15 Apr 2026

Niat ihram di Bir Ali dan tiba di Makkah

 

Sambungan dari --> Ziarah Wada' - Selamat Tinggal Madinah

Sebelum menunaikan ibadah haji atau umrah, para jemaah hendaklah berniat ihram di miqat yang ditetapkan. Hukum berniat di miqat adalah wajib. Apabila kita dah berniat ihram, maka berlakulah 13 pantang larang ihram yang perlu dijaga sehingga selesai ibadah umrah.


Seperti yang umum tahu, kalau kita direct flight dari Malaysia nak ke Makkah akan berniat ihram di miqat Qarnul Manazil. Kami daripada Madinah akan berniat di Masjid Dzul Hulaifah, miqat Bir Ali.

Masjid ni cuma terletak 15 minit je dari Kota Madinah. Disebabkan kami dah buat solat sunat ihram siap-siap di hotel, makanya takdelah masuk dalam ni. Yang jemaah lelaki pun ustaz dah pesan untuk pakai ihram siap-siap dari hotel, sebabnya kat sini ramai sangat jemaah dari serata dunia. 

Sunat memakai pakaian putih ketika menunaikan umrah/haji

Pertama kali aku pakai baju putih from head to toe, hihi. Kami mula berniat bila bas perlahan-lahan bergerak keluar dari perkarangan masjid di Bir Ali. Maka dengan ini, bermulalah 13 larangan ketika ihram;
  1. Memakai pakaian berjahit/berbentuk (Bagi lelaki: tidak boleh memakai baju, seluar, jubah, topi, atau pakaian berjahit lain yang mengikut bentuk badan).
  2. Menutup kepala (Bagi lelaki: tidak boleh memakai songkok, serban, atau kain yang menutup kepala).
  3. Menutup muka (Bagi wanita: tidak boleh memakai niqab/purdah yang menutup muka).
  4. Memakai sarung tangan (Bagi lelaki dan wanita)
  5. Memakai wangi-wangian (Pada badan, pakaian, atau makanan).
  6. Memakai minyak rambut (Di kepala, janggut, atau mana-mana bulu muka).
  7. Menanggalkan rambut/bulu (Mencukur, mencabut, atau menggunting rambut/bulu di badan).
  8. Memotong kuku (Kuku tangan dan kaki)
  9. Memotong pokok/tumbuhan (Di Tanah Haram Makkah).
  10.  Memburu binatang (Membunuh atau menyakiti binatang buruan darat yang halal dimakan)
  11. Melakukan pendahuluan persetubuhan (Bersentuhan dengan nafsu, bercium, bermesraan).
  12. Persetubuhan (Jima' - boleh membatalkan haji/umrah).
  13. Berkahwin/Mengahwinkan (Menjadi wali atau wakil nikah).

Lepas tu kami satu bas pun mula bertalbiah sambil dipimpin oleh mutawwif, 

Labbaik Allahumma Labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik, Innal hamda wan-ni'mata laka wal-mulk, la sharika lak.

"Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu".

Bergema seluruh bas tu dengan lafaz talbiah. Masa tu dada aku pun rasa sesak, tiba-tiba mengalir pulak air mata  ni.. Yelah.. kita ni tak baik mana, banyak pulak dosanya. Tapi diizinkan untuk menjadi tetamuNya dan jejakkan kaki ke Baitullah akhirnya.

Syukur kepada Allah.

Selamat tinggi Bir Ali

Sekarang kan ramai orang lebih memilih naik speed train, 2 jam je perjalanan dari Madinah nak ke Makkah. Kami ni guna bas je, jadi 6 jam perjalanan. Tapi seronok je sebab dapat tatap pemandangan slow-slow. Pastu sambung tido jela.


Setelah 4 jam perjalanan, bas pun berhenti di RnR area Wadi Qudaid. Kat sekeliling area RnR ni pun tak banyak bangunan lain, melainkan kawasan padang pasir yang tandus dan beberapa tempat makan yang boleh dikira dengan jari. Ustaz cakap, area Wadi Qudaid ni pernah jadi kawasan persinggahan Rasulullah ketika dalam perjalanan dari Makkah menuju ke Madinah.

Fasiliti yang disediakan di sini adalah tandas, surau dan jugak tempat makan. RnR ni agak femes dalam kalangan jemaah. Rombongan kami dapat duduk kat meja bahagian hujung-hujung je.

Dari hujung kanan sampai hujung kiri penuh!

Macam biasa, makan nasi arab di dalam talam dan perlu share 5 orang. Lauk yang ada kalini adalah ayam bakar dengan ikan goreng. Makanannya okay je. Cuma aku banyak cuit ikan daripada ayam, sebab ayam tu hitam benorr. Jadi rasanya sedikit kering dan plain.

