15 Jul 2021

Winter Japan Trip - Kyoto


Assalamualaikum

PREVIOUS ENTRY - Takayama

Aku rasa sekarang tengah PKP nilah masa terbaik untuk habiskan semua entry trip Jepun ni. Gilalah dah setahun aku tak sambung cerita Jepun ni walaupun tahu takde orang yang nak baca kan. Tapi still kena habiskan jugak xD

23/2/2018 - Khamis

Mengikut previous entry, kami pun check out dari guesthouse dan meninggalkan Toyama. Dari Toyama station, kami naik shinkansen untuk ke Kyoto station dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sampai saja di Kyoto station, terus ambil train JR untuk ke Emmachi sebab guesthouse kami duduk kat situ.

Kat Kyoto ni homestay yang aku suka sebab berkonsep ke-Jepun-an. Hanya 2 mins walk to JR Emmachi Station. Ni link rumah daripada airbnb - Kyoto guesthouse


Dapur memang sempit sikit tapi duduk sini memang kira lengkap dah semua benda, selesa je. Paling penting, ada heater kat bilik tau :p Btw untuk haritu memang rehat je lepas sampai guesthouse. Perjalanan jauh dan banyak tukar-tukar train sambil usung luggage, penat kott.

24/2/2018 - Jumaat

Untuk 24/2 ni kita pusing-pusing around Kyoto~ Pagi-pagi lagi dah bangun dan terus gerak ke Fushimi Inari Taisha. Aku rasa shrine ni quite famous di kalangan pelancong yang singgah ke Kyoto. 

Emmachi Stn – Kyoto Stn (JR Sagano) – Inari Stn (JR Nara Local)


Shrine ni famous sebab banyak  gerbang merah sepanjang perjalanan. gerbang merah ni dipanggil sebagai torii dan ia menghubungkan jalan sehingga ke Mount Inari yang berketinggian 233 metres. Nak hike kat mount ni pun okay tapi ambil masa lebih kurang 2 jam. Memang tak ramai sangat yang gigih nak naik sampai atas sebenarnya. Cukup ambil gambar kat tiang gerbang merah ni sekadar cukup syarat.


Lepas dah melawat Fushimi Inari Taisha ni, next station nak tengok rusa pulak!

From Inari Stn – Uji Stn (JR Nara Local) – Nara Stn (JR Nara Rapid)

Lepas dah sampai Station Nara, ikutkan boleh je nak berjalan kaki pegi tempat rusa tu tapi kitorang naik bas je, sebab nak berjalan kaki amek masa dalam 20 minit juga. 

Sampai je kat Nara park, bersepah-sepah rusa berkeliaran sekitar situ. Comel-comel belaka dan jinak sangat. Kat situ pun boleh beli makanan rusa, harga cuma 150 yen je.


Bagus rusa-rusa kat sini, perangai bertauliah. 


Lepas dari Nara Park tu, kitorang pun pergi Nishiki Market, Pasar yang paling glemer kat Kyoto. Ada lebih dari 100 shops, antaranya menjual hasil laut segar, ada sayura-sayuran, street food. Kitorang pergi situ sebab nak cari ikan salmon dan beli sayur-sayur sikit untuk masak makan malam.


Nampak fresh betul semua seafood kat sini, geram je tengok. Tapi kalau di convert ke duit kita memang agak mahal la. Beli sikit-sikit je sekadar nak merasa xD


Street food kat sini pun ada je yang boleh makan, aku beli oden ni sebab dia dah mention halal untuk muslim makan. Sedap makan masa musim sejuk camni. Pastu nak buang tebiat sikit, pegi beli aiskrim greentea yang harganya dalam 120 yen kot tak silap. Makan sharing-sharing je.

Pastu aku ada gak beli fresh seafood sedia dimakan. Beli sotong kurita bakar dengan baby octopus yang disumbatkan telur kat dalam kepalanya. Tak payah letak apa-apa sos kalau takut sos tu tak halal. Street food yang aku beli ni harganya tak melebihi 300 yen la. Bolehla untuk cuba-cuba rasa kan.


Sepatutnya lepas pergi ke Nishiki Market ni kitorang nak pergi Gion. Tempat paling wajib pergi kalau ada di Kyoto. Gion terkenal dengan Geisha dan dia punya district tu memang terasa seperti vibes Jepun zaman dahulu kala. Cantiklah senang cerita. Tapi sebab mak aku dah tak larat jalan, takkan kitorang nak tinggal mak kan pulak kan. Maka tak dapatlah pergi.. 

Itinerary Kyoto memang takat haritu je, esoknya nak pusing Osaka pulak. Sobs sobs. Semoga ada rezeki nanti dapat pergi Kyoto semula

Till next entry, thanks for reading!

11 comments:

  1. Saya memang nak sangat pergi jepun. Nampak je titlepost awak pasal jepun terus segera baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga cepatla covid ni nyah dari bumi, orang nak travel nii

      Delete
  2. suka reka letak ruang rmh jepun banyak yang minimalis, tenang je tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tpi rumah2 diorang agak sempit sebenarnya. Kalau dalam satu rumah tu duduk beramai2 memang tk selesa. Lainla kalau rumah dia jenis yg besar mcm orang kaya tu hahah

      Delete
  3. Sedih pula baca post pasal travel masa-masa macam sekarang ni. Dahlah memang teringin nak pergi Jepun juga. Bila entah dapat travel balik :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... rindu nak travel lagi :( semoga tahun depan semua okaylah, sebab kadar vaksin sekarang pun dah makin meningkat

      Delete
  4. teringin nak pergi jepun ni. entah bila boleh travel T^T
    seronok baca pengalaman travel camni :3

    ReplyDelete
  5. nak rentas negeri sekarang ni pun payah, apatah lagi nak rentas negara
    throwback je mampu T^T

    ReplyDelete
  6. Nak sangat pi Japan, insyaAllah 1 hari nnt

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~