30 Sept 2025

GA Mencari Saham Akhirat 2.0

 

Tadi blogwalking kat entry Kak Notie paling latest, katanya masih ada 2 kekosongan lagi untuk GA saham akhirat ni. So saya join lah sebab giveaway saham akhirat 1.0 haritu terlepas nak join punn. 

Syarat-syaratnya boleh baca kat bawah.

klik banner untuk ke link asal

1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadiah lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.

4. Pemenang GA Mencari Saham Akhirat 1.0 di kecualikan daripada join. Tujuannya supaya lain orang boleh dapat juga. 

Hadiahnya adalah Telekung travel cotton polyester daripada wafiy collection. Ada 7 jenis color jadi ianya randum lah ye. Rezeki masing-masing.

Semoga ada rezeki dapat nombor 9 atau 10 hehehe.

27 Sept 2025

Mencapai 1 juta pageviews

 

Berblogging dari 2011 yang asalnya adalah untuk suka-suka,  pada tahun 2025 akhirnya blog ini dah capai 1,000,000 pageviews. Honestly, aku ambil masa yang agak lama jugaklah untuk capai 1 juta ni, 15 tahun beb!

Orang lain 3 tahun buat blog dah boleh dapat 1 juta, kecoh jela Mazni ni kan? :p

gambar tak tepat 1,000,000 la pulak

Mulanya tak expect pun boleh capai by tahun ni. Sebab penghujung tahun 2024 haritu, nak kejar jumlahnya agak jauh. Tapi berkat tahun ni agak rajin update entry walaupun seminggu sekali, dapat jugaklah reach 7 angka ni. 

Aku berblogging sejak dari zaman sekolah lepas terpengaruh dengan ajakan kawan. Katanya blog ni macam online diari, boleh pasang widget cantik-cantik. Kita pun buatlah blog, tulis citer-citer merapu masa zaman remaja hingusan dulu hahaha. Tapi tak expect jugak era blog ni boleh bertahan sampailah umur yang sekarang ni.

Banyak kawan-kawan yang aku pernah kenal dari blog ni, sekarang dah tak aktif. Tapi kitorang masih follow each other punya IG atau facebook. Begitulah bagaimana era blog ni kian menyepi bila pengguna lebih memilih platform sosial media yang lain.

Apapun, terima kasih untuk korang yang sudi baca blog saya, sudi tinggalkan komen dan saling support each other punya blog. Tanpa korang, tak mungkin saya akan capai sejuta pageviews ni. Bukanlah dapat duit daripada blogspot ke apa bila kita reach 1 juta ni. Dia just another milestone untuk saya bahawa ada jugak yang sudi baca blog sendu ni, hahaha.

Harapnya adalah salah satu entry dari blog saya ni yang bagi manfaat dan info untuk pembaca. Sikit pun takpelah, yang penting ada.

ps: dah capai 1 juta ni, haraplah adsense boleh lulus. Tiberrr

24 Sept 2025

Jalan Kuala Terengganu - Pasar Payang & keropok lekor

 

Cuti Maulidur Rasul awal bulan haritu, kami pergi ke Ajil Terengganu bagi memenuhi undangan kahwin kawan masa ke Gunung Kinabalu. Sebenarnya, bride ni kawan kepada adik aku. Tapi kitorang jadi bestie pulak sebab family kami semua kenal dia. Dah supo anak ke-enam lah kiranya.

Aktiviti hari pertama tu cuma check in homestay, pergi kenduri je. So tak perlulah aku nak story mory kat sini kot. Kita skip ke second day, jalan-jalan di Kuala Terengganu!

Negeri yang paling aku suka di Semenanjung Malaysia ni, tak lain dan tak bukan adalah Terengganu. 

Pantai Penarik

Terengganu terkenal dengan pantainya yang cantik, spot sungai dan air terjun yang jernih, hasil kraftangan seperti songket dan ukiran kayu yang masih dilestarikan, serta makanannya yang sedap-sedap! (This is pantai timur bohh, memang makanan sedaplah). Kalau tiap-tiap tahun repeat Terengganu pun kita tak kisah sebab tempatnya best sangat.

