29 May 2016

Trip WA : Lancelin desert


Assalamualaikum

Lepas je berposing kat Pinnacles, kitorang terus pegi Lancelin desert. Ini kali pertama aku nampak padang pasir depan mata. Bila tengok desert ni kat dalam tv, nampak macam lembut gila je dia punya pasir tu. Teringin pula saya mahu menjejakkan kaki ke tanah Arab, wahaha!

Tapi dapat tengok padang pasir kat Australia pun jadilah~ Memang dasar negeri mat salleh, padang pasir pun nak putih melepak jugak.

Mula-mula, singgah kat kedai Lucky 7 utk sewa board meluncur. Oh lupa bagitau, tujuan datang lancelin ni haruslah kena sand boarding kat pasir yang putih mulus ni. Apakah kesudahannya apabila 2 ketul anak muda ni meluncur buat pertama kali? Teruskan membaca.

let's!!
wohooooo~!
eh, dah sampai
Pasir dia tersangatlah comel, tersangatlah lembut, putih ya ampun. Menghadap laut lagi. Kalau korang nak tau, pasir-pasir ni semua tak mempunyai bentuk yang tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut arah angin. 

No wonder kalau haritu aku datang, pasir tempat aku meluncur tu rendah. Next months korang pulak datang, pasir tu dah jadi tinggi. Yalah, bentuk dia berubah setiap hari :)

Sampai Lancelin terus solat bergilir-gilir dulu. Ni kali pertama solat macam the real musafir. Angin kat sini agak kuat sebab berdekatan dengan tepi laut. Telekung dengan sejadah dah mengibas-ngibas dah. Pasir apatah lagi, melekat kat muka masa tengah sujud. 

Tak kisah kat mana2 pun, bumi ni memang tempat ibadat bagi muslim. Feel dia memang rasa lain betul bila solat kat tempat2 macam ni. Serba kekurangan tapi masih boleh bersujud menghadap Tuhan tak kira tempat :)


Lepastu, kitorang turun dan pegi cari spot yang best untuk meluncur. Kat padang pasir macam ni sesuai kalau guna kereta 4WD yang tayar besar tu. Pasir kat sini tebal. Ada mat salleh tu kesian betul, tayar kereta dia mendap sampai takleh nak jalan. Itu baru kat depan2, belum masuk kat tengah desert lagi.


So kitorang pun meluncur kat pasir yang agak rendah. Uncle kata ni testing dulu sebelum naik pasir yang lebih tinggi. Yang rendah ni pun... kitorang.... dah nak mati... Payah gila nak naik sampai atas sebab kaki kena 'telan'...

the struggle
Naik atas punyalah payah, sekali meluncur bawah amek masa 10 saat je. Penat betul aku nak panjat sekali lagi...

an accident
Dah fedup sangat meluncur (padahal baru 3 kali). Kitorang baring2 je kat pasir ni sebab serious fluffy! Bila sentuh tu sampai boleh tinggalkan kesan cap jari! Ok taklah tipu je tu.

Tapi memang lembut sangatt. Sampai mak pun tanya, kenapa tak bawak balik pasir putih tu. Memandangkan mak tak singgah Lancelin masa pegi Aussie dulu, so dia teringin nak tengok pasir putih ni. Sorry mak, tak terfikir pulak time tu! Rasa menyesal juga tak bawak balik.. T__T
boleh buat photoshoot jubah kat sini

Dah rasa separuh mati meluncur ni, kitorang pun nak balik. Then uncle tanya nak naik pasir yang paling tinggi tak. Kalau meluncur kat situ lagi syiokk kot! Tak tersekat-sekat macam kat pasir yang kitorang meluncur tadi.

Kalau boleh memang aku nak sangat meluncur kat pasir tinggi tu, even sekali. Tapi, rasa macam jantung nak tercabut sebab penat sangat. Tu baru pasir rendah dah separuh mati, kalau naik pasir tinggi tu entahla, dah KO kot, haha

pasir tempat kami meluncur
pasir tinggi
Konghasam betul dia punya perbezaan tinggi tu! Adakah kitorang ni terlampau lemah sangat sebab takleh tahan penat untuk panjat pasir yang rendah macamtu?! *emo jap* Sepatutnya kalau tahu, tak payah pegi kat pasir testing tu. Terus je meluncur kat pasir yang tinggi ni TT 

Maka, selamat tinggal Lancelin! Ni last stop sebelum kitorang balik ke homestay Marangaroo.


