25 Nov 2013

Daiso Japan

Assalamualaikum

KREDIT

Semalam saja-saja keluar pergi mines dengan kawan-kawan. Kalau dah pergi mines ni, memang Daisolah lokasi utama yang aku serang. Harini nak review sikitlah pasal kedai Daiso ni ^^

Daiso Japan, ada menjual pelbagai jenis barangan daripada Jepun. Tak perlu pergi Jepun pun dah boleh beli barang yang comel dekat  sini. 

Apa yang menariknya di Daiso ni, setiap barang berharga RM5 sahaja. Walaupun harganya RM5 je, tapi barang-barang dia bagus tau. comel-comel pulak tu. Barang dapur ada, barang sekolah ada, alatan menjahit ada, hiasan untuk rumah ada, semua ada! Seronok sangat bila shopping kat sini.

Tahun lepas, before nak pergi melancong kitorang beli barang keperluan musim sejuk kat sini je. Jimat duit, bila guna pun bagus.

beli barang menjahit je. hahah!
cawan cantik pattern macam fabrik yg ber-campur2! <3
total semua = RM25!

Dah habis membeli kat Daiso, singgahlah kat kedai takoyaki pulak untuk beli okonomiyaki Semua nak jepun je aku ni, hehehe.
Sekian, Assalamualaikum.

20 Nov 2013

Main sorok-sorok dengan hantu

Assalamualaikum
Biasalah tu kalau main sorok-sorok mesti ada hantu kan? Tapi kisah yang berlaku pada aku ni lain sikit, aku betul-betul main sorok-sorok dengan hantu. Tapi masa aku 5 tahun lah. Mesti hangpa ingat aku dok tipu kan? Ey, walaupun masa tu aku 5 tahun tapi ingatan aku kuat sampai sekarang eh. Masa aku tadika dulu aku selalu kena buli, selipar kena buang dalam tong sampah, orang selalu curi barang aku, manusia yang buli aku tu nama dia F_____ aiseh takyah sebut ah, tapi semua tu aku ingat tau.

Satu malam tu, aku takleh tidur. Mak aku suruhlah aku tidur sebab dah lewat sangat, tapi aku cakap aku tak ngantuk dan nak main. Mak aku paksa jugak aku tidur. Berapa minit lepastu, aku intai-intai sikit tengok mak aku dah tidur. Yess line clear! Aku pun bangunlah, nak ajak kakak aku main.

Tiba-tiba, aku nampak kaklong dengan kakngah kat depan bilik diorang. Diorang diam je. Tak bercakap. Aku dengan terujanya ajaklah diorang main sorok-sorok, diorang angguk. Round pertama tu, aku tak ingat siapa yang kena jadi hantu tapi yang pasti bukan aku. Bila round ke-2 tu, aku kena tangkap pastu jadi hantu. Lepas dah kira sampai 10 tu, aku mulalah cari kaklong dengan kakngah. Pastu aku bukaklah pintu bilik diorang, tengok diorang tengah tidur. Lena pulak tu. Hati aku terdetik "Eh, tadi kaklong dengan kakngah main dengan kita, kenapa sekarang diorang tidur pulak? Mana boleh macamni". Kerana kecewa, aku teruslah masuk tidur balik..

Disebabkan masa tu umoq aku 5 tahun, so aku tak terfikir pun yang main sorok-sorok dengan aku tu 'benda lain', aku cuma rasa pelik dan kecewa je sebab diorang taknak main dengan aku dah. Bila dah besar sikit, baru aku tau siapa yang main dengan aku waktu tu. Nasib baik waktu tu aku 5 tahun, kalau tak, demam 2 harilah aku xD 

Benda ni taklah menyeramkan, tapi pada masa yang sama gembira jugaklah at least 'dia' temankan kita main, lol gila. Waktu kecik memang senang sangat nak jumpa benda-benda macamtu terutama bila main sorok-sorok waktu malam, lagilah~

Moral of the story, adik-adik diluar sana, jangan main sorok-sorok waktu malam ye xD Karang hangpa pulak demam 2 hari kalau berlaku hal-hal yang diluar jangkaan. Korang pernah kena macamni?

