20 Jun 2017

Ketandusan idea

Assalamualaikum

Ini adalah entry ketandusan idea, so cara penulisan pun agak ketandusan idea jugaklah, ampunkan saya. Sorry lama tak berblog sebab busy kerja. Kerja tu satu, satu lagi malas dan takde benda menarik pun yang boleh dishare kat blog ni. Hidup aku penuh dengan kebosanan sejak cuti ni :p

 Perasan tak Ramadan tahun ni rasa macam sekejap sangat? Rasa mixed feelings pulak nak tinggalkan bulan ni sebab rasa amalan macam sikit je yang mampu buat, Sedih kan..

Apapun, gunakanlah masa yang masih berbaki ni dengan baik. Jangan skip terawih tau dah malam2 terakhir ni!

 Walaupun macam takde kena-mengena tapi nak cerita jugaklah. Kalau puasa tahun-tahun lepas, kitorang selalu sahur makan nasi, berbuka mesti nak benda lain selain dari nasi. Tapi kalini selalu berbuka makan nasi. Sebelum ni memang tak boleh kot ._. 

Korang kalau berbuka memang wajib tak makan nasi? hehe

Image result for ramadan 2017

 Nak balik kampung Jumaat ni tapi rasa macam takde feel je. Semua baju tak kemas lagi, baju nak bawak balik kampung pun ada yang belum sempat dibasuh lantaran kerana kesibukan bekerja(LOL). Pastu balik kampung pun rasa macam sekejap je, raya ketiga dah kena balik Selangor dah, huhu.

Padahal haritu punyalah semangat beli baju raya awaii. Ni balasan sebab melebihkan raya daripada bulan puasa agaknya, habis semua mood raya kau ditarik #insaf

Image result for packing stresses me out

 Ramadan tahun ni banyak sangat berita sedih contohnya berita kematian arwah Zulfarhan. Setiap kali baca news pasal arwah memang menangis kot. Ya Allah sedihnya bila memikirkan arwah yang didera sampai melecur tahap 3, parents dia lagi.. Harap sangat pelaku dapat hukuman yang setimpal!

Rest well Zulfarhan, charming sungguh senyuman arwah..

Image result for zulfarhan osman

Tahun ni jugak otak manusia banyak yang semakin rosak dengan pembawakan liberal. Suka suka hati je nak buat fahaman sendiri dan ubah hukum yang dah ditetapkan oleh agama. Moga kita terjauh dari pikiran durjana macamni.

 Baru ni, adik aku dapat tawaran diploma ke UiTM Kedah. Sebagai kakak yang baik, haruslah saya gembira. Tapi sedih sikit sebab takde kawan kat rumah. Nak nak pulak dia dapat kat tempat yang jauh, memang susahlah nak balik. Nanti time aku dah masuk sem baru rasa kesian pulak kat mak abah sebab duduk berdua je.. T__T

Buat masa sekarang ni tinggal aku sorang jelah kat rumah. Kakak lagi 2 orang tu menyewa rumah lain, abang lak kat kolej dia. Nasib baiklah kitorang 4 orang ni duduk dekat je so bolehlah balik tiap minggu. Begini rasanya bila semua dah makin membesar....

 
Kampus dia not bad, lawa jugak. Perabot kat bilik pun okay je takde rosak

Itu saje kot entry ketandusan idea harini. Publish entry ni pun sekadar nak membuktikan pada korang yang aku belum bersara lagi dari dunia blogging ni. Untuk sesiapa yang nak balik kampung nanti, hati-hati di jalan raya dan selamat menyambut hari raya aidilfitri! #TeamRayaPerak


5 Jun 2017

Cara recover blog posts yang telah terdelete


Assalamualaikum

Hai korang nak dengar cerita kelakar tapi menyedihkan tak? Haritu secara tak sengaja aku terdelete 1 blog posts yang agak penting. Dahlah entry tu nak kena parmanently duduk kat blog ni kot, mati akai jugaklah nak pikir macam mana nak taip entry tu balik, haha.

Lagi mati akai sebab benda tu review yang orang bayar. Kau ghaseeee??

Ok ini adalah entry yang aku dah terdelete tu --> KLIK NI. Sedih jugakla sebab entry tu dah ada orang komen, pageviews pun agak banyak. Nak buat macam mana, terpaksa ku tinggalkan semuanya pergi.. Tapi kalau sudi, bolehla drop semula komen atau baca entry tu buat kali ke-2, haha maaf berperangai keji! Tapi terima kasih.

1) Search tajuk entry korang (atau keywords) tu di google. Bila dah jumpa tekan anak panah kecik sebelah link tu dan click cached


2) Dapat semula entry yang dah hilang tu! So korang cuma copy and paste je dan publish sebagai entry baru.

comments pun ada jugak. cuma tak boleh tekan button comment mahupun reply. tsk..

Aku buat benda ni right after insiden tu berlaku. So kiranya entry yang dah delete tu masih fresh dan belum hilang dari pandangan google (harini check entry tu dah hilang buat selamanya huaaa). So kalau yang entry lama-lama tu tak sure pulak macam mana caranya.

Pengajaran di sini, lepasni aku akan lebih berhati-hati bila bukak blog guna phone. Jari ni asyik licin je terdelete sana sini. Sebelum ni pun accidently pernah terdelete komen (walhal nak publish komen tu..)