Assalamualaikum
Lepas je berposing kat Pinnacles, kitorang terus pegi Lancelin desert. Ini kali pertama aku nampak padang pasir depan mata. Bila tengok desert ni kat dalam tv, nampak macam lembut gila je dia punya pasir tu. Teringin pula saya mahu menjejakkan kaki ke tanah Arab, wahaha!
Tapi dapat tengok padang pasir kat Australia pun jadilah~ Memang dasar negeri mat salleh, padang pasir pun nak putih melepak jugak.
Mula-mula, singgah kat kedai Lucky 7 utk sewa board meluncur. Oh lupa bagitau, tujuan datang lancelin ni haruslah kena sand boarding kat pasir yang putih mulus ni. Apakah kesudahannya apabila 2 ketul anak muda ni meluncur buat pertama kali? Teruskan membaca.
let's!!
wohooooo~!
eh, dah sampai
Pasir dia tersangatlah comel, tersangatlah lembut, putih ya ampun. Menghadap laut lagi. Kalau korang nak tau, pasir-pasir ni semua tak mempunyai bentuk yang tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut arah angin.
No wonder kalau haritu aku datang, pasir tempat aku meluncur tu rendah. Next months korang pulak datang, pasir tu dah jadi tinggi. Yalah, bentuk dia berubah setiap hari.
Sampai Lancelin terus solat bergilir-gilir dulu. Ni kali pertama solat macam the real musafir. Angin kat sini agak kuat sebab berdekatan dengan tepi laut. Telekung dengan sejadah dah mengibas-ngibas dah. Pasir apatah lagi, melekat kat muka masa tengah sujud.
Tak kisah kat mana2 pun, bumi ni memang tempat ibadat bagi muslim. Feel dia memang rasa lain betul bila solat kat tempat2 macam ni. Serba kekurangan tapi masih boleh bersujud menghadap Tuhan tak kira tempat :)
Lepastu, kitorang turun dan pegi cari spot yang best untuk meluncur. Kat padang pasir macam ni sesuai kalau guna kereta 4WD yang tayar besar tu. Pasir kat sini tebal. Ada mat salleh tu kesian betul, tayar kereta dia mendap sampai takleh nak jalan. Itu baru kat depan2, belum masuk kat tengah desert lagi.
So kitorang pun meluncur kat pasir yang agak rendah. Uncle kata ni testing dulu sebelum naik pasir yang lebih tinggi. Yang rendah ni pun... kitorang.... dah nak mati... Payah gila nak naik sampai atas sebab kaki kena 'telan'...
the struggle
an accident
Dah fedup sangat meluncur (padahal baru 3 kali). Kitorang baring2 je kat pasir ni sebab serious fluffy! Bila sentuh tu sampai boleh tinggalkan kesan cap jari! Ok taklah tipu je tu.
Tapi memang lembut sangatt. Sampai mak pun tanya, kenapa tak bawak balik pasir putih tu. Memandangkan mak tak singgah Lancelin masa pegi Aussie dulu, so dia teringin nak tengok pasir putih ni. Sorry mak, tak terfikir pulak time tu! Rasa menyesal juga tak bawak balik.. T__T
boleh buat photoshoot jubah kat sini
Dah rasa separuh mati meluncur ni, kitorang pun nak balik. Then uncle tanya nak naik pasir yang paling tinggi tak. Kalau meluncur kat situ lagi syiokk kot! Tak tersekat-sekat macam kat pasir yang kitorang meluncur tadi.
Kalau boleh memang aku nak sangat meluncur kat pasir tinggi tu, even sekali. Tapi, rasa macam jantung nak tercabut sebab penat sangat. Tu baru pasir rendah dah separuh mati, kalau naik pasir tinggi tu entahla, dah KO kot, haha
pasir tempat kami meluncur
Pasir tinggi
Konghasam betul dia punya perbezaan tinggi tu! Adakah kitorang ni terlampau lemah sangat sebab takleh tahan penat untuk panjat pasir yang rendah macamtu?! *emo jap* Sepatutnya kalau tahu, tak payah pegi kat pasir testing tu. Terus je meluncur kat pasir yang tinggi ni TT
Maka, selamat tinggal Lancelin! Ni last stop sebelum kitorang balik ke homestay Marangaroo.
hey Marangaroo, we're home!
Tamat sudah kisah road trip di Aussie. Total perjalanan kami pergi dan balik ialah 1000 km lebih. 3 hari 2 malam yang totally worth it! Seronok dan puas hati sangat dengan servis Cuti Perth. Uncle Saf bawak je kat mana2 tempat yang kitorang nak pegi. Makan semua pun cukup, dapat tengok tempat2 yang cantik dan menarik. Sampai sekarang pun still rindu lagi dengan layanan baik uncle Saf T__T
Kalau korang tak tahu sangat nak berjalan di sekitar perth ataupun buat road trip jauh2 di bahagian west australia ni, boleh gunakan servis cuti perth sebagai tour guide korang! Dalam entry ni aku dah cerita sedikit pasal tour guide kitorang. So, don't worry pasal makanan, tempat solat or takut tersesat jalan ke apa. It's a muslim tour with experience guide okay :)
any inquiry, email to cutiperth@gmail.com
or ask facebook cuti perth
tengok mata kucing kat belakang tu, lol.
