Assalamualaikum & selamat tahun baru
Semua orang sibuk buat entry new year tapi aku ni terdetik nak buat cerita pasal allergic pulak. Dah ramai sangat yang cerita pasal tahun baru, so kite buatlah cerita lain pulak kan xD
Aku ni sejak lahir memang takde alahan dengan apa-apa makanan, boleh je telan apa yang aku nampak depan mata. Alhamdulillah lah takde sakit apa-apa. Tapi ada sesetengah adik beradik yang alah dengan seafood. Memang selalu kalau cerita pasal allergic orang fikir seafood lah penyebabnya.
Macam abang aku, dia alah dengan udang. Tapi nak kata alah tu tak sangat sebab dia still boleh makan udang jugak. Dengan syarat udang tu takde kulit. Tapi kalau ada udang dalam tomyam atau dalam mee memang dia tak makan, sebab udang tu ade kulit. Mungkin dia alah dengan kulit udang kot, muahaha ada pulak macamtu ye.
Adik aku pulak alah dengan ketam atau lobster. Ni kira alahan yang teruk, tak boleh makan makanan mewah. Lahaii kesiannya.
Bila kitorang sekeluarga bahagia menikmati ketam sama-sama, adik aku pulak cuma makan ikan je. Taktau sejak bila dia kena allergic ni, masa kecik-kecik dulu dia boleh je makan ketam. Masa kat korea dulu lagi parah. Kitorang sepakat nak order lobster untuk makan malam. Adik aku taktau lobster ni rasanya macam ketam. Dah nama "udang kara" so ingatnya rasa udanglah kan. Sekali bila dia makan, gatal-gatal satu badan. Itulah kali pertama dan kali terakhir dia merasa makan lobster~
Tapi tak semestinya allergic ni merujuk pada makanan laut je, ada juga yang alah pada makanan darat. Contohnya ayam dengan daging.
Ada kawan aku dia tak boleh makan ayam. Tapi tu tak kisahlah, at least dia boleh jugak makan daging. Yang paling kesian sekali, kawan adik aku yang sorang ni dia alah daging dengan ayam. Means kena makan sayur jelah. Ya Allah kesiannya T.T Tapi taktaulah dia boleh makan seafood ke tak.
Cuba kalau ada orang ni alah dengan seafood, daging, ayam. Mesti lagi teruk. Makan sayur memang bagus tapi pada masa yang sama kita perlukan protein dalam badan jugak. Tapi nak buat macam mana kan, dah allergic. Btw, macam mana nak sembuhkan allergic ye? Aku tertanya-tanya jugak :/
Selamat bersekolah utk sesi 2014. Gambar asal ni "school 2013" tapi aku tukar jadi 2014 :p
Salam..cara nak sembuh memang takde laa.. sebab benda ni kita kena pantang perlu jaga pemakanan kita..benda ni nampak je tak bahaya sbenarnya leh bawa maut kalau tak hati.. cth tertiba leh sesak nafas pasal alahan nie. :)
ReplyDeleteUcapan Manis Selamat Tahun Baru 2014 Muaxss
belum pernah lagi dgr allergic ni membawa maut, tapi kalau tak hati2 semua benda boleh berlaku :/
Deleteselamat tahun baru..:)
ReplyDeleteselamat tahun baru juga :D
Deleteselamat tahun baru, mazni. oh ya, tahun ni spm kan? goodluck and all the best ya :D
ReplyDeletefarah tak makan sayur xD
selamat tahun baru farah! thanks for the wish, tahun depan dia pulak PBSMR ye :p
Deletelol, akak pun tk makan, tapi kobis dgn carrot makan xD
Eh abg mazni sama ah mcm kakak qilah. Mmg udang. Tak tahu kenapa kan.
ReplyDeleteHm allergic ni mmg atas orang kot qilah pon tak tahu :/
Ada kawan lama qila tu mat salleh giteww. Dia takleh makan telur. Kecuali telur yg dh masukkan and masak sekali contoh kek ke, tapi telur je takboleh -__-
pelik pelik. Yang kekacang apetah lagi kan huhu
eleh abang saya tu kengkadang makan je, contohnya udang tempura :p
Deletebelum pernah lagi jumpa org allergic telur ._. kalau yg kacang tu mmng dah berlambak dah.
sama dgn kak sally...akak kalau mkn seafood nnt jadi ikan buntal, hbs bengkak badan lepas gatal-gatal tu...huhuhu....paling kak sally tak suka bila allergic sampai tak boleh bernafas...yg tu mmg siap masuk emergency lagi...
ReplyDeletemasa jadi AJK Orientasi, ada budak tu tak nak mkn...alasan dia...dia allergic dgn binatang berkaki 4...sebab dia tak nak mkn daging -_-'
kesian kak sally, sampai kena masuk wad. dahsyat jugak org yg kena allergic ni
Deletelol, tapi kira ok jugaklah at least dia boleh makan seafood :p
ssh nye kalau alahan kn..tp nasib la tb xde ape2 alahan..main sebat jee
ReplyDeletehehe Alhamdulillah takde apa2 masalah :D
Deletesy allergic seafood dan ayam,.boleh nk makan mknn yg allergic tapi kna tggng risiko..=D
ReplyDeletesebolehnya elakkan lah drp makan makanan yg allergic tu :p seksa tau nak tanggung risiko, haha
DeleteProtein blh dapat dr telur kan :) Heheh. Allergic blh sembuh sendiri. Like me, allergic dengan udang juga. Ada kulit ke tak, mmg allergic. Hiks
ReplyDeletehehe lupa pulak pasal telur tu ;p nasib baik allergic satu benda je kan
Deletemak akak alergik dengan seafood dan telur. makan je mesti gatal satu badan.. caranya kena berpantang untuk makan benda-benda tu.. sampaikan akak pun tak suka makan udang sebab mak tak makan.. hihi..
