26 Jun 2019

Skincare and makeup routine malas saya


Assalamualaikum

Hi semuaa. Harini saja jelah nak share rutin penjagaan wajah saya. Tak seberapa pun tapi sebab bosan, so walaupun takda siapa yang tanya kita nak share jugak. 

Aku ni seseorang yang amat sukakan skincare. Pantang kalau nampak Watsons atau Guardian je mesti WAJIB masuk ya anak-anak walaupun takda benda sangat nak beli. Pastu duduk dalam tu punyalah lama, last2 beli barangnya sikit je haha. Kisahnya aku ni village people yang tak berduit sangat pun, so mampu pakai yang simple-simple je. Oleh kerana itulah saya memilih Watsons atau Guardian sebagai tempat nak beli skincare atau makeup.

Semua dalam gambar ni barang-barang dari drugstore (baca: watsons/guardian) ya kawan-kawan, kecuali innisfree tu beli kat Wako Beauty Shopee. 

p/s: kalau nak beli skincare dari korea beli kat Wako beauty ni sebab harga dia lebih murah


Aku cuma buat basic punya skincare routines je sebab masih tak berani lgi nak pakai yang acid-acid bagai tu. Walaupun aku tau kesan dia daboom gila haha. Tunggulah dah kaya sikit baru try.

Step pertama haruslah buat double cleansing (oil cleanser + cleansing foam). Function buat double cleansing ni untuk membersihkan kulit muka sepenuhnya dari kotoran, terutama kalau jenis pakai makeup. Kadang-kadang kalau kita pakai makeup tapi tak cuci pakai minyak (cleansing oil, micellar water) tu yang boleh buatkan kotoran kat muka tu tak tanggal sepenuhnya, lepastu jadilah pores tersumbat. Pastu mulalah naik jerawat.

Ada orang prefer tanggalkan makeup guna wipes tissues tapi sebenarnya wipes tissue tak tanggal habis tau, terutama kalau pakai sunscreen. Haritu aku ada tengok video prof Muhaya terangkan yang sunscreen(jenis water resistant) ni kalau lap pakai tissue tak tanggal, kena cuci pakai minyak baru boleh. Nanti tak sah solat tau sis-sis sekalian.

So ringkasan untuk skincare routine aku;

oil cleanse (Hada Labo) - cleansing foam (Innisfree bija) - toner (Simple)- serum (Nano White)- moisturizer (Nano White fresh) - acne gel (Hiruscar) *tambahan

Benda yang paling aku suka
  • Hada labo cleansing oil - Muka rasa suci gila lepas guna ni 
  • Innisfree Bija - suka pencuci muka ni sebab muka aku elok je bila pakai. Focus bija adalah untuk merawat acne
  • Nano white fresh(moisturizer) - dah beli nak dekat sejuta kot. Kulit aku jenis berminyak, so takut nak pakai moisturizer, tapi pakai yang ni memang cepat menyerap dan tak rasa berminyak atau melekit bila apply kat muka.
  • Hiruscar - pakai time jerawat baru nak tumbuh. Nampaklah jugak kecutannya


Ada jugak step tambahan misalnya scrub muka (St. ives green tea) dan clay mask (innisfree). Yang ni takleh buat tiap-tiap hari, buat twice a week pun dah cukup.

Seterusnya makeup pula. Aku makeup tak pro pun kahkah. Pakai yang basic2 je. Makeup aku terbahagi kepada dua jenis, iaitu hari malas dan hari rajin.

Makeup hari malas


Taktaulah ni boleh consider as makeup ke tak sebab most of the time aku pakai ni je pegi mana-mana sebab malas :p Biasa kalau keluar jalan aku akan pakai beria, lepas solat memang 3 natang ni je yang mampu letak kat muka haha.

steps

sunscreen - bedak - lipstick

Makeup hari rajin

Malas nak citer panjang, terus saya bubuh step je hehe.

Makeup beria ni biasa pakai kalau ada apa-apa event ke, hari raya, keluar jalan.