Thanks for reading! See u next entry. toodles~
Bestnya dapat fefeeling macam dekat padang pasir Arab. Hahaha. Setakat ni mampu pergi Klebang je. Hiks :)
ReplyDeleteCuma pasir kt arab lagi golden sikit kot :p saya klebang pun x pernah pegi lagi, haha
Deletehaiiiiih sgt best kan aduh the feels tho! bila la turn qila ni ish hihihihi mazni doakan qila pls!!! nk gi jugakkkkkkkk
ReplyDeleteTak lama lagi tu qila~ insyaAllah lps habis belajar nnti qila pun merasa jugak pegi sini :D hihi
Deletereally amazing pictures and memories to share with us! hahahhaa XD dan apehal aku komen dlm bi ni? fefeling mat salleh. hahahaa.
ReplyDeleteThankyou! Hope u can go there someday xD hahaha
Deletesatu lagi, pokok tu cantik sgt. sy x pernah jumpa mende tu. huuhuk. gmbr pun cantik je.
ReplyDeleteTu pokok kering je sebenarnya :p kt sini pun ada juga hehe
DeleteAllahuakbar cantiknyaaaaaa :')
ReplyDeleteMmng cantik :)
DeleteWahhhhh, luasnya! And pasir kat situ betul2 fine!
ReplyDeleteLuas jugalah xD saya banyak menghabiskan masa berguling kt padang pasir dripada meluncur. Kihkih
DeleteUhuhu teringin nak thu berapa bajet nya..
ReplyDeleteUtk sandboarding ni cuma kena sewa papan luncur je. Dalam 10-15 aud x silap. Convert duit kita, rm30 - rm 40++ :D kalau bajet keseluruhan tu tengoklah last entry nnti mungkin saya buat kot :D itupun kalau ingat lagi, hehe
Deletewahhh beruntung nye dapat pergi tmpt or... bila la nak kaya ni hahha..dpt prgi overseas juga
ReplyDeleteAlhandulillah ^^ manatau lpsni ezyra dpt pegi korea ke? Hehe
Deletebila solat kat selain surau/masjid ni mmg lain kan rasa dia... ^^
ReplyDeletegambar2 ni camera dslr ke? (rasa mcm pernah tanya???) HAHA
Campur2. Ada dari kamera phone, yi cam. Tpi dlm entry ni mostly semua gambar dari dslr xD
Deletewaaaaaaaaaaaaaaa bestnya gi Aussie. Doakan kita dapat jejak jugak hehe
ReplyDeleteSuch a majestic view of the desert. Wish I could be there and get a little sand.
ReplyDeletewah....boleh baca le..saya akan ke Perth bulan 9 ni...
ReplyDeleteTq kerana lawat blog saya. saya akan lawat di sini. kita tukar bloglist ye.
ReplyDeleteTinggalkan pesan sekiranya anda telah masuk nama saya dalam bloglist anda. kita bertukar-tukar link. Tq.
ReplyDeleteSubhanaAllah cantik btul! ingat dekat Arab td.. haha
ReplyDeleteNegara omputih sampaikan pasir pun nak putih jugak ye. =) Salam ramadhan!
omg.. tak panas ke kat sana? bestnyaaaa, kalo huda mesti buat photoshoot banyak2 huhu bila la kaki ni nak jejak australia T_T
ReplyDeleteOkeyyyy. Subhanallah! Memang wow sgt! Btw, trus usya facebook tuu. Mane tau, ada rezeki dpt ke Perth. Hehe
ReplyDeletewaaa, mcm best je pergi sana ni... menarik2..
ReplyDeleteBlogwalking Sini, jom baca artikle ini
Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...
Bestnya! Kalau kat malaysia, setakat pantai klebang je mampu. Hehe. Dapat tengok gambar awak pun jadilah. Mana tahu ada rezeki ke sana satu hari nanti 😊
ReplyDeleteakak givap nak panjat pasir tu awak ooooi.. nangeh krem2 kaki.. nampak sangat badan tak fit hahaha.. betul tu.. panjat seksa turun 10 saat je.. kami panjat tinggi gak.. tapi pasir ada terbang2 masuk mata adeh.. stress..
ReplyDeletebtw awat sunyi sepi ? x nampak ramai orang.. time akak p ramai gak orang..
kat area2 luar taman perumahan tu ada banyak taman yang ada toilet so kitorang solat situ.. menarik kan solat je kat mana2.. tapi mak akak cerewet sket so kena juga cari yang proper at least..
ReplyDeletePengalaman betul tu dapat merasa solat dekat padang pasir :D
ReplyDelete