28 May 2018

makan BBQ sambil berendam kaki di sungai


Assalamualaikum

Masa cuti pilihanraya baru-baru ni, kitorang balik kampung jap. Pastu masa otw dari Perak nak balik Bangi singgahlah kat Sungai Kemensah untuk makan BBQ. Abang akulah yang serach tempat ni sebab pernah viral dulu. Aku pun ada baca gak pasal makan kat dalam sungai ni.

Nak pegi sini agak berliku-liku sikit. Kena lalu belakang zoo negara pastu terus ke Sungai Kemensah tu. Tapi jalan nak sampai tempat BBQ tu ya ampunn, extreme gila macam buat offroad! Eloklah datang sini naik 4WD. Bayaran bagi parking kereta ialah RM5.


Apa yang menariknya tempat ni, adalah pelanggan boleh makan dalam sungai tu sendiri. Suasana tempat ni pun tak sama macam tempat makan lain yang kita selalu tengok, rasa macam duduk kat pedalaman sangat.


Disebabkan tempat ni unik, maka memang haritu ramai sangat orang, padahal belum pukul 12 pun lagi. Nak nak pulak kitorang ni datang hari sabtu, maka selamat datang. Line nak beratur panjang betul haritu, we waited for almost 2 hours! 


Sebenarnya, boleh pilih sama ada nak makan kat dalam sungai atau makan dekat atas. Kitorang memang tak nak makan dalam sungai tu sebab malas nak bukak-bukak kasut. Lagipun nak makan kat dalam sungai kena tunggu lama sikit. Kalau nak makan kat atas pulak, asal nampak meja kosong je dah boleh terus naik but guess what, orang kat kaunter tu langsung tak inform pun boleh terus naik je kalau nak makan kat atas! 

Bayangkan eh, masa memula sampai tu kena beratur untuk daftar nama, nak beratur untuk daftar nama sahaja dah kena tunggu dekat 30 mins, ok tak kisahlah tu sebab memang kena tunggu turn pun. Lepastu tunggulah kat situ dengan harapan nama dah dipanggil selepas 1 jam lebih, but NO. Aku memang dah fedap gila nak pegi makan kat tempat lain je rasanya. Pastu bila abang aku tanya berapa lama lagi turn nak kena tunggu, orang kaunter tu cakap, "oh kalau nak makan kat atas boleh terus naik je, yang tunggu giliran ni untuk makan kat dalam sungai je"

Pastu ayah aku bebel la kenapa tak bagitau awal-awal tadi, kitorang tunggu dah lama nak dekat 2 jam. Pastu kau tahu dia reply apa? "takpela kalau encik nak cancel makan sini pun takpe". Tf is that?? Sudahlah dia takde inform kita pasal siapa yang nak makan sungai je yang kena tunggu lepastu cakap rude pulak tu! Kalau malas sangat nak cakap banyak kali, apa kata kau tampal jelah kertas sebesar alam dengan information "Bagi sesiapa yang ingin makan di ruangan atas boleh terus masuk jika ada tempat kosong, dan bagi yang ingin makan di sungai perlu tunggu giliran anda. Terima kasih."

Kitorang mati-matilah ingat kena tunggu dia panggil nama, baru boleh masuk. Kau expect apa, orang baru first time datang kot, manalah tau mana yang nak kena tunggu, mana yang boleh terus masuk je. Ey belum makan lagi dah menyirap. Memang takde mood langsung.

ni bahagian atas. Family yang tunggu turn sebelum kitorang pun sama kena tunggu lama sebab taktahu, kesian diorang.

Bagi makanan pulak, kami ambil family combo dan total keseluruhan untuk 6 orang makan adalah RM 140 tak silap. Makanan ni sampai laju gak. Apa yang bestnya set combo ni, dia campur semua jenis daging iaitu lamb, smokey duck dan  chicken. Aku tak tipu, makanan kat sini semua sedap. Daripada sos dia sampai ke daging memang sedap, lembut pulak tu. Personally, aku suka dengan smoke duck tu. Maybe sebab jarang makan daging itik so bila dapat itik BBQ memang bestla.

Sebab makanan dia sedap, maka mampulah memujuk hati kami yang agak panas ni hahaha.


Tapi sedih sikit dengan portion nasi sebab kecik sangat.. so tak berapa kenyang. Boleh je tambah tapi charge lainla pulak.


Jom tengok persekitaran tempat ni pulak, memang menenangkan dan penuh dengan suasana semulajadi.


View dari tempat makan kitorang. Ni sebenarnya pool kot, so kalau datang bawak anak-anak boleh mereka mandi manda kat sini.

Overall, makanan memang sedap but servis sebelum nak masuk makan tu kurang sikitlah. Mungkin haritu ramai sangat orang sampai staff pun kelam kabut. Orang yang jaga kat kaunter tu pun asyik-asyik hilang je. Dialah yang nak kena ambil giliran, dialah yang nak kena tengok ada tempat kosong ke tak. Sepatutnya kat bahagian kaunter tu tak boleh sorang je yang jaga.

Kalau nak makan sini, silalah buat tempahan dulu bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Sebab tempat ni memang selalu full house dan beratur panjang. Kalau taknak buat tempahan, kena tunggu at least 45 minit untuk makan. 

Thanks for reading.