20 Feb 2018

Trip Boracay - Helmet Diving and sunset sailing


Assalamualaikum

4/2/2018 - Ahad


Aktiviti seterusnya ialah helmet diving. Diorang bawak kitorang naik boat pegi ketengah-tengah laut dimana situ ada station untuk buat aktiviti ni.

Helmet diving ni antara aktiviti yang paling rare dan susah nak jumpa kat mana-mana, paling glamour kat Boracay la. Kalau korang teringin nak scuba tapi takde lesen, boleh cuba yang ni dulu. 

Sebelum masuk laut diorang briefing sikit pasal keselamatan dan bahasa-bahasa isyarat yang boleh digunakan dalam laut tu. Diorang juga ada ajar cara-cara nak buang tekanan udara dalam telinga kita dengan telan air liur. Memang rasa telinga pekak je masa pakai helmet tu.

Brader diver tu tanyalah kitorang reti berenang ke tak, pastu masing-masing jawab tak pandai. Dia kata kalau tak reti berenang ni is a big problem, guwa dah cuak gila time tu. Takut aku turun tidak kembali je, hahaha. Mulalah rasa taknak masuk laut tu.

Tapi sebenarnya takde hal pun, kalau tak reti berenang brader diver tu boleh tolong. Cuma kalau korang reti berenang sendiri boleh memudahkan kerja diver tu jela, diorang tak payah nak kena turun laut banyak kali untuk angkat korang naik. Haha saja je kan nak buat orang takut.


Kedalaman laut ni ialah 5 meter dalamnya, sebelum masuk diorang akan pakaikan helmet. Suprisingly, air tak masuk dalam helmet tu langsung sebab tekanan oksigen yang tinggi. Kau boleh bernafas dan bercakap macam biasa je even dalam laut pun. 

Tapi kalau bercakap takde orang dengarlah sebab tekanan yang kuat dalam helmet tu, cakap sorang-sorang jelah haha. 

Perasaan duduk dalam laut masatu agak susah nak imbangkan badan, kalau badan senget sikit je habis air masuk. Tapi seronok duduk bawah tu, rasa 20 minit tu macam tak cukup je sebab ikan-ikan dia banyak gila. Kitorang pun diberi umpan untuk bagi ikan makan. Wowerz semua ikan datang menyerbu ramai-ramai masatu.

Lepas dah 20 minit tu semua orang kena naik atas. Aku naik paling last sekali, maka tinggallah daku kat bawah laut tu sorang-sorang. Huish gelap gila bawah tu, takut muncul jerung je. Tapi merasa jugaklah duduk bawah laut sorang-sorang, rasa sunyii.

Tak ingat sape nama bro ni tapi dia gelarkan diri dia mushroom. Scandal kak aten ni, lulz.

Lepas habis helmet diving ni kitorang pulang semula ke homestay untuk solat dan rehat-rehat. Pukul 5 petang tu baru datang balik ke Station 1 untuk tengok sunset.

Boracay street yang busy 


Kitorang naiklah sailing boat ni untuk tengok sunset. Tempat duduk dia agak menakutkan sikit sebab kena duduk atas jaring tu je tanpa penghadang, tapi InsyaAllah takkan jatuh aku rasa.


Maghrib kat sana memang pukul 5 cuma matahari haritu terbenam agak lambat pulak. Aku ingatkan lepas dah bawak kita ke tengah laut tu dia tunggulah matahari tu terbenam sampai langsung tak nampak kelibat. Rupanya cuma stop sekejap dalam 5 minit gitu je, pastu terus patah pegi tepi pantai untuk ambil orang lain pulak.

Kalau tau sekejap sangat sunset sailing ni kitorang datang lewat sikit pun takpe. Barulah lawa sikit kalau nak ambil gambar huhu.

Tapi dapat juga ambil gambar dari tepi pantai, tetap cantik!


So itulah aktiviti untuk hari kedua yang sangat padat. Bakal bersambung di hari ke-3 pula!