Dari homestay Kuala Berang menuju ke Kuala Terengganu, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit. Alhamdulillah traffic clear je. Takleh bayangkan kalau kitorang datang masa cuti Malaysia baru ni, mesti jem terukk! (cuti umum bersambung + cuti sekolah)

datang Terengganu patutnya makan nasi dagang, tapi tetaplah cinta mati dengan nasi kerabu :p 

Lepas sarapan, kita memulakan misi pengeluaran duit iaitu tak lain dan tak bukan SHOPPING! Just like typical tourist, mestilah kita pergi Pasar Payang untuk shopping sakan. Aku dah cakap kat diri sendiri, taknak beli apa-apa sangat pun. Tapi tengoklah japlagi apa yang kita bawak balik..... hahaha

Perkara biasalah bila jem kat Pasar Payang ni
sayang betul Bazaar Warisan yang cantik ni tak dijaga. Seni ukiran yang ada pada bazaar ni susah nak dapat kat mana-mana tau

Kami target shopping kat sini 2 jam je. Kat sini ada 2 Pasar Payang . Untuk bahagian makanan samada kering atau basah, boleh cari di Pasar Payang 2. Manakala Pasar Payang 1 menjual pakaian, batik atau barangan kraft.


Kami tak shopping banyak barang sangat pun kat Pasar Payang 2 ni. Cuma beli belacan, sos dengan keropok sikit-sikit je. 

Masuk je Pasar Payang 1. Aku terjumpa kedai nama Anggeris Cottage kat level bawah. Shop ni jual barang-barang handmade comel macam bookmark, fridge magnet. Aku tertarik dengan fridge magnet yang berbentuk nasi dagang. Harga seketul pulak RM15.

Ada banyak lagi design comel-comel macam kuih tradisional, ketupat sotong. Tapi dah nama pun datang Terengganu, mestilah kita ambil design nasi dagang!

hasil shopping pertama. Tapi magnet ni hilang taktau ada kat mana. Nak nangissssss sebab bukan senang nak jumpa magnet handmade macamni!

Niat di hati nak beli fridge magnet handmade seketul je. Tiba-tiba dihasut oleh kakak dan adik aku untuk beli baju kelawar. Kisahnya, kalau beli sehelai harga dia RM55, tapi bila beli 3 boleh dapat RM120.

Disebabkan baju kelawar ni original batik lukis dan cantik, aku redha jelah beli sehelai buat kenangan. Tapi maaf, lupa ambil gambar kedai yang kitorang shopping ni. 

Tapi pekedai tu happy betul bila kami shopping kat sini. Dia cakap orang luar yang banyak support kedai-kedai yang ada kat Pasar Payang ni. 

songket tenun asli yang starting price dari RM600 - RM2000

Lepas puas bershopping tak ingat status kewangan, kami pun macam tak tahu nak pergi mana dah sebab masa tu baru pukul 12 pm. Awal lagi. Nak pergi makan sotong celup tepung, tapi masih kenyang dengan nasi kerabu pagi tadi. Lagipun kedai celup tepung Pok Nong yang glemer tu buka pukul 3pm. Ajak naik Jambatan Angkatan Terengganu, diorang ni taknak pulakk.

lalu bawah jambatan angkat

Mak cakap nak singgah beli keropok lekor. So kita pun geraklah pergi kampung Losong yang jaraknya tak jauh mana pun dari bandar Kuala Terengganu. Hampir setiap tempat di Losong tu ada je orang yang jual keropok lekor.

Kat rumah dah banyak sangat stok keropok keping, so kita beli keropok lembut je. Kat Terengganu ni memang antara benda wajib dibawa balik adalah keropok lekor sebab isi ikannya banyak berbanding beli kat mana-mana entah, tepung lagi banyak dari rasa ikan.

Nanti sambung kat next entry. Babai!


23 Sept 2025

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025)

 

klik gambar untuk join!

Haritu nampak blogger Cie anjurkan segmen pencarian bloglist. Sebab saya pun memang hari-hari baca blog Kak Cie, kita support lah beliau buat segmen. Tarikh tutupnya sampai 30 September ni je.

