27 May 2017

Selamat berpuasa


Assalamualaikum

Hii sorry rasanya macam dah lama sangat tak update entry baru, sejak dah kerja ni jadi malas sikit. 

Quick entry sebelum tidur, saya nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua bloggers dan siapa-siapa yang baca entry ni! Semoga Ramadhan tahun ni kita lebih perbanyakkan buat amalan sunat, dapat kejar malam lailatul qadr dan merasa lebih dekat lagi dengan Allah.

Ni lebih untuk reminder pada diri sendiri sebab bulan-bulan lain selalu lalai, ramadhan nilah masanya nak perbaiki hati dan diri kita kan T__T Kadang-kadang rasa bersalah sebab time bulan puasa je baru nak berubah jadi baik, sebelum ni tak sedar diri pulak... huhu. 


Akhir kata, selamat berpuasa dan ku pohon maaf jikalau ada terbuat silap sepanjang menulis di blog ni. Saya tau penulisan kat blog ni tak banyak memberi manfaat pada orang sangat pun *nangis tepi bucu dinding*. Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah dan segala amalan kita diterima olehNya! 

Happy fasting! :D



15 May 2017

Rezeki tu ada, cuma lambat



Assalamualaikum

Sepanjang bulan april dan awal mei yang lalu, aku diulit dengan tekanan mental yang agak melampau sebab unemployed, lol! Dah usaha cari banyak tempat, takde satu pun yang panggil. Sebulan lebih kot jadi ulaq kat rumah

Ni baru mintak cari kerja part-time untuk 5 bulan je, dah payah gila nak matey. Kalau kerja yang real lepas habis belajar macam manalah agaknya?

Image result for disappointed anime gif

Aku berdoa sungguh-sungguh supaya cepat dapat kerja. Gaji sikit pun biaq pilah, mungkin sebab haritu aku yang agak memilih kerja.

Maka, disuatu tengahari yang mulia ada dapat whatsapp, dia suruh kerja esoknya, syukurrr! Gaji yang ditawarkan takdelah banyak mana tapi yang penting operation hour kedai tu tak menganggu masa terawih serta tak menganggu masa cuti raya nanti. YAY!

I'm so blessed sebab bos pun baik sangat, dahla cantik hehe.
Image result for happy anime gif
YATTAAAAAA!
Dan, hari jumaat yang lepas budak-budak diploma dah dapat result exam. Mula-mula rilek je gelak-gelak layan running man, sekali dah dapat email SALAM UITM kat henpon tu terus jadi cacing tak keruan!

I was hoping for a Dean List tapi kalau takde rezeki, cukuplah dapat result yang lebih better compared to previous semester. Sebab sem 4 ni agak susah so taklah letak harapan tinggi sangat, tapi dalam hati masih juga mengharap. Giteww.

So aku beranikan diri untuk bukak email tu dan...
damn son, unexpected!
Memula aku pandang CGPA sebab ingatkan cgpa ni adalah pointer untuk current semester. Cgpa masih below 3.5 (uitm punya DL atas 3.5) tapi rasa happy sangat sebab kalau bandingkan dengan last sem, pointer dah naik mendadak jugaklah.

Lepastu kawan kata, untuk current semester tengok GPA, CGPA pulak untuk keseluruhan semester, so bila tengok GPA lagi berdouble happylah guwe! Tu pun lepas 1 jam baru perasan result sebenar. Teruk kan dah nak dekat sem akhir pun masih keliru nak bezakan CGPA dan GPA, ahaa.

So, GPA aku mengikut ENTRY INI adalah telah dilupuskan sebagai biasiswa. CGPA pula dalam lingkungan bayar 75%, LOL! Haraplah sem depan boleh dapat CGPA tinggi supaya tak payah bayar pinjaman xD

Memang rasa bersyukur sangat, walaupun diri ni taklah baik mana tapi rezeki Allah itu Maha luas. Dia dengar doa setiap hambaNya. Rajin-rajinlah buatlah solat sunat dhuha dan banyakkan bersedekah. Aku mula amalkan sejak masuk semester 4 ni dan alhamdulillah atas segala rezeki :)

Rezeki tu bukan datang dari bentuk duit je, boleh jadi dari segi pelajaran, dipermudahkan segala urusan harian, sihat tubuh badan dan macam-macam bentuk lagi. Berterima kasihlah pada setiap rezeki yang ada, kalau kita jadi orang yang bersyukur, tak mustahil Allah akan berikan lebih lagi ♥

Thanks for reading!