9 Feb 2018

Trip Boracay - Island hopping


Assalamualaikum

4/2/2018 - Ahad

Masuk second day tu, bermulalah segala aktiviti pantai kami. Pukul 9 pagi lagi Julyn dah datang rumah, memula cam peliklah kenapa bukan Gina yang bawak kitorang jalan kan. Tapi diorang ni tukar-tukar shift. Pagi tu masa pegi island hopping Julyn yang guide, sebelah petang pulak Gina.

berjalan 15 minit nak ke pantai
Aktiviti pertama yang kitorang buat haritu ialah island hopping dimana ada snorkeling, cliff diving, keliling pulau, helmet diving dan petang tu ada sunset sailing. Kiranya 2nd day ni memang hari berbasahan la, penuh dengan aktiviti air. Dan pagi tu cuaca agak gloomy, hujan rintik sikitlah.

Sampai je kat White Beach (atau dikenali sebagai Station 1), kitorang kena naik boat untuk aktiviti snorkeling dan yang lain-lain.
Sementara nak tunggu boat, bergambarlah dengan pasir Boracay ni. Pasir ni diorang akan buat tiap-tiap hari dan musnahkan ia bila dah petang. Rupanya nak bergambar dengan pasir ni bukan free doh, nanti diorang akan mintak tip. Aku seriously taktau langsung nak bergambar dengan pasir ni pun kena bayor ceiitt! Time tu dahla takde duit kecik, takkan nak bagi 1000 pesos pulak kat dia kan.

Last-last pinjam duit kak aten, tu pun ada 5 peso je. Aku tibai je bagi 5 peso kat dia pastu kena pandang slack HAHAHA! Sorrylah bro, i memang takde duit kecik. Kalau tahu kena bayar memang aku tak ambil gambar dengan pasir ni pun.

Tapi tip tu kira ikut seikhlas hati kan? Sepatutnya sukati kitalah nak bagi berapa banyak pun lol.

pulau bentuk buaya. Baru nak takut kalau-kalau ada buaya kat sini tapi ni kan laut
Aktiviti pertama ialah kitorang snorkeling! Ombak time tu sangat kuat so kitorang kena snorkeling sambil pegang tali. Ni kalau lepas memang kena hanyutlah, haha. Susah nak snorkeling sebab airnya tak tenang sungguh, tapi ikan dengan batu karang kat bawah laut tu lawa gilaa.

Masa tengah snorkeling tu air selalu masuk dalam mulut even dah pakai snorkeling mask. Kejap-kejap kena angkat kepala untuk buang air yang masuk tu. Pastu terus takde mood nak menyelam dah T__T

Kami snorkeling sekejap je kat sini sebab ombak dia takleh bawak bincang. Stesen seterusnya ialah ke Crystal Island. Kat situ kitorang jalan mengelilingi satu pulau tu. Entrance fee 75 peso.

Paling lawak, aku tertinggalkan selipar kat boat. So jalan berkaki ayamlah sepanjang kat Crystal Cove tu.. Sakit kaki i pijak batu karang dengan batuan tajam kat situ. Padan muka kan?

Yang ni masa masuk cave. Ombak sangat mengganas gila kat bawah ni dan kitorang tak sempat nak record apa-apa video. Tapi cantik!
Dalam 45 minit berjalan kat dalam tu, kitorang pergi ke Magic Island untuk makan tengahari. Semua makanan ni Julyn yang masak dan memang sedap! Seafood dia fresh-fresh dan sotong besar betull. Makanan ni semua dah include dalam pakej Kak Bora tu dan ianya halal.

Lala, udang masak pedas manis, sotong bakar yang sedap nakpus, ayam bakar dan ikan sweet sour. Pastu mangga tu Ya Allah manis betull, aku syak tu mango Cebu. Sedap! T__T Oh btw, Julyn kata orang Filipina tak berapa suka makan pedas, so makanan kitorang haritu memang tak rasa pedas pun.

