Assalamualaikum
Honestly,
aku ni dah lama sangat pasang niat nak ke Thailand. Kawan aku baru je balik dari Thailand haritu, jeles je guwe nak pergi jugakk. Walaupun Thailand ni
duduknya dekat je dengan Malaysia tapi taktaulah kenapa tak pernah sampai lagi
ek.. Padahal Thailand ni banyak sangat tempat-tempat menarik yang cantik.
Tapi
serious, benda yang paling aku target kalau nak pergi Thailand nanti, aku nak
pergi Phuket! Phuket ni kalau korang nak tahu, antara pulau yang terbesar kat
Thailand dan keluasan dia adalah dalam sekitar 540 km persegi. Dengan keluasan
sebegini, Phuket sebenarnya ada banyak attraction yang kadang-kadang kita
selalu sangat terlepas pandang. Sebabnya, kita ni asyik teruja nak explore
attraction place yang selalu nampak kat media saja. Attraction macam James
Bond Island dan Kepulauan Phi Phi yang pernah jadi lokasi penggambaran filem
Hollywood adalah antara lokasi yang tak henti-henti dilawati pengunjung dari
seluruh dunia. Namun, dengan saiz seluas Singapura, Phuket ternyata menawarkan
lebih daripada itu. First of all korang kena
find the best Phuket hotels untuk keselesaan korang nanti. Kalau nak
murah try
online hotel booking.
Bukan sekadar pantai dan pulau, Phuket sebenarnya destinasi yang unik menggabungkan aura bandar Georgetown Penang yang meriah dengan bangunan ala-ala style Eropah serta pasar yang meriah, dan juga aura beach vibes Bali di Indonesia yang padat dengan attraction. Cukup lengkap sekali pakej pulau kat negara gajah putih ni kan? Nak tahu kat mana semua attraction ini? Teruskan membaca senarai tempat menarik kat Phuket ini.
Dikelilingi dengan hutan tropika penuh kehijauan, Nai Harn Beach adalah salah satu daipada pantai cantik di Phuket, Thailand. Dengan suhu air sederhana dalam sekitar 29 darjah Celsius, membolehkan korang sekeluarga berendam dalam air laut dengan penuh kenikmatan. Nak snorkelling kat sini pun boleh jugak sebab semua peralatan boleh sewa kat kedai-kedai yang terdekat dengan pantai ni je. Untuk pengetahuan korang, waktu terbaik untuk bermandi-manda kat sini adalah dari bulan November sehingga Mei sebab ombaknya lebih tenang dan tak kuat time ni.
ni bukan Georgtown ye, ni old town Phuket. Cute gila pinkyyy! credit |
Nai Harn Beach credit |
Kalau Korang berminat nak cuba jetski, boleh jugak dapatkan service sewa jetski kat pantai ni untuk menikmati angin laut dengan cara yang lebih thrill. Bagi yang suka dengan aktiviti air yang lasak mesti nak cuba jetski ni. Pastu kalau penat buat aktiviti air, korang boleh bersantai kat tepi pantai jugak, sambil-sambil tu boleh menikmati pemandangan langit dan lautan yang membiru. Tak bawa kelengkapan yang cukup? Korang boleh dapatkan payung dan tikar dari kedai-kedai kat sekitar pantai ini. Salah satu pantai yang terpanjang kat Phuket, Pantai Karon, dikatakan antara salah satu pantai yang paling sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Penuh dengan ketenangan dan cukup bersih, Pantai Karon adalah sebuah tempat menarik di Phuket yang sempurna untuk dijadikan tempat berkelah sambil menikmati pemandangan yang menyejukkan mata.
Kat sekitar pantai ni juga terdapat banyak penginapan keluarga yang menarik, restoran-restoran, gerai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan penting sewaktu bercuti. Bila dah melancong ke luar negara ni, sepadat mana pun jadual korang, jangan sesekali lepaskan peluang untuk melawat bangunan sejarah kat tempat yang korang lawati ni. Kalau kat Phuket, lokasinya adalah kat Wat Chalong. Dikatakan sebagai tempat penyembahan Buddha yang paling penting kat Phuket, kompleks kuil yang didirikan pada tahun 1837 ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang berwarna keemasan. Salah satu bangunan kat dalam kompleks ni yang jadi perhatian ramai adalah Chedi yang berketinggian 60 meter. Bangunan ini dikatakan menjadi tempat penyimpanan sebahagian tulang Buddha yang telah didatangkan dari Sri Lanka pada tahun 1999.
