Assalamualaikum
*Disebabkan entry ni dapat banyak perhatian, jadi aku edit balik entry sebelum ni punya sebab tak membantu pun, haha. Yang re-edit ni ditaip pada 2018.
Aku ni jenis manusia yg muka cepat terbakar setiap kali terdedah ngan matahari. Macam masa sekolah dulu aku asyik kena burn masa kawad. Ni sekarang dah masuk universiti, sunburn paling baru aku kena time pegi melancong haritu, time summer. Cycling kat pulau sampai 6 jam. Dah boleh bayang kan betapa terbakarnya muka aku time tu? Memang lepas balik tu, semua orang dok kecam muka aku yang terbakar teruk ni T__T
Tapi lepas sebulan, kawan aku cakap dah start ada perubahan sikitla. Haha tak sangkalah pulak nampak kesan sebulan je, selalu aku kalau sunburn memang lama gila.
Apa yg aku buat untuk hilangkan sunburn?
1) Cuci muka 2 kali sehari. Ikut yang sesuai dengan kulit muka koranglah. Macam aku, pakai innisfree. Rasanya step ni memang takde orang berani skip kot, ni yang paling asas hahaah.
2) Buat basic skincare routines - Lepas cuci muka dan pat dry with towel/tissues, aku apply serum diikuti dengan toner dan akhir sekali moisturizer. Aku tak jaminlah muka terus boleh jadi cerah, tapi kalau amalkan basic routines ni selalunya boleh nampak sikit perubahan pada kulit muka.
Yang penting kena rajinlah.
3) Cari ingredients produk yang ada arbutin. Arbutin bagus untuk mencerahkan kulit. Selain tu, ia juga boleh memudarkan scars hitam yang ada pada muka.
4) Aloe vera gel. Semua orang tau aloe vera atau lidah buaya ni ada banyak khasiat. Memang kalau kulit terbakar elok sangat pakai aloe vera gel ni. Bila muka kita kena sunburn kan rasa macam sakit, panas je kan. Tapi lepas apply aloe vera gel kat muka, rasa sejuk je mukaa. Memang bagus.
Aku takde aloe vera gel sendiri, tapi kawan selalu offer untuk guna dia punya. Terharunya dapat kawan yg baik centu, huhu. Dia guna jenama nature republic. Takdelah mahal sangat, dalam RM25 gitu je. Banyak wey daripada sem 1 haritu dia guna ni nak dekat habis sem 2 pun still ada lagi :D Ofcos nanti aku nak beli 1 utk diri aku jugak!
Itu jekot inisiatif untuk pulihkan balik kulit muka aku. Tapi cara paling bagus selalunya tradisionallah. Paling simple basuh muka pakai air beras. Tiap2 hari hangpa masak nasi kan, ni lagi jimatlah daripada guna bahan-bahan makanan yg ada kat umah tu kan, huhu. Tapi maaf, aku tak pernah cuba lagi cuci muka pakai air beras ni, pernah baca petua kat internet jee.
Thanks for reading!