29 Apr 2017

Cara mudah untuk book tiket flight


Assalamualaikum and hiiii

Dalam dunia ni semua orang sukakan benda yang mudah. Kita ni, kalau boleh nak masak yang mudah-mudah, nak jawab exam soalan yang mudah, nak kerja mudah-mudah tapi gaji tinggi(amboi), nak beli kereta dengan prosedur yang mudah dan even nak book tiket flight pun haruslah dengan cara yang mudah! Gitewww
Image result for cat easy meme
kucing pun suruh buat yg mudah-mudah je

Sebelum tu nak tanyalah sikit, kat sini siapa yang first time baru nak merasa pengalaman naik kapal terbang? Ha ni yang nak habaq ni, bila kita baru 1st time naik flight mesti banyak benda yang kita kena tahu. Paling utama sekali mestilah book tiket flight! Biasanya kalau 1st time mesti blur-blur sikit nak booking tiket secara online kan? Takpa, meh sini iolls bagi cara mudah jee. Sesuai untuk korang2 yang baru first time nak booking tiket ni :D
Ok, sebenarnya ada beberapa cara untuk kita membuat flight booking ni through online. Salah satu daripadanya ialah dengan membuat tempahan tiket di traveloka.com. Kenapa buat tempahan through traveloka? Sebab yang pertamanya, Traveloka ni boleh buat tempahan tiket penerbangan mengikut keperluan korang. Maksudnya, kerja korang ni jadi mudah sebab Traveloka yang baik hati ni dah sediakan choice airlines yang korang suka. Ada banyak pilihan airlines dan korang boleh pilih sendiri!

Kalau tak faham, kat bawah ni contoh yang aku cuba nak maksudkan



Senang kann? Takyah susah-susah nak pegi bukak website airlines tu. Cari kat Traveloka ni semua jenis airlines ada, tinggal pilih je nak oiii.

Lagi satu, yang bestnya sebab harga tiket dia lebih murah kalau nak dibandingkan dengan korang buat direct flight booking. Untuk pengetahuan korang, harga yang ditawarkan oleh traveloka ni ialah harga promotion yang paling latest. So korang tak payahla bersusah payah setiap masa nak kena check harga tiket semasa sebab nak kejar harga promotion kans. OMG bagus gila??


Traveloka juga merupakan medium yang mesra pengguna which is tak complicated, dimana ianya sangat simple dan juga mudah untuk difahami oleh pengguna. Bukan tu je, maklumat yang diberi juga tersangatlah detail supaya pengguna pun tak confused.

Kalau kita nak buat booking tiket tu, dia akan detail stated kesemua maklumat yang kita perlu tahu contohnya macam harga tiket tu dah include ke makan minum atau luggage waktu penerbangan nanti. Habislah segala fakta benda dia stated kat situ, tak mainlah hidden cost niii dosa tau dak, lulz.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh traveloka ni adalah ‘transparent price’, maksudnya ialah apa yang ditawarkan pada korang, itulah harga yang korang kena bayar. Takkan ada charge yang tersembunyi, ha tu tadi aku dah bagitau kat atas.



Jadi, once korang dah bayar, tu lah harga dia. There is no hidden taxes, no booking fees, dan additional credit card payment. Ianya sangat telus, suci dan transparent, so no worries yerr.

Kalau korang ni jenis yang tak suka berenggang dengan phone setiap saat, aku cadangkan korang download je apps Traveloka ni sebab diorang pun ada apps sendiri tau. Lagi mudahlah kalau nak booking tiket online lepasni. Bukak je apps traveloka ni kat phone, pastu booking, dah settle! Maklomla, zaman canggih sekarang ni nak dapat maklumat semua benda kat hujung jari je.

Sebelum aku terlupa nak bagitau, traveloka ni jugak ada menyediakan perkhidmatan untuk menempah tiket penerbangan dan hotel. Paling best, korang jugak boleh buat tempahan untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel sekali harung je.




