Rupanya harga dia agak reasonable jugak! Next time boleh la try menginap kat Hilton Malaysia pulak, haha tibahh!

Room dia memang sangat spacious. Duduk 2 orang pun rasa terlalu banyak space kosong. Untuk washroom, dia asingkan antara toilet membuang hajat dan bilik mandi. Sangat selesa dengan semua kemudahan di sini.

Ada seterika jugak

Memandangkan hotel ni sejangkal je jaraknya dengan airport, mereka menyediakan perkhidmatan bas shuttle. So Jimatlah duit kami daripada guna DiDi. Shuttle ni akan datang setiap 30 minit sekali selama 24 jam tau. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 April 2025

Kami bertolak keluar dari hotel seawal 8 am menuju ke airport. Ikutkan, flight akan berlepas pada pukul 11.30 pagi gitu, tapi tiba-tiba delay jadi ke pukul 1 pm pulak. Kalau tahu nak delay, baik aku golek-golek atas katil hotel lagi tau, haha.

Daxing airport yang berkonsepkan honeycomb. Tapi yang ni aku nampak macam ibu jari tengah thumbs up pulak
proses check in yang sangat mudah untuk berurusan

Melangutlah duduk taktau nak buat apa kat airport tu, sampailah boleh masuk ke perut kapal terbang. Kami akan transit di Shenzen Bao'an airport selama 3 jam. Untuk aku, mak dan adik, ni airport yang baru lah untuk kami. Abang, ayah dengan kakak aku transit kat sini masa hari pertama. Diorang kata teringin nak nak tengok suasana kat airport Guangzhou macam kitorang, ahaks.

ceiling airport diorang yang unik. tapi cam geli sikit sebab berlubang-lubang gini
mak nak bergambar dengan gambar kartun comel dan ceiling lobang ni
Makanan untuk 2 kali flight. Sedikit bland but couldn't complain much la since ini je yang ada untuk muslim meal.

Kami terbang dari Shenzen ke KLIA, yang memakan masa lebih kurang 4 jam 30 minit. berlepas pukul 8.40 pm, sampai Malaysia sekitar pukul 12 am gitu. Sampai rumah pukul 4 pagi, dan pukul 8 pagi tu aku terus masuk office. Mata macam kena tumbuk dengan panda..

Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti trip Spring Raya Beijing ni dari awal sampai akhir. Best jugak ye beraya kat luar negara, hehe. Maaf jika penulisan syok sendiri, kesemua entry pun panjang berjela dan penuh dengan gambar. Nama pun travelog dan kenangan kan, haruslah segalanya ku curah dengan penuh jiwa dan raga gituhh! Harap sedikit sebanyak memberi info pada semua yang membaca.

Boleh baca entry yang lepas di;

Thanks for reading! Next ke mana kita?


19 Dec 2025

Qianmen Street, Beijing

 

Sambungan dari --> Spring Raya : Silk Street

7 April 2025

Hari tu merupakan hari terakhir kami di Beijing Zhongan Hotel, sebelum check out hotel pukul 12 pm. Pagi tu cuma aku, kakngah dan abang je keluar jalan-jalan sebab nak beli snek makanan di Niujie untuk bawak balik Malaysia. Disebabkan masih pagi, sangatlah tenang suasana di Niujie tu. Kalau tak, selalunya padat dengan manusia.

heaven betul kalini datang tak payah beratur

Mak suruh tambah buah cherry lagi sebab nak bawak balik Malaysia. Kami beli lagi 2 bungkus. Pastu beli stok instant mee, ayam, sosej, daging RTE dan jugak snek untuk bagi kat kawan-kawan. Tak lupa juga, pagi tu kami tapau beef shaobing yang sedap tu buat kali terakhir kat Niujie, sobs..

cherry dan daging ready to eat yang super murah!
beef shaobing paling sedap pernah ku makan. juicy dan inti gemokzz

Kaklong dengan adik aku ada kirim ubat mujarab apa entah. Tapi dia cakap ubat tu sangat bagus. Try cari kat farmasi di sekitar Niujie ni, takde pulak. Kaklong kata dulu dia cari ubat-ubat tu kat traditional market. So kami pun pergilah Qianmen Street, antara old street yang penuh dengan shoplot di sana.

Disebabkan Qianmen ni merupakan traditional shopping street, kebanyakkan bangunan shoplot di situ berbentuk klasik. Rupanya, Qianmen Street ni berada di belah selatan Tiananmen Square je. Juga bersambung dengan Wangfujing Street.

Itulah Beijing kan, pusing-pusing jumpa tempat yang sama. Pastu mengomel, "kenapalah haritu kita tak sekalikan je tour Qianmen Street ni masa pergi Tiananmen haritu kan?" Hahaha.

