5 Nov 2022

Persiapan mendaki gunung Kinabalu

Assalamualaikum

Untuk entry ni aku akan share checklist barangan dan persiapan yang diperlukan sebelum mendaki ke Kinabalu.


Kelengkapan hiking
  1. Hiking stick (Nak sewa kat sana pun boleh juga, RM10 je)
  2. Seluar hiking at least 2 helai 
  3. 2 helai baju (better jersey kerana ringan dan mudah kering)
  4. Poncho / windbreaker / rain coat (jangan beli poncho murah yang macam plastik sampah tu tau, tak function) WAJIB
  5. Puffer / winter jacket (Aku guna ultra light down jacket uniqlo. Ringan n bila lipat tak gemuk sangat) WAJIB
  6. Glove (untuk pakai time summit sebab banyak pegang tali, beli water resistant punya) WAJIB
  7. Heattech / thermal layer WAJIB
  8. hotpack (beli daiso RM5.90 dapat 6 pax) WAJIB
  9. Stoking 2-3 helai WAJIB
  10. Kasut hiking yang grip bagus WAJIB
  11. Headlamp WAJIB
  12. Tag nama (akan dapat di Kinabalu park. Benda ni umpama IC di atas sana) WAJIB
  13. Backpack WAJIB
  14. Air WAJIB
  15. Buff/mafla (untuk tutup mulut dan hidung jika tak tahan sejuk)
  16. Beanie (jika nak tutup kepala kerana tak tahan sejuk. Tak wajib)
  17. Knee guard 
  18. Backpack cover (untuk lindung beg dari kena hujan)
Barangan keperluan
  • Phone, charger, powerbank
  • Phone cover
  • Ubat dan berus gigi, pencuci muka, skincare
  • Tuala mandi
  • Kain lap peluh
  • Bucket hat (untuk bergaya ewah)
  • Sandal/selipar (ini tak wajib pun tapi mudah untuk aku nak gi turun makan, keluar bilik sekejap-sekejap tu)
  • Kelengkapan solat (di Panalaban ada tempat solat. siap disediakan telekung juga. Nak mengaji pun boleh, siap ada quran yassin lagi hahah)
  • plastik (untuk simpan baju kotor)
  • Emergency blanket (bagi yang tak tahan tidur dalam cuaca sejuk)
Tips
  • Untuk tidur malam tu, pakai baju summit yang nak dipakai esok sahaja. Tak payah bawak baju banyak-banyak. Tidurlah dengan 3-4 lapis baju ye sebab memang sejuk gila. Aku pun takleh tidur malam tu sebab tak tahan
  • Kalau tak tahan sejuk, disarankan tampal hotpack banyak-banyak kat badan tu. Boleh juga bawak emergency blanket
  • skincare atau barangan mandi bawak in travel size sahaja untuk ringankan beg. Lagipun belum tentu korang terasa nak mandi kat atas tu sebab air dia sejuk tahap ais okay
  • Kat dorm ada plug untuk cas serta boleh dapat line kat Panalaban (if guna celcom. Untuk telco lain tak sure)
  • Untuk baju sejuk, heattech, windbreaker tu aku tak beli baru harga mahal-mahal pun. Pi beli kat bundle or carousell je. Puffer tu brand uniqlo RM15, heattech uniqlo RM10, winbreaker RM30 xD. Korang berbelanjalah secara jimat ye
Makanan
  • Coklat / energy bar / biskut   
  • energy drink
  • 3 in 1 drink (Tak wajib pun tapi if nak minum air lain selain teh dan kopi bawa jelah. kat atas sana cuma disediakan teh or kopi di kafe sahaja. Selain dari tu bawak sendiri. Nak beli kat atas pun boleh tapi harga x3 ganda lah)
  • Lunch pack (jika tak disediakan oleh agent)
Ubatan
  • Acute mountain sickness (AMS) pills (Makan malam before hiking untuk elakkan AMS) WAJIB
  • yoko yoko / muscle pain cream
  • ubat selesema
  • minyak angin
  • losyen (bagi yang kulit kering)
  • ubatan yang diperlukan jika ada sakit
Di bawah ni aku tunjukkan contoh pakaian yang aku pakai daripada Timpohon Gate ke Panalaban dan juga pakaian untuk summit attack



Tips beg
Untuk backpack sebenarnya aku bawa 2 tau. Satu light backpack, satu lagi beg yang simpan barang-barang keperluan lain. Beg yang aku pikul sepanjang pendakian dari Timpohon ke Panalaban cuma mengandungi barang-barang seperti phone, air makanan seperti yang aku list pada gambar di atas sahaja. Barang lain tu semua aku masuk dalam beg besar dan bagi porter.

Aku taknak bawak load yang berat sepanjang mendaki sebab takut tak larat. Disarankan kita pikul beg bawah 5kg sahaja. Lebih dari 5kg tu bagi jelah porter. Tapi if korang larat nak pikul beg sendiri boleh saja.