Maka senanglah jadinya. bila buat camni lebih jimat! Tak payahlah korang nak kena tempah tiket flight dengan penginapan asing-asing, buat susah jelaa.

Lastly, bila dah ada aplikasi traveloka di smart phone korang ni, ianya sangat berguna untuk mereka yang tergesa-gesa membuat tempahan, sebabnya traveloka apps ni ada one-minute booking option, jadi dia dah save semua maklumat korang buat pertama kali tu. So, tak payahlah kita nak kena isi semula maklumat yang diminta tu, terus je buat 1-clicked payment dan terus instantly dapat tiket, senang kan?


Jadi apa tunggu lagi, jomlah pergi bercuti dengan traveloka!


Image result for traveloka

21 Apr 2017

Trip WA : Chcolates, grapes and Corelle


Assalamualaikum

10/2/2016 - Wednesday

Entry ni sepatutnya bersambung dengan Caversham zoo yang dipublish tahun lepas. Tapi seketul Mazni ni manusia yang cuai lagi laloq, dia terus masuk cerita Rottnest island dulu. Aiguya maafkan saya people, masalah teknikal sikit!

Lepas melawat zoo tu harinya belum habis lagi, kitorang pergi ke kilang coklat dan ladang anggur. Ini pun tempat yang wajib orang ramai terjah kalau dah sampai Perth. Okay kita cerita pasal kilang coklat dululah, nama panjangnya Sheikh Margaret Al-River B. chocolate factory, nama pendek pulak Margaret River je. Siapa hantu cekelat memang kena datang sini!


Bestnya kat sini ada disediakan tester. Kita tak beli coklat pun still dapat merasa makan coklat kat sini tau. Memang sedap sangat and rasa ceklat ni pun tak terlampau manis. Gigi aku ni sensitif dengan benda yang manis tahap potong kaki, tapi bila makan coklat kat sini masih boleh diterimalah.


Ada 3 jenis tester, white chocolate, milk chocolate and dark chocolate. Aku suka white dengan milk chocolate tu, yang dark tu kureng sikit sebab rasa dia pahitt. Tapi sebenarnya dark chocolate tu yang orang kata bagus. Kenapalah benda yang bagus ni aku tak suka eh? kihkih.


Margaret River factory ni sebenarnya berhadapan dengan tempat orang buat wine. Aku perasan kat belakang tu ada ladang anggur, so diorang petik anggur-anggur kat situ untuk buat wine. Tapi kitorang tak masuk pun dan terlupa juga ambil gambar tempatnya.

Disebalik pantulan papan coklat ni anda akan nampak macam rumah kayu. Tulah dia tempat wine tu.
Seterusnya pergi kilang anggur pula dekat The Grape Place.


buah anggur tergantung dkt tempat park kereta!

Time summer ni memang tengah musim grapes. Seriously, ni anggur yang paling sedap aku pernah rasa sebab crunchy dan tak lembik, ketulan anggur ni besor-besor lagi tu! Memang sihat anggur-anggur kat sini.

Rasa sangat berterima kasih dan bersyukur dengan Hj. Yon dan Aunty Ilah sebab belanja anggur ni untuk family kitorang, banyak pulak tuu.. May Allah pay for their kindness <3


Pekerja kat sini pun baik gila, dia bagi kitorang rasa anggur ni banyak-banyak. Siap bagi discount lagi tau! Paling syahdu bila diorang tanya berapa hari lagi kat sini, then jawabla 2 hari pastu dia kata "selamat tinggal". Huhu syahdu sangat..


Oh btw, kitorang tak dapat masuk dalam farm tu sebab grapes tu tengah sensitif sikit, so pelawat takleh masuk dalam tu.

Misi seterusnya, beli pinggan Corelle & Pyrex yang mak kirim.

Rasanya brand Corelle dengan Pyrex ni macam dah tak asing lagi kot. Brand ni glemer dengan dia punya ketahanan and ringan. Tapi yang Pyrex tu mak mintak beli mug sukatan air dengan set food storage ni.