Korang boleh dengar cerita di sebalik setiap gajah yang ada kat sini dan pasti buat korang rasa geram dan sedih. Selain tu, korang juga boleh tahu banyak info tentang camne untuk mengetahui situasi penderaan gajah berlaku. Tempat-tempat macam ni sesuai juga kalau nak bawa anak-anak supaya diorang boleh belajar tentang kepentingan menyayangi haiwan. Masukkan lah Phuket Elephant Sanctuary dalam trip kalau plan nak ke Phuket nanti.

Wat Chalong
Berpasir putih yang lembut dipijak kaki, Pantai Surin adalah sebuah destinasi yang agak popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan kat Thailand ni. Airnya yang berwarna biru kehijau-hijauan cukup memukau pandangan. Disebabkan keindahan inilah kawasan di sekitarnya dipenuhi dengan barisan-barisan hotel dan perumahan mewah yang turut menjadikan aura Pantai Surin terasa cukup sophisticated dan wow gitu. Sambil korang feeling-feeling persis seperti selebriti kat tepi pantai, korang boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual kat gerai-gerai sepanjang pantai ni.
Kalau korang ke sini, korang boleh plan untuk snorkeling kat bahagian berbatu sama ada kat arah utara atau selatan Pantai Surin. Kalau korang pencinta haiwan, lawatan ke Phuket Elephant Sanctuary akan membuatkan hati korang gembira bila tengok cara haiwan kat sini diberikan penjagaan. Untuk pengetahuan korang, gajah-gajah yang ada kat sini sebenarnya adalah gajah yang telah menghadapi kesengsaraan di bawah jagaan entiti lain yang lebih mementingkan keuntungan.
Miaw Credit
Korang boleh dengar cerita di sebalik setiap gajah yang ada kat sini dan pasti buat korang rasa geram dan sedih. Selain tu, korang juga boleh tahu banyak info tentang camne untuk mengetahui situasi penderaan gajah berlaku. Tempat-tempat macam ni sesuai juga kalau nak bawa anak-anak supaya diorang boleh belajar tentang kepentingan menyayangi haiwan. Masukkan lah Phuket Elephant Sanctuary dalam trip kalau plan nak ke Phuket nanti.
Jom siapa nak gi Phuket? :p Aku tengah stress ni, rasa nak melancong pegi kat tempat yang berpantai-pantai camni je hahaha.
Thanks for reading!
wah....cantik. Hari tu Mummy Ayu kat phuket dok Kamala Beach. memang tenang sgt. rasa tak nak balik je. selain tu..kat pantai kat rayong pun cantiks..
ReplyDeletethailand never really interest me because of the environment and also gajah tu. but what I love is their sea. Damn cantik
ReplyDeleteBefore this, teringin juga nak ke Phuket tapi pasal tak pandai berenang, jadi plan nak ke sana dan segala adik-beradik pulau ditangguhkan dulu.
ReplyDeleteCantiknya..tak pernah lagi sampai ke sana...
ReplyDeleteCANTIK! sis x pernah sampai lg
ReplyDeleteWahh memang nampak sangat menarik ni kak mazni! Tapi kesian sangat dengar cerita pasal gajah2 tu.. Huhu..
ReplyDeleteBaru je dua hari lepas beli tiket ke Krabi untuk bulan Oktober ni. AirAsia tengah kasi 20% discount hahaha tu yang terus beli. Harga tiket dari RM89 terus jadi RM75. Kali ni pergi Thailand pergi je naik flight, untuk return nak try naik tren pulak dari Padang Besar.
ReplyDeletekena kumpul duit byk2 dulu ni hahaha kite pun teringin gak nak pergi kat pantai2 yg cantik mcm ni. nak ambil gmbar je sebenarnya hahaha
ReplyDeletelama tak singgah sini mazniii :'((
nakk! tapi kita belum ada passport lagi. huhu
ReplyDeleteokay.. nak pergi jalan2 juga.. hehe
ReplyDelete