10 Sept 2024

Jalan-jalan Kundasang - Desa Dairy farm

 Assalamualaikum.

Previous entry --> Summit Attack Mount Kinabalu

Bila badan dan kaki kita sakit lepas mendaki dan lepastu kita have a good deep sleep, memang bangun pagi tu badan rasa macam nak lumpuh. Turun tangga tu part yang paling syahdu sekali sakitnya, haha. Tapi hari ni banyak plan berjalan, so terpaksa gigihkan jugaklah.

Pagi tu kitorang pergi mendobi kain dan sambil tu sarapan pagi. Lepastu terus checkout homestay dan pegi jalan-jalan area Kundasang kat mana yang sempat je. Taknak terlalu rushing. Tapi kena bersabarlah jadi sardin yang dihimpit sementara nak tunggu lokasi bermalam ni pulak.

Btw, rumah yang kitorang bermalam ni nice dan agak luas. Rupanya keluar dari kawasan rumah tu, betul-betul view Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Besar gila, semalam masa check in tak nampak apalah sebab dah malam. 

korang boleh contact nombor ni. Muat duduk 8 orang

Lokasi pertama untuk jalan-jalan di Kundasang ni adalah ke Desa Dairy Farm. Hari pertama masa sampai Sabah ni memang Acai ada bawak pegi sini. Tapi masa tu hujan dan tempat ni dah nak tutup sebab sampai lewat, boleh baca kat entry SINI. Kalini kami datang lagi masa cuaca terik n boleh lepak lama sikit. Dapatlah bagi lembu minum susu dan shopping souvenir sikit.

Macam biasa, kalau datang Desa Dairy farm ni wajiblah makan dia punya gelato.

perisa favourite. Plain gelato + oreo topping

Aku try jugak gelato + strwberry syrup. Perisa ni pun sedap jugak cuma agak manis sikit. Tetap suka coklat + oreo je. Pastu kami lepak-lepak minum kopi dia dan makan pastry sikit. Rasa biasa-biasa je tapi harga tidaklah terlalu mahal untuk tempat tourist macam ni. 


Datang sini jangan lupa jugak beli produk-produk tenusu diorang. Ada saiz besar dan saiz kecil. Kalau kat Semenanjung, kita glemer dengan Farm Fresh. Tapi kat Sabah ni brand DESA ni jelah yang ada kat setiap pasaraya. Kat sini jugak boleh tengok dia produce susu ni :D

Langit biru yang sangat cantikk

Kitorang try cari area untuk tengok susu lembu diperah, katanya waktu pagi-pagi boleh tengok. Tapi macam tak jumpa. Akhirnya just bagi lembu minum susu kat kandang yang dah tersedia. Sebotol susu untuk lembu tu dalam RM3-6 tak silap.


Kalau bawak budak-budak, mesti diorang suka bagi lembu minum susu ni, comel sangat. tapi kesian sikit tengok keadaan lembu tu, muka sedih je dan kandang dia sedikit kotor.

Macam biasa, pukul 8 keatas je Gunung Kinabalu memang akan menyorok dibalik awan

Selesai lawat farm ni, kitorang pergi semula ke Kinabalu Park sebab adik aku nak beli medal. Masa turun gunung semalam nak beli tapi office dah tutup. Harga medal tu RM30 sahaja dan ada 2 design yang boleh dipilih.

Walaupun baru turun gunung semalamnya, harini dah rasa rindu dan rasa nak naik lagi

Nilah rupa medal RM30 tu. Pastu haruslah kitorang bergambar dengan sijil ni depan office Kinabalu Park sebagai tanda dah berjaya tawan Kinabalu. Flex la sikit xD

Tengah2 bergambar tu, tiba-tiba ada sorang abang ni ajak borak. Dia agent yang uruskan group naik Kinabalu. Abang ni bagitau nanti ada satu gunung baru akan dibuka di Sabah dan gunung tu akan jadi gunung kedua tertinggi di Malaysia. Maknaya Trusmadi akan jatuh ke tempat ke-3 lah kalau gunung ni dah buka nanti. Cuma aku lupa dah apa nama gunung tu.. Harap sahih la info daripada abang tu, sebab sampai sekarang belum dengar lagi news pasal gunung yang bakal menggantikan Trusmadi ni xD

Habis jalan-jalan untuk harini, kitorang pun gerak pergi lokasi terakhir untuk bermalam kat Sabah iaitu di Polumpung Melangkap, Kota Belud. Tempat ni merupakan campsite di tepi sungai yang menghadap view kinabalu. Antara campsite yang sangat popular di Sabah. 