Kalau beli kat sini mau satu set pinggan tu cecah RM800, tapi kat Aussie dapat 59 AUD (masatu RM 180++). Para ibu-ibu kalau pegi Aussie tolonglah borong brand Corelle ni, saya yang bukan mak-mak ni pun dah rambang mata tengok pinggan mangkuk lawa2 kat sini. HAHA


Sebenarnya orang selalu beli pinggan2 ni dekat pasaraya Walmart. Kitorang pegi sana tak jumpa pulak benda yang dikehendaki tu so carilah dekat BIG W. Thankfully, ada!

Aiguu terima kasih lagi sekali untuk Hj. Yon dgn Aunty Ilah tolong bawak kitorang cari Corelle dengan Pyrex ni sampai jumpa. Kalau tak bersedihlah mak tak dapat set pinggan Corelle ni. Tapi kan, sampai sekarang mak tak pernah guna lagi set pinggan ni kat rumah sebab sayang. Mak-mak memang camni eh? lulz.


Lepas mission accomplished, kitorang jalan-jalan sikit and pegi singgah kedai sushi halal kat Perth ni. Street mana sushi halal tu sorry i lupa

Hot miso in a hot city


 Dan terjumpa Malaysian Hall Perth


Kat dalam Malaysian Hall ni pun ada tempat penginapan dan boleh dapat harga murah. Tapi kat sini selalu full so kena book awallah. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk gugel.

Malam tu pulak kitorang pegi majlis tahlil, dah ada cerita dalam ENTRY NI. Padat betul aktiviti haritu, hehe.

lupa nak bagitau strawberry kat sini murah gila nak mamp, $2 je! besor2 pula tuu.
Thanks for reading!
Do click2 ads kat tepi tu sekali, muah ciked.


14 Apr 2017

Chef Wan Food Puncak Alam


Hi Assalamualaikum

Sepanjang duduk Puncak Alam, aku jarang keluar meneroka kawsan kat situ serta kedai makan apa yang sedap kat sini. 

Haritu group aku menang tempat kedua untuk pertandingan short film, dapatlah hadiah duit. Tak sangka lakonan aku yang kayu-kayu tu pun boleh menang tempat kedua tau, haha. Kawan yang lain elok je berlakon. Maka dengan duit tu kitorang pegilah makan kat Chef Wan Food.

Not surelah ni kedai Chef Wan ataupun nama dia je macam tu.

Banyak kedai-kedai yang masih kosong lagi kat sini


Kedai ni sebenarnya lebih kepada katering and diorang ada buka tempahan lauk untuk majlis. Makanan kat sini pula dikira dalam harga set. Pilihlah lauk apa yang korang nak, pastu nasi dengan air boleh tambah sampai muntah. Memang puas hatilah sebab harga set yang kitorang pilih ni tak sampai RM10 pun! Memang cukup-cukup bajet je untuk marhaen cam kitorang ni.

1 buttermilk chicken, 2 buttermilk dory, 1 asam pedas
look at how creamy iz thizz. yum!
Untuk buttermilk ni boleh pilih sama ada nak jenis ayam atau ikan dory. Iolls mestilah dory! Kuah butter tu memang creamy hokey, ikan dengan ayam dia pun sedap. Memang makan licin habislah. Siap tukar-tukar makanan lagi :p


Yang ni asam pedas ikan pari. Siapa penggila asam pedas mesti suka ni sebab kuah dia sodap. Aku pun memula nak pilih asam pedas tapi disebabkan ada dory takkan nak say no to dory kan, heheh. Bagus jugak kawan aku order asam pedas, kitorang yang buttermilk ni rompaklah makanan beliau.

Bestnya order asam pedas ni sebab dapat telur masin, sayur-sayur dengan sambal belacan. God bless my friend, dia tak makan belacan sangat so dia bagi kitorang. Sebagai penggila belacan haruslah aku gembira!

