17 Jun 2021

Pertama kali makan latok terus jatuh cinta

Asslamualaikum

Siapa sini orang Sabah? Kalau bukan orang Sabah pun, siapa sini yang dah pernah makan latok? 

Aku tau aku ni agak ketinggalan, tapi aku baru tahu pasal makanan bernama latok ni hujung tahun 2019 xD Maklomla kat semenanjung takde jual makanan ni. Tapi semenjak tahun lepas, makanan ni macam makin viral dan aku pun wonder macam mana agaknya rasa latok ni.

Latok ialah sejenis rumpai laut atau nama lainnya orang gelar anggur laut oleh kerana fizikalnya yang berbiji seperti anggur. Ia merupakan makanan tradisi kaum Bajau. Masa first aku tengok gambar latok ni aku teringat salmon roe warna merah yang orang selalu makan kat sushi tu. Aku suka gila salmon roe tu, bila makan ada rasa yang meletup-letup kat dalam mulut.

Salmon roe- credit

Akhirnya haritu aku berjaya jugak beli latok ni kat shopee. Aku taktau pun benda ni ada jual kat shopee sebab dia kan macam makanan laut yang fresh gitu. Boleh ke pos, tak busuk ke.

Aku beli latok kat sini --> Latok Pop Pop Shrink

Me sebagai orang yang pertama kali makan, ingatkan bentuk latok ni memang dah terbentuk macam buah anggur tu. Rupanya kena rendam dengan air dulu barulah dia mengembang. So takde masalah pun kalau pos xD

Kiri gambar latok yang belum kembang, kanan arahan cara makan

Ni masa tengah rendam kat dalam air sejuk dalam 2-3 minit. Excited tengok dia mengembang dalam air tu xD

Dan tadaaaaa....! Sedia untuk dimakan. Kat dalam Latok Shrink Pop Pop ni dia bagi sos hijau sekali. Oh btw latok ni aku rendam separuh je dulu, lagi separuh aku simpan untuk makan hari lain pulak. Tu yang nampak sikit je 


Sos hijau tu rasa masam-masam yang sedap, aku sukaa! Aku ada baca, yang orang Sabah makan latok ni dengan sambal belacan atau mesti kena ada pencicah laa. Sebab latok ni kalau makan kosong gitu je rasanya memang masin betul, so dengan pencicah hijau ni, rasa masin dan masam tu balanced laa.

pastu sebab aku nak rasa pedas-pedas sikit, aku bantai pegi cicah dengan sambal khairulaming. Pun sedap! So basically bila makan latok ni ngam dengan rasa sos pencicah. Sos dia pun memainkan peranan ya. 

Close up sikitt

Bagi aku latok shrink pop ni sedap, tapi mungkin ada pilihan yang lagi fresh atau ada saiz yang lebih besar lagi berbanding jenama ni. Cer kasi cadangan kat mana lagi nak dapat latok yang fresh? :D

Thanks for reading!

18 comments:

  1. Ooo..kita pun ingat latok ni terus mengembang camtu jugak. Tapi sehingga sekarang tak pernah rasa lagi. Entah belum rasa nak cuba lagi tapi cukup viral makanan sabah yang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab selalu tgok org jual yg dh siap mengembang, tktau pun kena rendam dulu hehe.
      Cubalah, sbb bagi saya sedap makan meletup-letup dlm mulut!

      Delete
  2. Tak pernah makann, teringin jugak nak makan tapi takut tak kena dengan selera hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dh biasa makan sushi salmon roe tu rasanya takde masalah. Cuma latok ni masin sikit je, kena cicah baru best

      Delete
  3. CCL pernah makan .sedap sangat . Bila makan rasa meletup2 dalam mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan, rasa crunchyy. kalau makan yg fresh2 kat sabah mesti sedap

      Delete
  4. Wow nampak sedap. Kalau import ke Jepun boleh popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kat jepun pun ada bende ni, tpi taktaula jepun panggil nama dia apa 😆

      Delete
  5. Ray pernah try but tak sure how they define it as sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka sebab rasa dia crunchy2 yg meletup dalam mulut 😂 bagi kita sedap maybe sebab sos tuu

      Delete
    2. oh yeah. the sos sedap. no doubt.

      Delete
  6. ana tak merasa lagi latok ni. ramai kata sedap. nak cuba tapi takut tak kena dengan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dgn nasik cicah belacan, boleh masuk rasanya xD

      Delete
  7. Hmmm, pelik jugak bila awak sebut latok tu, saya tahu tu apa. Tapi tak ingat baca atau tengok kat mana. Tak sangka boleh di delivery, canggih betul zaman sekarang. Nampak sedap ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun delivery dalam bentuk dia masih shrink hhee

      Delete
  8. sy tengok roommate makan je haritu takut pulak nak cuba XD

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~