Assalamualaikum
Minggu lepas, aku dengan kawan-kawan plan nak gi jenjalan Melaka. Yang ni plan dengan geng diploma. Mula-mula aku, Ainul, Amni sajalah plan ayam-ayam je sebab kitorang tau kalau plan pun confirm tak jadi (LOL) sebab dari diploma lagi perangai kami selalu sembang je. Lepastu saja ajak Jiji n Nina yang duduk jauh tu. Sekali dorang okay lak kata nak join, siap excited nak book tiket bas dah.
Pastu kitorang pun mintak izinlah parents masing-masing kan, surprisingly, dapat greenlight... Ini kira kali pertama aku pegi travel dengan kawan-kawan sampai tidur luar tahu takk haha.
Greenlight dah dapat, member pun dah excited. Maka aku, Ainul dan Amni try cari homestay nak duduk selama 3 hari 2 malam kat Melaka ni hari khamis, hari sabtu book, hari selasa next weeknya terus gerak. Power tak power plan last minute ni?
Anyway, kitorang cari rumah kat Airbnb. Rumah jenis apartment dan per night cuma RM 87 sahaja. Rumah dia memang best gila siap ada swimming pool, sauna, sky deck, free wifi, ada dapur, mesin basuh, seterika semua lengkaplah. Hotel biasa pun rasanya takda camni tau.
Boleh ke link ni untuk homestay yang kami duduk -- ATLANTIS RESIDENCE
Lepas kami tiga orang dari Selangor ni dah check in bilik, kami keluar balik pergi Melaka Sentral untuk jemput Jiji dan Nina. Pastu terus keluar jenjalan.
Kalau dah namanya Melaka, confirm semua pernah dengar nama Jonker Walk kan. 1st day ni memang kitorang jalan kat Jonker Walk je. Tapi tu pun tak pusing habislah sebab kebanyakan kedai tutup pukul 5 so kita pusing-pusing ni sambil posing ambil gambar jelah sebab style rumah kedai kat sini semua sangat klasik giteww.
|
Yang paling sedap sekali ialah ayam pongteh tu! Aku taktau nak describe camna, mungkin dia rasa macam ayam masak kurma. Tapi bagi orang yang 1st try makan still boleh masuk lagilah. Untuk ayam buah keluak tu pulak dia rasa masam-masam sikit. Orang kedai ni kata kena try korek buah keluak tu dan makan. fyi, isi buah tu kaler hitam dan bila makan tu rasa pahit-pahit masam.
Pada aku, rasa dia okaylah, aku boleh telan lagilah walaupun ada rasa pelik sikit kat lidah ni haha. Cuma kawan-kawan aku ada yang takleh masuk dengan ayam buah keluak tu. Btw, kitorang dapat free dessert sagu gula melaka. Sedap weyy!
Mungkin orang kedai tu seronok kot tengok kitorang ni jakun baru pestime try masakan baba nyonya, haha! Anyway, staff kedai ni sangat sporting okayy!
Total = RM 73 bahagi 5 = RM 14.80 seorang
Kat Jonker Walk ni ada Mamee museum. Masuk free je anak-anak. Kat sini bolehla nak beli souvenir, bergambar sebab lighting dia boek sikit dan ada jugak tempat makan yang berasaskan daripada mee MAMEE.
kalau korang pergi Melaka ni kan, boleh dikatakan setiap pelusuk tempat tu ada je ads MAMEE. Rupanya kilang MAMEE ni memang kat Melaka, so tak heranlah kenapa gambar dia je bersepah kat Melaka ni.
|
So lepas habis pusing Jonker Walk ni yang kebanyakan kedianya semua dah tutup, kami pun pulanglah ke rumah dan merebahkan diri diatas katil yang empuk kerana kepenatan.
Tu dulu jelah kot. Yang second day kita sambung entry lain. kang tulih panjang penat pulak kome nak baca kan xD
Stay tuned!
reading this,, rasa nak pergi melaka dengan kawan-kawan.
ReplyDeletemelaka banyak tempat boleh pergi dan paling best boleh foodhunting!
DeleteMurahnya AirBnB :O
ReplyDeletemurah kann. paling best tu siap ada dapur n boleh basuh kain. mcm rumah!
Deleteoh baru tahu kilang mamee di melaka rupanya. nama je belajar melaka dulu tapi tak tahu pun sangat ada macam2 best kat situ hehe
ReplyDeleteFatina Mudz || Amazing Distance
sebab banyak sangat iklan mamee kat sini rasa cam sesuatu pulak haha
Deletebestnya dpt green light dari parents! huwaaaaaaaa nak jugak melancong dgn kwn2 :'))) hahaha
ReplyDeletetq sbb share airbnb tu mazni! cantik pastu murah pulakkkk.
mula2 takut2 jugak nk mintak izin sbb mesti mak ayah susah nak bagi sekali lepas pulak hehe.
Deletennti kalau dtg melaka boleh stay kat rumah ni ^^
What is ayam pongteh? First time dengar
ReplyDeletesaya pun tk sure jugak sbb ni 1st time makan. tpi google dia punya resipi, bahan2 asas dia kena ada bean paste dgn potato
Deleteapapun sedap pongteh chicken ni.
Wahhh bestnya kakak... Teringin betul saya nak pergi jalan2 dengan kawan2 camni. Betul la, selalu kalau plan ja selalu tak jadi kan! Hahaha.. Cepat2 sambung yang day 2 pulak ya.. :D
ReplyDeletehahaha sekarang baru plan menjadi. mungkin sebab masing2 duduk jauh dan rindu nak berjumpa maka terjadilah trip inii
DeleteBest kan sekali sekala lepak melaka... he he he...
ReplyDeletebestt. best spot dia semua dekat2 jee
Deletebestnyaaa trip dengan kawan2. BV pergi melaka haritu macam tak cukup je nak cover semua tempat sebab tak lama kat sana hahahhaa XD
ReplyDeletekitorang ni pun patutnya pegi 2 hari tpi ada tmpt yg tak cover lagi. padahal boleh je habiskan hahaha
Delete