Overall makanan yang kitorang order ni memang sedap and puashati! Pada penduduk-penduduk Puncak Alam yang nak makanan bajet murah, bolehla mai sini.
15-1 Pusat Dagang Puncak Alam Jaya, Jalan Puncak Alam Jaya 10, Bandar Puncak Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor.

12 Apr 2017

Sunshine blogger award


Assalamualaikum and hi!

the sunshine blogger award

Haritu Kak Hanis ada tag untuk  Sunshine Blogger Award ni, tapi baru nak jawab sekarang sebab haritu tak sempat hehe. Simpan dalam draft je dulu. Award ni boleh menjawab sikit serba-serbi tentang diri saya kot.

Tapi sorry Kak Hanis, saya jawab soklan ni dalam bahasa melayu dan tak ikut rules untuk tag 11 orang yang lain, haha! Harap diampunkan.

1. What is the first impression you always get?

Paling glemer first impression yang saya selalu dapat ialah, pendiam dan muka baik. Hahaha :p

2. Is it true? And do you like that impression?

Tidak dinafikan, memang kengkadang pendiam

Bila dapat impression macam ni rasa 50-50 jekot.. Rasa bersyukur sebab orang masih nampak diri ni baik but at the same time, kita je yang tahu diri kita ni biasa-biasa je (baca; takdelah baik sangat), huhu.

3. How do you react to someone who keeps on talking to you about topics you are not interested in?

Dengar je apa yang dia cakap sebab nak jaga perasaan. Kalau kita tak dengar apa yang orang cakap, nanti orang akan buat benda yang sama kat kita. Mesti rasa menyampah kan bila tak dilayan? lul.


4. Do you mind to buy albums (physically / digitally) of songs you love to listen or just download them online?

Prefer download je sebab taknak bazir duit untuk benda yang sepatutnya boleh dapat free :p

5. What kind of items you don't mind buying the expensive one?

Bergantung pada tahap obses untuk sesuatu benda. Contohnya kalau time tu musim tengah gilakan sailormoon(lol) eden tak kisah kalau nak spend banyak duit untuk beli merchandise sailormoon, sebab memang dah minat! Nampak tak pembaziran tu? 

6. Do you jot down notes during lectures / talks or simply listen and remember?

WAJIB jot down. Dulu cikgu kat sekolah selalu pesan bila kita salin nota masa dalam kelas lagi senang nak ingat berbanding dengar gitu je. Tangan saya takleh duduk diam bila tengah lecture, mesti nak menulis sebab saya ni jenis cepat lupaa T__T

Related image
ha tulis tulis jangan tak tulis
7. Do you separate your trash into categories?

Dulu selalu buat sebab mak dah sediakan bekas recycle untuk plastik, kotak/kertas. tapi sejak bekas recycle tu hilang.... Dah jarang buat.

8. Mountains vs beaches? And why?

Beaches!

Suka dengar bunyi deruan ombak yang membadai pantai dengah gahnya... Tamparan angin yang menyamankan ala-ala dilwale.. Lalu disajikan pula dengan pemandangan langit dan air laut yang luas membiru... Pokok-pokok kelapa pula menari-nari mengikut arah angin... Jikalau bernasib baik, dapatlah mengamati suasana matahari terbenam sambil berjalan-jalan menyepak pasir di persisiran pantai..

Ewahh kemain ayat puitis! Sebenarnya saya ni hantu ayor, pantang nampak air mesti nak berendam jee.

throwback sikitt. Lihatlah betapa tenangnya suasana

9. Do you put your phone on flight mode when charging?

Tak, selalunya cas dalam keadaan henpon masih bernyawa lagi (jap kalau buat camtu takde apa2 kesan kan untuk phone tu?)