Sekian,
Assalamualaikum

18 Nov 2013

Lelaki Korea paling handsome

Assalamualaikum
Wahh wahh tajuk bukan main lagi. Macam nak cari calon suami, ahaks. Oh btw, entri ni mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan peminat Korea ataupun kpopers tapi ini cuma sekadar pendapat aku je. Lain orang lain minatnya kan? 

Dulu aku ni bukanlah minat Korea sangat, asal aku nampak artis Korea je mesti aku cop nama dia sebagai "muka jambu" n "plastik" haha kurang asam kan? Jangan marah itu dulu... Tapi sekarang pun masih sama lol.

Actually, aku tak layan lagu-lagu Korea, aku layan ceghita Korea. Aku mula minat cerita Korea bila tengok Running Man. Sebenarnya since darjah 2 aku dah mula layan cerita korea, masa tu drama paling hot ialah FULL HOUSE. Kecik-kecik lagi dah pandai tengok cerita korea :p Semua family aku suka  betul tengok cerita korea kecuali ayah aku. So pengaruh korea dalam rumah aku ni kira kuatlah, sampaikan aku yang dulunya tak suka dengan drama-drama korea ni tiba-tiba boleh terlayan pulak.  

Eh, sorry mukadimah terlebih panjang pulak. Mesti korang tertanya-tanya lelaki korea manakah yang aku labelkan sebagai 'handsome' tu. Orang tu bukanlah bias-bias korang seperti Luhan, BaekHyun mahupun ChanYeol. Tapi ialah............ Kim Woo Bin! 

Mesti ramai yang tak kenal kan, atau mungkin korang kenal? Citarasa aku memang lain daripada yang lain. Woo Bin ni model sebenarnya, aku mula kenal dia lepas tengok cerita 'The Heirs' yang ditayangkan kat chanel One HD setiap hari rabu dan khamis. Mula-mula aku tak minat sangat Woo Bin ni, aku panggil dia 'plastik' sebab muka dia putih sangat, tapi adik aku kata muka dia pure, tak mainlah plastik-plastik ni. Dia pernah datang Running Man, maka disitulah aku mula terdetik yang dia ni boleh tahan handsome hehehe.


  
Tak boleh letak gambar banyak-banyak sangat, nanti korang cair hahaha! 

Korang pulak minat siapa? Meh kongsikan dibawah :p

Sekian 
Assalamualaikum.


17 Nov 2013

Kucing gemok dalam kotak

Assalamualaikum
Ntah kenapa, aku ni suka tengok kucing duduk dalam kotak, terutama bila kucing tu gemuk hahaha. Jom cuci mata tengok gambar kucing.

#Harini aku ketandusan idea sikit, tak tahu nak update entry apa, so share gambar kucing jelah -_-

Sekian
Assalamualaikum



15 Nov 2013

Imaginasi masa kecik-kecik dulu

Assalamualaikum
Imaginasi aku memang rare kan? hahaha

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat bumi ni Malaysia je yang punya. Kalau nak pegi luar negara kena pegi bumi yang lain. Tapi bila dah besar, baru aku tau imaginasi masa kecik aku sangat dahsyat. Negara lain pun duduk dalam bumi yang sama. Bila fikir-fikir balik, rasa nak tergelak je. Adik aku pun kata iamginasi aku pelik xD

Btw aku berharap sangat satu hari nanti dapat jejakkan kaki ke Jepun. Selepas Malaysia, Jepunlah negara kedua yang aku kenal namanya sebab kecik-kecik dulu aku selalu tengok anime. Sampai sekarang still layan kartun-kartun Jepun, terutama chibi maruko chan. Masa cuti sekolah ni asyik tengok maruko kat astro ceria je, macam budak-budak k, haha.

Sekian, Assalamualaikum.

#Hangpa pun pernah fikir camni tak? Ke aku sorang je? hahahaha

14 Nov 2013

Masalah kulit berbelang


Assalamualaikum

*Disebabkan entry ni dapat banyak perhatian, jadi aku edit balik entry sebelum ni punya sebab tak membantu pun, haha. Yang re-edit ni ditaip pada 2016 eh.

