26 Nov 2026

Hiking Bukit Panorama, Kuantan


Haritu aku pergi short trip 2 hari 1 malam di Kuantan. Sesambil tu cuba juga selit aktiviti hiking sebab aku ni kan gadis berjiwa liar dan lasak. Eh?

Paling dekat kat sini ada Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing, Kuantan. Kami drive dari rumah ke Kuantan lebih kurang 3 jam je. Sebenarnya pagi tu hujan sampailah azan subuh baru dia slow sikit. Then kitorang proceed jugak hiking walaupun dah sedia maklum trek mesti licin sebab baru lepas hujan haha.


Takde bayaran atau permit yang dikenakan untuk hiking kat sini. Tempat parking disediakan, ada tandas yang bersih. Bukit Panorama ni sesuai kalau bawak budak-budak jugak tau.

Aku tengok kat Tiktok yang treknya 70% bertangga je. Lebih kurang 4 kali tangga kat each checkpoint (ada pondok). Okaylah sebab takde jalan tanah sangat, kuranglah licinnya bila kita naik musim-musim hujan gini.

Tapii bila layan tangga ni lama-lama rasa rengsek jugaklah xD

Stairway to heaven ke atau yang sebaliknya?
Laluan untuk turun dan naik diasingkan dengan besi

Bila kita datang pagi-pagi dalam keadaan cuaca baru lepas hujan, udara terasa nyaman je~ Trek dia pun cantik sebab dilindungi oleh pokok-pokok dan tak rasa panas pun. Masa datang ni pun macam tak ramai orang sangat. Agaknya ramai yang tarik selimut sebab cuaca sejuk time hari weekend pulakk. Kitorang je yang gigih datang dari Selangor dan tak tidur terus pergi hiking :p

Pondok yang luas dan bersih. Nampak baru lagi youu
Ni tak ingat tangga yang keberapa, tapi macam takde kesudahan

Pastu kitorang stop sekejap kat satu kerusi ni sebab nampak open view untuk bergambar. Dari atas ni boleh nampak pekan Sungai Lembing dan pemandangan bukit bukau di sekitar. Subhanallah cantik sangatt dengan cuaca berkabus waktu pagi camni.  


Aku pun tanyalah pak google apa yang menarik pasal Sungai Lembing ni. Rupanya pekan ni pernah jadi pusat perlombongan bijih timah terbesar dan terdalam di dunia pada zaman kegemilangannya! Panjang lombong ni adalah 355 km dengan kedalaman 700 meter wuihh.

Sungai Lembing ni juga turut digelar sebagai 'El Dorado Timur' sebab ia merupakan pekan yang kaya dengan hasil bumi. 

Barangkali sungai tu terbentuk kerana hasil dari perlombongan

Industri perlombongan bijih timah ni bermula pada tahun 1886 oleh syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di London (pemodal British). Pastu tahun 1979 barulah pemilik ditukar kepada orang Malaysia dan nama syarikatnya ditukar kepada Pahang Consolidated Public Limited Company.

Sepanjang 100 tahun aktiviti perlombongan ni telah mengeluarkan 13 juta tan metrik bijih timah. Tahun 1986 ia ditutup disebabkan dah kurang permintaan bijih timah dunia. 

Oh, to be resting in a place like this~ Peaceful

Kat sini ada muzium Sungai Lembing dan boleh masuk ke dalam terowong cari gali rupanya. Tak teringat nak cari tempat-tempat menarik sekitar sini sebab aim kitorang memang nak ke Kunatan je hahaha. Rasanya next time nak repeat lagi untuk menelusuri sejarah Sungai Lembing dengan lebih mendalam laa.

Wahh kauu meleret masuk pasal sejarah pulak. Padahal tajuk asal dia nak citer pasal hiking je kan :p


Dah habis layan kesemua tangga azab tadi, barulah jumpa jalan tanah dan ini tandanya makin nak sampai dah. Pastu terjumpa satu junction ni terbahagi pada 2.. Kitorang pun confuse nak lalu belah mana tapi akhirnya ambil yang belah kanan. Rasanya dua2 ni membawa ke jalan yang sama je.

Kitorang ambil jalan kanan

Tak lama lepastu sampailah kami di puncak Bukit Panorama. Tapi sayang sekali, haritu panorama nya jadi samar-samar dek kerana kabus yang menutupi segala keindahan alam hahaha. Terus jadi view alam bunian dunia khayalan dunia impian.


Nampak gayanya macam kena repeat lagilah sebab view dari atas ni sebenarnya memang cantik sangat tau. Orang selalu datang sini untuk catching the sunrise, kalau rezeki dapatlah view awan karpet sekali. Haihh nasib komerlah siapa suruh datang sini time musim2 hujan kan..

bukit bukau yang samar-samar
Nampak sikittt je view bawah
271 meter je you. Sangat sesuai untuk beginner

Kitorang duduk kat sini 40 minit just in case tetiba kabus beransur pergi, dapatlah ambil gambar. Tapi sampai kesudah tetap putih jugak dan weolls pun dah kebuluran, so turun jelah. InsyaAllah next time kita datang lagi, sebab tadi kata nak explore sejarah Sungai Lembing ni kan? :p

time nak turun pun masih berkabus walaupun dah pukul 9 pagi

Kitorang lalu pekan kecil Sungai Lembing yang sangat tenang. Deretan bangunan lama, slow paced living, kenderaan tak banyak seolah-olah membawa kita kembali ke zaman dahulu. Tambahan pulak, ada pokok berusia ratusan tahun yang berdiri megah di tengah-tengah jalan utama pekan ni, menjadikan ia sebagai mercu tanda ikonik dan simbol sejarah setempat. 

pekan Sungai Lembing yang tenang
taktaulah ni rumah orang ke atau rumah tumpangan, tapi cantik kannn

Masa otw nak ke Kuantan, aku nampak limestone bercacak-cacak dari jauh. Then google lah apakah nama tempat tu dan boleh masuk melawat ke.. Rupanya tu adalah Gua Charas, iaitu sebuah gua batu kapur yang berusia 400 juta tahun!


Ada satu fenomena unik tentang gua ni, dimana terdapat lubang semulajadi pada bahagian siling gua yang membolehkan cahaya menembusi ruang dalam gua terutama di antara pukul 11 pagi hingga 12 tengahari. Aku tertarik la pulak dengan fenomena ni dan rasa nak pergi masuk dalam gua tu jugak.

Tapi lepas google lagi, tengah ada isu pasal binaan rumah ibadat tanpa kebenaran kat dalam gua ni. So orang ramai mempertikaikan la tempat ni adalah khazanah negara, dah kenapa tetiba boleh ada binaan yang menggangu struktur asal gua ni.

So begitulah, kitorang skip je gua ni dan terus gerak ke Kuantan pulak


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~