10. Would you mind to share the latest picture in your phone gallery (if appropriate)?

Buat molang bunny guna polymer clay! Ni cubaan ke-4. Nampak tak 3 ketul yang hitam kat belakang tu? Semalam pegi bake dengan harapan supaya clay tu jadi keras, sekali memang dah keras sungguh.. siap dengan set hangus lagi! Luluh hati ni tau takk.

Dah set untuk 5 minit tapi takdir Tuhan, rupanya timer oven tu tak bergerak langsung! Patutlah tak dengar bunyi 'TING' tu.. Terpaksalah buat baru...


11. Do you think time-travel is good (if it will be possible in the future)?

Time travel memang best. boleh jadi macam doraemon pegi melawat masa silam dengan masa depan. Boleh tau apa yang kita buat lagi 10 ke 20 akan datang. Dan kalau boleh diundurkan masa, nak balik masa zaman-zaman silam(masa kecik) sebab rindu sangat memori dulu-dulu T__T

Thank you tag Kak Hanis!

Thanks for reading!

3 Apr 2017

Apa yang dibuat sepanjang menghilang?


Assalamualaikum

update** nak mintak tolong sangat, klik iklan 3 ketul kat tepi tu ye, thanks alott ><

Maaflah, entry comeback haritu dimulakan dengan sangat tak proper. Tak menyabar sangat pegi review kdrama, hehe.

Kalau ada yang taktahu lagi, UiTM dah start buat program gap year. Sekarang ni aku tengah cuti sem and kalau diikutkan, sem baru akan mula pada bulan 6 nanti. Tapi disebabkan gap year ni, aku akan start sem baru masa september nanti. So maknanya, cuti sem yang asalnya 2 bulan jadilah 5 bulan. 

bye untuk 5 bulan. lamanyaa T^T
Sepanjang proses menghilang ni memang busy dengan macam-macam benda and i must say, sem ni banyak hadap keje design. Tiap-tiap hari bhai kena bukak laptop, kau ghaseee? Nasib tak buta je mata ni.

Ni aku nak tunjuk sikitlah apa yang busy sangat dengan semester ni punya projek. Kalau ada yang berminat minta saya designkan cover buku ke, kad kahwin ke, bunting, flyers, banner boleh email, okay? :p

Untuk mulakan setiap cetakan, kita akan melalui 3 fasa 'press', iaitu;

- PRESS (mendesign/sediakan peralatan utama sebelum mula mencetak)
- PRE-PRESS (jalankan machine)
- POST-PRESS (finishing proses contohnya seperti binding, folding..)


Yang ni kita panggil finishing process. Mencantikkan kulit buku!

(kiri) kulit buku yang teksturnya macam kulit gajah, (kanan) kulit buku yang diperbuat dari fabrik.

Ingatkan susah sangat nak buat kulit buku, rupanya senang jeee. Yang lecehnya sebab kena careful buat benda ni, takut nanti tak kemas.

(kiri) design flyers untuk cafe (kanan) layout majalah, lol ni projek paling besar untuk sem ni tau

8 pages for inner + 1 front cover + 3 advertistment. Susah jugak nak buat magazine ni huhu

(kiri) tengah potong notebook ikut size (kanan) notebook yang dah siap sempurna
saja buat lebih, yang paling kiri tu paling hodoh sebab testing je :p
ingatkan poster ni besar macam bunting orang kahwin tu, sekali sizenya  tinggi dari kepala sampai pinggang je.. Kecewa cikedd.

Ada lagi yang lain tapi tak sempat ambil gambar. Also, kitorang ada presentation untuk entrepreneurship. Pening juga nak buat kertas kerja, penuh dengan ketelitian giteww, haha rupanya susah gila bila someone tu decide nak start bukak bisnes ni ;-;

Kesimpulannya, banyak benda baru dan skill yang aku belajar sem ni walaupun kerja dia stress gila takleh bawak bincang. Hehe kalau tak belajar tak dapatlah ilmu tu kan? Skill yang kita dah belajar ni takkan nak sia-siakan macam tu je :)

Thanks for reading!