Kitorang ambil 2 biji khemah yang boleh muat 4 orang serta dilengkapi dengan canopy, tilam bantal semua-semua tu, harga tak sampai RM150 pun. Untuk harga khemah tu RM30, canopy RM15, barang-barang lain kebanyakannya bawah RM10.

staf tengah setupkan khemah kitorang

Dah letak-letak barang tu terus masuk sungai. Cuaca waktu tu tengah panas, memang best dapat berendam dalam sungai yang airnya sejuk dan laju camni. Nama sungai ni ialah sungai Panataran dan air ni turun direct dari Gunung Kinabalu. Untuk kitorang yang kaki macam nak lumpuh baru turun gunung ni, elok sangat berendam dalam sungai ni untuk legakan otot kaki. Air pun bersih, so kalau terminum tak salahlah kan sebab ni dikira air gunung? :p


Malam tu kitorang cuma masak-masak megi dan borak-borak je. Walaupun waktu pagi sampai ke petang cuaca panas bahang, malam dia sejuk wey. Tidur nyenyak gila dengan bunyi deruan air sungai. 


Dah takde benda nak dibuat, aku tidur awallah. Diorang yang lain ni sambung bersembang. Pagi esoknya nak kena bangun awal sebab nak checkout dan berjalan dekat beberapa lokasi. Agak rushing sebab malam tu pun flight balik KL. 

Jumpa di next entry!


1 Sept 2024

Sambutan Hari Merdeka 2024

 

Assalamualaikum

Semalam buat pertama kalinya me and my siblings pergi join Sambutan Merdeka dekat dataran Putrajaya. Sebelum ni macam tak kuasa nak pergi tempat bersesak ramai orang macam ni, tapi tiba-tiba tahun ni nak merasa suasana jadi anak Malaysia yang patriotik. Dengar cerita, ramai orang dah start berkumpul since malam 31 Ogos lagi. Kitorang ni rilek je pukul 7 pagi baru keluar rumah. Maklumlah rumah dekat je dan pergi pun naik motor xD

Kalau naik kereta tu memang goodluck la nak cari parking sebab sumpah dahsyat gila yeee. Kitorang yang naik motor ni pun kena parking dekat depan SK Presint 8, pastu kena jalan kaki merentasi Jambatan Wawasan sampai ke Dataran Putra tu. Dalam 2km jugak jalan. Banyak jalan yang dah ditutup.


Ramai gila yang gigih berjalan kaki macam kitorang jugak. Semangat gila rakyat Malaysia! 

Sambutan Hari kemerdekaan ke-67 yang bertema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka ni dimeriahkan dengan hampir 100,000 orang yang termasuk dengan 17,000 peserta perbarisan, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam, 439 aset ketenteraan serta 112 haiwan. 

Boleh bayang tak ramai dia camne. Aku sebagai bangsa yang datang last minute ni, memang tak dapatlah duduk barisan depan, apatah lagi nak dapat tempat duduk yang berkerusi xD


So di bawah ni aku share lah sikit gambar yang aku snap walaupun kualiti zoom dia buruks. Maklumla, kitanya duduk bawah pokok, Jauh pulak tu. Dapat nampak sikit-sikit pun okaylah.

Bomba Malaysia buat gaya tugu negara

Setiap tahun perbarisan merdeka, ramai orang always looking forward nak tengok unit VAT69 Komando. Smart bergaya gila! Semua orang sedia maklum nak masuk jadi komando ni bukan calang-calang orang ya. Hanya yang mampu tahan latihan brutal je yang layak. Respect gila.

Cuma tahun ni takde acara payung terjun macam tahun lepas. Tapi ada persembahan tempur tanpa senjata daripada Angkatan Tentera Malaysia. Aku pulak risau tengok kepala diorang ada pendarahan dalaman sebab hantuk kepala dekat kayu & atap rumah. Power-power abang askar kita ni.

Untuk tahun-tahun sebelum ni aku tak terlalu take noted sangat pasal 'Human Graphic' ni sebab kat TV pun tunjuk sekejap-sekejap je. 'Human Graphic' ni diwakili oleh 2,000 pelajar sekolah menengah di sekitar Selangor, tugas diorang ni membentuk text ataupun corak-corak sebagai penyeri untuk hari kebangsaan ni. Walaupun aku duduk jauh, still boleh nampak sipi-sipi diorang buat corak bendera Malaysia, tulisan Daulat Tuanku. Goodjob!

kredit image : Sinar harian

Di hujung acara ni, ahli dari JKKN mempersembahkan tarian 'Cuci Rasuah' sebagai usaha untuk menyokong perjuangan PMX dalam membanteras rasuah di negara ni. Diorang menari dengan penyapu dan tong sampah dengan rentak yang sangat energetik. Aku harap orang-orang yang kuat makan rasuah tak sedar diri dalam jabatan kerajaan mahupun pak-pak menteri tu terasa dan bertaubatlah ye. Bukitkan yang negara Malaysia ni berintegriti dan tunjuk contoh negara Islam yang baik dengan jauhi rasuah.

Bagi aku yang pertama kali join sambutan merdeka ni, Memang best sangat. Ingatnya nak first and last, tapi rasa macam tahun depan nak join lagi kalau dia buat kat Putrajaya lah :p Semoga Malaysia negaraku terus aman damai, hidup harmoni dalam bangsa berbilang kaum serta stop drama dan kontroversi terutama dari ahli politik, haha.

Salam Kemerdekaan ke-67!