Lepas makan, aku nak try cliff diving. Magic Island ni glemer sebab orang selalu buat cliff diving kat sini. Memang ni antara one of my wishlist la sejak tahun lepas, saja nak uji tahap keberanian diri sendiri. Dulu pernah sekali terjun masuk air tapi tu kat Tadom Hill la, kalini aku nak cuba terjun terus masuk laut.

Kakngah, Kak Aten dengan Kak Pika memang awal-awal lagi diorang taknak buat benda ni. Punyalah Julyn pujuk diorang kata 'no takut, you can', haha. Aku memang nak cuba cuma tak berani terjun tanpa life jacket so sewalah sekejap dengan harga 50 peso.


Kat sini ada 3 platform terjun yakni platform berketinggian 7 meter, 9 meter dan 10 meter. Aku cukuplah amek 7 meter je, tu pun dah rasa tinggi sangat. Bila tengok orang lain terjun camtu je, terasa comel lak kita ni pakai life jacket hahaha.

and jump!
Mampu terjun sekali jelah, tak mampu buat kali kedua lagipun tengah rushing nak pegi tempat lain pulak waktu tu. If korang datang Boracay, pleaselah cuba cliff diving ni. Tak pandai berenang no hal, life jacket ada. Aku pun bukan pandai berenang sangat sebenarnya :p

Lepas dah habis singgah ke Magic Island tu, kitorang kena balik ke White Beach semula untuk naik boat pergi helmet diving! Yang ni aku akan cerita untuk next entry pulak sebab rasanya macam dah cukup panjang je ni hahaha.
White Beach
Dah tengahari ni barulah cuaca cerah sikit. Sangat perfect kalau nak buat helmet diving lepasni hyeahh!

Thanks for reading, stay tuned!


8 Feb 2018

Trip Boracay - tour guide and Airbnb review


Assalamualaikum

3/2/2018 - Sabtu

Setelah sekian lama tak travel, akhirnya berangkat jua aku ke Boracay pada awal februari baru ni. Ini kira reward lepas habis diploma jugakla, tapi kena guna duit sendiri haha! To be honest, aku tak pernah terfikir pun nak menjejakkan kaki ke Filipina tapi disebabkan Boracay ni pulau dan pernah google pasal keindahan disitu so aku pun jalann.

Dahla keliru antara Boracay dengan Bora Bora island.

Trip kalini pergi berempat iaitu aku, kakngah dan 2 orang kawan kakngah Kak Aten dan Kak Pika.
kakngah, kak Aten, me and Kak Pika
Flight dari KLIA 2 bertolak pada pukul 11 pagi dan tiba di Kalibo airport pada pukul 2.50 pm, waktu kat sana sama je macam Malaysia. Airport dia memang kecil memandangkan situ bukan main airport, tahap kebesaran dia macam kat terminal bas je. Paling dahsyat kitorang kena beratur sejam setengah untuk lepas immigration. Aku tak pernah beratur lama macam ni pergi mana-mana airport ._.

Kesian kat tour guide kitorang kena tunggu lama gilaaa, maaf yerr ini diluar jangkaan. Oh btw masa tengah landed tu hujan turun selebat-lebat alam. 


Perjalanan nak pegi ke rumah penginapan bukan sekejap yer, ambil masa sehari suntuk jugaklah. Naik flight hampir 3 jam baru sampai Kalibo, dah sampai tu kena ke Caticlan jetty dan ambil masa 2 jam perjalanan, dah sampai jetty pulak kena naik boat ambil masa 30 minit dann barulah sampai ke Boracay.

So total perjalanan haritu lebih kurang 6 jam 30 minit untuk sampai ke destinasi yang diimpikan. Kitorang sampai homestay tu dalam pukul 8 lebih. Macam biasalah first day sampai rehat-rehat je kat bilik.

ni boat untuk ke Boracay
Public transport kat sini cuma menggunakan motocar je. So kitorang yang angkut luggage 23 kg kenalah naik motocar ni, nasib baik tak tumbang jelah. Aku rasa tansportation diorang ni sangat unik tau, klasik gituu.