**NOTA

Since ada beberapa orang keliru tentang backpack dan barang yang saya bawa semasa naik gunung, saya tulis kat sini ya..

  • Dari KL ke Sabah, saya bawa backpack 30 liter(7kg) dan juga backpack kecil 15 liter. Total beg yang saya bawa ke Sabah ni ada 2 beg. Saya tak bawa luggage roda tu tau.
  • Untuk naik gunung, backpack 30 liter tu saya bagi porter angkat, bagpack kecil 15 liter tu saya angkat sendiri.
  • Apa yang ada dalam backpack 30 liter tu sampai saya bagi porter angkat? Berat betul sampai 7 kg? Semua barang yang saya list kat atas tu, barang tulah yang duduk kat dalam backpack 30 liter tu. Ya, dia jadi berat sebab baju sejuk, dan saya prepare 2-3 lapis baju.. Lepastu saya pula pergi bawa baju extra sebab ingatkan nak pakai kat atas sana. Tapi tak guna pun. Better bawa saja baju ngam2 untuk tak berat beg.
  • Untuk light backpack 15 liter tu, ada barang kecil seperti phone, tuala lap peluh, dompet, coklat seperti yang saya list pada gambar nombor 2, itu sahaja yang saya pikul untuk sampai ke Panalaban. Light backpack ni juga berguna untuk dibawa ketika summit attack.
  • Jika awak bawa banyak beg seperti luggage misalnya, boleh sewa locker di Sutera Sanctuary dan barang yang nak disimpan tu akan dikira RM12 per item.
Harap menjawab soalan :)

Porter
Untuk porter pula, cas yang dikenakan adalah RM13 per kg. Macam aku punya load haritu adalah 7kg, so total aku perlu bayar untuk porter adalah RM91. Cas ni adalah untuk naik dan turun, so aku rasa berbaloi je bayar banyak tu. Penat kot porter angkut beg-beg kita, bab cas porter ni tak perlu berkira hehe.

Tips hiking
  • Gunalah hiking stick untuk kurangkan rasa penat ketika mendaki
  • Jangan pakai seluar yang terlalu longgar. Better fit dengan kaki tapi stretchable
  • Digalakkan pakai knee guard. Aku pakai memang function tau, takde scene lemah lutut sepanjang pendakian xD
  • Disebabkan trail Kinabalu ni banyak tangga, naiklah secara zigzag supaya tak cepat penat. Biar langkah kecil daripada langkah besar buat sakit kaki je. Serious aku cakap, bila naik secara zigzag ni kaki aku langsung tak sakit ye. Sekarang aku dah tau kat mana silap aku selama ni sepanjang hiking. Sebab tak jaga kaki masa naik hahaha
  • Time naik dari Timpohon nak ke Laban Rata ni tak perlu rush. Jaga kaki dengan lutut tu jangan bagi sakit. Esok kaki tu nak kena push untuk second day. Kalau first day dah sakit susahla nak summit esok
Persiapan stamina

Training seeloknya sebulan atau 3 bulan sebelum naik Kinabalu. Ada yang bagi tips jogginglah, skipping lah, hiking lah. Untuk aku, 3 bulan sebelum aku dah start hiking. 

Aku hiking kat tempat-tempat biasa je. Biasanya Bukit Batu Chondong, Gunung Datuk, Gunung Angsi, Bukit Puchong, Bukit Batu Putih dan Denai Tiga Puteri. Semua ni tak melebihi 900 meter tinggi pun. Risau sebab Kinabalu tu berapa kali ganda lagi tinggi dari tempat aku selalu training ni. Tapi percaya atau tidak, sebenarnya cukup je kalau korang training kat bukit-bukit rendah camni. Yang penting kena biasakan kaki tu dulu.

Praktis juga naik turun tangga sebab kat Kinabalu sangat banyak tangga ye. Pergi kat Putrajaya steps tu pun okay, tapi lebih afdhal pergi cari tangga yang langkahnya besar dan tinggi-tinggi lah. Aku recommend untuk hiking di Bukit Gasing sebab situ ada trek tangga yang besar-besar.

Anyway since i'm not into running or skipping so i skipla part tu. Ada hari masa malas nak hiking, aku pijak cardio fittnes stepper je. Bila guna benda tu effect dia sama macam aku hiking. Sakit muscle-muscle kat kaki ni. Ataupun korang boleh buat senaman lunges dan squat bagi menguatkan otot peha dan betis.