ReplyDeleteakak pun ikut mak ye hehe. janganlah benci udang, udang sedap tau :p
Deleteassalamualikum ..acik pun allergik seefood ..tak boleh makan
ReplyDeletewaalikumusalam, semua seafood ke tak boleh makan? wuu :O
Deleteaahh.. kalau tak abislah badan
DeleteSaya pulak ada alah dekat udang dengan ketam. Nanti gatal tekak and mulut. Memang kalau nampak pun tak ada nafsu nak makan.. Hihihi..
ReplyDeletedua2 tu yg paling akak suka. hehe
Deleteselamat tahun baru dear, mama allergic tu tak, tapi mama jarang makan makanan begitu...
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com
selamat tahun baru jugak mama :)
DeleteSelamat kembali ke sekolah jugak kak mazni !! Alhamdulillah kita pun takde allergic , booleh membantai semua makanan .. Kesiannya kawan adik akak tu .. Takde pulak tips nak sembuhkan ni ..
ReplyDeleteselamat bersekolah jugak fiqah! hehe syukurlah kita ni sihat dan boleh makan semua benda :D
Deletealala, kesian ngan adik tuu.. akak masa kecik2 dulu alergik udang. sampai kombang bibir hahah seksi gitu. tapi alhamdulillah, dah besar2 nie tak alergik lagi.hilang secara semulajadi. (:
ReplyDeleteohh allergic tu mmng boleh hilang semulajadi ea? bolehlah akak makan udang, hehe
Deletebertuah kita ni dapat mkn macam2.. hurmm.. cian kt orang yg alergik ni. macam takde ubat.. adik saya dia tak alergik makanan, tapi alergik kat sabun. tangan dia abes menggelupas kalau guna sabun cuci baju or pinggan.. sampai berdarah2.. setakat sapu ubat antiseptik tu, cuma nak kurangkan kesan je. penawarnya setakat ni tak jumpa lagi..
ReplyDelete- gee lion -
saye pon alah jugak dgn seafood nih.. xlah seteruk sampai nak pitam.. cume akan rase gatal kat bahagian tertentu je.. tapi selalu bantai je sbb x tahan tengok sedap sgt..
ReplyDeletekesian tau org alergic ni. sebab dia kalau kene bengkak bengkak kdang2 huhuhuh
ReplyDeletenasib baik xda alergik kat makanan.. dulu je takleh makan udang sebab gatal2, tapi sekang dah xde kesan apa da.. hehehe
ReplyDeletealhamdulillah akak pon tak alergik dengan apa2 makanan .. :) kalo tak rugi besaq la kan.. seafood terbaik kot ^_^
ReplyDeletesy alah dgn udang. takleh makan. nanti sesak nafas.. huhu.. ada cousin lagi lah, alah dgn coke.. bibir dia jadi mcm bibir angelina jolie tu ha.. hehe
ReplyDeletekwn ckp ade pil alergik jual kt farmasi.. tp tak sure lah, tak pernah pulak cari. :)
akak semua jenis akak telan. telan yang suka je la, yang tak kena dengan anak tekak tu tak telan laaa.. gmbar seafood itu sangat mengiurkan ye mazni. haha
ReplyDeleteAlhamdulillah rasanya akak tak ada alah dengan apape kot ehehe :p
ReplyDeletehehe scha allergic pd udang.. scha mmg tak makan udang pn ha. mcm dalam kuah ke apa ke. Selalu jadi kat mata, merah2, gatal2, pastu mula bengkak2.. Tu yg kadang2 susah nak makan luar esp nasi2 goreng sbb dalam perencah kan selalunya da udang kering tula ape la.. sobss
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru.. Alhamdulillah, Nurin xde alahan apa2
ReplyDeleteSha alah dengan telur. Aha, pernah dengar? Hehe~
ReplyDeleteSebenarnya, Sha ada excema. Baru saja dalam setahun lebih ni dapat alahan. Susah, banyak makanan ada telur. Kalau makan, jadi biji-biji berair bisa, gatal sangat. Memang Sha elakkan makan telur. Banyak makanan letak telur.
Sebelum ni, ok lagi. Tapi hari tu Sha balas dendam, makan telur puas-puas tapi salah Sha sendiri juga, ubat tak makan. Sebenarnya ubat dah habis. Huhu~ Sekarang ni, memang berpantanglah. Kalau makan, jenuh nak garu lah. Kalau garu sahaja tak apa, tapi sampai luka berdarah, tu yang tak tahan.
Beruntung pada siapa yang tak dapat alahan elergik dengan apa-apa =)