Pastu aku nak pergi toilet tau. Ingat toilet dia ni standard macam toilet biasa yang ada penghadang pendek tu. Sekali bila masuk.... toilet ni cuma ada 3 jamban squat, 1 jamban duduk. Tak ada apa-apa pintu mahupun partition yang memisahkan anda dengan orang sebelah. Boleh berak sambil bertentang mata gitu wahaha.

Tak expect pulak toilet dia pun terlalu 'traditional'. Kita tahan jela sampai balik hotel yekk

Kami pun meneruskan misi mencari ubat yang diminta oleh kaklong tu. Shoplot kat sini banyak betul yang nampak menarik. Disini juga ada banyak makanan halal tau! Barulah aku teringat, di sekitar sini ada masjid yang terletak di Yangwei Hutong, di belakang Dashilar Street. Boleh baca di blog Nota Kembara untuk pergi ke Masjid tu.

No wonder lah masa kat sini, aku jumpa a group of chinese muslim. Semua sepesen je pakai tudung putih lipat bulat, baju hitam. Nampak macam orang Hui.

kedai yang jual snek halal
Lu Da Gun - tekstur dia macam mochi yang digulung bersama red bean paste. Kemudian ditaburkan soy bean flour di atasnya. Sedap dan tak manis sangat, tapi really sticky!

Qianmen Street mempunyai sejarah sejak 570 tahun yang lalu. Ia dipanggil sebagai 'Zhengyangmen Street' ketika Dinasti Ming dan Qing, akhirnya mendapat nama Qianmen ni dari tahun 1965. Tempat ni memang di preserved sebagai traditional market/shopping sejak dari dulu hingga sekarang.

Jom tengok gambar kat sekitar Qianmen ni.

antara salah satu kedai yang menjual sate kambing halal
berapalah harga pearl beijing ni. Nak masuk, tapi takut!

Pastu, kat tengah laluan pejalan kaki ni pun ada tram yang akan round-round di sekitar Qianmen Street. Dangdang Che (trams) ini mula diperkenalkan di Beijing pada tahun 1924. Mengikut pembacaan di google, tram ni cuma ada 2 biji sahaja di Qianmen Street serta boleh memuatkan 84 orang pelawat dalam satu masa.

laluan tram

Macam-macam kedai menarik yang kami jumpa. Ada jual kasut dan baju tradisional, teh dan herba, restoran dan street food yang bersepah di sana sini. Nak explore makanan kat Qianmen ni pun rasa tamak sangatlah pulak, sebab tadi pagi dah beli banyak makanan kat Niujie.

Tapi kami singgah beli yogurt sedap kat satu kedai ni. Abang aku cakap yogurt ni halal dan memang kena beli if dah sampai Beijing. Kira macam signature sini jugaklah. 


Kami beli 3 yogurt dalam 15 yuan if tak silap. Tak berani nak beli banyak sebab takut tak sedap ke apa.. Bila makan tu, ya Allah rasa rugi betul tak beli banyak. Rasanya ni yogurt yang paling sedap pernahku makan sepanjang hidup ni! (over tak?) Selalu kalau kita makan yogurt kan ada rasa masam-masam kan, tapi yogurt ni rasa macam makan cream cheese.

Ziguangyuan (紫光园) yogurt, popular dengan 'Naipizi' (milk skin) yang menjadi signature di sini. Selain perisa original milk skin tu, ada perisa lain seperti matcha dan jasmine juga. Yogurt ni tidak menggunakan sebarang artifical atau preservatives. 

How it's Made:
  • Uses fresh milk and traditional techniques, fermented for over 18 hours.
  • Fermented in the cup, not stirred, retaining its thick, natural form. 
teksture yogurt yang sangat padat dan creamy
korang wajib cari Ziguangyuan (紫光园) yogurt kalau datang Beijing!
ni perut lembu dimasak dengan chinese style. Adik aku cakap sedap
bao kecik comey. Tapi rasa biasa je nyahh
kat Malaysia sebut Mixue je, kat China sebutan dia lain sikit ke.. sebab panjang bebenor tulisan tu pun
peking duck yang sampai kesudah lah kitorang tak sempat merasa. Halal peking duck agak limited sikit kat Beijing ni
Maka tamatlah sudah sesi berjalan-jalan kami sepanjang di Beijing ni. Balik dari Qianmen tu, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. So takde lah nak berjalan-jalan kat Daxing tu sebab macam takde apa pun.