Rasa macam musim autumn pulak bila tengok pokok2 ni..

hey Marangaroo, we're home!
Tamat sudah kisah road trip di Aussie. Total perjalanan kami pergi dan balik ialah 1000 km lebih. 3 hari 2 malam yang totally worth it! Seronok dan puas hati sangat dengan servis Cuti Perth. Uncle Saf bawak je kat mana2 tempat yang kitorang nak pegi. Makan semua pun cukup, dapat tengok tempat2 yang cantik dan menarik. Sampai sekarang pun still rindu lagi dengan layanan baik uncle Saf T__T

Kalau korang tak tahu sangat nak berjalan di sekitar perth ataupun buat road trip jauh2 di bahagian west australia ni, boleh gunakan servis cuti perth sebagai tour guide korang! Dalam entry ni aku dah cerita sedikit pasal tour guide kitorang. So, don't worry pasal makanan, tempat solat or takut tersesat jalan ke apa. It's a muslim tour with experience guide okay :)

any inquiry, email to cutiperth@gmail.com 

tengok mata kucing kat belakang tu, lol.
Thanks for reading! See u next entry. toodles~

26 May 2016

Review buku : Pelukis Jalanan


Assalamualaikum

Semalam boleh dikira sehari suntuk wifi rumah takde dekat kawasan aku ni. Tak pernah-pernah dia jadi macam ni. 'Bagus' sangatlah tu -__-

Bila takde wifi dah bosan taktau nak buat apa, baru aku teringat belum sempat baca lagi buku2 yang beli kat pesta buku MAEPS haritu. So aku bacalah buku pelukis jalanan ni, by Teme Abdullah. Terbitan oleh Iman Publication. Buku ni antara yang paling cepat pernah aku baca. Berjaya habiskan dalam masa 1 malam, daripada lepas maghrib sampailah pukul 11.40, haha. 

Review aku :

Buku ni sangat inspiring! Penulis ceritakan kisah benar dan perjalanan hidup dia sepanjang belajar di UK, dalam bidang architecture. Bagi aku, penulis ni sangat berani mengambil risiko. Dia buat keputusan nak belajar di UK last2 minute kott. 2 hari sebelum nak fly, kau bayangkan? Belajar guna duit sendiri pulak tu. Tiba2 pulak separuh duit dia boleh hilang time tu, Terpaksa habiskan semua duit yang dia ada untuk bayar yuran universiti. Langsung dah takde duit.. Penulis terpaksa bekerja untuk survive. Dahla kos sara hidup kat UK mahal.. Kalau akulah yang jadi penulis ni, memang dah mati akal dah kot bila duit 1 sen pun dah takde..


Bila baca buku ni, macam-macam perasaan ada. Senyum, cuak, marah, menangis. Haa ye, aku menangis baca buku ni. Kita boleh rasa keperitan dan tertekan yang penulis ni alami bila takde duit. Nak beli makanan pun susah.. Part yang paling buat aku sedih tu, bertajuk 'ayam goreng' T__T Rupanya, tak semua student yang belajar di luar negara tu hidup happy dan senang. 

Walaupun hampir putus asa, tapi penulis ni tetap bangun dan dia jumpa ikhtiar baru untuk terus survive. Dia mula melukis di jalanan dan sejak tulah kehidupan dia jadi lebih baik. Sejak dari situ, satu persatu rezeki yang Allah turunkan untuk dia. Nilah ganjaran untuk orang yang tabah dan tak pernah give up.