Rasanya itu je kot yang antara persiapan yang aku boleh listkan. Ini semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. Harap berguna sebagai rujukan dan jika nak tambah ikut kesesuaian korang pun okay juga :D

42 comments:

  1. hebatt., dulu wak training naik turun tangga batu caves 4 kali., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya training tangga putrajaya je. 5 round je mampu pastu terus tak naik tangga dah. hiking kat bukit bukit je :p

      Delete
  2. waa.. byaknya persiapan... sy org sabah sendiri tidak pernah naik Gunung Kinabalu lagi haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persiapan utk orang2 tak tahan sejuk ni xD Orang sabah bila2 bulih naik bah hahaha

      Delete
  3. hebat hebatttttt boleh dijadikan rujukan sy di ms dpn mn tau ada rezeki sy pnjg gunung nnt👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla naik sekali! Saya rate kinabalu ni 6/10 hehe 🤭

      Delete
  4. kuat semangat tu selamat mendaki ke puncak kinabalu

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya mendaki Gunng Kinabalu sampai e puncaknya

    ReplyDelete
  6. terbaikkk.. untung dapat hiking gunung kinabalu.. kita sampai kaki gunung je dia.. cukuplah ambil gambar kat gerbang dia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberikan kesihatan yg baik utk hiking. Hehe okayla tu kak sampai kat kaki gunung, kot nanti terpanggil utk hike sampai atas pulak kee 😜

      Delete
  7. terbaik la, tahniah dah ke puncak gunung kinabalu!! menariknya teringin nak hiking camni tapi takda geng hiking. cita2 masa kecik dulu jugak nak tawan gunung kinabalu ni ❤️

    ReplyDelete
  8. Terima kasih BV! Belum terlambat lagi nak cari kawan hiking tu hehehe. Semoga BV dapat naik gunung kinabalu jugak soon!

    ReplyDelete
  9. load training tu pun penting. hahaha tahniah dah sampai puncak kinabalu. wohooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betull. lagi bagus kalau training dengan load. tpi sebab kita ni upah porter so tkdela training bawak load. next time nk bawak sendiri je :p

      Delete
  10. bestnya, hanya mampu tengok ja gunung kinabalu tu hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diberi kesihatan yg baik, boleh cuba naik juga tuu hihihi

      Delete
  11. muhammad solehuddin2 December 2022 at 06:30

    nice info!! can't wait to your next post!
    visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/

    ReplyDelete
  12. hai boleh explain lebih pasal naik secara zigzag? kurang paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, maksudnya time naik tangga tu jangan langkah besar2. lepas naik satu anak tangga tu, jalan 2-3 step pastu baru naik anak tangga. kecilkan langkah kita masa nak naik tangga tu.

      saya taktahu kalau tulis camni orang faham ke tak, tapi nanti next entry saya lukis gambar heheh

      Delete
    2. Porter tu bawa beg kamu isi apa? Back pack tk cukup ke?🙏

      Delete
    3. Beg yg saya bagi porter isi baju2 utk summit, barang2 mandi, peralatan solat cmtu je. Dengar memang macam sikit jekan tapi sekali timbang je dah berapa kg haha. Cukup je bawak bagpack, yg saya bagi porter haritu bagpack 30 litre je, tpi saya malas nak angkat sendiri.

      Beg yg saya pikul sepanjang pendakian tu cuma beg kecik yg isi air, phone atau benda2 ringan je.

      Delete
  13. Kagum sangat dengan orang yang daki dan ada niat nak daki Kinabalu ni. Akak ni nak naik Bukit Jugra pun je rasa nak nangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu hiking jee, bukit2 rendah mcm jugra pun okay. Manatau nanti akak terdetik nak naik gunung tinggi pulak kee

      Delete
  14. Dari Kl adik bawa luggage or backpack?

    ReplyDelete
  15. Dr kl,sis bwk bagpack brape Liter ye nk muat semua brg2

    ReplyDelete
  16. Kalau luggage dr KL pikul jugak ke? Mohon pencerahan dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cik bawa luggage besar dri kl, boleh Tinggal dekat bawah saja, mereka ada sediakan tempat penyimpanan barang rm10 sehari. Beg yg saya bawa naik atas gunung adalah barang2 yg saya list kat atas tu saja(baju2, ubat, alatan mandi etc)

      Delete
  17. Hi, nak tanya. AMS pills tu makan malam before summit attack atau malam sebelum timpohon lagi dah boleh makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya makan 2 kali. Malam sebelum timpohon dan malam sebelum summit

      Delete
  18. Bila kau pergi hiking? And kat mana kau hiking?

    ReplyDelete
  19. As salam sis kalau kat atas tu kalau sejuk sgt, boleh tak kita bawa portable oxygen tank inhaler tu? Akak takut kalu sesak nafas🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Size dia besar sikit dri inhaler tu ye? Boleh je rasanya. Bawa je apa2 ubatan yg diperlukan. Kawan saya haritu bawak sampai 8 inhaler

      Delete
    2. Baik, tq sis💗

      Delete
  20. Salam sis, nak tanya.. pakai knee guard tu waktu mendaki atau waktu turun nanti baru pakai ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya pakai both naik dan turun hehe. Tapi time turun sangat digalakkan pakai, kurang sikit longgar lutut

      Delete

Nak komen apa? silakan~