Patutnya balik dari Qianmen tu aku nak ajak mak abah dengan adik aku pergi jalan-jalan kat sana, beg-beg nak checkout dari hotel tu boleh je kita biarkan kat lobby dulu. Tapi diorang ni dah pergi susun semua beg kat luar hotel pulakk. Terpaksa lah panggil DiDi dan terus gerak ke Daxing. Sampai Daxing tu, book DiDi dan pergi semula ke Qianmen. Gigih ye walaupun 40 minit perjalanan!

Nasib baiklah harga DiDi tu murah je. Lebih kurang RM50+ sehala, pastu bahagi dengan 4 orang je. Citer hotel Daxing tu nanti aku sambung next entry.

Beijing's Bustling Century-Old Streets

7 Dec 2025

Kota Yang Bercahaya


"Korang ni bila ada duit, asyik pergi berjalan lah, panjat gunung lah. Takde pun usaha nak kumpul duit pergi buat umrah.

Padahal umrah pertama tu terkategori sebagai umrah wajib jika berkemampuan." 

Kata-kata mak awal tahun lepas buat aku sedikit tersentap. Tapi ada benarnya juga. Kalau boleh pergi jalan-jalan sana sini, kenapa macam takde usaha kumpul duit nak buat umrah. Sedangkan umrah boleh pergi bila-bila masa je, tak macam haji yang perlu menunggu giliran.

Know-know, sekarang aku ada kat Madinah al-Munawwarah, kota yang bercahaya. Tempat dimana wafatnya Rasulullah ï·º. Harini dah hari ke-empat aku kat tanah suci madinah, esok baru nak berangkat ke Makkah untuk buat umrah pertama.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Neves sikit sebab pergi time peak season, makanya ramai sungguh manusia!


Ps: maaf tak sempat nak blogwalk sejak 2 minggu lepas. Lately memang tak sempat nak bukak laptop even hari weekend pun, huhu. Nanti saya akan BW slow-slow ye.

Sabtu, 6 Disember. 9.58 pm waktu Saudi
Waktu Malaysia 2.59 am, 7 Disember.

23 Nov 2025

Go' Bang Maju Tol, Temerloh

 

Sambungan dari Kopi Payong & Roti Paung di Rhu Muda, kami exit di Temerloh untuk lunch. Kalau turun Temerloh ni kena cari apa? Ya benar sekalii, mestilah nak ikan patin!

Keluar je dari tol Temerloh tu, dalam 500 meter terus jumpa restoran Go' Bang Maju ni. Kami sampai agak lewat, pukul 5 petang. Taktaula layak ke nak dipanggil sebagai lunch, haha. Aku risau lauk-lauk banyak habis je

Rating kat google pun tinggi jugak, 4 star. So kita cuba jelah makan sini. Harap ada lah ikan patin yang masih berbaki untuk weolls.


Aku sangkakan disini memang ada menu tempoyak patin je. Rupanya ada banyak aneka lauk lain jugak. Ada rendang, masak lemak cili api, mee bersup, nasi campur, kuih-muih dan macam-macam lagilah.

Aku memang aim nak makan patin kan, so ambillah pais patin. Sayangnya bahagian yang aku suka, which is ekor dah habis pulak. Yang tinggal cuma bahagian kepala je. Lantakla, kepala pun kepala jelah. Masuk perut, hancur jugak kan.

troli macam ni mengingatkan aku pada Ikea pulak

Selain ambil pais patin, kami ambil daging masak lemak jugak. Pastu yang lebih-lebih tu just tambah ulam jela. Lepas kita order, pekedai akan panaskan lauk tu on the spot. Okaylah kan walaupun kita datang lambat, masih dapat makanan panas-panas.

Selalu kan kalau lauk hujung ni semuanya sejuk dan menyedihkan je, haha.

Di bawah ni aku tunjuk sikitlah makanan apa yang ada kat sini. Kalau datang awal, mesti lagi meriah lauknya!

ada beberapa station lauk. Pilih maunya yang mana
station masak lemak cili api
cinta hatiku, pais patin!
udang galah mengancam. Tak silap aku harganya RM15

Total makan haritu, RM50++ je. harga pais patin tu lingkungan RM17-RM22++, daging masak lemak tu RM15. Nasi tu sepinggan RM3, saja ambil extra lagi satu pinggan. Ulam tu berapa entah tak ingat.. Tak sampai RM5 rasanya.

Ini kalau pilih-pilih lauk tak ingat dunia pun bahaya jugak. Kami takde order air manis pun, minum air kosong yang free je. Jadilah penjimatan yang berleluasa gituw. 


Sebab order ngam-ngam je, so makan sampai licin lah takde membazir langsung. Ini merupakan kali kedua seumur hidup aku makan pais patin, terubat sikit rasa rindu ni masa pestime makan pais patin kat Taman Negara Pahang.

