27 Nov 2024

Galeri Telekung Siti Khadijah sempena ulang tahun ke-15

 Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni kami pergi hiking di Bukit Melati, Nilai. After habis hiking tu tiba-tiba adik aku dengan kawan dia ajak pergi Galeri Siti Khadijah. Maklomla mereka kan ex-staff, saja nak melawat kawasan di company lama katanya. Hari yang kami datang tu kebetulan ada buat jualan AS-IS item. Salah timing pulak sebab ramai orang nok......

Sebut je pasal Siti Khadijah, confirm semua pernah dengar dan tahu syarikat ni terkenal dengan apa. Tak lain dan tak bukan telekung yang menjadi pilihan no. 1 wanita di Malaysia. Kalau korang tanya aku, memang family kami pakai telekung SK je. Aku sendiri pun ada 4 jenis telekung koleksi dari SK. Kakak, adik dengan mak aku kira lain lah xD


Dulu HQ Siti Khadijah ni bertempat di Bangi, tapi sejak tahun 2022 mereka dah berpindah ke Nilai. Cuma since 2023 barulah mereka officially pindah di Laman Khadijah yang lebih luas dan cantik ni!

masuk-masuk je disambut oleh acik telekung muka hitam ni

Dalam galeri ni menceritakan tentang penubuhan syarikat yang diasakan oleh foundernya, Puan Padzilah Enda Sulaiman sejak tahun 2009. Apa yang aku baca haritu, founder SK punya aim adalah untuk menghasilkan material telekung yang selesa, bentuk telekung yang sesuai dengan saiz muka orang Malaysia. 

Bab bentuk muka tu memang aku tak nafikan memang herlok terletak. Getah pada dagu tu pun stretchable dan tak ketat. Aku pernah pakai telekung murah-murah dulu, dagunya besau, asyik gerak-gerak je. 


Selain daripada bentuk muka telekung yang selesa, SK is well known dari segi kualitinya. Sulaman dan corak telekung pun semuanya lawa dan dijahit dengan kemas. Telekung yang kami belikan untuk mak masa nak pergi Haji tahun 2014 dulu pun masih elok kualitinya.

Dan aku suka kebanyakan koleksi telekung SK ni ada 'metal stopper' untuk ikat tali kat kepala. Memang inovasi yang paling memudahkan, tak payah susah-susah nak ikat tali setiap kali pakai telekung. Rasanya aku belum pernah nampak lagi brand lain jual telekung yang ada stopper, semuanya jenis berikat je.

Telekung SK seringkali menjadi mangsa cetak rompak
tagline SK yang paling melekat dalam kalangan rakyat Malaysia

Antara salah satu benda yang paling aku kagum dengan SK ni ialah dia punya marketing dan copywriting. Tagline "Nak, mak teringin.." ni memang dah sebati dengan the company itself. Yang aku ingat tagline ni mula diviralkan oleh twitter user. Sampai sekarang bila dengar je tagline tu, kita tau dah tu iklan SK. 

Aku pernah nampak billboard kerusi gaming masa kat highway guna tagline ni, ayat dia "Nak, mak teringin nak pakai kerusi gaming". Tiba-tiba rasa cringe dan tak kena pulak bunyi nya xD 

lokasi billboard ni masa pestime viral. Nak claim jugaklah kita orang Bangi yang hampir hari-hari lalu kat sini jugak :p
Ni pun antara copywriting dari SK yang aku rasa mantap
Contoh-contoh fabrik telekung

Kat Galeri ni pun ada dilampirkan jenis-jenis fabrik dan juga design telekung dari koleksi dulu hingga sekarang. Kalau koleksi yang lama-lama, bentuknya macam tudung sarung jenis awning keras tu, sekarang designnya lebih melekap pada bentuk muka. 


Selain Galeri, di visitor centre ni juga ada kafe, butik yang jual produk-produk SK dan juga workshop menjahit sejadah. Kotla lepas habis lawat galeri dan shopping nak try menjahit pula kan.

Good move Siti Khadijah lancarkan visitor centre ni! Tempat ni memang dibuka untuk orang ramai dan sesuai untuk peringkat semua umur kalau nak belajar menjahit.

Semoga perniagaan Telekung Siti Khadijah terus maju di masa di hadapan.

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~