10 May 2017

Warna tudung mengikut skin tone


Assalamualaikum!

Manusia ni mudah terpengaruh dengan warna. Macam yang kita semua tahu, warna ni melambangkan sesuatu identiti, personaliti, sifat dan lain-lain lagilah.

Haritu aku scroll instagram, pastu cam biasalah disebabkan aku ni follow banyak sangat igshop, butik-butik maka home saya dipenuhi dengan catalog baju raya 2017 sampai rambang mata guwe jadinya. Pastu terbaca komen customer kat igshop tu,

"Suka baju warna gelap supaya boleh nampak kurus"

Dari situlah aku mula terdetik, ye tak ye jugak kan bila pakai baju warna gelap ni automatik boleh bagi efek kurus pada si pemakai. 

Tapi lain pulak untuk tudung. Kalau bab tudung ni kita kena main warna kulitlah. Dengan tak malunya, aku mengaku kulit aku ni takla cerah mana okay dan aku seringkali ada isu dalam bab pemilihan warna tudung. #GirlsProblem

melihatkan gambar ni aku jenis kulit honey kot. tapi bila terdedah pada matahari atau pakai tudung warna cerah jadi espresso LOL
So baru-baru ni aku dah beli tudung warna light beige. Problem dia disini, i do really love pastel color tapi bila bab tudung yang kaler pastel ni.... Rasa tak yakin nak pakai sebab takut kulit lagi nampak gelap.. how people, howww? T__T

Kakak aku dah membebel 24 juta kali katanya orang yang kulit gelap ni elok pakai warna cerah. Bila pakai tudung warna gelap kulit kau lagi nampak gelap, is it?

Untuk tidak membuang masa lagi walau hakikatnya masa telah terbuang, meh sini saya bagi tips pemilihan tudung untuk akak-akak semua nak cari tudung raya.

Credit twt tudung
Dibawah ni pulak adalah warna mengikut skintone




Right after tulis entry ni terus test pakai tudung light beige tu dan macam biasa, masih tak confident. Payah betul nak mengamalkan sikap tak kisah dengan skin tone ni, help me juseyoo!

Korang ambil kisah tak pemilihan warna tudung dengan skin tone?
Ke buat badak je ikut sukahati nak pakai tudung kaler apa pun? :D
Cer share sikit!

Apapun thanks for reading! Do click ads kat tepi tu!


5 May 2017

Trip WA : Fremantle and goodbye Perth


Assalamualaikum

12/2/2016 - Friday

Hiiii! This will be the last entry untuk summer trip di Perth tahun lepas. Setahun lebih jugaklah aku ambil masa nak completekan cerita Perth ni, punyalah lama kann. 

Disebabkan haritu hari Jumaat, jadi kitorang dah deal dengan Uncle Saf nak pegi Fremantle after solat jumaat. Pagi tu pulak ikut Aunty Ilah jalan-jalan kat mall. Aku pulak nak cari kasut baru sempena menggantikan kasut yang dah terkopak masa kat entry ni. So, dapatlah saya kasut baru dan kitorang melepak kat cafe The Coffee Club. 


Jadi, lokasi terakhir kami adalah di Fremantle! Fremantle ni memang kira tempat yang wajib pegilah kalau ada kat Perth. Kat sinilah tempat orang nak beli souvenir murah-murah. Kat sini terkenal dengan cottesloe beach, Fremantle markets,  Fish n' chips, Arts Centre, muzium dan lain-lain lagi.

Tempat pertama yang kitorang pegi ialah E-Shed Markets. Kat situ jual souvenir yang memang murah-murah. Ada satu kedai uncle Singapore ni memang popular dengan orang Malaysia, Singapore dan Indonesia. So aku cadangkan korang terus memborong kat sini je sebab kedai ni memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

senang je nak jumpa kedai ni, masuk-masuk entrance je memang dah terus nampak :D
Makin banyak korang beli, makin kuranglah harga yang ditawarkan.

i'm in love with fremantle town... 
Lepastu kitorang pegi Fremantle Markets pulak. Fremantle Markets ni dah berusia ratusan tahun dan sangat besar. Kitorang memang tak mampu nak explore habis-habisan kat sini. Yang bestnya kat sini ada jual fresh local product, makanan, barang-barang antik, sovenir dan macam-macam lagilah.

