7 Dec 2025

Kota Yang Bercahaya


"Korang ni bila ada duit, asyik pergi berjalan lah, panjat gunung lah. Takde pun usaha nak kumpul duit pergi buat umrah.

Padahal umrah pertama tu terkategori sebagai umrah wajib jika berkemampuan." 

Kata-kata mak awal tahun lepas buat aku sedikit tersentap. Tapi ada benarnya juga. Kalau boleh pergi jalan-jalan sana sini, kenapa macam takde usaha kumpul duit nak buat umrah. Sedangkan umrah boleh pergi bila-bila masa je, tak macam haji yang perlu menunggu giliran.

Know-know, sekarang aku ada kat Madinah al-Munawwarah, kota yang bercahaya. Tempat dimana wafatnya Rasulullah ﷺ. Harini dah hari ke-empat aku kat tanah suci madinah, esok baru nak berangkat ke Makkah untuk buat umrah pertama.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Neves sikit sebab pergi time peak season, makanya ramai sungguh manusia!


Ps: maaf tak sempat nak blogwalk sejak 2 minggu lepas. Lately memang tak sempat nak bukak laptop even hari weekend pun, huhu. Nanti saya akan BW slow-slow ye.

Sabtu, 6 Disember. 9.58 pm waktu Saudi
Waktu Malaysia 2.59 am, 7 Disember.

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~