12 Sept 2023

Part 1 : Percubaan Kedua Menawan Gunung Kinabalu

 

Assalamualaikum

If korang ada baca entry aku yang mendaki Gunung Kinabalu tahun lepas, tahun ni aku sekali lagi berangkat ke Sabah untuk tebus balik kekecewaan yang tak dapat sampai ke puncak. Boleh baca entry-entry Sabah yang lepas di;

Pertama kali jejak kaki ke Sabah

Mendaki Kinabalu

Penginapan di Panalaban

Puncak Kinabalu Yang Tidak Kesampaian

Kami pergi ke Sabah pada 23-27 Ogos 2023 dan climbing date adalah pada 24-25 ogos. Trip kali ini 4 orang dari group yang tak berjaya sampai puncak last year (termasuk aku) repeat sekali lagi, manakala lagi 4 adalah ahli baru yang join tahun ni. Cumanya ahli baru yang sorang tu dah pernah sampai Kinabalu juga tapi nasibnya sama seperti kami berempat jugak, cuaca tak mengizinkan. So cerita mudahnya, 5 orang dah pernah naik Kinabalu, lagi 3 orang belum pernah naik Kinabalu.

(Dari kiri): Kak Sarah(2nd time repeat), adik aku(2nd time repeat), Lily(1st timer), Aida(1st timer), Kak Dilla(2nd time repeat), aku(2nd time repeat), Kak Alia(1st timer), Kakngah(2nd time repeat)

23/8/2023 - Rabu

Kami 3 beradik gerak dari rumah lebih kurang 4.30 am dan tiba di airport 6.15 gitu. Janji jumpa yang lain-lain ni pukul 7 sebab flight 8.40 am. Disebabkan trip Kinabalu kalini pergi dengan kakngah aku dan officemate-nya, semangat jugaklah 2 orang officemate kakngah aku yang tak join tu hantar kitorang. Padahal japlagi nak kena masuk kerja tu, haha! Dan Kak Sarah pulak ditemani oleh family dia.

Oh, sorang team kami iaitu kawan adik aku, Lily flight dari Penang. Flight dia bertolak awal dan dia sampai awal sejam dari kami yang dari KL ni. Rasa sebersalah gila kat agent kitorang sebab kena sidai 2 jam.


Sampai saja di Kota Kinabalu Airport, kami terus dibawa untuk makan tengahari oleh agent kami. Untuk kali ni punya pendakian, kitorang ikut trip daripada SomebodyOutdoor di Facebook. Agent yang uruskan kitorang namanya Acai. Sangat sporting dan agak berpengalaman dalam dunia hiking ni. Banyak tips hiking yang diberikan oleh Acai before kami mulakan pendakian.

Rasa macam private trip pulak ek pergi berlapan je. Last time naik Kinabalu kena campur dengan group-group lain. Memang kemainlah kitorang mintak Acai tolong amikkan gambar, rekod video. Maklomla gegurls only.


Aku memang dah letak dalam list untuk makan lokan bakar ni sebab agak glemer di Sabah. Kebetulan pulak Acai bawak makan kat sini, terus orderlah. Tak ingat nama kedai, tapi dia gerai-gerai tepi jalan je di area Tuaran. Memang banyak gerai yang jual lokan dan kelapa bakar di sepanjang jalan tu. Alhamdulillah, tempat yang kami pergi ni tak ramai sangat orang waktu tu tapi makanan dia memang sedap. Kami order tomyam kelapa, tomyam biasa, sayur campur, sotong tepung dengan lokan bakar. Tomyam dia pun sedap jugak, kuah pekatt. Total untuk 8 orang makan, RM146. Memang kenyang tersandar lah citer dia.

Next location adalah di Kundasang pula untuk jalan-jalan dan terus ke tempat penginapan. Btw, cuaca di Kota Kinabalu dengan Tuaran memang panas gila, tapi sampai je Kundasang hujan. Sejuk berkabus. Ada satu jalan tu sampai jadi teh ais..


Destinasi di Kundasang ni cuma pergi ke Desa Dairy Farm je sebab sampai pun dah lewat. Dahla lambat, pastu hujan pulak tu. Lembu pun takde, view pun kabus tak nampak apa. Boleh dikatakan petang tu agak kosong dengan pengunjung jugaklah. Sebabnya, Desa Dairy Farm ni tutup pukul  5pm sebenarnya, tapi kami 4.30pm baru sampai.