Tersandar kekenyangan lah lepas makan. Nasib baik ada gap 2 jam lagi untuk sampai Makkah. Dapatlah reda kan perut ni sebelum buat umrah :p  


Bila dah masuk sempadan Tanah Haram, kami pun melalui Masjid Aisyah di Tan'im yang jaraknya kurang 10 km dari Masjidil Haram. Dari jauh dah nampak menara jam Mekah, rasa berdebar-debar pulak.

Penginapan kami selama 7 hari 6 malam di Makkah

Tiba di Al-Olayan Golden Hotel hampir pukul 9 malam. Time tu jugaklah ada jemaah dari negara lain pun check in sekali, lobby jadi padat dengan beg. Nak tunggu lift pulak, sentiasa penuh dengan orang turun naik. Paling-paling pun 15-20 minit lah baru boleh sampai bilik.

Suasana lobi hotel yang bersih

Sebab malas nak tunggu lift, sadokan jugaklah diri ni untuk angkat beg dan naik tangga sampai tingkat 7. Mujur bilik kat tingkat 7 je, bukan tingkat 16. 

Anyway, sama macam di Madinah, kami dapat bilik berempat. Tapi biliknya sangat sempit dan tak boleh berselisih. Nak bukak bagasi pun terseksa, tambah pulak setiap sorang bawak 1 bijik bagasi besar tu haa.

Good thing is katil dia bouncy dan bantal empuk

Taktahu lah bilik ni memang ada untuk 1 jenis je ke macam mana.. Sebab family kaklong, ayah & abang aku dapat bilik yang lebih luas dan selesa nak melangkah. Agaknya ini ujian kami di Tanah Haram kot, haha.

Dapat rest sekejap kat bilik dan perlu turun semula ke lobi sebelum pukul 11 malam sebab kita nak pergi ke masjid pulak. 


Ramai di antara jemaah kami ni adalah umrah pertama kali, so ustaz Arif pun briefing sikit tentang perjalanan kami malam tu. Nak masuk ikut pintu mana, apa landmark terdekat, etc... Jarak hotel kami nak ke Masjidil Haram adalah 680 meter, perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke pintu masuk masjid.

Jalan kaki tak terasa jauh sebab ralit tengok suasana malam yang hidup
King Fahd Gate yang sudah kelihatan


42 comments:

  1. Labbaik Allahumma Labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik, Innal hamda wan-ni'mata laka wal-mulk, la sharika lak.
    ya Allah, rasanya merinding sekali tiap kala melantunkannya ya mbak. Sedih, sebab diri ini belum bisa melangkah ke tanah suci.
    Tapi sekedar melihatnya dari foto je, rasanya hati sudah senang betul. Makasih ya mbaaak sudah berbagi cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ikuti kursus umrahp un dah rasa merinding setiap kali praktis lafaz talbiah, apatah lagi bila melafazkannya saat mahu benar2 menuju ke kaabah. nangis teruss

      Delete
  2. Macam hangus je ayam tu. Alhamdulillah syukur dapat pengalaman di tanah suci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hangus la jugak haha. kitorang makan isi dia je

      Delete
  3. Ye ye... uncle pun rasa berjalan kaki tu pun macam satu rezeki juga... Dapat berkenalan dengan tuan2 kedai di kiri kanan. Suasana keliling tu tak sama dengan suasana di negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jalan kaki ni, tak terasa jauh pun sebab meriah tengok ramai org berjalan kaki macam kita. pastu boleh usha2 kedai shawarma sedap hehe

      Delete
  4. Akk dulu pun naik bas. Bergenang airmata bila teringat hijrah Nabi SAW, berjalan kaki dari Mekah ke Madinah tu. Besar pengorbanan Baginda.

    Masjid Bir Ali ni cantik, warna putih Akk minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayu kan.. kita naik bas 6 jam pun dah terasa lama, Nabi tu berbelas-belas hari hijrah dari Mekah sampai ke Madinah dalam keadaan yg serba kekurangan zaman tu :(

      sini banyak masjid2 putih!

      Delete
  5. lobby hotelnya nampak luas..tapi jenuh tu kena angkut beg naik tingkat 7! sempit jugak space bilik tu (ala2 kat london plak hahahah)...nasi dgn lauk ayam/ikan share mkn ber5 tu ..menggamit memori saya umrah zmn2 dulu jugak..mkn gitu jugak time singgah RR...dan time tu semua org starving sbb ada delay kat airport (beg tersalah hantar ke terminal lain)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya takde kesabaran yg tinggi utk tunggu lama2. biarlah yg tua2, yg duduk tingkat tinggi je naik lift tu huhu.
      makan nasi dalam talam ni perkara wajib lah time buat umrah. seronok kedai tu tkyah cuci pinggan banyak2 :p

      Delete
  6. Rindu pulak dgn Mekah bila baca entry ni. Tak terasa dah setahun masa berlalu 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah rindu jugakk. haritu adik ckp nk try gi umrah time bulan ramadan. kena sediakan 12k at least hehe

      Delete
  7. Kuat Mazni, angkut beg sampai tingkat 7. Samalah kita, masa di Mekah, dapat bilik sempit. Tapi takpelah, bukan duduk dalam bilik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengorbanan kecil, semata2 sebab taknak beratur tunggu lift.
      betul ni. duduk bilik untuk tidur je. cuma rimas bila nak bukak2 beg tu jela, takde space nak memunggah sakan

      Delete
  8. Ya Allah moga kita semua sentiasa berpeluang untuk ke sana berkali kali. Aamin ya Rabb .