Dekat akhir2 mukasurat, ada diselitkan sekali lukisan2 penulis ni sepanjang berada di Europe. Lawa ya amaattt. Memang tangan berseni sungguh T__T Aku mula kenal penulis ni lepas lukisan dia viral kat twitter. Semoga berjaya menjadi architecture yang hebat untuk ummah!

detail gila dia lukis!
Highly recommended kalau korang nak beli buku ni! Aku memang suka beli buku2 berdasarkan pengalaman dan kisah hidup seseorang. Bagus untuk motivasi diri sendiri :D InsyaAllah tak menyesal kalau beli buku ni sebab isi2 dia sangat menarik dan bagus untuk bacaan semua. Pelukis jalanan ni dapat rating yang tinggi okay!

Boleh dapatkan buku ni di MPH atau beli secara online.

Thanks for reading!


24 May 2016

Cerita kerja


Assalamualaikum

Nak dijadikan cerita, semalam, bersamaan 23/5 hari last day aku kerja. Air kat kedai kitorang takde sampai 2 hari.. Memang lawak okay. Dahla benda ni terjadi time hari2 terakhir aku keje kat sini .. Satu kerja pulak kena tadah air dari paip yang bocor tu T__T Susah gila takde air.

macam ni dia punya patah..
begini cara kami ambil air untuk 2 hari terakhir ni. hahaha!
Tapi malam tu Alhamdulillah air dah boleh guna lepas suruh tukang paip datang baiki. Orang2 kat sini semua baik gila. Daripada pekerja speedmart, papa rich, me'nate, mohd chan semua cuba nak tolong kitorang. Terima kasih dan mintak maaf kerana menyusahkan, omg T__T Nilah payahnya bila kedai kitorang ni takde pekerja lelaki. Susah nak baiki2 benda gini.. Sebab tu kemahiran hidup tu penting! :p

Disebabkan semalam last day aku keje sini. Diorang semua dok buli aku T__T Alasannya, 'ala mazni last day kat sini, apa salahnya tolong berbakti pada hajra'. Ok fine, last day kann.

Tapi memang takleh lupalah kena angkut air hari2 terakhir kerja ni. Kak ain pun kata 'takpe mazni, boleh jadi kenangan lawak kerja kat sini'. Lawak tak berlagu jugalah bila air takde tu. Kena tahan diri nak pegi tandas, amek wuduk pun pakai air mineral. Macam musafir sangat tau~
sementara menunggu air penuh... ambik kesempatan sbb bukan selalu dpt keluar macam ni
Oh ya, aku kerja kat kedai tudung HAJRA. Seronok kerja kat sini sebab staff dia semua friendly. Sampaikan perangai manager pun macam budak2 :p Aku pun taktau macam mana boleh termasuk dengan perangai diorang ni.

Mula2 kenal, jadi budak sopan sikit sebab yalah, aku paling muda kot. Kang tergurau lebih nanti hakak2 ni pikir apa pulak kanss. Dahla ada sorang tu tengah pregnant, takut nak gurau banyak dengan ibu yg mengandung ni. Tapi kalau nak tahu, dia tu yang paling banyak buat lawak kot! Memang best gila kerja dengan diorang ni sebab takdelah rasa bosan macam masa kerja kat kedai lama dulu tu. lol.

Banyak bersembang pun, diorang still bagi tunjuk ajar cara-cara nak attract customer untuk beli, macam mana nak serve customer dengan baik, macam mana nak buat itu, ini. Maka dengan segala tunjuk ajar ini, aku berjaya buat kerja dengan baik. Dah pandai nak serve customer, kadang2 berjaya capai target sales yang manager bagi. Baru tahu rupanya aku ni bukan tak pandai bercakap, cuma pemalu jee. hahaha!

Dan lagi satu, aku dah pandai pakai instant shawl semenjak kerja kat sini xD
manager aku panggil aku 'kacak' sbb nama kat buku bil ni.. lol memang perasan!
wawa zainal is soooooo pretty why T__T <3

Tak lupa juga masa tengah launching koleksi tudung terbaru dan untuk meraikan duta baru hajra bulan lepas. Time ni aku keje belum cukup seminggu lagi, dah ada event besar-besaran macam ni. Kelam kabut tau dakk.

