25 Jan 2025

Camping di DeBambĂș Campsite & Agro

Assalamualaikum

Minggu terakhir Disember 2024 baru ni, aku pergi camping dengan kawan diploma. Asalnya kawan aku (Jiji) join bercamping dengan geng childhood husband dia. Pastu beliau sorang je perempuan, makanya dia ajaklah aku dan sorang lagi member kami (Amni) untuk camping sekali. Kawan aku yang lagi sorang ni pulak ajak dia punya kawan sekolah. Makanya jadilah 4 orang perempuan dan 6 lelaki dalam camping ni, ngam 10 orang.

Campsite kami ni terletak di Batangsi, Semenyih. Nak masuk sini kena tempuh jalan yang tidak bertar sejauh 4km. Kami naik myvi, memang bawak slow-slow jelah sebab berlobang sana sini dan tak rata jalannya. Yang naik hilux tu selamba je bawak laju hahaha. 

Selamat datang ke hutan yang tiada phone line!

Kami sampai agak lewat dalam pukul 5.30 petang. Mujurlah Amni dan kawannya (Munirah) dah sampai dulu, khemah pun dah siap pasang. Kami tinggal cuci kaki je masuk khemah :p 


De'Bambu campsite ni hanya menyediakan tapak berkhemah sahaja. Kalau nak style khemah glamping yang aneh-aneh tu takde lah disini. Harga tapak pun murah dalam RM30-50 sahaja. Fasiliti yang disediakan ada surau, tandas, kolam mandi (sesuai untuk kanak-kanak), kolam pancing ikan. 

Yang menariknya, kat sini berkonsepkan camping di dusun. Kalau ada nampak buah-buah jatuh ke, boleh je kutip dan makan. Depan khemah kami tu ada pokok durian yg lebat buahnya, tapi takde buah yang gugur pulak hari kami datang tu. Ciskek betul! Baru nak merasa durian free!

Walaupun kami sampai lambat, mandi sungai tetap onz ye. Masalahnya kitorang berempat je yang riuh mandi tau, orang-orang lain semua dah start prepare nak makan malam. Kami stop mandi lepas ada sorang ayah ni panggil anak dia naik, tak elok sebab dah nak maghrib. Rasa macam terkena tempias bebalan tu sekali xD

Cuma aku boleh katakan, sungai dia terlalu cetek untuk kami lah. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak mandi. Airnya pun okay-okaylah, tidak terlalu jernih tapi tidak kotor juga.

budak ketegaq 3 orang ni

Aktiviti kalau camping ni haruslah ada BBQ. Geng-geng laki masak ayam, kami yang girls ni masak mihun goreng je sebagai tambahan. Pastu takde siapa buat air, sudahnya semua minum air kosong jela.


Masa tengah makan tu tiba-tiba hujan lebat jugaklah sampai air dari flysheet tu jatuh turun kat kami, yiihh! Malam tu memang kami cuma makan je, takde main game apa-apa. Kitorang tidur pun awal dalam pukul 10. Yang geng laki macam "aik awalnya dah nak tidur" hahaha. Nampaklah macam warga emas sikit tidur awal ni xD

Yang tak syoknya, malam tu masih hujan tau. Disebabkan flysheet yang aku bawa tu hanya ngam-ngam saiz khemah, makanya di bahagian hujung kanan khemah tu tak tertutup sangat. Bocor sikit bahagian dalam khemahnya. Kawan aku yang jadi mangsa duduk tepi tu sampai kena beralih tempat. Pastu tilam yang basah tu merebak sampai ke tempat aku pulak... Memang tak selesa tidur basah-basah ni :')

khemah di bahagian bawah yang mengadap sungai
our tent dekat dengan toilet! hewhew

Pagi tu kami masak nasi lemak. Lupa nak bagitau, campsite sini ada disediakan plug point juga. So takde masalah untuk korang nak bawa periuk nasi atau lampu apa-apa. 

Lepas dah makan, apalagi? Pergi terjun lagi dalam air lah. Cuaca pagi tu cerah je. Memang cantik nak ambil gambar.


Itu saja trip camping penutup hujung tahun. Okay sangat if nak camping di sini bawa anak-anak atau nak chilling. Harga tapak pun tak mahal sangat, fasilities seperti tempat solat, kedai dan tandas pun disediakan.

Lot 2, TKPM Sungai Batangsi, Jalan Kampung Pasir, 43500 Semenyih, Selangor