But kalau nak beli barang kat sini quite pricey sikitlah kot sebab ni memang tempat tarikan pelancong.

dah lama nak beli dream catcher! Saiz kecik $5, besar $10 je!
Nougat. Candy yang paling glemer kat Aussie. Ada yang lembut dan keras.

Dah sampai Fremantle, haruslah try Fish n' Chips yang fresh kat Fremantle Harbour nii. Ada 2 restoran fish n' chips yang glemer kat sini, Kaili's dan Cicerello's, dua-dua restoran ni menghadap boat harbour.


Mulanya kitorang ingat nak makan kat sini, tapi tiba-tiba rasa macam tak selesa sebab ramai orang maka kami pun take-away jelah. Kitorang pilih traditional fish n chips, $15. Dia kasi 2 fillet, fries dengan tartar sauce, kongsi 2 orang je dah cukup. Kenyang gila i tell you, sampaikan fries tu pun aku siap bungkus bawak balik malaysia lagi engko ghasee?

lol sorry, dah cubit dulu baru nak amek gambar

Bila dah gelap sikit tu, kitorang pegi South Perth dimana tu adalah tempat yang sama masa 1st day kitorang datang sini dulu. Boleh baca kat entry ni. Sobs.. So sedih... kali terakhir kitorang tengok view malam di Perth City TT

Masa 1st day datang sini haritu, lampu kat bangunan tak semeriah macam ni sebab kitorang datang lewat. Kali ni datang awal dalam pukul 8, so dapatlah tengok lampu kat setiap bangunan tu menyala. Time-time camni memang ramai photographer datang amek gambar.


Sepatutnya malam tu ada Fireworks sempena Australian Day, tapi disebabkan nak kejar masa maghrib, kitorang terpaksa balik je.. Maka, tamatlah trip 8 hari kat Western Australia ni. Tu kali terakhirlah kitorang jumpa Uncle Saf sebab dia tak hantar kitorang pegi airport esoknya. 

Sampai sekarang takleh lupa dengan jasa baik Uncle Saf ni. Bawak je kitorang pegi mana-mana, tempat pun semua yang best-best, jauh-jauh lak tu. Memang seronok ikut servis tour guide dengan Cuti Perth ni, tanpa Uncle Saf memang percutian Perth kitorang ni jadi krik krik jekot. ada rezeki kita jumpa lagii.

13/2/2016 - Saturday

Pagi tu dalam pukul 4 pagi kitorang dah gerak pegi airport, flight pukul 6.30. Aunty Ilah dengan Hj. Yon hantar kitorang betul-betul sampai depan departure hall. Masa ucap terima kasih dan salam-salam tu memang sebak jugaklah, sikit lagi nak nangis. Haha tapi masa dah berlepas tu memang dah nangis dalam flight ponn. Cengeng gila aku ni *wipe tears*

yang akan selalu dirindui <3
Jumpa lagii.. Walaupun cuti 8 hari je tapi sampai sekarang takleh lupalah dengan orang yang jaga kita, bawak kita pegi jalan-jalan selama 8 hari kat sana, huhu. Faham kan feel dia bila kita rasa dah sayang tapi terpaksa tinggalkan orang tu yang jauh beribu batu TT Taktaula bila lagi boleh jumpa huaaaa

Anyway, a big thanks kepada sesiapa yang setia ikuti perkembangan trip WA yang dah basi sejak kurun keberapa ntah. Sorry aku ambil masa setahun lebih nak habiskan entry ni, hehe. Maafkan diatas segala info kalau ada yang tersilap, gaya bahasa yang macam syok sendiri dan lain-lain lagi. 

Entry ni aku tulis hanyalah untuk pengalaman dan kot-kot boleh beri cadangan tempat untuk sesiapa yang nak pegi ke Perth <3

29 Apr 2017

Cara mudah untuk book tiket flight


Assalamualaikum and hiiii

Dalam dunia ni semua orang sukakan benda yang mudah. Kita ni, kalau boleh nak masak yang mudah-mudah, nak jawab exam soalan yang mudah, nak kerja mudah-mudah tapi gaji tinggi(amboi), nak beli kereta dengan prosedur yang mudah dan even nak book tiket flight pun haruslah dengan cara yang mudah! Gitewww
Image result for cat easy meme
kucing pun suruh buat yg mudah-mudah je