Syarat nak join pun mudah seperti di bawah,

  1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
  2. Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
  3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
  4. Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.
Pemilihan bloglist akan dibuat secara random melalui Wheel of Name. 5 pemenang akan dimasukkan dalam bloglist sidebar untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025). Siapa-siapa yang belum join lagi, mohler kita :D


20 Sept 2025

Bestfriend got married!

 

Cuti Malaysia baru ni, orang ramai berjalan sana sini. Maklumla cuti bersambung 4 hari. Aku pulak memenuhi undangan perkahwinan kawan dari zaman diploma, merangkap degree. Ni antara kawan rapat yang wajib akan jumpa tiap tahun walaupun dah habis belajar. Kami sama-sama duduk Selangor dan senang nak roger kalau pegi mana-mana :p

waww dah jadi puan lah!

Bulan 8 haritu, aku ada cerita pergi camping kat Hulu Langat sebab nak buat surprise untuk kawan yang nak kahwin kan? Ha inilah budaknya. Siapa yang tak baca lagi cerita camping yang tak berapa nak camping tu, boleh klik link ni --> Camping Moonkissed by The River

Tahun 2015, umur 18 kami masuk UiTM Shah Alam sebagai pelajar diploma Art & Design. Geng kami ni 8 orang totalnya terdiri dari Jiji, Liya, Nina, Adriana, Ainul, Arissa, Amni dan juga aku.

Kawan yang kahwin ni namanya Amni.

muka 18 tahun (2015) masa join pertandingan melukis sempena merdeka. Dapat tempat pertama dari belakang haha!
dinner as budak final diploma
And 10 years later, dapat berkumpul balik dengan kawan-kawan. Cuma Arissa je takde :(

Dipendekkan cerita, masa nak sambung degree tu cuma aku, Arissa, Amni dan Ainul je yang sambung course sama. Adriana pulak masih di dalam universiti yang sama, tapi ambil course lain. Manakala lagi 3 orang tu tak sambung degree.

Aku sayang je semua kawan-kawan yang 7 orang ni. Tapi sebab Amni kahwin pada tahun ke-10 perkenalan kitorang (2015-2025), so kita buat entry khas untuk dia la sebab rasa special pulak menjelang 10 tahun perkenalan. Bukan kita pilih kasih ye gaizz.

konvo diploma. lagi 2 orang ahli hilang
konvo degree. Tinggal 4 ketul ni je

Masa mula-mula kenal Amni, dia ni bertongkat tau. Bila tanya sakit apa, dia kata masa sekolah rendah dulu pernah lumpuh separuh badan. Sampai koma berbulan jugaklah. Lepas sedar dari koma tu, dia duduk atas kerusi roda je. Sejak dari sakit tulah Amni jadi pemegang kad OKU..

Lama-lama sikit tu, barulah dia mula pakai tongkat sebab dah boleh berjalan. Tapi kaki masih tak kuat sangatlah. Bila masuk degree, Amni masih lagi pakai tongkat. Tapi kadang-kadang dia buang je tongkat tu sebab member flex dah ada kaki baru a.k.a leg support lahh! Happy tengok progress budak ni!

muka bangga setelah berjaya panjat tangga ikonik UiTM Puncak Alam

Ingat lagi bulan September tahun lepas, Amni ajak aku teman dia balik kampung dekat Alor Setar. Nak pergi kenduri kahwin kawan dari sekolah rendah katanya. Aku pun ikutkan jelah walaupun duit nan hadoo, haha.

Amni baru lepas broken dan nak move on waktu tu. At the same time, dia tengah di fasa talking stage dengan husband dia. Diorang kenal ni pun sebab minat hobi mancing. Before nak jumpa for the first time tu Amni mintak pendapat aku. Dia macam tak yakin laki tu boleh terima atau tak, sebab Amni cakap dia ni kan tak sempurna, ada sakit.