Kat Desa Dairy Farm ni adalah tempat dimana mereka produced any produk tenusu fresh Sabah. Kalau datang sini memang wajib makan aiskrim gelato dia yang cuma berharga RM6. Haritu aku beli aiskrim perisa coklat, tapi sebenarnya perisa yogurt putih tu lagi sedap. Tambah pulak dengan topping oreo, lagi ngam.

Kitorang pun beli jugak yogurt, susu dia sikit untuk minum. Ada 3 perisa untuk susu iaitu susu segar putih, susu coklat dan susu pisang. Yogurt tu pulak ada plain yogurt, blueberry, strawberry dan mango. Semua sedap dan harga tak mahal pun. Susu yang bersaiz kecil hargnya cuma RM2++ manakala yogurt yang saiz kecil RM3++. 

Hujan pun mula reda, maka view Gunung Kinabalu pun samar-samar memunculkan diri. Walaupun masih sedikit berkabus tapi bolehlah dari tak nampak langsung kan.

Hiii esok nak panjat saya kan? Takut tak? Goodluck okay hehehe

Habis melawat Desa Dairy Farm, Acai bawak pegi solat dan singgah beli barang-barang di Bataras. Kalau kat Semenanjung ada Giant, kat sini hypermarket utama dia ialah Bataras. Singgah beli air minum dan kudap-kudap je. Lepastu pergi makan malam dan masuk homestay.

Sayap Ayam Madu Wak Ali yang glemer di Sabah. Kat Sabah punya chicken wings ni rasanya lebih special dari Semenanjung sebab sos dia. Datang Sabah kena cuba tau!

Homestay kami untuk malam tu adalah di d Puncak Homestay Kundasang. Ini dah termasuk dalam pakej Acai tu so aku taktau berapa harga per malam. Okaylah tempat dia, depan tu terus ada restoran, ada kedai nak beli barang dan betul-betul menghadap Gunung Kinabalu. Cuma ngerinya water heater tak function time tu, menggeletar mandi air sejuk.


Lepas makan dan masuk bilik, Acai suruh berkumpul semula pada pukul 9 untuk briefing tentang pendakian esok. Aku expect briefing tu paling lewat habis sejamlah, sekali pukul 11 malam baru habis. Barai gila ni dengan barang banyak nak kena kemasnya haha.


Banyak jugak input yang Acai share dan kitorang yang dah naik tahun lepas ni dah pandai sikitlah hahaha. Starting tahun Januari 2023 ni rate permit, guide, entrance fee untuk mendaki Gunung Kinabalu semuanya dah naik. Untuk porter pula, tahun lepas RM13 per kg, tahun ni jadi RM14 per kg. Tapi weolls okay je sebab porter memang deserve pun untuk dibayar mahal. 

Cuma haritu aku tengok tiktok porter Kinabalu, diorang angkat load yang beratnya 30-40 kg untuk barang-barang masak dan keperluan hostel tu casnya cuma RM5 per kg. Padahal barang-barang masak tu lagi berat dari beg-beg pendaki. Harap sangat pihak diorang ni naikkan lah cas porter untuk barang keperluan hostel. Asyik mintak pendaki je bayar lebih, tapi korang sendiri nak bayar porter murah. Ceiitt!

Mt Kinabalu website Sabah Parks

Malam tu debaran kian terasa... Kitorang ni trauma dengan cuaca hujan. Semoga esoknya dipermudahkan urusan untuk mendaki Kinabalu.

Stay tuned!

3 comments:

  1. alhamdulillah... akhirnyaaaaa.... kembali lagi...
    alahaiiii sedapnyaaa lokan. kalau gi KK ni mmg tak sah kalau tak try diorang punya seafood. eee geram pulak sy...tetiba teringin nak makan seafood kat sana...

    ReplyDelete
  2. ohh ya aritu terbaca pasal hujan lebat kat gunung. masa tu mazni ada kat sana ke?

    ReplyDelete
  3. tgk lokan tu... ni yg rs nak g KK sekarang jugaaaa warghhhhh

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~