13 Jun 2021

ORYN SKINCARE : Skincare berasakan vitamin C

 Assalamualaikum

salam PKP 3.0. Duduk rumah ke bekerja tuww? Jaga SOP, jaga kesihatan ya semua.

Harini saya nak share pasal satu local skincare yang berasaskan dari buah oren iaitu ORYN! Dengar nama brand ni je memang dah tahu dari khasiat oren kan xD Kalau oren maksudnya kaya dengan apa? Mestilah vitamin C!

Bagi korang yang dah biasa dengan ingredients pada skincare, mesti semua dah tahu pasal kebaikan vitamin C kan. Kiranya kalau produk tu ada vitamin C, memang nampak yang produk ni bagus dan meyakinkan lah. I memang suka produk yang ada vitamin C sebab bahan ni sangat bagus untuk jerawat dan parut-parut jahat. Pastu buat muka ko nampak lagi glowy2 gituw ewah.


Ini adalah produk yang akan di review! Dalam set ni saya dapat cleanser, moisturizer dan clear gel atau boleh anggap serumlah. Bukak je packaging dia, uyoo bau oren sedapp. Selera lah sikit nak pakai hahah. Meh kita citer sikit pasal bahan-bahan yang ada pada produk ni.

ORYN Hydrabright Gentle Cleanser - 50 ML

Ingredients:

Multi Action Vitamin : Membantu untuk membaiki kulit berjerawat serta mencerahkan kulit

Hyaluronic Acid + Panthenol : Melembapkan kulit dan mengelakkan kulit daripada jadi terlalu kering atau breakout

Niacinamide : Ni favourite semua orang, bahan ni berfungsi untuk reduce penampakan liang pori, mengawal sebum pada wajah, kurangkan masalah jerawat serta bagus untuk repair skin barrier

Pentavitin + Sweet Almond Oil : Function yang lebih kurang sama macam Hyaluronic Acid, untuk merawat kulit kering dan boleh berikan effect glow kat kulit hangpa. Uwaw


My thoughts :

Dia punya cleanser ni is my favourite. Sebab takde buih! Pencuci muka yang tak berbuih ni bagus untuk kulit sebabnya kalau yang buih banyak-banyak tu selalunya ada SLS which is really drying to your skin. Dahla drying, pastu boleh kacau PH kulit pulak tu. Yang ORYN ni alhamdulillah bila pakai takde rasa irritation ke apa. Pastu bila check ingredients kat cleanser ni takda pun alcohol dan fragrance. So yeahh, cleanser ni jenis mild dan gentle untuk kulit. 

ORYN Clear Gel - 5 ML

Ingredients:

Multi Action Vitamin : Membantu untuk membaiki kulit berjerawat, whitehead dan blackhead

Salicylic Acid : Ni pun antara bahan fav jugak. Merawat jerawat dan kemerahan pada kulit

Aloe Vera Extract : Melegakan irritation pada kulit

Niacinamide : Untuk reduce liang pori dan kawal sebum and helps to even skin tone

Zinc Extract : Control sebum pada wajah dan reduce penampakan liang pori


My thoughts :

Benda ni kira serum lah. Tekstur dia warna transparent dan bagi saya tak terlalu thick yang sampai melekit tu. Bau oren dia pun best. Fast absorb jugakla. Just guna a few drops je pastuh ratakan ke seluruh kulit. Saya pakai clear gel ni lepas cuci muka setiap pagi dan malam.