    Seronok tengok suasana dekat sana. Terasa macam meriah lain macam sebab semua berjalan kaki.

    Memang ujian tu dapat bilik sempit. Tak dapat naik lif pon ujian juga. Takpe Allah sayang lebih inshallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn untuk doa cuya. Kat sana memang seronok jalan kaki, 1km pun tak terasa jauh!

      Apalah sangat time musim umrah kan... Ni kalau musim haji entah berapa lama kena tunggu lift ni

      Delete
  9. masa umrah 1st dulu sy bermiqat kat sini. masa tu pagi. orang tak laa ramai sgt. masjid pun rasanya dah byk perubahan berbanding dulu dr segi infrastrukturnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok dari luar pun besar betull! Mesti dah banyak dinaiktaraf utk tampung jumlah jemaah yg ramai

      Delete
  10. ish biar betik keciknya bilik...
    sebab tgk ruang nak lalu tu pun...
    tp x pe laa ... mgkn hikmahnya kite dpt duduk lama kat masjid kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa banyak kali entah tersadung kt beg, kat katil haha. Kitorg pulak asyik cakap bilik tu sempit je, ha sampai kesudahlah memang terasa sempit biliknya 🤣🤣

      Delete
  11. Memang lafaz talbiah tu akan meresap masuk dalam hati..apatah lagi, memang dah tahu sudah berada di langit dan tanah yang sama..
    Ya Allah, berikan lah kesempatan dan peluang untuk kak Linda dan keluarga menjejakkan kaki di tanah suci..aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak. Perjalanan tu sungguh terasa bila kita lafaz talbiah dan memang tgh otw ke masjidil haram :')
      Aminn utk doa akak. Semoga ada rezeki kesana juga

      Delete
  12. Bila membaca perkongsian Mazni tentang umrah Mazni sekeluarga ni buat hatinya sebak. Semoga semua yang membaca blogpost ini dijemput untuk menunaikan umrah samada kali pertama atau kembali menunaikan umrah yang kedua, ketiga, dsb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn utk doa ksarie. Semoga kita sentiasa dijemput lagi dan lagi

      Delete
  13. Akak pun haritu pertama kali dalam hidup pakai serba putih.
    Memang sado Mazni angkut beg naik tangga sampai tingkat 7 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun nasib baik pekerja hotel angkatkan beg bagasi sampai depan bilik. Kita angkat beg2 yg lain jelah hihi

      Delete
  14. Subahanallah, nampak paparan ini, ada rasa rindu..ya Allah menarik..sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tulis kat blog ni supaya tak lupa moment2 di sana

      Delete
  15. akak dlu niat dr dlm Kereta Api Ekspres semasa melalui Miqat Bir Ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next umrah saya nak naik train jugaklah!

      Delete
  16. Kalau ada rezeki kesana lagi, sayapun ingin merasakan naik speed train. Sebab dulu saya umroh belum ada speed train ini.

    Saya dapat kamar yg sempit saat di Mekkah, yg Madinah justru luas 😅. Tp untungnya Krn kami minta kamar untuk berdua saja, tak nak sharing, jadi kamar yg harusnya bisa ber4, katil kosong bisa untuk letak koper 😄.

    Rinduuuu nak balik kan. Suami nak ajak anak2 kalau bisa kesana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun! Laju boleh sampai dalam masa 2 jam je.

      Bilik kami kat Madinah pun luas sikit dari di Mekah. Baguslah bilik kak fanny tk duduk smpai 4 orang. Saya ni hari2 asyik terlanggar beg atau katil je 🤣

      Delete
  17. Betul kalau tunggu memang lama la nak dapat lif tu. Seronoknya, rindu sangat Tanah Suci. Moga dapat kembali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru musim umrah. Takleh bayang kalau haji macam mana pula huhu

      Delete
  18. Wonderful photos and account of this trip! Thank you so much for sharing.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah rezeki Mazni. Semoga satu hari Faa dan keluarga pula dapat jejakkan kaki ke sini, in Sha Allah :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. Semoga semua umat islam dpt jejakkan kaki ke sini

      Delete
  20. Membaca & mendengar lafaz talbiah tu auto ada satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.
    Semoga akak sekeluarga dapat panggilanNya untuk ke sana.

    ReplyDelete
  21. Rindunya nadi Arab di sini. Dulu pernah sekali makan lauk ikan goreng dan ayam di sini. Rasa sedap pula, sampai teringat-ingat.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~