Paling rasa syahdu bila diorang semua kata kat aku "belajar rajin-rajin", "nanti mesti rindu nak gurau2 dgn maz" "rindu nak jerit2 nama kau maz". Omg jangan nak sedih sangat ok T__T surely i will miss you guys too! Tak pernah pulak aku rasa sedih camni bila nak berhenti kerja weh, hahaha!


Thanks for all your good work, friendly-ness! Lepas aku takde ni kelam kabutlah diorang tak cukup tangan buat kerja sebab tinggal 5 orang je :p So, kepada sesiapa yang ingin mencari kerja, bolehlah datang ke HAJRA Bangi. Kami sangat2 memerlukan pekerja sekarang.

Korang semua boleh singgah di galeri tudung hajra. Ada di shah alam, KL, segamat, bangi, kelantan. Tudung kat sini semua lawa2. Aku pun terjebak sekali untuk beli. Paling hot kat hajra ni shawl dan instant bubble.

Sepanjang aku jadi promoter kat sini, memang item ni yang orang selalu grab sebab kain dia jenis yang takyah gosok! Adik dengan kakak aku pun beli instant dengan shawl bubble ni. Sesuailah untuk jenis pemalas macam depa tu, tak payah nak gosok2 tudung. xD

Tak cukup dengan promote kat kedai, sampai ke sini aku promote. lol!

Thanks for reading!


19 May 2016

Tips menabung


Assalamualaikum
Bosanlah asyik guna duit MYR je, kita tukarlah AUD pulak. hahahaa!

Bukanlah nak kata aku ni power sangat bab-bab nak menyimpan duit ni. Asalnya aku ni pun seorang yang boros jugak, lels. Disebabkan sikap yang boros nilah kita kena ubah supaya jadi orang yang lebih berjimat-cermat. Atau dengan erti kata lain, jadi kedekut kot.

1) Buat target belanja untuk sehari

Lantaran kerana diri ini cumalah student yang bukannya tinggal di rumah dengan mak bapak, memang hang kena ada limitlah untuk perbelanjaan sehari tu. Macam aku ni dah tetapkan limit belanja untuk sehari. RM10 je SEHARI. 

Bila aku dah terbelanja lebih daripada RM 10 sehari, aku akan rasa bersalah gila dan menyesal nak mampus sebab tak ikut rule. Bila dah langgar rule, haruslah kenakan denda untuk diri sendiri. Apa denda dia? Qada' duit belanja untuk hari esok. Ok meh baca tips nombor 2 pulak.

2) Qada' duit belanja

Cara nak qada' duit belanja ni senang je. Katakan hari selasa tu aku terbelanja RM 12 sehari. Esoknya hari rabu, aku target nak belanja RM 10 je. So, RM 10 - RM 2 = RM 8. 

Maka, pada hari rabu tu aku kena belanja RM 8 je untuk tolak RM 2 yang dah terbazir masa hari selasa tu. Inilah dia sistem qada' duit belanja, hahaha. Bagi aku cara ni sangat efektif supaya kita lebih beringat-ingat dan jangan terlebih belanja.

Sebelum tu, RM 10 ni tak termasuk duit beli buku teks, beli alat tulis, print2 ke apa semua tu. RM 10 ni duit belanja makanan daripada pagi sampai malam. Kalau sehari tu belanja RM 10 untuk beli makanan, beli alat tulis, beli buku teks, memang tak makanlah guwee. Lagipun mana ada buku teks harga RM 10? xD

3) Masuk duit lebih dalam tabung

Tabung tu wajib kena adalah kalau hang kata nak menabung.

Kalau nafsu makan tak melampau macam jin, mungkin aku belanja RM 5 je sehari. Baki lebih tu sumbat masuk tabung! Hasilnya, kite tunggu akhir bulan nanti berapa banyak duit yang ada dalam perut tabung tu. hehehe.
sepanjang cuti sem ni perut dia kosong jelah. Masuk sem baru nanti aku kasi kau makan banyak2 eh teddy?
4) Buat catatan perbelanjaan

Yang ni tiap2 hari wajib tulis kat buku berapa ringgit yang aku dah belanja. Taulah zaman sekarang ni semua buat notes kat phone je, tapi aku lagi suka tulis kat buku.