Sebelum tu nak tanyalah sikit, kat sini siapa yang first time baru nak merasa pengalaman naik kapal terbang? Ha ni yang nak habaq ni, bila kita baru 1st time naik flight mesti banyak benda yang kita kena tahu. Paling utama sekali mestilah book tiket flight! Biasanya kalau 1st time mesti blur-blur sikit nak booking tiket secara online kan? Takpa, meh sini iolls bagi cara mudah jee. Sesuai untuk korang2 yang baru first time nak booking tiket ni :D
Ok, sebenarnya ada beberapa cara untuk kita membuat flight booking ni through online. Salah satu daripadanya ialah dengan membuat tempahan tiket di traveloka.com. Kenapa buat tempahan through traveloka? Sebab yang pertamanya, Traveloka ni boleh buat tempahan tiket penerbangan mengikut keperluan korang. Maksudnya, kerja korang ni jadi mudah sebab Traveloka yang baik hati ni dah sediakan choice airlines yang korang suka. Ada banyak pilihan airlines dan korang boleh pilih sendiri!

Kalau tak faham, kat bawah ni contoh yang aku cuba nak maksudkan



Senang kann? Takyah susah-susah nak pegi bukak website airlines tu. Cari kat Traveloka ni semua jenis airlines ada, tinggal pilih je nak oiii.

Lagi satu, yang bestnya sebab harga tiket dia lebih murah kalau nak dibandingkan dengan korang buat direct flight booking. Untuk pengetahuan korang, harga yang ditawarkan oleh traveloka ni ialah harga promotion yang paling latest. So korang tak payahla bersusah payah setiap masa nak kena check harga tiket semasa sebab nak kejar harga promotion kans. OMG bagus gila??


Traveloka juga merupakan medium yang mesra pengguna which is tak complicated, dimana ianya sangat simple dan juga mudah untuk difahami oleh pengguna. Bukan tu je, maklumat yang diberi juga tersangatlah detail supaya pengguna pun tak confused.

Kalau kita nak buat booking tiket tu, dia akan detail stated kesemua maklumat yang kita perlu tahu contohnya macam harga tiket tu dah include ke makan minum atau luggage waktu penerbangan nanti. Habislah segala fakta benda dia stated kat situ, tak mainlah hidden cost niii dosa tau dak, lulz.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh traveloka ni adalah ‘transparent price’, maksudnya ialah apa yang ditawarkan pada korang, itulah harga yang korang kena bayar. Takkan ada charge yang tersembunyi, ha tu tadi aku dah bagitau kat atas.



Jadi, once korang dah bayar, tu lah harga dia. There is no hidden taxes, no booking fees, dan additional credit card payment. Ianya sangat telus, suci dan transparent, so no worries yerr.

Kalau korang ni jenis yang tak suka berenggang dengan phone setiap saat, aku cadangkan korang download je apps Traveloka ni sebab diorang pun ada apps sendiri tau. Lagi mudahlah kalau nak booking tiket online lepasni. Bukak je apps traveloka ni kat phone, pastu booking, dah settle! Maklomla, zaman canggih sekarang ni nak dapat maklumat semua benda kat hujung jari je.

Sebelum aku terlupa nak bagitau, traveloka ni jugak ada menyediakan perkhidmatan untuk menempah tiket penerbangan dan hotel. Paling best, korang jugak boleh buat tempahan untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel sekali harung je.




Maka senanglah jadinya. bila buat camni lebih jimat! Tak payahlah korang nak kena tempah tiket flight dengan penginapan asing-asing, buat susah jelaa.

Lastly, bila dah ada aplikasi traveloka di smart phone korang ni, ianya sangat berguna untuk mereka yang tergesa-gesa membuat tempahan, sebabnya traveloka apps ni ada one-minute booking option, jadi dia dah save semua maklumat korang buat pertama kali tu. So, tak payahlah kita nak kena isi semula maklumat yang diminta tu, terus je buat 1-clicked payment dan terus instantly dapat tiket, senang kan?


Jadi apa tunggu lagi, jomlah pergi bercuti dengan traveloka!


Image result for traveloka

21 Apr 2017

Trip WA : Chcolates, grapes and Corelle


Assalamualaikum

10/2/2016 - Wednesday

Entry ni sepatutnya bersambung dengan Caversham zoo yang dipublish tahun lepas. Tapi seketul Mazni ni manusia yang cuai lagi laloq, dia terus masuk cerita Rottnest island dulu. Aiguya maafkan saya people, masalah teknikal sikit!