Overall bagi aku, makanannya sedap je. Harga je a bit pricey sikit. Nasib baik kami ambil lauk sikit je, tak terasa mahal sangatlah :p

Restoran ni ada di cawangan lain juga. Aku google, ada di Temerloh, Kuantan dan di Sri Rampai, KL. Kalau rasa jauh nak makan di Pahang, bolehlah merasa di KL. Asli dari Temerloh!

Ni gambar view lepas keluar dari tol mana entah. Otw pulang ke Key-ell

Go' Bang Maju Tol @ Patin Tempoyak
Lot 5086, Mukim Songsang, Kampung Raja, 28000 Temerloh, Pahang

15 Nov 2025

Jumpa Blogger Fanny

 

11 November baru ni, buat pertama kalinya aku berjumpa dengan rakan yang dikenali secara alam maya. Lebih mengujakan, gerangan tersebut adalah blogger daripada Indonesia! Tak lain dan tak bukan adalah Kak Fanny!

Tu diaa, first time jumpa kawan online terus dapat level-level international tau!

Ceritanya, kak Fanny ada DM di Instagram dan beritahu bahawa beliau akan ke Malaysia. 10-12 baru ada di Putrajaya. Kak Fanny cakap nak bagi buah tangan untuk blogger yang rajin menyinggah di blog nya.

11 haribulan tu, aku bekerja sebenarnya. Kak Fanny cakap if tak free dia boleh poskan barang tu. Aishh rasa serbasalah pulak orang dah dah datang jauh-jauh, tapi kita tak dapat nak jumpa. Lepas tahu kak Fanny stay di hotel IOI City Mall tu, okay macam boleh datang ni. Sebab tempat tersebut literally 10 minit je dari rumah. Since aku gerak dari office, jadi 40 minit lah haha. Kami janji nak jumpa lepas maghrib.

My first impression masa jumpa, waduh cute banget! Petite dan manis je orangnya!

Macam belia remaja sangatlahh (credit gambar from kak Fanny)

Boleh dikatakan jadual kak Fanny haritu padat betul ye. Sebelah paginya tu jumpa beberapa rakan blogger lain di KL. Antaranya Kak EznaKak CarneyzMama Zharfan dan Encik Afif. Petang selepas balik dari KL, jumpa pula dengan Kak Mulan

Malam turn aku, kemudian Uncle Gedek orang terakhir. Tapi beliau sangatlah peramah menyantuni kawan-kawan blogger Malaysia tau. Onz je bila ajak jumpa! 

Screenshot dari story IG. Ya tahun depan saya naik gunung di Indonesia lagik :p

Kami just duduk-duduk minum kat Tealive sambil bersembang topik biasa-biasa je. Tapi sebab Kak Fanny ni orangnya rajin travel, mestilah selit-selit tanya tentang travel jugak. Kak Fanny bagitau pernah makan lobster kat area Timang Beach, harganya Rp800k sekali dengan set seafood. Murah gila you all! 

Aku ada jugak pasang niat nak pergi ke Jakarta, sebab nak foodhunting dan shopping! Semoga ada rezeki sampai ke Jakarta, walaupun jalannya sentiasa macet hehe.

Kerepek perisa udang galah dan beg eiger

Balik rumah, unboxing buah tangan dari Kak Fanny. Hurmm kat DM kata 'souvenirs kecil dari Jakarta'.. Ini tak kecil dah tau, ini besar sungguh! Kak Fanny tahu saya minat outdoor, so dia bagilah beg Eiger ni. Antara brand outdoor famous dari Indonesia yang saya minat. Suka sangat!

Lepastu, ingatnya cukuplah setakat dua hadiah ni je. Bila bukak beg ni, ada lagi isi dalamnya.. Ada telekung, sejadah travel, pinggan dan cup camping, set sudu, reusable straw, serta aromatic oil. Ya Allah banyak sungguh! Segan pulak saya bagi hadiah berapa ketui ja, sekali dapat hadiah berketul-ketul pulak.


Alhamdulillah, terima kasih atas pemberian yang bermakna ni. Tak sabar nak bawak masuk hutan! InsyaAllah moga ada rezeki, kita jumpa lagi. Minta maaf kalau saya sedikit kekok atau tak dapat berbual banyak. Saya agak pemalu bila pertama kali jumpa face to face. Maklumlah, masih bocah lagi :p

Seronok rupanya jumpa kawan blogger ni. Selama ni selalu singgah blog dan baca penulisan diorang je. Bila jumpa depan-depan, best je ajak sembang! Kot kot la lepasni dapat jumpa blogger yang lain pula kee.

Buat siapa yang belum mengenali kak Fanny, jom terjah blog beliau untuk baca cerita-cerita travel dan makan! ---> https://dcatqueen.com/