Aku ni jenis manusia yg muka cepat terbakar setiap kali terdedah ngan matahari. Macam masa sekolah dulu aku asyik kena burn masa kawad. Ni sekarang dah masuk universiti, sunburn paling baru aku kena time pegi melancong haritu, time summer. Cycling kat pulau sampai 6 jam. Dah boleh bayang kan betapa terbakarnya muka aku time tu? Memang lepas balik tu, semua orang dok kecam muka aku yang terbakar teruk ni T__T

Tapi lepas sebulan, kawan aku cakap dah start ada perubahan sikitla. Haha tak sangkalah pulak nampak kesan sebulan je, selalu aku kalau sunburn memang lama gila.

Apa yg aku buat untuk hilangkan sunburn aku?

1) Cuci muka 2 atau 3 kali sehari. Ikut yang sesuai dengan kulit muka koranglah. Macam aku, pakai Safi Balqis yg limau gedang tu je. Sebab fungsi dia untuk mencerahkan kulit. Kalau nak lebih afdhal, masa 1st bilas muka, bilas dengan air suam, pastu cucilah muka korang then bilas balik muka dengan air sejuk. Cara ni boleh buatkan muka korang rasa lebih segar dan licin.

2) Apply toner kat muka. Yang pakai toner ni aku selalu buat sebelum tidur lepas cuci muka. Sepatutnya kena buat 2 kali sehari, time pagi lepas cuci muka, dengan time malam lepas cuci muka. Sama jugak, pakai jenama safi balqis je. Iolls ni sapot buatan Malaysia okay, HAHAHA! 

Tapi kena rajinlah pakai toner ni, macam aku ni sekejap pakai, sekejap tak je, lol.

3) Minum air masak. Ramai orang tak suka minum air masak. Tapi depa taktau air masak ni sebenarnya yg bagus untuk kulit cantik. Nak cantik? minum air masak je sebenarnya. Sehari 2 litre. 2 litre bersamaan dgn coke yg botol besar tu. Kalau korang tengok artis2 yg kulit flawless tu semua, diorang mesti akan kata rahsia kecantikan diorang minum air masak.

4) Collagen. Dulu time aku skola, lepas habis kawad tu aku makan collagen. K-Colly white. So far collagen ni jelah yg aku pernah makan. Sebab sedap & memang nampak gilalah perubahan kat muka tu. Tapi sekarang ni aku dah lama tak makan collagen. Makesure kalau makan tu, pilihlah collagen yg elok. 

5) Tofu mask.
Pakai yang ini memang best sebab bau wangi. Lagipun tofu kan banyak kahsiat, memang bagus untuk muka. Tapi lately aku jarang pakai... Dulu masa zaman aku rajin pakai mende alah ni, ok jugaklah.

6) Aloe vera gel. Semua orang tau aloe vera atau lidah buaya ni ada banyak khasiat. Memang kalau kulit terbakar elok sangat pakai aloe vera gel ni. Bila muka kita kena sunburn kan rasa macam sakit, panas je kan. Tapi lepas apply aloe vera gel kat muka, rasa sejuk je mukaa. Memang bagus.

Aku takde aloe vera gel sendiri, tapi kawan selalu offer untuk guna dia punya. Terharunya dapat kawan yg baik centu, huhu. Dia guna jenama nature republic. Takdelah mahal sangat, dalam RM25 gitu je. Banyak wey daripada sem 1 haritu dia guna ni nak dekat habis sem 2 pun still ada lagi :D Ofcos nanti aku nak beli 1 utk diri aku jugak!



Itu jekot inisiatif untuk pulihkan balik kulit muka aku. Tapi cara paling bagus selalunya tradisionallah. Paling simple basuh muka pakai air beras. Tiap2 hari hangpa masak nasi kan, ni lagi jimatlah daripada guna bahan-bahan makanan yg ada kat umah tu kan, huhu.

Dan yang paling penting, berwuduk. Kalau wuduk ikhlas kerana Allah, InsyaAllah, muka berseri-seri. Gitewww

Thanks for reading!


Assalamualaikum :)



13 Nov 2013

Buat gambar berkembar (photoscape)

Assalamualaikum

Gambar berkembar tu macam mana? Macam KLCC ye? Ha'ah, yang macam KLCC tu. Selalunya orang yang ada instagram je boleh buat gambar berkembar ni kan, Takpe, siapa takde insta boleh juga buat asalkan kena ada photoscape.