Homestay kitorang duduk dekat Bulabong beach dan betul-betul duduk tepi pantai! Sejuk gila kot dengan angin laut. Rumah tu cari kat airbnb dan memang selesa duduk 4 orang, bersih pulak tu. Cuma bilik kitorang duduk tingkat atas so kena naik tangga spiral yang sempit nak mati. Engko bayangkan kitorang punya kalut nak angkat luggage 23 kg tu naik atas?

Gina kata "did you carry stone in your bag?". Yang buat berat tu sebenarnya isi makanan. Macam boleh kebuluran je duduk kat sana kan, padahal stay 4 hari 3 malam je.

Oh btw Gina is our tour guide. Kitorang ikut trip Kak Bora, ni instagram --> Boracay Travel & Tour dan pakej ni memang akan sediakan makanan halal untuk muslims! Pakej 4 hari 3 malam ni dah include sekali dengan aktiviti which is Island hopping, sunset sailing, lunch & dinner, dan boleh pilih 2 aktiviti antara ATV ride, zipline dan helmet diving. Semua aktiviti ni best gilaa! 

Walaupun kitorang ikut trip Boracay Travel & Tour tapi yang bawak kitorang jalan-jalan is Gina and her sister in law, Julyn. Diorang ni sebenarnya belum pernah jumpa dengan Kak Bora lagi sebab Kak Bora duduk kat Malaysia dan belum pernah sampai ke Boracay lagi. Punyalah aku ingat Kak Bora ni tinggal kat Boracay dan bawak kitorang tour rupanya dia guna orang tengah. Memang salute sangatlah dengan diorang ni, even tak pernah jumpa pun sangat trust each other.
Ini Gina
Haritu Gina kata Kak Bora nak datang situ bulan 3 nanti, so itulah kali pertama diorang berjumpa. Ni instagram Gina sebagai tour guide untuk Boracay Tour ni ---> lmktravel&tours 

Berbalik pada homestay, KAYO Boracay adalah tempat tinggal kitorang selama 3 malam ni, cuma RM 81 per night. Pintu masuk dia kalau sekali tengok memang taktau pun tu homestay. 
yang anak panah merah tu ialah pintu masuk. yang gelap kat depan tu pulak ialah pantai
stok makanan yang akhirnya tak mampu nak habiskan semua hahaha
Semua barang-barang dalam rumah ni memang lengkap dari perlatan memasak sampailah ke peralatan bilik mandi. So kalau korang bercadang nak sewa rumah ni tak perlulah bawak periuk belanga sabun mandi semua tu. Dapur memasak pun ada juga cuma dia duduk kat bahagian luar.

ada hammock jugak. memang best kalau nak chilling amek angin laut
So ni adalah Bulabong Beach kat depan rumah tu. Tiap-tiap hari keluar rumah je memang nampak pantai ni, memang rumah idaman akulah duduk kat tepi pantai ni.

Nak berjalan ke pantai ni cuma 5 kaki je. Kalau nak ke White Beach dimana kitorang buat aktiviti cuma berjalan 15 minit saja. Memang dekatlah nak pergi ke pantai-pantai dan area shopping, nak hafal jalan pun mudah.

Overall, aku suka duduk kat sini sebab lokasi dia sangat dekat dengan attraction spot, duduk tepi pantai dan rumah dia comel hehe.

Ini jelah yang berlaku untuk first day kat sana. Hari ke-2 dengan ke-3 memang packed dengan segala aktiviti yang best-best, so stay tuned!

Thanks for reading!


3 Feb 2018

Sungai Kanching waterfall, Rawang


Assalamualaikum

Pada 20 disember 2017 yang lepas, kami satu kelas plan nak pergi mandi sungai. Kitorang plan ni dah lama sangat dah sebenarnya tapi asal dah plan cantik je ada pulak benda busynya. Lepas semua dah sepakat pilih tarikh ni, maka konvoilah kami 4 kereta nak ke sungai ni. Dari Puncak Alam nak kesana tak jauh mana pun, dalam 20 minit macam tu sampai dah.