Lepas melawat zoo tu harinya belum habis lagi, kitorang pergi ke kilang coklat dan ladang anggur. Ini pun tempat yang wajib orang ramai terjah kalau dah sampai Perth. Okay kita cerita pasal kilang coklat dululah, nama panjangnya Sheikh Margaret Al-River B. chocolate factory, nama pendek pulak Margaret River je. Siapa hantu cekelat memang kena datang sini!


Bestnya kat sini ada disediakan tester. Kita tak beli coklat pun still dapat merasa makan coklat kat sini tau. Memang sedap sangat and rasa ceklat ni pun tak terlampau manis. Gigi aku ni sensitif dengan benda yang manis tahap potong kaki, tapi bila makan coklat kat sini masih boleh diterimalah.


Ada 3 jenis tester, white chocolate, milk chocolate and dark chocolate. Aku suka white dengan milk chocolate tu, yang dark tu kureng sikit sebab rasa dia pahitt. Tapi sebenarnya dark chocolate tu yang orang kata bagus. Kenapalah benda yang bagus ni aku tak suka eh? kihkih.


Margaret River factory ni sebenarnya berhadapan dengan tempat orang buat wine. Aku perasan kat belakang tu ada ladang anggur, so diorang petik anggur-anggur kat situ untuk buat wine. Tapi kitorang tak masuk pun dan terlupa juga ambil gambar tempatnya.

Disebalik pantulan papan coklat ni anda akan nampak macam rumah kayu. Tulah dia tempat wine tu.
Seterusnya pergi kilang anggur pula dekat The Grape Place.


buah anggur tergantung dkt tempat park kereta!

Time summer ni memang tengah musim grapes. Seriously, ni anggur yang paling sedap aku pernah rasa sebab crunchy dan tak lembik, ketulan anggur ni besor-besor lagi tu! Memang sihat anggur-anggur kat sini.

Rasa sangat berterima kasih dan bersyukur dengan Hj. Yon dan Aunty Ilah sebab belanja anggur ni untuk family kitorang, banyak pulak tuu.. May Allah pay for their kindness <3


Pekerja kat sini pun baik gila, dia bagi kitorang rasa anggur ni banyak-banyak. Siap bagi discount lagi tau! Paling syahdu bila diorang tanya berapa hari lagi kat sini, then jawabla 2 hari pastu dia kata "selamat tinggal". Huhu syahdu sangat..


Oh btw, kitorang tak dapat masuk dalam farm tu sebab grapes tu tengah sensitif sikit, so pelawat takleh masuk dalam tu.

Misi seterusnya, beli pinggan Corelle & Pyrex yang mak kirim.

Rasanya brand Corelle dengan Pyrex ni macam dah tak asing lagi kot. Brand ni glemer dengan dia punya ketahanan and ringan. Tapi yang Pyrex tu mak mintak beli mug sukatan air dengan set food storage ni.

Kalau beli kat sini mau satu set pinggan tu cecah RM800, tapi kat Aussie dapat 59 AUD (masatu RM 180++). Para ibu-ibu kalau pegi Aussie tolonglah borong brand Corelle ni, saya yang bukan mak-mak ni pun dah rambang mata tengok pinggan mangkuk lawa2 kat sini. HAHA


Sebenarnya orang selalu beli pinggan2 ni dekat pasaraya Walmart. Kitorang pegi sana tak jumpa pulak benda yang dikehendaki tu so carilah dekat BIG W. Thankfully, ada!

Aiguu terima kasih lagi sekali untuk Hj. Yon dgn Aunty Ilah tolong bawak kitorang cari Corelle dengan Pyrex ni sampai jumpa. Kalau tak bersedihlah mak tak dapat set pinggan Corelle ni. Tapi kan, sampai sekarang mak tak pernah guna lagi set pinggan ni kat rumah sebab sayang. Mak-mak memang camni eh? lulz.


Lepas mission accomplished, kitorang jalan-jalan sikit and pegi singgah kedai sushi halal kat Perth ni. Street mana sushi halal tu sorry i lupa

Hot miso in a hot city


 Dan terjumpa Malaysian Hall Perth


Kat dalam Malaysian Hall ni pun ada tempat penginapan dan boleh dapat harga murah. Tapi kat sini selalu full so kena book awallah. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk gugel.

Malam tu pulak kitorang pegi majlis tahlil, dah ada cerita dalam ENTRY NI. Padat betul aktiviti haritu, hehe.

lupa nak bagitau strawberry kat sini murah gila nak mamp, $2 je! besor2 pula tuu.
Thanks for reading!
Do click2 ads kat tepi tu sekali, muah ciked.