#This pctures credit to Yana Khairuddin, owner of Cala Qisya
 Bukak photoscape > click editor > pilih gambar

 Tekan simbol yang saya merahkan tu. Nanti automatik gambar tu akan bertukar arah.

 SAVE gambar diatas
 Now tekan page
 Amek yang ada 2 colum. Letak gambar asal dengan gambar yang arah bertentangan tadi.

 Pastikan kedudukan 2 gambar tu sekata
 Kalau rasa tak puas hati dengan saiz dia, besarkan ikut kotak yang saya merahkan tu. 

Dah siap. Tengok, aku ada kembar~ hihihi. Ok, nak tengok The Heirs Selamat mencuba. Assalamualaikum ^^



Tutorial link hover

Assalamualaikum
Link hover kali ni macam highlight sikit. Contoh gambar kat bawah. Nak jugak? Jom buat.
 Template > Edit HTML > ctrl+f  > seacrh code a:hover
 Copy code {background:#DEF4FF; -webkit-transition-duration: 0.5s; color: #000;}
 Paste bawah code  a:hover tadi.

#NOTA
Biru: warna background hover
merah: warna tulisan selepas dihover



12 Nov 2013

Wordless Tuesday #19 : pesan Saidina Ali

Assalamualaikum
"Saidina Ali pesan, Jangan buat keputusan, Kalau tengah marah. Jangan berjanji, Kalau tengah gembira."
Kalau tengah marah memang tak elok buat keputusan. Keputusan yang dibuat tu semuanya terburu-buru dan boleh merugikan diri sendiri. Samalah bila kita gembira. Jangan berjanji bila tengah gembira, takut nanti semua benda tak jadi. Fikirlah secara rasional :)

5 Nov 2013

Freebies header part 9 {Islamic}

Assalamualaikum
Walaupun tengah stress dengan mister linky tapi aku tetap nak bagi freebies juga. Dah lama freebies ni terperuk dalam pendrive, so nak clearkan balik pendrive aku. Nak ambil komen dulu, hargai usaha aku sikit. Siapa re-freebies, siap kau

open image in new tab utk lihat size sebenar
http://i.imgur.com/TZWuVpt.png

http://i.imgur.com/3WGwpyx.png

http://i.imgur.com/RSxYvUX.png

http://i.imgur.com/Qv6KSgw.png

http://i.imgur.com/CJbkyjw.png

http://i.imgur.com/aqPucU7.png

http://i.imgur.com/rjDbB9I.png

#Tension level 100

Sekian Assalamualaikum

3 Nov 2013

Kucing keretapi yang terkenal

Assalamualaikum
Tama The Cat ialah kucing comel yang "bekerja" sebagai penjaga stesen keretapi Kishi, Wakayama Jepun. Kucing berumur 14 tahun ini sudah menjadi penjaga stesen rasmi keretapi ini sejak 2007. Stesen Kishi pada awalnya ingin ditutup kerana kekurangan penumpang. Kisah Tama bermula apabila penjaga stesen keretapi ini, Toshiko Koyama menjaga Tama dan kucing-kucing liar yang berkeliaran di sekitar stesen. Kecomelen Tama yang berbaka Colico ini membuatkan penumpang mula melawat stesen ini dan memberinya makan. Kerana kepopularan Tama, jumlah penumpang menaiki keretapi ke Kishi bertambah. Bagi memberi ganjaran kepada Tama, beliau diberikan pangkat penjaga stesen Kishi. Sejak dari hari itu Tama mempunyai sebuah pejabat dan pelawat boleh melihat beliau "bekerja" disini. Pihak pengurusan keretapi juga menghasilkan Tama Densha (keretapi Tama) khas yang dihiasi watak kartun beliau. Rupa stesen Kishi juga diubahsuai untuk kelihatan seperti seekor kucing. Kawaii. Usia Tama sudah meningkat dan pada tahun 2012, Nitama seekor lagi kucing dilantik sebagai apprentice kepada Tama. Tama dan Nitama kini berganti-ganti bekerja secara shift di stesen ini.  (Kerja Tama dan Nitama memikat pelancong dengan kecomelannya)



Bahagianya kucing-kucing ni. Dapat jadi ketua bagi stesen keretapi. Tiap-tiap hari makan besarlah diorang :p