26 May 2016

Review buku : Pelukis Jalanan


Assalamualaikum

Semalam boleh dikira sehari suntuk wifi rumah takde dekat kawasan aku ni. Tak pernah-pernah dia jadi macam ni. 'Bagus' sangatlah tu -__-

Bila takde wifi dah bosan taktau nak buat apa, baru aku teringat belum sempat baca lagi buku2 yang beli kat pesta buku MAEPS haritu. So aku bacalah buku pelukis jalanan ni, by Teme Abdullah. Terbitan oleh Iman Publication. Buku ni antara yang paling cepat pernah aku baca. Berjaya habiskan dalam masa 1 malam, daripada lepas maghrib sampailah pukul 11.40, haha. 

Review aku :

Buku ni sangat inspiring! Penulis ceritakan kisah benar dan perjalanan hidup dia sepanjang belajar di UK, dalam bidang architecture. Bagi aku, penulis ni sangat berani mengambil risiko. Dia buat keputusan nak belajar di UK last2 minute kott. 2 hari sebelum nak fly, kau bayangkan? Belajar guna duit sendiri pulak tu. Tiba2 pulak separuh duit dia boleh hilang time tu, Terpaksa habiskan semua duit yang dia ada untuk bayar yuran universiti. Langsung dah takde duit.. Penulis terpaksa bekerja untuk survive. Dahla kos sara hidup kat UK mahal.. Kalau akulah yang jadi penulis ni, memang dah mati akal dah kot bila duit 1 sen pun dah takde..


Bila baca buku ni, macam-macam perasaan ada. Senyum, cuak, marah, menangis. Haa ye, aku menangis baca buku ni. Kita boleh rasa keperitan dan tertekan yang penulis ni alami bila takde duit. Nak beli makanan pun susah.. Part yang paling buat aku sedih tu, bertajuk 'ayam goreng' T__T Rupanya, tak semua student yang belajar di luar negara tu hidup happy dan senang. 

Walaupun hampir putus asa, tapi penulis ni tetap bangun dan dia jumpa ikhtiar baru untuk terus survive. Dia mula melukis di jalanan dan sejak tulah kehidupan dia jadi lebih baik. Sejak dari situ, satu persatu rezeki yang Allah turunkan untuk dia. Nilah ganjaran untuk orang yang tabah dan tak pernah give up.

Dekat akhir2 mukasurat, ada diselitkan sekali lukisan2 penulis ni sepanjang berada di Europe. Lawa ya amaattt. Memang tangan berseni sungguh T__T Aku mula kenal penulis ni lepas lukisan dia viral kat twitter. Semoga berjaya menjadi architecture yang hebat untuk ummah!

detail gila dia lukis!
Highly recommended kalau korang nak beli buku ni! Aku memang suka beli buku2 berdasarkan pengalaman dan kisah hidup seseorang. Bagus untuk motivasi diri sendiri :D InsyaAllah tak menyesal kalau beli buku ni sebab isi2 dia sangat menarik dan bagus untuk bacaan semua. Pelukis jalanan ni dapat rating yang tinggi okay!

Boleh dapatkan buku ni di MPH atau beli secara online.

Thanks for reading!


12 comments:

  1. Buku yg sgt menarik. Tak syak lg mesti best baca. Cantik betul lukisan tu en

    ReplyDelete
  2. Buku ni besttt gilaaaaa. Baca banyak kali pun tak boring, saya dah ulang banyak kali hehe.

    Walaupun masa baca buku ni banyak gangguan tapi berjaya dihabiskan dlm masa 2 jam sebab best sgt haha :')

    ReplyDelete
  3. belum beli lagi. belum sempat keluar rumah sobs sobs. belum baca pun dah suka buku ni. and yeah lukisan dia semua lawa

    ReplyDelete
  4. Akak kuciwa nih! Sempat baca setengah jalan je buku ni. Baca member punya dalam kete je ;)

    ReplyDelete
  5. Dah beli!! Tapi belum baca lagi~ Bagi can member baca dulu smentara habiskan buku lain. Hehe

    ReplyDelete
  6. cover dia nampak macam biasa... tapi jalan cerita dia macam menarik.. thanks share pasal novel ni

    ReplyDelete
  7. Seronok kan baca buku motivasi macam ni, boleh bagi inspirasi dekat kita.

    ReplyDelete
  8. samalah T_T semalam tiba2 wifi tak ada,punyalah boring tak tau nak buat apa haha. anyway,dah masukkan buku ni dalam list,tunggu nak beli je -.-

    ReplyDelete
  9. best buku nie. banyak dah tengok org review kat twitter :D
    tapi susah nak jumpa kat tempat BV T^T

    ReplyDelete
  10. Nak cubaaaa . Heheeehe.df jarang beli buku mcm gini. Komik mostly . Hohoho

    ReplyDelete
  11. huda follow twitter teme ni, memang ramai sangat tweet yg positif pasal buku ni. kalau ada rezeki lebih boleh la beli

    ReplyDelete
  12. bestnyaa jadi orang berseni ni.. pandai lukis.. akak lukis orang lidi pun senget..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~