Assalamualaikum
Ini sambungan daripada entry Camp Kayak Day 1. Untuk hari kedua ni, aktiviti kami adalah water tubing dimana kita akan menelusuri sungai dengan hanya berbekalkan pelampung dan life jacket. Sungai untuk harini tidaklah jauh macam day 1, dan air pun tenang-tenang je tak deras. Tapi tak jauh pun, adalah dalam 2 jam jugak kami round keliling sungai tu. I am sure sebahagian alur sungai yang kami lalu ni ada yang tak cecah kaki, makanya kita tawakal jelah dan jangan mengada-ngada nak keluar dari pelampung tu xD
![]() |
disini starting point untuk water tubing. alur sungai tak deras pun hehe |
Lepas dah test water confident dan penerangan guide, kami membentuk satu gugusan anggur dan gerak dibawa oleh arus sungai. Orang lain semua water tubing secara solo, kitorang ni je yang melekat dari awal sampai akhir xD
![]() |
Macamni lah kitorang dok melekat dari awal sampai akhir xD |
Water tubing ni memang sekadar duduk atas pelampung dan dibawa arus sungai je, takde kena stop di perhentian untuk makan. Cuma main benda ni kena elak batu, ranting-ranting pokok sebab badan kita terdedah sepenuhnya pada hazard di dalam air. Mujur je arus tak deras, kalau deras aku pun takut ye.
Bila water tubing ni aku tak suka bergesel dengan batu. Tahu jela batu sungai ni sakit nokk. Kawan kitorang sampai bocor pelampung. Nasib baik masa tu belum gerak jauh lagi, terus mintak pelampung baru dari guide.
Part yang paling best ialah bila lalu kat kawasan jeram yang airnya sedikit laju. Baru rasa extreme sikit! Tapi masalahnya kawasan jeram ni berbatu. Yang ni berbatu kita suka pulak?
![]() |
tak main la pelampung biasa, dia ni pakai pelampung itik terus! |
![]() |
lazy-lazy dalam air. kau hader?? |
Masa nak dekat sampai tu, cuaca mendung dan hujan pun start turun. Mujurlah bukan hujan lebat jenis ribut tu, kita kat dalam sungai tau! Kang kena hanyut tak memasal pulak dahh. Tak lama lepastu hujan stop dan kami pun sampai di finished point.
Maka tamatlah CampKayak di Little Amazon terengganu ni. Lepas settle kemas-kemas barang, masing-masing pun bersurai. Ada yang pergi jalan-jalan Kuala Terengganu, ada yang terus balik kampung.
Sebabkan aku ni carpool kereta orang, kita follow jelah dia nak singgah kedai kopi member dia kat Ajil ni. Pastu singgah pantai kejap untuk tengok sunset. Tapi aku lupa apa nama pantai ni.. Yang pasti cantiklah. (Pantai kat Terengganu pernah ke tak cantik?)
![]() |
selfie with sunset |
![]() |
pantai + sunset + Mazni = Cantik (tibehh!) |
Thanks for reading! Till next adventure!
No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~