Aku cakap jumpa jelah dulu. Kau cantik kot, ada minat yang sama dengan laki tu. Orang taknak kau, dialah yang rugi! Berapa bulan lepastu tengok diorang ni macam selalu je pergi berfishing sama-sama, kira onz letteww.

gambar was taken september last year kat menara Loqstaq. September tahun ni terus berstatus bini orang gitew!

Tuptup masa kitorang camping bulan 12 tahun lepas, Amni bagitau dia nak tunang bulan Februari. Dan 6 bulan selepas tu, beliau selamat bergelar isteri orang.

Kami happy gila bila Amni dah kahwin! She's the only anak tunggal umi dan ayah. Walaupun anak tunggal, tapi aku rasa hidup dia tak sunyi pun sebab silaturahim dengan pakcik, makcik, dan sepupu dia sangat kuat ye. Dapat pulak laki dia yang adik beradiknya sampai 7 orang total, meriah teruklah. 

my UiTM gurls

Kenduri kahwin dia jangan cakaplah gilang gemilang macam mana. Semua ahli keluarga bertungkus lumus nak jayakan majlis kahwin ni. Siap ada tentatif detail lagi untuk makesure semua timing tepat pada masanya. Nak nak pula, she is cucu sulung bagi belah umi. Confirmlah persiapannya all out teruks.

Untungnya Amni ada keluarga besar yang happening. Dah setanding dengan majlis Fattah Amin & Amira Othman tak? xD

sifat keguruan terserlah, the groom and bride baling coklat untuk budak2. Comel!

Masa hari sanding tu, punyalah ramai yang datang. Pukul 11.30 am tu parking dah hampir penuh, walhal dewan tu besar tau. Lihatlah penangan anak tunggal sorang yang diraikan ni, haha.

Makanan pun ada banyak pilihan dan semua sedap-sedap! Ada nasi kenduri, laksa, colek buah, bubur pulut, dessert, aiskrim, apam balik crispy. Paling rare, ada mushroom soup! 

Apapun, tahniah kepada Amni dan Zuqi. Semoga perkahwinan korang sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia sampai syurga. Kami percaya Zuqi boleh jaga Amni baik-baik!

Anyway, terimalah pantun 2 kerat yang buruk ni dari guwe,

Mula berkenalan dari kolam pancing,

Laaa tiba-tiba terpancing hati!

Selamat pengantin baru Amni & Zuqi!


17 Sept 2025

Spring Raya : Tiananmen Square

 

Sambungan dari --> Beijing Olympic Park

5 April 2025

Memasuki hari ke-4 di Beijing, kita akan pergi dekat one of national symbol dia, iaitu Tiananmen Square. Cara nak ke sini, boleh turun di Stesen Tiananmen East atau Tiananmen West dengan menaiki metro line 1. Boleh juga turun di Qianmen Station.

Memang semua tourist place di Beijing ni kena scan barang, scan body bagai kan. Tapi pemeriksaan keselamatan kat sini, tersangatlah ketat ya. Dia akan check sedetail-detailnya sampaikan line untuk beratur tu jadi panjang. Kami bawak ground sheet (tikar camping) pun, habis dibukaknya sebab diorang ingatkan benda tu adalah banner untuk pemberontakan. Maklumla tikar aku tu warna hitam.. Tak pasal-pasal disalah erti, haha.

Ok kita cerita sikitlah kenapa tempat ni ketat sangat kawalannya.

Tiananmen Square yang terletak di tengah-tengah bandar Beijing ni, merupakan simbol negara China. Ia meliputi 440,000 meter persegi dan berdiri sebagai salah satu dataran awam terbesar di dunia. Dataran ini menjadi tempat beberapa peristiwa penting dalam sejarah China, termasuk pengisytiharan Republik Rakyat China pada tahun 1949.

Banyak detik-detik penting dalam sejarah China yang dibuat disini. Daripada upacara empayar kepada gerakan revolusioner dan perayaan kebangsaan. Dataran ni juga menampilkan Dewan Besar Rakyat, tempat dimana berlangsungnya pelbagai acara politik penting, dan Muzium Kebangsaan China.