ORYN Hydrabright Moisturizer - 30 ML

Ingredients:

Multi Action Vitamin : Reduce dark spots dan mencerahkan kulit wajah

Glutathione + Arbutin : Ni antara whitening ingredients yang boleh membantu menghalang pengeluaran melanin kat kulit dan boleh mencerahkan kulit

Niacinamide : Function yang sama macam kat atas tadi, untuk reduce liang pori dan kawal sebum

Hyaluronic Acid + Pentavitin : Untuk lock moisture pada kulit dan jadikan kulit kita rasa hydrate supaya tak terlalu kering


My thoughts :

Last step untuk segala skincare routines, haruslah moisturizer. Saya ni oily skin type. So bila pilih moisturizer, saya prefer yang jenis watery dan tak suka pakai tekstur thick macam cream. Pastu bila dapat moisturizer ni, dah rasa risau sebab nampak macam cream type tau. Takut berjelemoih muka xD Tapi bila test kat tangan tu rasa cam "oh not bad? Tekstur tak thick sangat, ringann".

Bila apply kat muka, syukurr tak greasy sangat. Cuma kena tunggu a few minutes untuk dia betul-betul absorb kat muka. Tapi serious cakap, dia tak buat kulit berminyak sangat pun. Okay-okay je! So bolehlah pakai moisturizer ni dengan rasa tenang~

Moisturizer ni memang buat kerja as it claims, dia bagi hidrasi pada kulit dan kulit tak rasa kering pun sepanjang pakai ni. Rasa skin tu macam supple dan gloww.


Result selepas konsisten guna selama 2 minggu :

Kulit saya ni memang jenis susah nak dapat clear skin lah, mesti akan ada bintik-bintik sikit. Saya konsisten guna produk ORYN ni selama 2 minggu dan target saya adalah untuk hilangkan jerawat dan tiny bumps kat area pipi kanan macam dalam gambar ni. Kalau tengok kat bawah gambar belah kiri ni, dia punya jerawat kecik-kecik tu nampak cam merah-merah sikit.


Dan gambar belah kanan ni pulak hasil lepas 2 minggu pakai. Memang muka tak terus licin macam kulit ikan pauslah, tapi boleh nampak kan hat redness tu dah takde dan sekarang tinggal parut jerawat yang pudar je. Terbukti jugaklah produk ORYN yang daripada vitamin C ni berkesan untuk pudarkan jerawat.

Personally saya selesa je pakai produk daripada ORYN ni. Antara faktor-faktor yang saya suka mestilah sebab vitamin C dan bahan-bahan lain macam niacinamide dan arbutin yang ada pada produk ni. 

Kat packaging produk ni pun dia dah bubuh segala detail ingredients apa yang diguna. So takdelah rasa was-was sangat kan. Selain tu, produk ni juga bebas daripada SLS / SLES, Merkuri,  Hydroquinone, Triscolan dan bahan kimia merbahaya. Boleh check pada packaging diorang.

Oh lepastu saya ni kalau nak cari skincare mesti tengok packaging dulu. ORYN skincare punya packaging memang nampak exclusive dan tak cheap pun. Moisturizer dia pun pakai jar kaca. Dan packaging cleanser dia saya suka sebab jenis pump bottle! 


Korang boleh dapatkan produk ORYN daripada website dan official shopee diorang. Harga pun affordable, setiap satu produk tak lebih RM 50 punn. Kalau beli kat shopee boleh dapat free shipping hehe

Thank you ORYN!



13 comments:

  1. Replies
    1. Vitamin c memang sinonim dengan kulit. btw beza kulit mazni sebelum n selepas guna Oryn :)

      Delete
  2. one thing for sure. I love the packaging. Cantik!

    ReplyDelete
  3. Nampk berkesan tu kt kulit. Nampak makin kurang bekas2 jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tu baru kesan selepas pakai 2 minggu. saya suka sebab kulit rasa glow lepas pakai xD

      Delete
  4. Tak pernah dengar pasal ORYN ni, menarik untuk dicuba. Thanks for review!

    ReplyDelete
  5. vitamin c memang bagus untuk kulit dan kesihatan kita.
    memang nampak perubahan tu. bestnya.

    ReplyDelete
  6. Dulu rajin beli skincare..tapi lepas asyik tak konsisten, malas dah nak beli lebih2, jadi membazir. Tapi musim pakai mask ni memang kulit saya senang problem melainkan kalau duk rumah je

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~