Nak masuk dalam ni kena bayar, sorang dalam RM 1.40 gitulah. Nasib baik tak mahal sangat.
Credit Jiji

Dekat Hutan Lipur Sungai Kanching ni ada laluan trek bagi memudahkan pengunjung yang datang. Tapi treknya berbukit sikitlah, kena hiking sikit. Kitorang jalan termengah-mengah dah,  masing-masing merungut time tu, haha. Sungai ni memang berperingkat-peringkat, yang kitorang mandi ni peringkat berapa aku pun tak kira. Tapi antara yang tertinggi jugaklah. 

Sebenarnya kat area bawah-bawah tu pun ada jugak sungai, cuma kat situ air dia cetek sikit. Apa barang kitorang ni nak mandi kat kawasan air cetek kan? Itu yang gagahkan diri jugak hiking tinggi sikit, demi nak mandi air sungai yang sesuai dengan taraf kitorang :p


Air terjun kat sini lawa sangat. Aku suka duduk kat bahagian air terjun tu. Rasa sedap je badan bila air tu lalu kat kita, macam duduk kat kerusi urut.

Tempat yang kitorang mandi ni merupakan attraction spot dimana orang memang selalu mandi kat kawasan situ. Tapi nasib baik masa pergi haritu taklah sampai bersesak-sesak sangat, masih ada ruang untuk kitorang mandi. 

Air sungai ni paras bahu jugaklah, tinggi. Boleh lawan menyelam dengan member. Syok gila berendam kat situ tapi airnya sejukk, berkedut jugaklah jari aku duduk lama sangat dalam sungai tu. 


Tapi hati-hati juga, batu sungai selalunya licin. Aku hampir nak tergelincir masa nak panjat batu-batu ni. Calar-calar tu benda biasalah bila mandi sungai kan.

tempat letak barang. Makanan janganlah dibiarkan duduk luar, takut monyet datang je nanti.
Cakap pasal monyet kan, monyet kat sini taklah agressif sampai kejar orang. Aku taktaulah kalau hari-hari lain dia ganas macam mana kan, tapi time kitorang datang haritu syukur baik-baik je monyet ni. Cuma kitorang je yang takut sangat, hahaha. Paling kelakar passing-passing sandwich and makan dalam sungai. Sampai kat aku je habis basah sandwich tu, lol.

As usual, a group photos :p

Kitorang mandi kat sini dari pukul 11 lebih camtu sampailah pukul 1. Ada tandas dan bilik mandi jugak tapi dia dekat bawah sekali dan agak jauh dari tempat yang kitorang mandi tu, cuma kena bayar RM 1 untuk shower dan tandas 50 sen.

Kat situ ada disediakan surau dengan gerai makan. Lepas dah solat semua kebulur teruk so pergilah makan kat area Selayang. Makan kat restoran nasi lemak je tapi harga dia uyoo... Boleh tahan mahaii.

me, tersedak dengan harga nasi lemak
Sebelum kitorang makan kat Selayang, lalulah dekat bawah highway Rawang Bypass yang baru bukak tu. 1st time tengok Rawang Bypass ni so jakun sikitlah sebab tak pernah tengok flayover setinggi ni. Bilalah nak try lalu atas ni agaknya kan, haha.


Secara keseluruhan dari trip singkat kami ni, sungai ni memang besttt, air pun bersih je. Memang sesuailah kalau nak datang dengan group macam kitorang ni atau datang dengan family. Masa kitorang pergi ni masih dalam fasa musim sekolah so ramai jugaklah family yang datang sini dengan anak-anak.

Menjadi jugaklah keluar berjalan-jalan dengan diorang ni. Terima kasih gais, memang memori mandi sungai sampai kena perli dengan lect ni tak boleh lupalah hahaha!

Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

OPEN DAILY from 7 AM -5.30 PM

Thanks for reading!