Kawan aku pun kata 'mazni ni memang teliti sangat bab2 duit ni'. Diorang semua tau aku ni memang cermat, kahkah. Well, inilah cara nak survive xD

Even satu hari tu tak pakai duit pun, aku tulis jugak dalam buku. Tengoklah, kadang-kadang masak sendiri je kat kolej atau habiskan stok makanan yang dah bawak dari rumah.. Tu pasal tak banyak guna duit sangat.

Konklusinya, duit yang dah disimpan dalam tabung tadi tu korang boleh guna untuk kehendak atau simpan masuk bank. Contohnya kawan ajak pegi setia city mall untuk shopping ke, nak guna duit tu untuk pegi makan sushi king ke. Atau lagi bagus, guna balik duit dalam tabung tu untuk duit belanja kat kolej.

Aku selalu 'kitar semula' duit tu. Kalau duit belanja kat dompet dah habis, guna pulak duit kat dalam tabung. Kalau duit kat dalam tabung pun dah habis, baru whatsapp mak masukkan duit dalam akaun, wahhaha.

Mak selalu tanya ada duit lagi ke tak, sebab aku jarang whatsapp nak mintak duit. Ada je lagi duit tu sebenarnya. Dengan teknik penjimatan ni, tak payahla asyik selalu nak mintak duit kat mak ayah je kan? #anakyangbaik

Sekian sahaja 4 tips daripada saya yang cermat kedekut ni. Kadang-kadang kita kena berdisiplin masa menabung, barulah berjaya :D Jangan tangan tu dok gatal nak usik tabung tu okay!

Thanks for reading!


17 May 2016

Holiday Giveaway by Sally Samsaiman (Part 6)


Assalamualaikum

ok, mood nak join giveaway on :p

12 May 2016

Trip WA : The Pinnacles


Assalamualaikum

Dalam perjalanan nak pulang ke perth city, kitorang singgah The Pinnacles atau nama lainnya ialah Nambung National Park. One of Western Australia's iconic tourist attractions. Dianggarkan ada 190,000 pengunjung yang datang ke sini setiap tahun. Dan aku merupakan salah sorang daripada 190,000 pengunjung yang melawat pinnacles ni pada tahun 2016, kbye.

Kenapa orang selalu datang sini? Mestilah nak tengok limestone yang unik tu. Ada macam-macam size dan bentuk. Kalau nak teliti satu persatu bentuk-bentuk batu ni memang idokler. Pinnacles ni seluas 17,487 hectares kot! Entah berapa juta ketul batulah yang ada kat sini.

Limestone ni semua telah terbentuk sejak 30,000 tahun dahulu dan membentuk batu-batu yang sangat misteri. Desert dia memang lawa, terutama time summer. Nampak sangat warna 'golden sand' tu. Tapi nak kata macam kunyit pun boleh gak, sebab memang pasir ni warna macam kunyit. kah!

Daripada Perth nak ke Pinnacles ni amek masa dalam 200 km bersamaan dengan 3 jam gitulah. So, inilah antara sebab kenapa orang selalu datang pinnacles ni, pasai tak berapa jauh sangat dari Perth.

kau menari ke kak?

Bila pergi sini, rasa macam kau kat satu planet terpencil. Terutama bila kau duduk kat bahagian yang tak ramai orang. Sunyi sepi bersama batuan berupa ganjil~

maz lost in the pinnacles. Btw gamba aku haruslah diedit pakai vscocam hokay.
siti lost in the pinnacles. gambar dia takpe, tak payah edit pakai vscocam pun takpe.

Time kitorang datang sini dah petang. Pukul 3 camtu. Walaupun panas, tapi tak rugi kot datang time-time macamni sebab contrast, cahaya, langit cerah dia memang terbaik untuk bergambar. Panas tu tahan sikit jelah. 

Alah memang kulit kau dah burn teruk pun, apa nak kesah? Bakar jelah lagi kulit tu. Bukan selalu. *ayat pasrah serta redha*

depan tu masih lagi di pinnacles, sebelah sana lagi lancelin(pasir putih) dann sebelah lancelin sana, laut!