Steps

Sunscreen - primer - foundation - concealer - bedak - blusher - eyeshadow(baru berjinak nak pakai) - mascara - lipsick

Masa hari raya memang tak lupa semua benda ni. Tapi kalau aku gi keluar jalan ke apa, aku skip foundation, terus pakai concealer je sebab muka tak berapa ngam dengan foundation... Nanti mesti naik jerawat. Mascara pun selalu skip jugak :p Kalau rajin baru pakai

Btw benda yang aku baru beli is blusher(Catrice) dan eyeshadow(Maybelline). Eyeshadow tu warna dia lawa gilaaa sebab kaler rose gold. Tapi aku pakai tak tebal mana sebab masih tak pandai xD

Benda yang paling aku suka

  • Sunscreen biore botol kuning - sebelum ni pernah pakai sunscreen brand innisfree tapi... berminyak nak matii dan tinggalkan white cast. Akhirnya aku dipertemukan dengan biore kuning ni, dah beli berbotol-botol. Sekali pakai tu tak rasa berminyak pun, terus absorb masuk kulit.
  • Revlon (concealer) - Bukan high coverage pun tapi rasa selesa bila pakai hehe
  • Eyeshadow maybeline - The City Mini Pallete code Avenue Sunset. Kaler rose gold lawa sangat
  • Mac lipstick - Code Del Rio. Aku suka sebab warna dia macam gothic-gothic sikit, tapi sesuai dengan kulit muka sayaa

So hasilnya adakah Mazni ini flawless orangnya?

Jawapannya, tak pun.

Sorry kalau kecewakan anda :p Kita pun masih mencuba untuk cantik je nii. 

Apa pulak korang punya skincare atau makeup routines? sharelah siniii :D




20 comments:

  1. hada labo cleansing oil tu best. kita guna yg tu jugak .... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kann. ni pun beli time ada promotion, kalau tak memang tak mampuu

      Delete
  2. Simple2 pun okay dah tu kak mazni, janji serinya ada.. ;) Pakai drugstore skincare lagi meyakinkan kan kak mazni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah berseri ke tak ni xD yeaa benar itu!

      Delete
  3. sy pon layan watsons n guardian je.. haha..
    nk try jgk cleasing oil hada labo..
    cambest je,.
    skrg guna neutrogena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. neutrogena pun banyak review best!
      tryla hada labo hehe

      Delete
  4. anis pun suka sangat guna moisturiser nano white tu! cepat absorb

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kannnn? saya memang stick dengan moisturizer ni je, takmo tukar lain xD

      Delete
  5. aaaa sy pn tgh cari cleansing oil skrg ni sbb sblum ni takguna pun so nak jugaklah guna yg hada labo tuuu. cleanser hada labo pun best jugak mazni! hehe

    sy foundation & concealer pun tak reti nak guna HAHAHAHA so mmg xlah beli smua bnda tu. guna lipstick je reti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli hada labo punya oil ni elok time promo jela, kalau tak harga dia mahaii hahaha

      saya sejak2 muka breakout tanpa sebab ni memang tak pakai sangat foundation dgn concealer ni. cedeyhh

      Delete
  6. Skincare routine tu saya biasa2 je. Baru nak berjinak-jinak hehehe.

    Cleanser-Toner-Moisturiser-Sunscreen-Bedak.

    Double cleansing tu tak pernah try lagi. Nampak macam bestt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan dah kukuh skincare routine kira okay dah tuu :D

      saya try double cleansing ni pun lepas baca twitter kak iman abdul rahim hehe

      Delete
  7. seronoknya tgk org post pasal make up and skin care

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka baca blog pasal skincare dengan makeups hehe xD
      kita punya biasa2 jee

      Delete
  8. nice sharing sis, sy lgi la xtau betol bab make up ni, minat memag minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pakai yg beshe2 jee hehe

      Delete
  9. I'm currently trying to find drugstore products that work well on oily skin. Almaklumlah sebab bila balik Malaysia ni dah tak mampu dah nak pakai The Body Shop, Laneige dan kawasan sewaktu dengannya T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk cari product baru tu yg payah sikit kan huhu

      kalau pakai laneige mmng boleh koyak duit beli set skincare dia tu..

      Delete
  10. Fiqa pun guna HL punya cleansing oil. best kan! dah lama teringin nak try bija tu tapi tak try try sebab takut tak sesuai. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bestt! saya ni sbb kullit muka slalu naik jerawat. tu yg pakai bija ni

      Delete

Nak komen apa? silakan~