25 Jan 2014

Nak pakai apa untuk solat ni?


Assalamualaikum

Ramai orang berpendapat nak solat tu wajib pakai telekung. Hmm pakai telekung tak wajib pun untuk solat, yang wajibnya kena tutup aurat.

Syarat-syarat pakaian yang boleh dibawa untuk solat ialah pakaian yang menutup aurat. Tak kisahlah kalau kau pakai t-shirt muslimah dengan seluar ke, pakai baju kurung ke, jubah ke, at least kalau yakin pakaian tu dah menutup bolehlah pakai untuk solat.

Kadang-kadang  aku tengok kat surau shopping complex ataupun kat surau-surau kecil tepi jalan sana selalu sangat habis telekung. Dahlah tempat solatnya kecik, orang yang nak solat pulak ramai. Manalah cukup telekung kat situ nak menampung bilangan para jemaah kan. Ada jugak yang terpaksa kena tunggu lama sebab tak bawak telekung.

Bukan nak kata apa, tapi kalau semua orang dah tutup aurat dengan sempurna, senang je nak solat. Tak payah tunggu-tunggu turn nak pinjam telekung. Syaratnya simple je, tutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang kita pakai tu kalau boleh bukan kain yang jenis nipis dan tak ketat. Karang tak sah pulak solat, Wallahualam.

Kalau siapa yang keluar rumah tak pakai handsock atau stokin, bawaklah spare sepasang untuk pakai solat. Tapi kalau nak pakai terus dari rumah pun apa salahnya kan? Takkan nak tunggu time solat baru nak tutup semua aurat. Benda ni wajib sebab;
Mana-mana BAHAGIAN AURAT yang terdedah, bahagian itulah yang akan disambar oleh API NERAKA.
Jagalah aurat tak kira walau dimana kita berada.

Bak kata Ustaz Mohd Fadzil, nak solat guna plastik sampah pun boleh, janji tutup aurat xD Tang tu yang paling aku nak tergelak sampai terkeluar kahak tuu. Tapi make sure plastik sampah tu bersih lah ye. Jangan dipakainya plastik sampah yang orang dah campak kat tempat pengumpulan sampah tu. Tak sah! Hahaha Ustaz buat lawak je tu~ Mohon jangan ikutlah, tapi kalau tengah darurat InsyaAllah boleh.

Sekian Assalamuaikum;

25 comments:

  1. Betul juga tu kan. Kenalah tutup aurat dengan sempurna supaya melindungi dan memudahkan diri kita sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik, aurat terjaga maruah lebih terpelihara ^_^

      Delete
  2. Mazni T_T
    gambar tu qila takleh click tok nampok hihihii
    betul. haritu gi KLCC qila rasa nak nangis je takde telekung T_T
    tapi nasibaik lah pakai stokin pagai hikhik. So pakai telekung je. :D
    kain takyah huhu. <3

    Senang cerita, cover lah our aurah :D mesti senang punya solat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tu mmng size kecik je, buat2 nampak jelah hehe ><
      uu "pagai", typo typo xp
      samalah kak, kalau kite solat kat skola kain selalu sangat habis, last2 solat guna telekung dgn kain skola je :D

      Delete
  3. sokong sgt..tutup aurat bukan utk org lain..utk kita sendiri jugak kan..

    ReplyDelete
  4. dekat arab pun , dorg xpkai telekong. mane yg seksi2 tu. dorg bwak spare seluar or tudung labuh.lps tu solat =) nice shre

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, jarang tengok depa pakai telekung, semua solat guna jubah je :D

      Delete
  5. Assalamualaikum awak. nice entri. hehe saya skrg memang suka pakai handsock dengan stoking. bawa sekali telekung travel jenis nipis dan ringan. so tak ada alasan tak solat.. hehe. syukur alhamdullilah (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, saya pun suka jugak pkai handsock+stokin, hihi. solat kat mana2 pun boleh buat kan, atas jalanraya pun boleh. takde alasan nak kata takde tempat nk solat :)

      Delete
  6. In Shaa Allah.. syariat tetap syariat...

    ReplyDelete
  7. sharing is caring. thank you so much =D

    ReplyDelete
  8. Moga ramai wanita yang sedar bagaimana kesempurnaan aurat itu. sebab zaman sekarang memang ramai pakai tudung tapi masih bertelanjang. moga kita dilindungi dari sebarang kejahatan.

    ReplyDelete
  9. @Abak: betul tu, kena jaga syariat yg telah ditetapkan =)
    @Nurlee: welcome~
    @NurKamsinah: a'ah betul tu. moga mereka diberi hidayah :)

    ReplyDelete
  10. tak susah nak beribadat.. yang penting tutup aurat dengan sempurna..

    ReplyDelete
  11. Assalam mazni..betul tu..x semestinya guna telekung jer..kalau dah tutup aurat dgn sempurna pun blh jer solat..suka sangat entry ne..teruskan buat entry bermakna untuk kita semua..ohh ya, jemput join GA sy klu sudi http://hunyieda.blogspot.com/2014/01/giveaway-santai-hunyeda.html ^^

    ReplyDelete
  12. suka lah post ni hehehehehe <3
    sbb mmg bagus :D huhu.

    ReplyDelete
  13. betul tu, setuju mama dengan entri ini, terima kasih ye mazni atas perkongsian hebat ni...

    ReplyDelete
  14. betul tu...macam akak masa kat mesir dulu kebetulan nga jalan2 ke italy...pastu dalam perjalanan nak berhenti solat..tapi takde telekung..solat je dengan pakaian yang akak pakai waktu tu..kebetulan winter season so faham2 jela pakaiannya macam mana kan, memang tutup semua dah so takde masalah nak solat....kalau kat msia....praktikkan juga laa camtu...pakai yang menutup aurat..pada akak tak susah pun...tinggal kita nak or tak nak je..and apa salahnya bawa telekung masukkan dalam handbag setiap kali pergi mana2...kalau pergi shopping mall pun dah leh guna telekung sendiri takyah harap telekung yang ada kat surau shopping mall...simple... ;)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~