Oh ya! sebelum terlupa, nak masuk Nambung national park ni kena bayar. Entry fee per car yang aku ingat dalam 11$ gitu. Kalau convert duit malaysia dalam RM 32. Nak masuk national park pun kena bayar..... ok.

Kalau siapa yang guna travel agen ramai-ramai macam contoh naik van, atau bas bersiap sedialah untuk jalan kaki dari parking lot sampai ke pinnacles desert. Taktau kenapa, tapi dia memang tak kasi travel agen bawak masuk kereta sampai pinnacles tu. Gigih jugakla aku tengok orang2 cina yang pakai travel agen tu jalan kaki nak masuk pinnacles ni. Jauh kutt, dahla panas.

Macam kitorang ni nasib baik terselamat xD

tekstur pasir di suatu kawasan yg takde orang. agak menggelikan..
try untuk senyum tapi.. silau. rasa menyesalnya tak pakai sunglasses... lantakla hodoh mcm belalang pun asal mata tak sakit...

Thanks for reading!

5 May 2016

Trip WA : Bye Kalbarri


Assalamualaikum

8/2/2016 - Monday (DAY 4)

So, today we are going back to perth. Honestly, aku tersangat sedih bila nak tinggalkan Kalbarri ni. Bila dah balik Perth, tak dapatla jumpa tempat-tempat yang cantik macamni lagi TT iolls kan nature's lover.. lol
wajib try air chocka mocha tu kalau singgah mana2 mart!
Kali ni kitorang bangun awal sebab semalam dah janji nak tengok pelican feeding. Tapi.... Tapi......... Pelican tak datang pulak time tu. Bukan rezeki kitoranglah haritu kot.. Kalau setakat jumpa pelican je adalah jumpa, cuma nak tengok orang feed pelican tu tak dapatlah.

Pengajaran, lenkali jangan tidoq. 
credit; cuti perth. gambar hari sebelumnya
Bye Kalbarri! Hello perth! So, let's the long journey begin! Again.


Masa otw, kitorang singgah lagi ke Port Gregory untuk tengok pink lake sekali lagi. Tapi haritu masa 1st time tengok pink lake ni takde pulak pili2 air tu. Taktau besar mana dia punya pink lake ni.


Tak jauh dari port gregory ni, kitorang singgah di Lynton Convict Depot. Aku pun lupa detail sejarah tempat ni... Apa yang aku ingat, tempat ni macam penjaralah. Lynton convict depot ni ada kaitan tentang government australia, tentera laut, fremantle and orang gaji... Omg i'm so sorry sebab tak ingat history tempat ni >< 
Dia punya luas tu sampai kau boleh nampak kereta yang jauhnya 1 km depan dari kereta kau tahu

Kemudian masa dah keluar di persimpangan nak menuju ke bahagian south, then i asked uncle saf pasal Geraldton. Okay time tengah kat traffic light tu memang kitorang tak jauh dari area Geraldton pun. Aku kata aku nak tengok masjid kat Geraldton tu so uncle pun u-turn dan kitorang pun singgah kat Geraldton sekejap.

Aku taktau sangat tempat menarik kat Geraldton ni, tapi sebelum pegi tu adalah google. Dia kata highlight kat Geraldton ni adalah memorial park. Tunggu satgi aku cite pasal memorial tu. Sekarang aku nak tunjuk gamba masjid tu dulu.


Al-Muhajirin Geraldton mosque

Jangan pelik kenapa masjid ni macam typical surau2 kat malaysia. Ye, masjid ni dibuat oleh orang melayu cocos. Melayu cocos tu apa? Haa tu entry lain nanti aku cite. Aku suka betul sejarah melayu cocos ni. Jadinya, ada ramailah orang melayu yang tinggal kat area sini. Tapi kitorang tak jumpa pun sebab duduk dalam kereta je manjang, haha. Btw, uncle kata imam masjid ni orang Jawa. So maybe orang jawa pun ada ramai jugalah kat sini.

