19 May 2016

Tips menabung


Assalamualaikum
Bosanlah asyik guna duit MYR je, kita tukarlah AUD pulak. hahahaa!

Bukanlah nak kata aku ni power sangat bab-bab nak menyimpan duit ni. Asalnya aku ni pun seorang yang boros jugak, lels. Disebabkan sikap yang boros nilah kita kena ubah supaya jadi orang yang lebih berjimat-cermat. Atau dengan erti kata lain, jadi kedekut kot.

1) Buat target belanja untuk sehari

Lantaran kerana diri ini cumalah student yang bukannya tinggal di rumah dengan mak bapak, memang hang kena ada limitlah untuk perbelanjaan sehari tu. Macam aku ni dah tetapkan limit belanja untuk sehari. RM10 je SEHARI. 

Bila aku dah terbelanja lebih daripada RM 10 sehari, aku akan rasa bersalah gila dan menyesal nak mampus sebab tak ikut rule. Bila dah langgar rule, haruslah kenakan denda untuk diri sendiri. Apa denda dia? Qada' duit belanja untuk hari esok. Ok meh baca tips nombor 2 pulak.

2) Qada' duit belanja

Cara nak qada' duit belanja ni senang je. Katakan hari selasa tu aku terbelanja RM 12 sehari. Esoknya hari rabu, aku target nak belanja RM 10 je. So, RM 10 - RM 2 = RM 8. 

Maka, pada hari rabu tu aku kena belanja RM 8 je untuk tolak RM 2 yang dah terbazir masa hari selasa tu. Inilah dia sistem qada' duit belanja, hahaha. Bagi aku cara ni sangat efektif supaya kita lebih beringat-ingat dan jangan terlebih belanja.

Sebelum tu, RM 10 ni tak termasuk duit beli buku teks, beli alat tulis, print2 ke apa semua tu. RM 10 ni duit belanja makanan daripada pagi sampai malam. Kalau sehari tu belanja RM 10 untuk beli makanan, beli alat tulis, beli buku teks, memang tak makanlah guwee. Lagipun mana ada buku teks harga RM 10? xD

3) Masuk duit lebih dalam tabung

Tabung tu wajib kena adalah kalau hang kata nak menabung.

Kalau nafsu makan tak melampau macam jin, mungkin aku belanja RM 5 je sehari. Baki lebih tu sumbat masuk tabung! Hasilnya, kite tunggu akhir bulan nanti berapa banyak duit yang ada dalam perut tabung tu. hehehe.
sepanjang cuti sem ni perut dia kosong jelah. Masuk sem baru nanti aku kasi kau makan banyak2 eh teddy?
4) Buat catatan perbelanjaan

Yang ni tiap2 hari wajib tulis kat buku berapa ringgit yang aku dah belanja. Taulah zaman sekarang ni semua buat notes kat phone je, tapi aku lagi suka tulis kat buku.

Kawan aku pun kata 'mazni ni memang teliti sangat bab2 duit ni'. Diorang semua tau aku ni memang cermat, kahkah. Well, inilah cara nak survive xD

Even satu hari tu tak pakai duit pun, aku tulis jugak dalam buku. Tengoklah, kadang-kadang masak sendiri je kat kolej atau habiskan stok makanan yang dah bawak dari rumah.. Tu pasal tak banyak guna duit sangat.

Konklusinya, duit yang dah disimpan dalam tabung tadi tu korang boleh guna untuk kehendak atau simpan masuk bank. Contohnya kawan ajak pegi setia city mall untuk shopping ke, nak guna duit tu untuk pegi makan sushi king ke. Atau lagi bagus, guna balik duit dalam tabung tu untuk duit belanja kat kolej.

Aku selalu 'kitar semula' duit tu. Kalau duit belanja kat dompet dah habis, guna pulak duit kat dalam tabung. Kalau duit kat dalam tabung pun dah habis, baru whatsapp mak masukkan duit dalam akaun, wahhaha.

Mak selalu tanya ada duit lagi ke tak, sebab aku jarang whatsapp nak mintak duit. Ada je lagi duit tu sebenarnya. Dengan teknik penjimatan ni, tak payahla asyik selalu nak mintak duit kat mak ayah je kan? #anakyangbaik

Sekian sahaja 4 tips daripada saya yang cermat kedekut ni. Kadang-kadang kita kena berdisiplin masa menabung, barulah berjaya :D Jangan tangan tu dok gatal nak usik tabung tu okay!

Thanks for reading!


27 comments:

  1. Bagus menabung! Siqah pun menabung jugak. Duit syiling dan duit rm5. Hii. Seronok kan bila duit tabungan dah banyak. Sikit-sikit lama2 jadi gunung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. excited bila tengok duit dlm tabung tu dh penuh kan, hehe :D

      Delete
  2. hehe..for me klu tgk atas almari tu mcm2 tbung yg dh dicategorize..byk sgt matlamat nk capai dgn tabung2 tuh..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya ada banyak tabung.. tabung kahwin ada sekali ke? kuikui xp

      Delete
  3. great tips! sy pun keep track dgn duit yg sy belanja. tp terkadang tu agak malas jugak huhuhu. tp cara tu mmg bgs. at least kita tau mcm mana nak manage bajet kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 pun terlupa jugak nk list down amount yg saya dh guna dlm sehari kt buku xD

      Delete
  4. haha..saya pun buat sebijik macam cara awak..bese la hidup kat uni...semua benda kene tanggung sendiri...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, sbb bagi saya cara ni mmng berkesan. kena paksa diri sikitlah :D

      Delete
  5. my parents pun selalu tanya ada lagi tak duit, selalu jawab terlebih dari cukup sebab ada elaun kan... tapi diorang tetap bagi jugak duit sobs sobs T^T

    lepas ni nak buat la yang qada' duit tu. lol tak prnah terpikir pulak. sebab tak tetapkan sangat boleh belanja berapa sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. masa tgh exam akhir2 sem haritu parents saya ada masukkan duit, tak terguna pun duit tu. nk habiskan duit yg ada kt dlm dompet dgn tabung dlu, haha

      Delete
  6. bagus tips ni mmg kena follow lah kalau betul nak menabung..ni belanja ikut sedap je bila hujung bln mula tggu depan ATM huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bahaya gak ni. gaji nak masuk bulan 6 ni, tkleh baziaq camtu je. kehkeh

      Delete
  7. Thank you for sharing this tips kak Mazni!

    ReplyDelete
  8. menabung mmg kena paksa diri dan kena disiplin..kak Sally selalu psycho diri utk pergi travel..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kite ada tujuan utk apa kite menabung, tu yg sampai sanggup paksa diri tu. haha

      Delete
  9. Baru baca pasal tips menabung dekat blog Aisya sakura. Mazni pun updated post yang lebih kurang sama. Korang berjanji ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tersama pulak xD chemistry kuat kot, hahaha

      Delete
  10. Catatan perbelanjaan tu memang terbaikk. Saya susah betul nak buat benda tuu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ni pun sebab selalu rasa diri ni cepat boros n pelupa :p

      Delete
  11. Bagus ni! Kena biasakan menabung,..tapi akak ada habit suka korek tabung ;)

    ReplyDelete
  12. Akak pun jenis yang catat perbelanjaan. Sebab kalau tak akak sendiri nanges tak tahu duit pergi mana :)

    ReplyDelete
  13. bagus ni.. bab belanja harian tu almost the same.. akak pun ada target belanja tapi most of the time tersasar la.. cuma elok la prektis gini..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~