Disebalik kemegahan simbol negara China, rupanya tempat ni pernah berlaku peristiwa berdarah pada tahun 1989, dimana rakyat yang berdemonstrasi pada waktu tu dibun** beramai-ramai

Mengikut pembacaan aku oleh pak Wiki, protest ni dicetuskan selepas pemimpin Chinese Communist Party(CCP) merangkap pro-demokrasi depa ni meninggal. Rakyat jadi risau pasal inflasi, rasuah, kemiskinan dan masalah pengganguran. Walaupun CCP dah laksanakan pelbagai reformasi, tapi masih tak cukup untuk mengatasi masalah tersebut.

Dewan Besar Rakyat. Uuu ada bintang 3

Bila dah takde cara untuk berdamai antara kedua belah pihak, dia seru semua batallion tentera untuk 'usir' peserta yang berdemo ni. Kemudian berlakulah pertumpahan darah. Kerajaan diorang kata angka kematian adalah 300 lebih, tapi sebenarnya dah mencecah ribuan orang, kerana mereka sendiri tak dedahkan angka rasmi pada waktu tu sebab taknak orang luar tahu. Semacam nak erase sejarah jugalah.

Peristiwa ni menjadi topik yang sensitif bagi PRC dan hingga kini, mereka masih tak mengakui ataupun memohon maaf atas apa yang berlaku. 

Aku wonder siapalah pakcik kat gambar tu.. Itulah Mao Zedong, the first chairman of the People's Republic of China

Tau tak benda apa yang kelakar? Rupanya Tiananmen Square ni bersambung dengan Forbidden City. Kalau tahu, masa hari kedua tu kita sekalikan je Tiananmen dengan Forbidden City ni sekaligus tau! Buat penat je datang hari berasingan sebab dekat Tiananmen ni takde apa-apa sangat pun selain nak bergambar buat syarat, haha!

Korang boleh baca cerita Forbidden City dekat entry ni --> Melawat Forbidden City

Monument to the People's Heroes

Tuga pahlawan ni dibina pada tahun 1952 di tengah-tengah dataran Tiananmen. Ia merupakan the first large scale memorial built in China bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban. Ukiran tulisan tu bertulis 'The People's Heroes are Immortal" oleh Mao Zedong.


Dari tugu pahlawan ni, aku nampak something yang cantik. Dari jauh macam bunga jee, mesti lawa bila ambil gambar. Bila tengok dari dekat, larhh rupanya kayu yang dah dispray berwarna-warni! Kreatifnya lahaii.

nampak macam bunga kan?!
tapi sebenarnya kayu!
Mao Zedong Memorial Hall
China National Museum

Tak sampai sejam pun melawat Tiananmen ni. Padahal nak beratur masuk tadi punyalah lama. Tapi okaylah asal dah ada gambar kan. Masa otw balik tu, aku tengok barisan beratur masih lagi ramai orang. Memang tempat ni tak pernah lekang dari visitors, especially dari rakyat diorang sendiri.

view Tiananmen dari seberang jalan

Pastu sajalah nak share, kat China ni kan terkenal dengan tandas yang takde pintu, atau tandas open yang boleh borak dengan orang sebelah kan. Kat Tiananmen ni kitorang jumpa cubicle toilet yang aku rasa agak decent sikitlah walaupun tak bertutup habis.

Kebahagian tandas awam kat sini adalah bila jumpa toilet yang sempurna, ataupun toilet yang ada partition tinggi camni. Kalau jumpa toilet tak bertutup tu, aku lebih sanggup kena batu karang daripada eyak kat situ, haha.

walaupun tandas ni tak cukup sifat, tapi bersih tau xD

Next, kita nak pergi cari masjid pulak. Akan bersambung di cerita seterusnya.

14 Sept 2025

Candi Lembah Bujang

 

Sambungan daripada --> Ladang Nira Nipah Napiah

Sebenarnya tahun lepas aku pernah makan kat restoran Big Stone dekat Lembah Bujang ni. Dalam satu kawasan yang sama je rupanya, masa nak balik tu baru perasan ada muzium. So tahun ni alang-alang kat Merbok, kita mai singgah sini untuk menyelami sejarah Kedah Tua. 

