Sambungan daripada --> Ladang Nira Nipah Napiah
Sebenarnya tahun lepas aku pernah makan kat restoran Big Stone dekat Lembah Bujang ni. Dalam satu kawasan yang sama je rupanya, masa nak balik tu baru perasan ada muzium. So tahun ni alang-alang kat Merbok, kita mai singgah sini untuk menyelami sejarah Kedah Tua.
Tudiaaa ayat macam sejarawan terunggul kan?
![]() |
one with Candi Bukit Batu Pahat |
Kalau baca buku sejarah, mesti kita tahu rata-rata penduduk tamadun awal di Semenanjung Tanah Melayu menganut agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Sebanyak 50 buah tapak-tapak candi telah ditemui di Lembah Bujang. Candi-candi tersebut dianggarkan dibina antara kurun Ke-4 hingga kurun Ke-12 masehi.
Selain berfungsi sebagai pusat penyebaran agama, Lembah Bujang ni juga merupakan pusat perdagangan penting yang menghubungkan Cina dan India. Kawasan ini merupakan laluan pintas melalui jalan air Sungai Merbok ke Kelantan dan ke Laut China Selatan. So tak hairanlah kenapa penyebaran agama meluas kat situ.
![]() |
replika eskavasi yang dijalankan di Lembah Bujang |
Aku jadi berminat nak pergi Lembah Bujang ni sebab penyelidik ada jumpa penemuan baru pada tahun lepas, iaitu arca Buddha bersaiz hidup di Bukit Charos. Dianggarkan arca tu wujud di sekitar abad ke-5 masehi dan merupakan tamadun tertua di Asia Tenggara. Sekaligus usianya lebih tua dari Angkor Wat. Korang boleh baca beritanya di sini --> Arca Buddha di Bukit Choras.
Kat sini ada muzium arkeologi di mana dia tempatkan hasil penemuaan macam tembikar ke, patung-patung kat dalam muzium. Mohler tatap gambar-gambar kat bawah ni yepss.
![]() |
tempayan untuk simpan air yang dibuat dari bongkah granit |
![]() |
gelang teracotta. Berfungsi sebagai pengikat keteguhan tiang candi![]() |
Habis tengok-tengok artifak kat dalam, kita pergi luarlah pulak. Kena panjat tangga sikit untuk sampai ke tapak candi-candi purba tu sebab duduknya di kawasan yang agak berbukit.
Btw, bukanlah semua candi yang ada kat situ asalnya dari Lembah Bujang tau, ada yang dieskavasi dan dibina semula.
![]() |
"Selamat datang ke Lembah Bujang. Anda sedang meneroka tamadun kurun ke-2 hingga ke-14 Masehi" |
![]() |
Candi Pendiat. Tapak asalnya kat kampung Pendiat, tapi di reconstructed semula di Bukit Batu Pahat, Merbok |
![]() |
Candi Bukit Batu Pahat yang boleh nampak Gunung Ledang dari belakang |
![]() |
contoh lakaran awal pembinaan candi Bukit Batu Pahat |
Candi Pengkalan Bujang, dijumpai pada tahun 1960-an |
Peminat sejarah boleh la ni datang. Seronok jugak tengok tinggalan sejarah dulu2.
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi ni. .dah duduk Perak kang, boleh la cuti hala² utara nanti
ReplyDeleteMenarik tempatnya. Dapat lihat tinggalan sejarah. Akak tak pernah sampai sini lagi, walaupun pernah tinggal di Kedah, 2 tahun. Cantik pemandangan candi yang di belakangnya nampak Gunung Jerai tu.
ReplyDeleteOh? Sana pun ada Batu Pahat jugak? Ingat kat Johor je
ReplyDelete