Mulanya ingat nak solat zohor, tapi time tu awal sangatlah pulak, belum masuk pukul 12 lagi. Azan dalam 12.30 centuu. Lagipun, masjid tu tengah ada construction kat bahagian belakang, takleh nak masuk suka2 je. Pagar pun depa kunci sebab belum masuk waktu time tu.

Ingatnya nak singgah tandas kat masjid ni tapi dah tutup pulak, so kitorang pegi town demi mencari tandas awam disana. Ahahahaha. Sambil2 tu kitorang tengoklah bandar geraldton ni. Time kat sini serious aku cakap, suhu paling panas yang pernah aku rasa seumur hidup. 47 celcius!

No wonderlah geraldton ni panas, sebab dia dekat dengan tepi laut. Kat sini ada banyak port dengan beaches. Cantik! Aku google haritu, Geraldton ni antara tempat yang syok untuk ber-surfing.

Ehh google je keje kau eh. Dasar minah google!

Aku ingatkan ini masjid tau. Rupanya church. Bentuk dia macam kubah masjid daripada jauh... Berdosa ke kalau aku tercakap "eh, ada masjid" ahahha. Tapi senibina church ni sangat lain daripada church yang biasa kite tengok.

Dan, sambung cerita pasal memorial park tadi. Siapa tak minat nak tau sejarah, boleh skip je, hehe.

Kitorang tengok memorial ni dari jauh je. Sebenarnya ada je peluang nak naik atas tu. Uncle dah offer lagi n siap tanya "nak naik atas tak?". Entah kenapa, cuaca panas tu mengatasi segalanya sampai sanggup kitorang taknak naik atas tu. Padahal sebelum nak pegi perth ni aku dah baca pasal Geraldton memorial park ni. Siap dah jadikan list nak pegi sini lagi kalau singgah Geraldton. How could you tak naik atas?

Dia camni tau, bila otak kau asyik fikir "alah takde benda pun kat atas tu kan? Just sejarah orang mati je kan" Tapi hang lupa, bila naik kat atas tu, boleh nampak view bandar Geraldton ni. Hmm tulah tak pikiaq panjang. Tapi takpelah, at least dapat tengok dari jauh pun kira okay. Dalam banyak2 memorial yang aku jumpa kat perth ni, gerladton memorial ni antara yang paling cantik kot.

Memorial ni adalah bagi memperingati seramai 645 crew kapal yang hilang dalam world war II, 1941. Ikut apa yang aku baca, dome memorial tu diperbuat daripada perak dan membentuk burung seagulls. Means, setiap satu daripada seagulls perak tu mewakili salah seorang anak kapal HMAS Sydney II yang hilang.

Kat situ juga ada patung gangsa perempuan yang menghadap ke arah laut kononnya macam menunggu berita pasal kapal HMAS Sydney II yang hilang tula. Omg yang tu sangat sedih, she's waiting for their loved ones but seems like they'll never come back again :'( credit
credit

Tak naik atas pun, detail habis aku cerita dia punya sejarah.. Google ada bolehla citer kannn hehe..

Lepas tu, kitorang pun teruskan perjalanan. Then stop kat perhentian taktau. Tapi yang aku ingat, uncle kata kat situ glamour dengan lobster besar gedabak murah-murah. Mati-mati aku ingatkan nak makan kat situ tau. Tapi memang idoklah nak makan lobster cik, dah bawak bekal sendiri dah. 

Lagipun, all u need is money, money, money. But we don't have a money, money, money. Kahkah!

Kitorang stop kat depan playground untuk makan. Paling ajaibnya, lauk kari ayam yang dimasak 3 hari yang lepas still elok lagi. Sambal nasi lemak masa otw nak pegi Kalbarri pun sihat lagi dan takde bau2 pelik ke apa. Musim summer memang makanan tak cepat basi :D

Sekian dulu, next entry adalah di mysterious limestone. Rasanya lokasi ni macam dah tak asing lagi kot. Most of malaysians setiap kali pegi perth memang selalu singgah sini. Tunggu yaaa

Thanks for reading!