Tudiaaa ayat macam sejarawan terunggul kan?

one with Candi Bukit Batu Pahat

Kalau baca buku sejarah, mesti kita tahu rata-rata penduduk tamadun awal di Semenanjung Tanah Melayu menganut agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Sebanyak 50 buah tapak-tapak candi telah ditemui di Lembah Bujang. Candi-candi tersebut dianggarkan dibina antara kurun Ke-4 hingga kurun Ke-12 masehi. 

Selain berfungsi sebagai pusat penyebaran agama, Lembah Bujang ni juga merupakan pusat perdagangan penting yang menghubungkan Cina dan India. Kawasan ini merupakan laluan pintas melalui jalan air Sungai Merbok ke Kelantan dan ke Laut China Selatan. So tak hairanlah kenapa penyebaran agama meluas kat situ.

replika eskavasi yang dijalankan di Lembah Bujang

Aku jadi berminat nak pergi Lembah Bujang ni sebab penyelidik ada jumpa penemuan baru pada tahun lepas, iaitu arca Buddha bersaiz hidup di Bukit Charos. Dianggarkan arca tu wujud di sekitar abad ke-5  masehi dan merupakan tamadun tertua di Asia Tenggara. Sekaligus usianya lebih tua dari Angkor Wat. Korang boleh baca beritanya di sini --> Arca Buddha di Bukit Choras.

Kat sini ada muzium arkeologi di mana dia tempatkan hasil penemuaan macam tembikar ke, patung-patung kat dalam muzium. Mohler tatap gambar-gambar kat bawah ni yepss.

tempayan untuk simpan air yang dibuat dari bongkah granit
gelang teracotta. Berfungsi sebagai pengikat keteguhan tiang candi

Habis tengok-tengok artifak kat dalam, kita pergi luarlah pulak. Kena panjat tangga sikit untuk sampai ke tapak candi-candi purba tu sebab duduknya di kawasan yang agak berbukit.

Btw, bukanlah semua candi yang ada kat situ asalnya dari Lembah Bujang tau, ada yang dieskavasi dan dibina semula. 

"Selamat datang ke Lembah Bujang. Anda sedang meneroka tamadun kurun ke-2 hingga ke-14 Masehi"
Candi Pendiat. Tapak asalnya kat kampung Pendiat, tapi di reconstructed semula di Bukit Batu Pahat, Merbok
Candi Bukit Batu Pahat yang boleh nampak Gunung Jerai dari belakang

Candi Bukit Batu Pahat ni merupakan candi induk utama di Lembah Bujang ni. Sebab tu saiznya lebih besar berbanding tapak yang lain. Candi ni pertama kali dijumpai pada tahun 1936 oleh Quaritch Wales. Senibinanya berunsur Hindu Siva dengan Vimana dan Mandapa sebagai struktur utamanya.

Aku pun tak faham apakebenda Vimana Mandapa tu. Sejenis bahan-bahan binaan atau rekabentuk kot?

contoh lakaran awal pembinaan candi Bukit Batu Pahat
Candi Pengkalan Bujang, dijumpai pada tahun 1960-an

Candi terakhir yang ada kat sini, a.k.a yang tapaknya paling tinggi adalah Candi Bendang Dalam. Mula ditemui pada tahun 1960. Candi ni macam unik sikit sebab dia ada 2 tapak yang berasingan tak macam candi-candi yang lain. 


Kedua-dua bahagian dia dibina di atas tanah without any foundation, where the main material of construction is of laterite brick.

Pastu kat Lembah Bujang ni, boleh jugak mandi sungai. Nampak macam bersih je air dia ni. Kalau nak pergi makan, boleh pergi kat restoran Big Stone bawah daripada muzium tu je. Masa first time datang sini, kami makan daging yang kena gril sendiri ala-ala thai tu.


Untuk peminat sejarah, bolehlah try datang Lembah Bujang ni, masuk free je tau. Merbok ni adalah bukti Tamadun Kedah Tua, antara yang terawal wujud di Asia Tenggara tau. Rugi kalau tak ambil tahu pasal asal usul tanah kita yang unik ni.