24 May 2016

Cerita kerja


Assalamualaikum

Nak dijadikan cerita, semalam, bersamaan 23/5 hari last day aku kerja. Air kat kedai kitorang takde sampai 2 hari.. Memang lawak okay. Dahla benda ni terjadi time hari2 terakhir aku keje kat sini .. Satu kerja pulak kena tadah air dari paip yang bocor tu T__T Susah gila takde air.


Tapi malam tu Alhamdulillah air dah boleh guna lepas suruh tukang paip datang baiki. Orang2 kat sini semua baik gila. Daripada pekerja speedmart, papa rich, me'nate, mohd chan semua cuba nak tolong kitorang. Terima kasih dan mintak maaf kerana menyusahkan, omg T__T Nilah payahnya bila kedai kitorang ni takde pekerja lelaki. Susah nak baiki2 benda gini.. Sebab tu kemahiran hidup tu penting! :p

Disebabkan semalam last day aku keje sini. Diorang semua dok buli aku T__T Alasannya, 'ala mazni last day kat sini, apa salahnya tolong berbakti pada hajra'. Ok fine, last day kann.

Tapi memang takleh lupalah kena angkut air hari2 terakhir kerja ni. Kak ain pun kata 'takpe mazni, boleh jadi kenangan lawak kerja kat sini'. Lawak tak berlagu jugalah bila air takde tu. Kena tahan diri nak pegi tandas, amek wuduk pun pakai air mineral. Macam musafir sangat tau~

sementara menunggu air penuh... ambik kesempatan sbb bukan selalu dpt keluar macam ni

Oh ya, aku kerja kat kedai tudung HAJRA. Seronok kerja kat sini sebab staff dia semua friendly. Sampaikan perangai manager pun macam budak2 :p Aku pun taktau macam mana boleh termasuk dengan perangai diorang ni.

Mula2 kenal, jadi budak sopan sikit sebab yalah, aku paling muda kot. Kang tergurau lebih nanti hakak2 ni pikir apa pulak kanss. Dahla ada sorang tu tengah pregnant, takut nak gurau banyak dengan ibu yg mengandung ni. Tapi kalau nak tahu, dia tu yang paling banyak buat lawak kot! Memang best gila kerja dengan diorang ni sebab takdelah rasa bosan macam masa kerja kat kedai lama dulu tu. lol.

Banyak bersembang pun, diorang still bagi tunjuk ajar cara-cara nak attract customer untuk beli, macam mana nak serve customer dengan baik, macam mana nak buat itu, ini. Maka dengan segala tunjuk ajar ini, aku berjaya buat kerja dengan baik. Dah pandai nak serve customer, kadang2 berjaya capai target sales yang manager bagi. Baru tahu rupanya aku ni bukan tak pandai bercakap, cuma pemalu jee. hahaha!

Dan lagi satu, aku dah pandai pakai instant shawl semenjak kerja kat sini xD
manager aku panggil aku 'kacak' sbb nama kat buku bil ni.. lol memang perasan!

wawa zainal is soooooo pretty why T__T <3



Tak lupa juga masa tengah launching koleksi tudung terbaru dan untuk meraikan duta baru hajra bulan lepas. Time ni aku keje belum cukup seminggu lagi, dah ada event besar-besaran macam ni. Kelam kabut tau dakk.

Paling rasa syahdu bila diorang semua kata kat aku "belajar rajin-rajin", "nanti mesti rindu nak gurau2 dgn maz" "rindu nak jerit2 nama kau maz". Omg jangan nak sedih sangat ok T__T surely i will miss you guys too! Tak pernah pulak aku rasa sedih camni bila nak berhenti kerja weh, hahaha!


Thanks for all your good work, friendly-ness! Lepas aku takde ni kelam kabutlah diorang tak cukup tangan buat kerja sebab tinggal 5 orang je :p So, kepada sesiapa yang ingin mencari kerja, bolehlah datang ke HAJRA Bangi. Kami sangat2 memerlukan pekerja sekarang.

Korang semua boleh singgah di galeri tudung hajra. Ada di shah alam, KL, segamat, bangi, kelantan. Tudung kat sini semua lawa2. Aku pun terjebak sekali untuk beli. Paling hot kat hajra ni shawl dan instant bubble.

Sepanjang aku jadi promoter kat sini, memang item ni yang orang selalu grab sebab kain dia jenis yang takyah gosok! Adik dengan kakak aku pun beli instant dengan shawl bubble ni. Sesuailah untuk jenis pemalas macam depa tu, tak payah nak gosok2 tudung. xD

Tak cukup dengan promote kat kedai, sampai ke sini aku promote. lol!

Thanks for reading!


20 comments:

  1. Hahahahah comelnya tadah air ! Wawa zainal ! Cantiknyaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je comel, sekali bila kena angkat baldi yg dh berisi air tu muka tak menahan sungguh.
      lawa kannnn. rupanya wawa zainal ni kecik comel je orangnya <3 <3

      Delete
  2. Ada kerja tambahan pulak kannn kena tadah air. tak apaaa, itu jadi kenangan tu. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik buat kerja tambahan ni manager belanja makan burger :p hehe memang kenangan sangat!

      Delete
  3. comel je mazni. hehhee :D
    best la ada pengalaman kerja kat butik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ;p BV pun comel juga!
      kali ni lebih best sikit berbanding previous dulu :)

      Delete
  4. what is wawa zainal? is she a doll? sooooooo gorgeous!! <3
    terkejut tengok air pancut sampai macam tu. tabahnya anda semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, gorgeous sgt >< maintain lawa je muka dia dari pagi sampai tengahari.
      Kitorg pun terkejut jugak bila perasan akan kewujudan air terjun ni, hahaha :D

      Delete
  5. okayy noted! shawl bubble :D kat perak ada cawangan tak?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. org2 nak travel pun selalu cari shawl ni :D kat perak takde cawangan lagi

      Delete
  6. Banyak kenangan Mazni kat sini ye...glad that u enjoyed urself :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun sekejap tpi suka bekerja dgn diorang ni :)

      Delete
  7. Member akak memang pembeli tegar Hajra nya shawls :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kirim salam member akak! hehe.

      Delete
  8. bagus ah mazni kerja. dapat tambah pengalaman.

    ReplyDelete
  9. Ohhh kerja kat HAJRA. Belanja tudung satu. Eh :p Cantiknya Wawa Zainal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak dah berhenti keje pulak, tk dapat nk belanja :p
      tulah, cantik sangatt

      Delete
  10. waa sebelum ni x pernah terlintas nak singgah hajra. lepas baca entry ni baru timbul rasa minat. huhuhu

    ReplyDelete
  11. senang tudung instant ni.. sarung je =D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~