19 Aug 2025

Camping - Moonkissed by The River


Baru ni, aku pergi ke Moonkissed by The River sempena nak sambut Bachelorette party untuk kawan. Yang kelakarnya, tuan badan taktau pun aku ada sekali dalam plan ni sebab haritu dah bagitau dia tak dapat join. Entah berapa banyak lapisan penipuan yang kitorang bagi kat dia semata-mata nak menjayakan surprise ni. Kahkahkah!

Okay, sebenarnya nak cakap camping tu... macam tak sangatlah.. Sebab kami pilih penginapan style tiny house (ala-ala chalet gitu). Rumah ni boleh muat 6 orang dan harga per malam RM600. Harga ni dah include sekali dengan breakfast.

Melati tiny house. Ada 2 unit je untuk penginapan style rumah ni

Mula-mula kitorang nak ambil khemah style glamping igloo tu. Kononnya nakkan suasana camping lah. Tapi yang tu harganya RM800 dan tandas pun kena sharing. Baik ambil style rumah ni je sebab lagi privasi. Ada tandas dalam bilik, siap ada dapur proper with refrigerator lagi. Cutleries untuk memasak pun semuanya lengkap. 

Cuma yang slacknya kalau ambil rumah ni takde bayar deposit, terus kena bayar full. Kitorang ada nak cancel booking haritu, tapi pihak sana cakap hanya boleh postponed tarikh je, cancel tak boleh. So make sure confirm betul-betul if nak book tiny house ni.

muka-muka yang ready nak surprise member. Keknya rupa tak murni sungguh sebab dah cair dalam kereta hahaha

Dah habis surprise member, mestilah kita masuk sungai! 

Pada aku, sungai dia okay-okaylah. Taklah jernih sangat, tapi tak juga kotor. Kena berendam kat area air yang mengalir baru syok. Sungainya pun cetek je, sesuai untuk keluarga yang bawa anak kecil.

Kat sini pun ada jugak ikan-ikan kecil kalau nak memancing. Kawan aku dapatlah tangkap beberapa ekor anak ikan. Dah dapat ikan tak boleh masaklah pulak sebab kecik sangat saiznya punn.


Kami ada jugak keliling sekitar campsite ni. Selain ada glamping dan tiny house, sini jugak ada tempat untuk sewa tapak dan boleh bawa khemah sendiri. Rasanya kalau nak sewa khemah kat situ pun boleh juga cuma aku taktahu kira macam mana.

Ada juga fasilities macam kafe, tandas dan surau juga kat sini.


Malam tu, berkecah lah dekat dapur untuk BBQ pulak. Menu kami haritu nasi butter, ayam dan sosej bakar + sayur-sayur je. Takdelah beria sangat nak masak banyak-banyak sangat sebab kita pun berenam je. Masak banyak-banyak satgi tahu tak habis sebab yela, perempuan kanss :p

Biasa kalau bab-bab membakar pakai arang ni, perlukan orang-orang laki. Kalini rasanya macam first time pulak aku pergi camping with all girls dan bakar guna arang camni haha. Btw, kayu arang dan besi grill tu pun semua dah disediakan. Ais batu pun ada jugak. 

Sangat complete ye duduk kat rumah ni!

ayam before
ayam after. yumzz

Lepas dah makan, aktivitinya mestilah main game atau gossip-gossip gitu. Maklumla ada kawan yang aku tak jumpa nak dekat setahun. Dari jauh dia datang untuk surprise kawan kami yang dah nak kahwin ni. Kitorang main UNO dan buat challenge tiktok merapu apa entah. Budak-budak kaki tiktok nilah yang mengajar, kita taktau sangat trend-trend remaja ni :p 


Overall, aku enjoy je dengan campsite Moonkissed ni. Barangan semua hampir lengkap. Kawan kami yang diraikan tu pun suka dengan surprise ni, plus lagi happy bila dia dapat memancing ikan jugak. Tempat ni memang sesuai untuk datang dengan family

Instagram : Ig Moonkissed
Lot 2912, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor


4 comments:

  1. Wah.. bestnya...tiny house tu berbaloi sangat dengan harga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula. Siap lengkap dgn semua benda 😆

      Delete
  2. Bestnya kalau semua kelengkapan ada. Ngam la tu rm600 bahagi 6 rm100 je sorang. Syok jugak aktiviti dengan kawan2 camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pilih glamping igloo tu lagi up sikit harganya, tpi peti ais takde. Better lah ambil rumah terus kan

      Delete

Nak komen apa? silakan~